. |
- Di sebalik filem ‘Innocence of Muslim’ - BACA DAN FAHAM BETUL2
- Majalah Perancis siar kartun Nabi, Islam tambah marah
- Kalau para sultan RM200juta, para MB sapu berpuluh billion?
Di sebalik filem ‘Innocence of Muslim’ - BACA DAN FAHAM BETUL2 Posted: 20 Sep 2012 01:30 AM PDT
|
Majalah Perancis siar kartun Nabi, Islam tambah marah Posted: 20 Sep 2012 12:08 AM PDT PARIS - Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam. Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut. Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogel. Editor majalah itu berkata pihaknya "akan mengejutkan" mereka yang mahu dikejutkan. Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti - Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara-negara Islam. Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut. "Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?" katanya. "Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya," katanya. Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang. "Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam," kata beliau. "Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak," katanya. Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang. Source: http://www.sinarharian.com.my/global/majalah-perancis-siar-kartun-nabi-islam-tambah-marah-1.86636 |
Kalau para sultan RM200juta, para MB sapu berpuluh billion? Posted: 19 Sep 2012 11:57 PM PDT Sebelum ni aku ada ulas pasai berapa yang rakyat habiskan untuk tanggung perbelanjaan istana. Ada mamat yang buat angaran pengiraan angka tu tak sampai pun RM200juta. Rasa-rasa aku mungkin lebih RM200juta setahun wang rakyat terpaksa dibelanjakan untuk tanggung istitusi istana ni. Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!Hari ni Malaysiakini melaporkan: Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).Sebelum ni gempar satu Malaysia bila keluar gambar istana Khair Toyo yang cuma jadi menteri besar lapan tahun atau 2 penggal saja. Aku yakin ramai yang masa tu rasa apa yang Khair Toyo bolot tu dah cukup besar tapi rupa-rupanya 'raja' Sarawak sapu lagi gila. Kalau Taib Mahmud yang jadi Ketua Menteri lebih 30 tahun boleh himpun harta smapai banyak tu, agak-agak berapa banyak yang Dr. Mahathir dan anak beranak dia himpun selama 22 tahun jaddi Perdana Menteri. Pasai tu la aku cukup yakin angka RM200juta untuk tampung para sultan dean Yang Dipertuan Negeri tu sebenarnya sikit sangat. Kalau Menteri besar boleh sapu sampai banyak tu takkan dia berani nak halang 'orang istana' sapu kalau pun mungkin tak sebanyak tu. Nasib baik la TG Nik Aziz yang jadi Menteri Besar Kelantan dah lebih 20 tahun tak himpun harta macam menteri besar dari Umno, kalau tidak kita nak kata apa kalau ada yang kita "Umno dengan PAS sama saja." Source: http://cenangau.blogspot.com/2012/09/kalau-para-sultan-rm200juta-para-mb.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FARTP+%28Cenangau%40blogspot.com%29 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan