Jumaat, 4 Mei 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 03 May 2012 06:08 AM PDT

BUKTI: Bagaimana PTPTN Menguntungkan Kroni UMNO

NOTA EDITOR: Bayangkan. Sebuah syarikat milik seorang ADUN UMNO bagi kawasan PERMATANG bernama Sulaiman Abdul Razak boleh dapat "duit percuma" (duit free) selama 33 tahun. 
Jumlah "duit free" yang dia dapat adalah RM15.4 juta setahun selama 33 tahun
Wang yang bakal digunakan untuk membayar keuntungan atas angin ADUN UMNO ini datangnya dari PTPTN. KUIS pula tidak boleh menurunkan kadar yuran pelajar kerana perjanjian berat sebelah ini
Pada waktu yang sama, pelajar2 KUIS terpaksa menanggung hutang PTPTN sehinggalah mereka mati kelak hanya kerana mahu memberi keuntungan besar atas angin kepada KRONI UMNO.  
PATUTLAH UMNO BERMATIAN PERTAHAN PTPTN
Kontrak KUIS: Syarikat Umno untung atas angin
Mohd Rafizi Ramli, 02 Mei 2012
Ekoran polemik mengenai pemansuhan PTPTN dan tawaran pendidikan percuma yang dibuat KEADILAN dan Pakatan Rakyat, ada pihak yang cuba menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kononnya supaya yuran pengajian dihapuskan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik kerajaan negeri.
Hari ini, KEADILAN tampil dengan jawapan kepada hujah tersebut dengan memberi contoh bagaimana penyelewengan dan ketamakan pimpinan Umno yang mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan yang dibawa Umno menjadi punca yuran pengajian yang tinggi dan membebankan pelajar.
Salah sebuah institusi utama yang dimiliki Kerajaan Selangor adalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Pada tahun 2007, sebuah syarikat bernama Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) telah dianugerahkan kontrak untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi menampung keperluan 6,000 pelajar KUIS.
Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor pimpinan Dato' Seri Khir Toyo menetapkan bahawa RRSB akan diberikan konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS.
RRSB ialah sebuah syarikat yang dikuasai oleh Sulaiman Abdul Razak, seorang pemimpin Umno Selangor yang juga ADUN Permatang.
Beliau memiliki saham sebanyak 7,200,000 saham bersamaan 51% pegangan di dalam RRSB, sementara isteri beliau, Jamaliah Kamarudin pula memiliki 800,000 saham bersamaan 6% pegangan. Baki 43% pegangan dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd iaitu syarikat sub-kontraktor yang menjalankan sepenuhnya operasi pembinaan dan penyenggaraan asrama.

(Sila lihat carian syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang dilampirkan sebagai bukti pegangan saham)
RRSB disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor di bawah Umno. Malah, Dato' Seri Khir Toyo menjadi saksi pemeteraian perjanjian pinjaman sebanyak RM125.8 juta di antara RRSB dan bank-bank pembiaya pada 3 Ogos 2007 untuk membiayai pembinaan asrama pelajar KUIS ini.
 
(Sila lihat keratan akhbar BERNAMA bertarikh 3 Ogos 2007)
Kontrak pembinaan ini kemudiannya diberikan kepada Bina Puri Holdings Bhd dengan RRSB hanyalah menjadi orang tengah. Dalam Laporan Tahunan 2006, Bina Puri Holdings Bhd melaporkan telah mendapat kontrak berjumlah RM96.1 juta untuk membina asrama dan pusat pelajar, yang dianugerahkan oleh RRSB.
Malangnya, dengan kos hanya sebanyak RM96.1 juta, RRSB yang dimiliki ADUN Permatang ini telah dianugerahkan konsesi asrama pelajar KUIS oleh kerajaan Umno di bawah pimpinan Dato' Seri Khir Toyo selama 33 tahun pada kadar tahunan RM15.4 juta setahun.
Maka, bagi sepanjang tempoh 33 tahun, RRSB milik ADUN Permatang akan mendapat durian runtuh sebanyak RM508 juta walaupun kesemua urusan hanyalah "atas angin" dan kosnya sekadar berjumlah RM97 juta sahaja iaitu keuntungan 524%.
Konsesi sewa asrama yang mahal dan berat sebelah ini membebankan pengurusan KUIS. Anggaran kadar sewa yang dikira berpatutan adalah lebih separuh dari kadar sekarang, iaitu sebanyak RM6 juta setahun.
Oleh kerana terikat dengan konsesi sewa asrama yang berat sebelah dan dimeterai semata-mata untuk menguntungkan pimpinan Umno, maka sehingga kini KUIS tidak dapat menurunkan yuran apatah lagi menanggung yuran secara percuma.
Pada prinsipnya juga, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat tidak wajar menanggung yuran selagi konsesi berat sebelah berbau penyelewengan dan rasuah ini tidak ditamatkan serta merta. Jika yuran ditanggung, ia bermakna mengkayakan lagi pemimpin Umno yang sudah jelas bermewah atas kesengsaraan rakyat.
Oleh itu, saya mencabar supaya pimpinan Umno mengarahkan YB Sulaiman Abdul Razak menarik diri dari konsesi itu dengan sukarela agar kadar sewa asrama lebih adil dan tidak menindas pelajar di KUIS, sebelum pimpinan Umno ghairah menuding jari mendesak kerajaan Selangor melaksanakan pendidikan percuma. Seperti yang ditegaskan KEADILAN, jika rasuah dan penyelewengan dibanteras, kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk menyediakan pendidikan percuma.
--------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Pengarah Strategi PKR.

