N45 Dr Halimah Ali |
- THANK YOU MUM, YOU ARE THE MOST WONDERFUL BEING!
- Apakah resepi ke PUTRAJAYA?
- GURU DAPAT GULA-GULA?Berapa ramaikah guru yang masih boleh digula-gulakan?
- ADUN SELAT KLANG rai jururawat sempena HARI JURURAWAT SEDUNIA
THANK YOU MUM, YOU ARE THE MOST WONDERFUL BEING! Posted: 14 May 2011 09:13 AM PDT Thnak you Allah for my mother! | |||||
Posted: 14 May 2011 08:47 AM PDT
| |||||
GURU DAPAT GULA-GULA?Berapa ramaikah guru yang masih boleh digula-gulakan? Posted: 14 May 2011 03:59 AM PDT Khabar gembira buat guru Isnin ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan khabar gembira buat warga pendidik bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut, sebaliknya berkata: "Insya-Allah, tunggulah..." Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di Kuantan hari ini, Muhyiddin berkata cabaran baru warga pendidik kini amat mencabar dalam usaha kerajaan mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. "Paling utama ialah soal menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan sasaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020," katanya. Turut hadir pada majlis yang disertai lebih 2,000 warga pendidik Pahang ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata peranan guru amat penting dalam mendidik anak bangsa bagi mewujudkan modal insan berkualiti pada masa depan. Katanya kerajaan juga telah menggariskan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang bakal menyediakan 33 juta peluang pekerjaan serta tenaga kerja terlatih dalam semua bidang. "Terdapat 12 sektor ekonomi perlu diisi dengan tenaga manusia terlatih dan ia merupakan cabaran besar untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun akan datang. "Dalam konteks menjadi negara maju, kita berhadapan dengan persaingan, kecekapan pengurusan, keupayaan menjana sumber baru dan nilai tambah tinggi yang mana perkara itu berpandukan kepada penyediaan tenaga kerja terlatih," katanya. Beliau berkata kesemua perkara itu memerlukan tuntutan warga pendidik yang mempunyai beban tugas mencabar bagi membentuk manusia terlatih. Muhyiddin berkata tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi menerapkan sifat perwatakan sahsiah baik, berakhlak dan berbudi pekerti kepada pelajar. Beliau berkata dalam tempoh akan datang, Kementerian Pelajaran juga akan membantu warga pendidik daripada segi kebajikan guru, perjawatan, peralatan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran. --Bernama Shakri Othman · Top Commenter · Friends with Drlo'lo' Ghazali inilah untungnya bila demokrasi yg sihat...bila PR umum ambil alih putrajaya pru13 elaun guru naik rm500..untuk mengekang kemaraan PR umno/bn terpaksa buat sesuatu yg untung rakyat...siapa yg kata buku jingga PR bangkrap negara org itu guna otak kat lutut...politik berlawan dasar dan ideologi untuk kebaikan rakyat dan negara..bukan berlawan jubur saifol, video porno. | |||||
ADUN SELAT KLANG rai jururawat sempena HARI JURURAWAT SEDUNIA Posted: 14 May 2011 03:44 AM PDT 12.5.11 Sempena sambutan HARI JURURAWAT SEDUNIA, ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali berkunjung ke klinik-klinik di kawasan DUN Selat Klang bagi mengucap terima kasih dan ucapan selamat kepada jururawat yang bertugas sambil menghantar sedikit cenderamata. Kunjungan mengejut diterima dengan ceria penuh kesyukuran. Para pesakit juga terhibur sama. Moga kerja mulia mereka mencurah bakti merawat dan membantu tugas doktor perubatan diberkati oleh Allah swt. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan