Anwar Ibrahim |
- Nurul Izzah Cabar Najib Debat Dengan Anwar
- Pelihara Hak Moral, Akhlak Sesama Manusia – Ulama Syria
- Sex Video: Police Should Stop Playing Games
Nurul Izzah Cabar Najib Debat Dengan Anwar Posted: 14 May 2011 02:39 AM PDT Dari Harakah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan 'debat' khas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya itu. Pada masa yang sama, beliau turut memohon Perdana Menteri itu mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadap ayahnya, sebaliknya mengadakan debat sebagai medan untuk mendedahkan kesalahan yang dilakukan khususnya dalam pentadbiran negara sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nurul Izzah yang diadakan di Dataran Ilmu Kok Lanas, di sini petang semalam. Turut berucap pada majlis itu, Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Mahmood, Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir. Menurut Izzah lagi, perancangan jahat tidak perlu dilakukan apa lagi dengan tuduhan jijik liwat, video seks dan berbagai lagi kerana ianya akan memburukkan imej negara bukan sahaja keluarganya. "Kalau ayah saya salah, buat debat terbuka biar rakyat dengar, biar rakyat puas hati dan kami juga puas hati apa kesalahan ayah kami," ujarnya. Beliau bagaimanapun yakin kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana debat itu akan memakan mereka sendiri. Izzah juga turut berpendapat pelbagai fitnah lagi bakal menimpa ayahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. Pada masa yang sama beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada PAS dan DAP yang telah menyedarkan dirinya untuk turut berjuang bersama menentang kezaliman kerajaan BN terutama Umno. Jelasnya, parti yang paling kuat menentang kerajaan khususnya berhubung kes ayahnya ialah PAS sehingga parti itu sanggup berdepan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). "Sebelum ini saya tidak berminat dengan politik, saya belajar di universitipun bidang kejuruteraan awam, namun kerana kezaliman yang semakin berleluasa khususnya melibatkan ayah, saya sanggup berdepan semua itu," katanya yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai. Pada majlis tersebut Izzah tidak dapat menahan sebak apabila menyentuh tentang ugutan yang diterima melalui system pesanan ringkas (sms) yang akan menculik anak sulungnya sekiranya masih menyokong perjuangan Anwar. Pada majlis itu juga beliau turut menyampaikan sumbangan golongan miskin di Dun Kok Lanas. Sebelum menyampaikan ceramah di Kuala Krai dan Machang, beliau terlebih dahulu memenuhi program santai dan minum petang di rumah Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail. |
Pelihara Hak Moral, Akhlak Sesama Manusia – Ulama Syria Posted: 14 May 2011 02:30 AM PDT Dari Keadilan Daily Definisi hak asasi manusia konvensional yang diguna pakai di seluruh dunia hari ini masih tidak lengkap kerana ia tidak melindungi hak manusia untuk mempertahankan moral dan akhlak mereka, kata ulama terkenal dari Syria, Professor Dr Wahbah Zuhaili. Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap pada Seminar Maqasid Syariah dalam Masyarakat Majmuk di Hotel Straits Meridian Bukit Baru Melaka. Seminar itu dipengerusikan Naib Presiden Wadah, Datuk Mohd Idris Jauzi dan ahli panel lain adalah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Penerangan KEADILAN merangkap Timbalan Presiden Wadah, Dr Muhammad Nur Manuty, dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman. Berucap lebih lanjut, Dr Wahbah berkata maqasid syariah (matlamat peringkat tinggi syariah) yang salah satu tujuannya memelihara kehormatan manusia dilihat mampu untuk melengkapi definisi hak asasi manusia. "Maqasid syariah adalah pilihan terbaik untuk membentangkan isu hak asasi manusia. Hak asasi telah ada dalam Islam sejak Islam diutuskan dari dahulu lagi," kata Dr Wahbah. Dalam ucapannya, beliau sempat menyeru hadirin, Islam dan bukan Islam, untuk bersama menyokong kebangkitan Islam. Ini kerana, menurut Dr Wahbah, Islam tetap menegakkan kebenaran dan mengangkat keadilan tanpa mengira agama dan bangsa. "Saya menyeru rakan-rakan semanusia, yakinlah Islam tetap menegakkan kebenaran dan mengangkat keadilan. "Kebangkitan Islam tidak langsung akan membawa kehinaan kepada agama lain," kata Dr Wahbah. Malahan, pertumpahan darah adalah haram di sisi Islam kerana semua manusia adalah hamba di sisi Allah, kata Dr Wahbah. Anwar sewaktu gilirannya berucap pula menyatakan kebimbangannya terhadap tahap kefahaman Islam di kalangan masyarakat di Malaysia hari ini. " Malaysia hari ini lebih takut kepada isu negara Kristian yang sebenarnya tidak wujud dan sengaja digembar-gemburkan pihak tidak bertanggungjawab," kata Anwar. Sedangkan pada masa yang sama, perkara yang lebih penting dan bersifat asas pula diabaikan, tambah Anwar. "Syarak, qazaf dan sumpah yang tidak mengikut hukum pula diabaikan," kata Anwar. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Sex Video: Police Should Stop Playing Games Posted: 14 May 2011 02:24 AM PDT From Malaysiakini ‘Deputy IGP, when is a good time to reveal the man in the sex video? One week before the general election?’ Deputy IGP: No need to reveal man in sex video, yet Anonymous_3e86: The authorities are just playing a mind game. Yes, the video is authentic, but is the ‘actor’ a look-alike? The fact is that no crime was committed by the ‘actor’. The person who did the recording of the video should be charged instead. The police should focus on who did the video recording and screening. Obviously, this is the work of BN/Umno. Why hasn’t the ‘Datuk T’ trio been charged till today? Why wait to reveal the identity? If it was indeed Anwar Ibrahim, they would have announced it already. Instead the police left it to the public to assume it was Anwar. Do the police think we are that naive? Tuah PJ: Deputy IGP Khalid Abu Bakar, the Datuk T trio showed pornography openly. Many witnesses were there and they too have confessed. There is no need for you to investigate. Just charge them and fine/jail them. Case closed. KPI met. As for the actors in the video, they did not commit anything against the law. If the syariah office wants to charge the man in the video for khalwat, let them do the investigation and charge him. Do you need more education on how to do your job? Been Laden: Personally, I don’t really care who the person is. What I want to know is why the police have not arrested the three datuks who screened an illegal video and distributed it. What about the other man in the video who has officially identified himself – why isn’t he arrested for being a pimp? The police must act on whatever ‘law’ that has been violated rather than play politics. Docs: Khalid, when is a good time to reveal the man in the sex video? One week before the general election? Quigonbond: Basically the deputy IGP is saying he will use the information at an appropriate time, probably during the next general election campaign. If you have the information, spill it out now. Why wait for the general election, unless you’re working hand in glove with the BN parties. Anonymous_40dc: “Investigations are still ongoing” means, “How can we find ways to nail Anwar Ibrahim? What other lies can we use?” At this point in time, the simplest way for anyone who wants a promotion is to fix Anwar. Bozo: Come on Khalid, just expose the person in the videotape. Why wait until a suitable time? And why the foreign experts to identify this person. Is there no one in Malaysia who can do it? Shame on you. How much money did we pay to engage these foreign experts? Don’t play games with us. Petestop: Those showing the porn video were given police protection, what more with bullet-proof vests at the mosque where one of them did the oath-taking. What need is there to investigate when the police were there as bodyguards to these alleged criminals. It is clear as to why the police did not charge these offenders. Regardless of who is in the video, an offence has already been committed, and the police are obligated to uphold the law. But it seems that the police are only obligated to their political masters. It is not the Internet that spoiled the police’s reputation, it is their own actions. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan