N50 Dun Sri Muda |
KENYATAAN AKHBAR 12 MEI 2011 KAMPUNG SG KERANDANG: UMNO- BN JANGANCUBA JADI JAGUH Posted: 13 May 2011 07:26 AM PDT KENYATAAN AKHBAR KAMPUNG SG KERANDANG: UMNO- BN JANGAN CUBA JADI JAGUH Isu Kampung Sungai Kerandang adalah contoh terbaik yang membuktikan bagaimana negeri Selangor telah ditadbir dengan cara yang tidak bersistematik dan "hentam kromo" oleh UMNO- BN. Polisi Kerajaan Negeri dilanggar dan semua kemudahan terutama pemberian tanah kerajaan dilakukan mengikut agenda politik dan bukannya berdasarkan keperluan dan kepedulian rakyat.
Lupa dengan tindakan mereka, tiba-tiba UMNO dan pemimpin BN termasuk Ahli Parlimen Hulu Selangor cuba berlakon dengan mengadakan demontrasi. Saya telah menerima senarai lengkap nama-nama yang memohon tanah pendudukan sementara (TOL) di Kampung Sg Kerandang, Hulu Selangor. Juga senarai nama yang memohon tanah pemberimilikan.
Amat mengejutkan, dari data yang kita terima, kita dapati cara tanah-tanah TOL ini diberikan dengan cara yang amat meragukan dan langsung tiada ketelusan.Bukan itu sahaja, kebenaran TOL yang dikeluarkan telah di salahgunakan dengan menanam tanaman kekal seperti kelapa sawit dan sengaja dibiarkan oleh Kerajaan Negeri ketika itu. Malah tanah-tanah TOL ini ditawarkan kepada kelompok UMNO dan anak pinak mereka yang pada hakikatnya tidak layak menerimanya. Dari senarai nama yang dibekalkan oleh Pejabat Daerah- saya melihat senarai yang ditandatangani wakil rakyat UMNO kawasan Hulu Bernam Dato' Mohamad Idris Abu Bakar . Selain itu, terdapat juga tandatangan pemimpin ketika itu iaitu Pengerusi JKKK Kg Sungai Kerandong, Kasari Kamarol, Ketua Umno cawangan Kampung Kerandong, Mohamad Amini Kasani dan Ketua Pemuda Umno cawangan Ramlee bin Mohamed. Penemuan ini dan peristiwa demontrasi dua hari lalu membuktikan mereka yang beriya-iya kononnya mempertahankan penduduk di situ rupa-rupanya bukanlah perjuang sejati, sebaliknya hanya bertujuan melindungi kepentingan peribadi mereka sendiri.
Lebih memeranjatkan daripada siasatan awal dari rekod yang diperolehi, saya dapati terdapat juga penerima muda yang semuda 16 tahun. Saya yakin mereka juga tidak mengetahui bahawa mereka telah dianugerahkan dengan tanah TOL. Malah terdapat juga sekelompokn adik beradik sehingga enam orang ramainya yang diberikan TOL. Ini membuktikan cara tanah TOL ini ditawarkan dan diagihkan secara keterlaluan dan banyak berlaku penyelewengan kuasa dan perlanggaran peraturan ketika itu.
Kita juga mendapati tanah-tanah TOL ini telah dijual atau disewakan kepada pihak ketiga sedangkan urusniaga tidak boleh dilakukan kerana tanah ini masih berstatus tanah kerajaan. Ini semua telah berlaku pada zaman pemeritahan Dr Mohamad Khir Toyo yang hari ini tiba-tiba mahu menjadi jaguh rakyat.
Padahal, situasi ini telah berlaku kerana pentadbiran beliau yang tidak cekap serta tidak amanah. Khir Toyo seolah-olah lupa bahawa beliau telah melakukan kesilapan besar dengan membiarkan pemimpin UMNO menggunakan kuasa dan memberi tekanan kepada pegawai kerajaan untuk mengagihkan tanah kepada kroni dan membiarkan pula tanah TOL dijual.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengutamakan konsep merakyatkan ekonomi serta mengembalikan hasil negeri untuk rakyat. Tindakan menceroboh hutan simpan untuk kepentingan puak dan kelompok tertentu akan kita hentikan tanpa kompromi. Kita lebih rela dikatakan ego dan sebagainya ketika kita menjaga kepentingan hak rakyat Selangor asalkan kita tidak dituduh rasuah dan pengkhianat bangsa oleh generasi akan datang. Kerajaan Negeri akan mempamerkan seluruh senarai nama yang telah dicadangkan oleh pentadbiran lama untuk dianugerahkan pemberimilikan tanah bagi tujuan semakan umum.
FAEKAH HUSIN SETIAUSAHA POLITIK DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
-- Sekretariat Akhbar Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686 www.selangorkini.com.my www.tvselangor.com http://www.youtube.com/user/mbselangor |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan