Sabtu, 14 Mei 2011

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Complaints for DBKL by weechookeong

Posted: 14 May 2011 01:42 AM PDT

Peggy

Kami mengambil berat perkara keselamatan dan kesihatan. Sila berhubung dengan pembantu khas saya, En Yacob, 0122186929 untuk mengenalpasti lokasi.

Terima kasih atas komen sdri.

Regards

wee choo keong

Comment on Complaints for DBKL by Peggy

Posted: 13 May 2011 08:33 PM PDT

YB Dr. Wee,

Penduduk di Taman Genting bimbang dengan keadaan kawasan berhampiran dengan Setapak Ria Kondominium di mana kawasan tersebut tidak diselenggara sejak 3 tahun lalu dan telah menjadi tempat haiwan berbisa dan nyamuk Aedes membiak.

Sebelum ini, kawasan tersebut merupakan tempat rumah setinggan. Sejak penduduk rumah setinggan diwajibkan pindah, tempat berkenaan tidak lagi diselenggara, tiada pihak yang datang memotong rumput dan lalang tumbuh meliar di kawasan berkenaan. Pokok-pokok juga bertumbuh dengan liar hingga merosakkan keadaan longkong besar di situ dan boleh mengakibatkan masalah banjir.

YB Dr Wee, sila ambil tindakan cegahan secepat mungkin sebelum masalah ini merangut maut! Jikalau tempat ini dibiarkan tidak terurus, pilihanraya akan datang turut akan terjejas!

Comment on Complaints for DBKL by MadelChing

Posted: 12 May 2011 03:54 PM PDT

To DBKL,

If it is under your jurisdiction to place back the bus stop at the traffic light corner of Air Panas for those travelling from KL, kindly do so. Do not just lengthen the road and take away the bus stop which is the basic facilities for the community.

Below is what we have to face with Rapid Bus and my email to them. The excuse given by them is that the ‘physical bus stop is no longer there’ !!!

Thank you

Tuan / Puan,

Mengapa bus U20, U24, U25 tidak berhenti di simpang Air Panas iaitu kedai perabot lepas Courts (M) Sdn Bhd di Jalan Genting Klang untuk penumpang yang menghala dari KL to Setapak?

Yang lebih mengejutkan ialah bila seorang kapten India bertempat di Chow Kit menanya saya balik yang mereka tidak tahu menahu ada perhentian bus di depan kedai perabot lepas Courts. Pemandu bus U24 pula suruh saya menaiki Metrobus.

Adakah diri saya selama ini telah menaiki bus hantu Rapidbus?

Tidak terfikirkah masa Rapidbas tidak lagi berhenti di simpang Air Panas, masalah-masalah begitu di hadapi penduduk :-

1. Kita harus menambah perbelanjaan tambang bas kita untuk menaiki Metrobus antara RM 30 hingga RM60
2. Pernahkah tuan/puan cuba berjalan dari Courts atau dari KFC ke simpang Air Panas? Tidakkah terlintas di fikiran tuan-tuan dan puan-puan untuk mereka yang membawa anak kecil, membawa barang berat sekiranya matahari terik atau hujan lebat?
3. Adakah Rapidbas begitu tepati jadual atau kerap. Berbaloikah untuk penumpang yang hendak tiba di simpang Air Panas menaiki bus rapid dari Wangsa Maju? Saya pernah menunggu di Stesen Wangsa Maju dari pukul 9 hingga 10.30 malam dan tidak kelihatan bas U20 mahupun U24.
4. Macammana pula dengan jadual U33 yang tidak menentu sehingga ada yang terpaksa menunggu dari 40 minit hingga sejam?

Aku mengalu-alukan sekiranya rapidbus tidak berhenti di depan kedai perabot selepas Courts sekiranya bas U20 dan bas U24 dari LRT Wangsa Maju menghala KL lebih mematuhi jadual.

Tetapi buat masa ini, apa yang kelihatan ialah Rapidbas telah membuat sewenang-wenangnya selepas menumpaskan Metrobus & Len Seng dan tanpa memberi notis kepada penduduk

Tiada ulasan:

Nuffnang