Mohamad Taufek Abd Ghani |
- ADUN Paroi perjuang nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih
- Dialog Masalah di Tempat Kerja 21 Mei 2011 Seremban
- Ceramah Sumpah Laknat 21 Mei 2011 Seremban
- Jamuan bersama Tn Guru Dato Nik Aziz 28 Mei 11 Seremban
- Unit Amal terus usaha cari mangsa lemas Ulu Bendul
- Rayuan sumbangan untuk PASTI di Kuala Pilah
ADUN Paroi perjuang nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih Posted: 13 May 2011 03:44 PM PDT ADUN Paroi perjuang nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sekolah Menengah Agama Negeri Di Negeri Sembilan masih terdapat tiga buah Sekolah Menengah Agama Negeri iaitu sekolah yang masih di bawah pengurusan Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Maahad Ahamadi Gemencheh , Sekolah Menengah Sains Selaru , Kuala Pilah dan Institiut Tahfiz Al-Quran di Gemencheh. Pada tahun 2011 ini , masih terdapat seramai 38 orang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di ketiga-tiga buah sekolah tersebut. Yang menjadi persoalannya , kenapa GSTT tersebut tidak diberikan surat perlantikan walaupun telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya dan jawatan tersebut seolah-olah telah dibekukan. Di dalam Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri yang ke-12 , ADUN Paroi , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani telah bertanya tentang nasib semua guru sandaran tidak terlatih tersebut memandangkan peranan Sekolah Menengah Agama Negeri ini sangat penting dalam membentuk generasi muda yang beriman dan mempunyai akhlak yang terpuji. Sewajarnya peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ditambah lagi kerana sekolah-sekolah seperti inilah yang menjadi tumpuan masyarakat Islam di Negeri Sembilan yang juga pembayar-pembayar zakat di Negeri Sembilan. "Rancangan untuk membina Wisma Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang akan melibatkan jutaan ringgit seperti mana yang disebut oleh YAB Mentei Besar baru-baru ini sewajarnya tidak menjadi keutamaan Kerajaan Negeri berbanding untuk meningkatkan mutu pemdidikan Islam di Negeri Sembilan. Peruntukan yang besar sewajarnya disalurkan untuk pembangunan program pendidikan di Negeri Sembilan khususnya yang melibatkan Sekolah Menengah Agama Negeri yang kini hanya berjumlah tiga buah sahaja. Peruntukan per kapita bagi setiap sekolah agama negeri pada tahun 2010 yang berjumlah hanya RM405,911.80 sememangnya tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan sekolah-sekolah tersebut", tegas Hj Mohamad Taufek. Pakatan Rakyat sentiasa menghargai dan mengiktiraf sumbangan para guru dalam memangunkan negara sebab itulah dalam Program 100 hari Pakatan Rakyat , salah satu tawaran kita adalah menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 setiap bulan. "Saya selaku wakil rakyat yang diamanahkan menjaga portfolio Agama Islam akan terus memperjuangkan agar perjuangan semua guru sandaran tidak terlatih untuk mendapat jawatan tetap akan terus diperjuangkan sehingga berjaya sebagaimana kita berjaya perjuangkan agar elaun guru-guru KAFA dinaikkan sepertimana hari ini". SELAMAT HARI GURU |
Dialog Masalah di Tempat Kerja 21 Mei 2011 Seremban Posted: 13 May 2011 03:43 PM PDT DIALOG HARI PEKERJA Anda ada masalah di tempat kerja? Sila hadir ke Majlis Dialog Pekerja bersama Pimpinan Kesatuan Sekerja Tarikh : 21 Mei 2011 Masa : 5 ptg Tempat : Dewan D'Ark, Taman Sri Kasih, Jln Senawang-Paroi, Seremban Bersama : YB Abdullah Sani bin Abd Hamid - Ahli Majlis MTUC Hj Mohamad Dauzkaply Nor Ghazali - Naib Presiden NUBE PENYERTAAN PERCUMA Semua Dijemput Hadir Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-2171942 |
