Sabtu, 14 Mei 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


BIAR BETUL...

Posted: 14 May 2011 01:30 AM PDT

Dr Hatta Rasmi Cawangan PAS Berketua Wanita..

SELAYANG, 14 Mei 11: Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli merasmikan mesyuarat agung PAS yang mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya.

Beliau ialah Puan Eisah A Wahid, 53, (gambar) mengetuai PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang. Bukan itu sahaja, PAS cawangan pimpinan beliau ini berjaya menarik hampir 200 ahli Umno untuk menyertai PAS.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli ketika merasmikan mesyuarat agung itu menyentuh fenomena ini. "Ini satu fenomena baru dalam PAS. Oleh kerana orang lelaki sibuk cari nafkah, muslimat jaga cawangan...ambik kau," kata Hatta.

Turut berjaya ditarik cawangan beliau adalah pengasas kampung Kuang dekat sini yang juga Ketua Cawangan Umno Kundang Jaya, Haji Mohamad Ithnin menyertai PAS. Bermula dengan hanya 52 ahli kini cawangan beliau mempunyai lebih 150 ahli termasuk dari kampung-kampung lain dalam Dun Kuang.

Ibu kepada dua anak dan seorang anak angkat ini bukannya memimpin ahli wanita sahaja bahkan kebanyakan ahli cawangan beliau adalah lelaki. "Kebanyakan ahli saya lelaki tetapi mereka mahu saya menjadi ketua...naib ketua cawangan saya lelaki," beritahu Eisah ketika ditemui Harakahdaily dalam mesyuarat agung PAS kawasan Selayang.

Sebelum itu, Eisah dan Mohamad Ithnin diperkenalkan kepada perwakilan PAS yang menyertai mesyuarat agung PAS Selayang dengan mendapat tepukan gemuruh dari mereka. "Saya pun tak tahu macamana saya masuk PAS sebab saya Umno sebelum ni. Ia bermula sebelum 2008 bila saya mula mendekati program-program PAS," cerita peniaga ikan segar ini.

Apabila usaha dibuat untuk menubuhkan cawangan PAS di Rahmat Jaya, ahli-ahli PAS di situ sepakat memilih Eisah sebagai ketua.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Haji Mohamad Abdul Rahman, satu majlis besar-besaran akan dibuat bagi meraikan kemasukan ahli-ahli baru PAS yang sebelum ini memegang jawatan penting dalam Umno. (IH)

PENYAMUN YANG MENASIHATI PENYAMUN

Posted: 13 May 2011 06:04 PM PDT

 
Umno Perak mengingatkan ahli-ahli parti itu supaya tidak menjadikan persaingan dalaman yang keterlaluan bagi mengelak politik berpuak-puak.

Pengerusinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberitahu kesedaran untuk menghadapi cabaran dari luar perlu lebih diutamakan dan bukanlah hanya tertumpu kepada politik dalaman sahaja.

Katanya, tindakan ahli Umno yang hanya mensasarkan persaingan dalaman parti sebagai wadah perjuangan politik bakal menjadikan parti komponen Barisan Nasional itu menjadi semakin lemah.

Justeru tambah Zambry, selaras dengan gesaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno Perak menyambut baik peringatan dan akan sedaya upaya untuk menghindari amalan politik berpuak-puak.

HENTIKAN AIB ANWAR...!

Posted: 13 May 2011 04:01 PM PDT


KOTA BHARU, 13 Mei: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta mana-mana pihak yang merancang memburukkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghentikan tindakan itu bagi menghormati perasaan keluarga Ketua Pembangkang itu.

Menurutnya, beliau memahami perasaan ahli keluarga Anwar termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang begitu tersiksa dengan apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap suaminya sejak sekian lama.

"Sudah lebih 10 tahun maruah Anwar dilanyak, dihentak, dilenyek begitu tanpa ada rasa belas kasihan, isteri mana yang tidak menderita dengan apa yang berlaku,"ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azizah dalam sebuah akhbar harian semalam bahawa beliau begitu terseksa dengan fitnah itu.

Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu memohon pihak perancang yang merakam dan mendedahkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dihentikan segera.

Menurutnya, sebagai umat Islam mereka harus sedar tindakan memfitnah dan mengaibkan orang satu dosa yang besar.

Tegasnya, balasan buruk akibat tindakan itu akan diberikan Allah kepada orang yang memfitnah sejak di dunia lagi.

"Kita sebagai anggota masyarakat jangan sekali-kali bersekongkol dengan mereka yang membuat perkara buruk (fitnah) itu kerana dosanya juga akan terpalit pada kita," katanya.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang