Sabtu, 14 Mei 2011

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


HALUSI DAFTAR PEMILIH

Posted: 13 May 2011 06:47 PM PDT

Sehari dalam dunia politik adalah masa yang begitu panjang kerana banyak perkara yang berlaku dan terlalu banyak maklumat baru. kalau anda mengikuti laman sosial media twitter atau facebook anda akan terpaku di sana sehingga banyak kerja yang tak menjadi.

Sebelum saya mendapatkan samsung galaxy tab, saya agak terkebelakang dalam mengikuti perkembangan semasa "in real time". Saya tidak suka menggunakan telefon utk melayari sesawang internet sebab tulisan yang kecil menyakitkan mata. 

Mungkin Nokia E71 tidak sehebat Blackberry atau saya yang tak pandai mengendalikannya. 

Sudah dua bulan kini saya mengikuti perkembangan politik dan semasa melalui twitter dan FB. Banyak maklumat terkini boleh disampaikan kepada pelayar internet. Agak memberangsangkan dan mengujakan. 

Namun isu politik semata-mata bukan menjadi penentu sokongan rakyat. Sebahagian besar rakyat masih lagi dgn media perdana dan tidak tahu pun perbincangan politik di alam maya.

Isu asas "bread and butter" masih lagi menjadi isu utama rakyat terbanyak. Jadi kepada politikus-politikus, jangan terlalu sibok dengan politik alam maya hingga terlupa kepada kerja asas kita. 

Kita perlu balik kepada memberi khidmat kepada rakyat dan menyantuni mereka. Keperihatinan petugas dan penyokong kepada masalah yang dihadapi rakyat perlu diutamakan. Bagi negeri-negeri Pakatan memerintah, jangan beri peluang kepada UMNO/BN menuduh kita tidak peduli kepada rakyat. Jangan terlalu membebani wakil rakyat sahaja sehingga setiap kematian dan sakit kita meminta wakil rakyat turun secara peribadi. 

Ada kerja lain yang perlu ditekuni wakil rakyat yang tidak boleh dilakukan oleh petugas parti. Kita perlu bekerja sebagai satu pasukan dan semua ahli dalam pasukan perlu memahami peranan mereka. Jangan ada di antara petugas atau penyokong parti yang menjadi duri dalam daging. 

Apabila wakil rakyat tidak dapat hadir program yang dianjurnya atau ada permintaannya tidak ditunaikan oleh wakil rakyat, maka dia bersembang di kedai kopi menghentam wakil rakyatnya sendiri. Tindakan sebegini memberi peluru kepada pihak lawan.

Kelmarin saya menerima satu panggilan telefon dari seorang wanita yang mengatakan dia penyokong Pakatan Rakyat dan tidak mahu negeri Selangor kembali kepada BN. 

Lalu dia menzahirkan kebimbangannya tentang gelagat seorang ketua kampung PR yang menyebabkan orang kampung marah. Katanya dia DENGAR ketua kampong ini menyimpan bantuan beras dan bantuan beg sekolah di rumahnya dan tidak mengagihkan kepada rakyat. 

Saya tanya samada dia sendiri melihat perkara ini. Dia kata tidak, tapi dia dengar daripada beberapa orang. Oleh kerana saya kenal perwatakan ketua kampung ini dan saya tahu situasi sebenar saya pun memberi penjelasan. 

Saya jelaskan yang bantuan beras dan beg sekolah adalah untuk rakyat miskin berpendapatan isi rumah kurang dari RM1500 dan diberi kepada yang layak sahaja bukan untuk diagihkan begitu sahaja kepada penyokong. Setahu saya tiada yang lebih, kita simpan stok untuk diberikan kepada yang memerlukan bila kes seperti itu datang kepada kita. 

Pejabat saya pun menyimpan beras untuk sesiapa yang datang mengadu mereka kesempitan dan dapor sudah tidak berasap. Ketua kampung ini pula, rumahnya dalam satu kawasan 'piau' UMNO dan ramai di antara mereka adalah ahli keluarga beliau sendiri. 

Dia dahulu pun orang UMNO katanya. Jadi apa pun dia buat serba tidak kena. 

'Piau" tak 'piau' KeUMNOan mereka, bila pihak masjid buat kutipan untuk buat qurban Raya Haji, salah seorang pegawai masjid yang UMNO ni akan menggunakan borang masjid tapi buat kutipan berasingan dan akhirnya buat qurban berasingan dari yang dianjurkan oleh JK masjid. Jarak tempat qurbannya tak sampai 300m dari masjid. 

Sampai program qurban pun dipolitikkan. Macam mana nak bersatu atas nama Islam?

Saya sendiri telah berpesan kepada semua ketua kampong dan ahli JKKK supaya jangan memilih bulu dalam memberi bantuan dan pertolongan kepada rakyat. Saya berjanji untuk berkhidmat untuk semua. 

Setakat ini belum sampai ditelinga saya yang petugas PR mensisihkan rakyat yang bukan penyokong PR. Kalau ada sila buat aduan terus kepada saya.

Berbalik kepada wanita yang DENGAR tohmahan kepada ketua kampung ni, apa yang nak saya katakan ialah dari mana cerita seperti ini timbul? 

Satu mulut yang tidak berinsurans ni, mungkin orang yang dekat dengan ketua kampung, kawan atau penyokong mungkin membuat kenyataan berasaskan andaiannya di suatu tempat yang begitu umum (di kedai kopi mungkin) dan akhirnya perkara tersebut diperbesarkan (ditambah ajinomoto) dan disebarkan. 

Nasib lah yang telefon saya seorang yang menyokong PR dan mahu mendengar penjelasan saya, kalau pihak musuh sudah tentu perkara ini akan dipanjangkan dengan ditambah di ajishio pula. 

Perkara sebegini perlu kita tangani dengan berhikmah. Maka kita juga perlu ada "kopitiam troopers" yang menjadi telinga, mata dan mulut PAS/PR dan duduk bersembang di kedai kopi... Syaratnya mereka perlu bermaklumat, perlu baca 'Selangor Kini' dari muka 1 ke muka belakang dan tahu semua mengenai program-program MES. 

Program MES kita adalah kekuatan kita dan perlu dihebohkan kepada rakyat. Segala tohmahan pihak lawan perlu dilawan dengan hujjah.

Seperkara lagi yang perlu kita semua buat ialah mencula semua jiran-jiran kita dan orang-orang yang kita kenali sebagai pengundi Kota Raja dari sekarang. PRU13 tidak lama lagi. 

Kota Raja perlu bersiap sedia. Kita perlu pertahankan 20 ribu majoriti kita untuk membuktikan yang rakyat kukuh di belakang kita dan kita memperjuangkan hak dan nasib rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Maklumat ini akan diselaraskan dari pejabat saya. Sesiapa saja boleh menyemak samada nama mereka sebagai pemilih masih ada atau tidak sebagai pemilih dalam daftar pemilih induk yang terkini.

Jangan membuat andaian yang anda seorang pemilih di Kota Raja (atau mana-mana kawasan parlimen atau DUN) dalam PRU12 maka anda tentu akan mengundi di Kota Raja lagi di tempat yang sama) dalam PRU13 nanti. Kalau anda menyemak melalui online samada sms atau laman web SPR, pun belum pasti nama anda ada dalam daftar pemilih yang ada di pejabat SPR. Ini berlaku pada diri saya sendiri.

Saya telah bertukar alamat ke taman sentosa perdana untuk mengundi di DUN Sri Andalas pada suku keempat tahun 2010. Di bulan Februari 2011, saya menyemak RDPT 4/2010, nama saya terdapat sebagai pengundi baru di DUN Sri Andalas. Daerah mengundi pun sudah tahu. 

Tapi baru-baru ini, pada 4hb Mei semasa hendak membuat bantahan pengundi bukan pemastautin, semakan melalui sms dan laman SPR, menunjukkan yang saya masih mengundi di DUN Paya Jaras! Bila saya bertanya dengan pegawai di pejabat SPR kenapa begitu, beliau menyemak di komputer SPR, nama saya sudah bertukar di DUN Sri Andalas....MAKNAnya maklumat online tidak sama dengan maklumat di pejabat SPR. 

Boleh ke anda bayangkan???. Sesetengah dari kita tidak akan pergi mengundi bila semakan online menunjukkan yang nama kita tidak lagi di DUN yang dahulu atau hilang dari daftar pemilih, tetapi hakikatnya nama kita sebenarnya masih ada dalam daftar pemilih induk yang terkini. 

Ingat PRU11 di DUN Gombak dan beberapa tempat lagi bagaimana pengundi tidak mengundi kerana nama mereka tiada di dalam daftar pemilih terkini dari SPR yang dipakai dibarong panas. Akhirnya CHAOS!!! (HARU BIRU)

Saya mencurigai ketelusan SPR dan JPN. Ada kolusi atau persengkokolan di antara mereka. Kalau pun tidak secara resmi ada orang-orang tertentu yang menyalahguna kuasa mereka dengan restu pihak-pihak tertinggi dan penguasa politik. 

Sudah lama kita dengar mengenai perkara ini dari pegawai-pegawai kerajaan sendiri yang pernah terlibat dengan projek-projek memenangkan calon BN. Undi pos, kad pengenalan kepada warga asing (Projek M di sabah dan kes mahkamah diLikas) dan baru-baru ini ada unit anggota RELA khas untuk PERKASA.

Petugas-petugas pilihanraya perlu menekuni secara manual serta secara analisa komputer untuk memastikan yang pengundi di kawasan masing-masing adalah pengundi tulen dan bukan pengundi bikinan atau pengundi hantu.

Bila PM Malaysia mengatakan BN perlu RAMPAS Selangor dengan apa cara sekali pun, ia adalah wahyu kepada semua ahli dan penyokong UMNO/BN untuk melakukan apa saja dalam kapasiti mereka untuk mensabotaj, menggagalkan polisi PR di Selangor supaya rakyat benci kepada PR (ini perang saraf mereka) dan juga menggunakan kemahiran teknikal yang ada kepada mereka untuk memastikan jumlah pengundi mereka mengatasi jumlah pengundi kita.

Tiada ulasan:

Nuffnang