28 April hari kemenangan rakyat

Posted: 03 May 2012 01:20 AM PDT


May 3, 2012 
 
Tarikh itu juga harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat di mana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia.

Oleh Badrul Hisham Shaharin

Pada 28 April 2012, waktu itu lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur.

Ketika saya bersama seorang rakan melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai penjaja di hadapan Masjid India, tiba–tiba saya dikerumun oleh sekumpulan lebih 15 anggota polis beruniform terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali.

Saya turut dipukul dengan objek tumpul.  Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya.

Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit, "Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot!"

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh–puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut.

Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya.

Rayuan saya sia-sia kerana saya hanya merayu kepada manusia yang hatinya telah bertukar menjadi binatang. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia.

Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya dalam poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawannya sambil bersorak.

Di mana saya sedar kemudiannya wang tunai kira–kira lebih RM200 dalam poket kanan telah hilang.

Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling).

Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.

'Kau bunuh polis ya'……..
 
Ada juga anggota polis yang sebut "kau bunuh polis ya……..kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau."

Sampai di hujung padang Dataran Merdeka, saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan.

Tiga puluh minit terbiar di Dataran Merdeka sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar apabila tiba di destinasi Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.

Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil. Saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan.

Saya hanya dibebaskan sekitar jam 2.30 pagi dan dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman–teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM, Cheras.

Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa–apa berlaku, polis sudah tidak memakai tanda nama? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan?

Saya tegaskan walaupun dipukul dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pertama sekali bayangkan jika Dataran Merdeka dibuka, semua akan berlangsung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib Razak yang penuh ketakutan dengan bayang–bayang sendiri kerana pilihanraya terlalu hampir tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan.

Keduanya kalau ada pun kesalahan, ada beberapa peserta demonstrasi tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka.

Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.

Hari Rusuhan Polis
 
Saya melihat sendiri kejadian sekumpulan anggota polis sekitar sejam setengah sebelum saya ditahan saya berada di hadapan Hotel Quality Jalan Raja Laut.

Bagaimana sekumpulan anggota polis bermotosikal dan berkereta (termasuk MPV) memandu laju cuba melanggar demonstran dan berhenti serentak mengejar demonstran lalu menarik beberapa yang berjaya ditangkap untuk dibelasah di tengah-tengah kumpulan mereka.

Saya yang kebetulan ada di situ bersama beberapa anak muda menegur seorang anggota polis yang menarik tudung seorang wanita tua. Malangnya saya dihalakan pistol dan dijerkah supaya diam.

Kononnya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen–agen BN sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen BN, polis dimangsakan. Umno-BN menipu dan 'brainwash' polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan.

Polis perlu sedar hakikat ini. Kalau bersalah pun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan di lapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishammuddin Hussein perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.

Tarikh 28 April 2012 harus dikenang sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap, memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim BN.

Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat

Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan lagi.

Namun itu bukan tujuannya. Jangan lari fokus mengenai siapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalannya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan.

Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan sudah tentu kecoh stadium.


*Penulis yang juga dikenali sebagai Che'GuBard, ialah Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia dan Ketua Cabang PKR Rembau.
 

Tiada ulasan:

Nuffnang