Ceramah Sumpah Laknat 21 Mei 2011 Seremban Posted: 13 May 2011 03:42 PM PDT CERAMAH UMUM 21 Mei 2011 , SABTU Jam 9 mlm Di Batu 4 1/2 , Kg Paroi, Jalan Tok Dagang, Seremban (berhampiran Sek Keb Paroi) Bersama : YB Abdullah Sani - Ahli Parlimen Kuala Langat YB Hj Taufek - ADUN Paroi Ustaz Syamsul Firdaus Mohd Supri - Pentazkirah Sumpah Laknat Dato T Hj Anuar Hashim - Bekas Pembantu Khas ADUN (UMNO) N.Sembilan Semua dijemput hadir |
Jamuan bersama Tn Guru Dato Nik Aziz 28 Mei 11 Seremban Posted: 13 May 2011 03:41 PM PDT MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA Tarikh : 28 Mei 2011 , SABTU Masa : 9 mlm Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban Bersama : YAB Tn Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat – Menteri Besar Kelantan YB Dato Mahfuz Omar , YB Azmin Ali dan Zulkefly Mohamad Hj Omar Kupon RM 50 seorang Hubungi Mohamad Noor 019-2556206 , Hj Hashinordin 016-3684279 |
Unit Amal terus usaha cari mangsa lemas Ulu Bendul Posted: 11 May 2011 07:59 PM PDT Sinar Harian 12 Mei 2011 ULU BENDUL - Jabatan Unit Amal Negeri Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com/ Jempol/Kuala Pilah turut menghulurkan bantuan mencari mangsa lemas, Nur Syaza Sakinah, 2 di sungai Ulu Bendul dekat sini. Diketuai oleh, Shahrudin Abdul Rahman, 46 dengan kekuatan ahli seramai 20 orang, mereka menyusuri anak sungai Ulu Bendul sehingga ke Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul. Shahrudin berkata, operas mencari mangsa sudah bermula semalam pada jam 3.30 petang hingga 6 petang. "Kami turut terpanggil untuk membantu keluarga mangsa dan melalui pendekatan ini, kami cuba sedaya upaya mencari kanak-kanak itu. "Berdasarkan kepada maklumat pihak bomba dan penyelamat daerah Kuala Pilah, kami diminta mencari sekitar sungai Ulu Bendul sehingga ke sungai berdekatan Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul. Dengan kekuatan beberapa ahli, kami akan membantu keluarga mangsa," katanya ditemui disini, semalam. Hadir sama, Yang dipertua Pas Jempol, Abd Rahman Ramli. Sehubungan dengan itu juga, mereka turut mengadakan solat hajat di surau Hutan Rekrekasi Ulu Bendul sebelum memulakan operasi mencari mangsa lemas tersebut. "Ini sudah menjadi tradisi kami, sebelum melakukan sesuatu perkara perlu menunaikan solat hajat supaya dipermudahkan olehNya. Bukan hanya di sini sahaja tetapi di tempat lain kami turut mengadakan solat hajat supaya kanak-kanak malang itu dapat ditemui cepat mungkin" Katanya. Walaupun operasi mencari mangsa kanak-kanak itu sudah ditamatkan semalam, pihak mereka tetap akan mencari mangsa itu dillokasi yang disarankan oleh pihak berkuasa dan terus dipergiatkan terutamanya Sabtu dan Ahad. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9077499.asp |
Rayuan sumbangan untuk PASTI di Kuala Pilah Posted: 11 May 2011 06:13 PM PDT Adalah dimaklumkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ar-Raihan di Taman Bukit Intan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan akan berpindah ke premis baru sebelum 25 Mei 2011. Sehubungan dengan itu tawaran adalah dibuka kepada orang ramai yang sudi membantu untuk meringankan kos perpindahan dan persediaan tempat yang baru. Sumbangan boleh dihulurkan terus kepada Pengerusi PASTI Ar-Raihan iaitu saudara Latip ( tel 013-6238278) atau melalui tunai/cek melalui akaun Bank Islam atas nama PASTI AR RAIHAN, nombor akaun 05030010175625. Hulurkan sumbangan, ringankan beban, semoga Allah membalas jasa baik mereka yang membantu sebagai amal jariah. |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan