:: cina islam | 2011 :: |
- PRU 13 rakyat sudah tidak boleh diperalat.
- Batu 2,000 tahun ada sel darah manusia
- Scorpene: Keengganan Najib Bukti Beliau Bersalah
- 'Najib takut guna Suhakam siasat kekejaman polis'
- 13 maut, 120 cedera letupan bom di Dagestan
- Suhakam: Polis langgar hak asasi manusia semasa BERSIH 2.0
- Kerajaan Negeri Bina Rumah 7 Keluarga Miskin Lembah Jaya
- Jenazah Bob Kuman selamat dikebumi di kampungnya
- Pelajar dicari kerana kecam polis dalam facebook
- Keganasan polis tidak gentarkan anak muda
- Dayangku Intan dan TS Kadir meriah makan malam
- Syarikat Razak Baginda di HK mencurigakan
- Media Umno ajar fitnah seks secara terbuka
- Bapa 4 anak dipenjara hantar mesej lucah
- BERSIH 3.0
- Kena tembak selepas beli gula-gula
- Syarikat Razak Baginda di HK mencurigakan - Asia Sentinel
- Cina Islam cecah klik 15 juta, terima kasih kepada semua.
- Umno belum mampu ubah politik rakyat Kelantan – Dr Agus
- Panel bebas: Kerajaan cuba ketepikan Suhakam
- Pisang berbuah di batang
- The Reds buru Piala FA
- Chelsea laluan sukar
- Cina Islam cecah klik 15 juta, terima kasih kepada semua.
- Mangsa diserang dua lelaki ketika membeli kad prabayar
PRU 13 rakyat sudah tidak boleh diperalat. Posted: 04 May 2012 02:07 AM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - PRU 13 adalah detik bermulanya dimana rakyat tidak lagi boleh semudahnya diperalatkan oleh sang pemerintah zalim dan inilah peluang yang terbaik rakyat dapat menumbangkan BN sekaligus memberi peluang kepada Pakatan Rakyat menerajui pentadbiran negara. Terdapat 222 kerusi parlimen yang bakal dipertandingkan menjelang pilihanraya tidak lama lagi, berdasarkan rekod sejak tahun 1999, 2004 dan yang terakhir tahun 2008, jumlah pengundi untuk BN telah merosot dimana kira-kira 49% undi memihak kepada PR dan hasil 5 negeri telah berada dibawah Pakatan Rakyat. 5 negeri tidak termasuk Wilayah Persekutuan telah menampakkan suara mejorotinya memihak kepada Pakatan Rakyat, ini amat membimbangkan BN kerana kesannya mereka telah hilang kuasa untuk meneruskan kerja-kerja memperalatkan rakyat dan wang negeri yang mereka kalah.. Jika kita lihat kembali kepada Selangor sebagai contoh, yang mana negeri ini boleh kita ibaratkan Malaysia kedua, sejak ditadbir PR, jumlah wang tunai negeri telah meningkat dan telah mencecah hampir 2 bilion, inilah antara bukti bahawa rakyat tidak silap menggunakan undi mereka untuk memilih pemimpin yang adil serta jujur dalam soal mentadbir khususnya dalam soal menjaga aliran masuk wang kerajaan negeri. Cuba lihat bagaimana Kerajaan Persekutuan mentadbir urus kewangan Negara, hasil dari matlamat utama mereka (Umno BN) mahu memperalatkan, dana Negara bukan sahaja seolah seperti jatuh ditimpa tangga, malah muka pula terpalit najis lembu, Perdana Menteri Najib Tun Razak pula apabila ditanya keadaan kewangan Negara dengan wajah bersahaja mengatakan 'kita telah pulih' dan sebagainya alasan yang tidak menyakinkan. Buktinya kita boleh lihat dalam laporan audit Negara dan kita akan dapati sejumlah senarai pembaziran dana Negara yang membabitkan berbilion ringgit hilang entah kemana, dana tersebut jika dimanfaatkan khusus buat rakyat sebagaimana sepatutnya, saya amat yakin Negara ini kini seiring maju dan makmur seperti Negara-Negara Asia yang telah maju. Pemimpin-pemimpin Umno BN sering menuduh bahawa Pakatan adalah ejen perosak Negara dengan menyifatkan rakyat yang bersama PR merupakan pihak yang bersubahat dengan perbuatan keji sambil menyatakan ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mahathir baru-baru ini. Saya ingin mengingatkan BN bahawa perbuatan keji memperalatkan rakyat dengan menyalahgunakan dana awam demi kepentingan politik dan poket elit umno telah dikatahui umum, buatlah persiapan awal untuk kalah teruk dalam PRU akan datang. Namun kita dipihak PR telah lama mengetahui sememangnya BN telah bersiap sedia dengan taktik penipuan secara besar-besaran untuk menang lagi pada PRU kali ini dengan memperkudakan SPR dan JPN. Walaupun Umno BN punyai 'sistem' melalui SPR dan juga JPN, jika Allah berkehendak sesuatu maka tiada siapa pun dapat mengubah kerana doa jutaan rakyat yang telah dizalimi oleh kerajaan yang zalim makbul di sisi Allah SWT. Pakatan Rakyat komited dan akan terus berusaha untuk mengambalikan semula kuasa rakyat yang telah selama hari ini diperalatkan oleh Umno BN yang semakin hilang kewarasan berfikir apabila berbicara soal hak rakyat. Ingatlah suara dan undi rakya adalah lebih kuasa penentu untuk menentukan siapakah pemerintah Negara seterusnya membebaskan rakyat dari terus diperalat Umno BN. Memberii peluang walaupun sepenggal lagi kepada BN adalah satu kesilapan kerana anda telah memberi kepada penipu untuk terus menipu. 4 Mei 2012 Drs. Khalil Idham Lim Parit Buntar. |
Batu 2,000 tahun ada sel darah manusia Posted: 04 May 2012 02:00 AM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - MIKROSKOP pengimbas menunjukkan sel darah manusia pada batu tajam yang dijadikan pisau. BANDAR RAYA MEXICO - Beberapa batu tajam yang berusia 2,000 tahun didapati mempunyai sel darah dan cebisan tisu termasuk otot, kulit, rambut serta tendon manusia. Institut Sejarah dan Antropologi Mexico menyatakan penemuan yang dibuat oleh para penyelidik itu menyokong dakwaan tentang amalan penggunaan batu tersebut dalam upacara pengorbanan manusia. Menurut institut itu kelmarin, ia menggunakan mikroskop pengimbas semasa membuat penemuan tersebut. Batu-batu itu ditemui di Cantona, negeri Puebla, Mexico. Ia diserahkan kepada seorang penyelidik di institut tersebut, Luisa Mainou oleh beberapa ahli antropologi selepas menemuinya dua tahun lalu. Seorang profesor madya dalam bidang antropologi di Universiti Florida, Susan Gillespie menyatakan batu-batu itu digunakan untuk memotong daging manusia. - AGENSI |
Scorpene: Keengganan Najib Bukti Beliau Bersalah Posted: 04 May 2012 01:30 AM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - SHAH ALAM 4 MEI : Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tidak hadir ke mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene akan memberikan impak yang besar terhadap kredibiliti pemimpin tertinggi negara tersebut di mata dunia. Selain itu tindakan tersebut juga akan memberikan gambaran yang menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab, tidak amanah dan menyalah guna kuasa. MP Shah Alam, Khalid Samad berkata keengganan itu juga akan membuktikan Najib sebenarnya terlibat dalam skandal terbabit seperti yang didakwa sebelum ini. "Ianya akan menimbulkan andaian dan tanggapan banyak pihak bahawa beliau sebenarnya bersalah dan terlibat dalam amalan rasuah itu," katanya ketika ditemui. Beliau berkata apabila kerajaan Perancis mengambil tindakan seperti itu, ianya menunjukkan satu usaha yang baik untuk menangani masalah rasuah termasuk amalan kontraktor dan pembekal membayar pihak tertentu untuk mendapatkan kontrak. "Walaupun ianya boleh menguntungkan ekonomi mereka tetapi kerajaan Perancis tidak mahu amalan itu dilakukan oleh kontraktor dan pembekal Perancis kerana bagi mereka jika mahu mendapatkan kontrak sekalipun biar atas sebab merit bukan atas sebab rasuah," katanya. Justeru, Najib dan kerajaan pusat sepatutnya memberikan sokongan yang sepenuhnya untuk membantu kerajaan Perancis itu untuk menentukan amalan perdagangan yang bersih dan bebas rasuah. "Dalam usaha seperti itu, walaupun kerajaan Perancis mendapatkan keuntungan dari segi ekonominya kerana kontrak itu tetapi usaha yang murni itu sepatutnya Najib memberikan sokongan penuh. "Hal ini juga akan menunjukkan jika kita ingin bersaing di pentas antarabangsa, ekonomi syarikat-syarikat kita tidak akan mampu bertahan kerana budaya rasuah menjadi amalan," katanya. Sehubungan itu katanya, tiada sebab untuk Najib enggan hadir ke mahkamah Perancis kerana ianya melibatkan keuntungan ekonomi negara kita masa akan datang. "kalau mahu membeli barang, tidak perlu rasuah orang dan tidak payah beli dengaan harga yang tinggi. Kalau dikatakan ianya menjadi satu amalan biasa maka akhirnya ekonomi kita juga akan terjejas kalau nk bersaing di pentas antarabangsa pun kita akan kalah. "Sememangnya di negara kita wujud keperluan pihak ketiga dalam urusniaga pembelian tetapi mengapa kerajaan perlu membayar dengan harga yang tinggi," katanya. Semalam, Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI – anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN. Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram, terdapat satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa meminta jumlah itu untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001. Faks bertarikh 1 Jun 2001 dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud. Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales. Malah, Waran tangkap antarabangsa boleh dikeluarkan oleh hakim Perancis jika saksi enggan membantu sesuatu siasatan selepas sepina dikeluarkan. Menurut peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO Suaram dalam aduan awam berhubung dakwaan membabitkan sogokan jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian senjata, "amaran merah" boleh dihantar kepada Interpol sebagai langkah terakhir. "Jika saksi itu enggan mematuhi sepina tersebut, mahkamah boleh mengeluarkan notis mandat d'amener, memaksa saksi hadir di mahkamah. "Jika saksi (masih) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan. "Waran tangkap berkenaan berkuatkuasa dalam wilayah Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim merasakannya perlu," katanya. Bulan lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau atau sesiapa sahaja dari kementeriannya, tidak akan membantu siasatan di Perancis itu. Zahid dinamakan dalam senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh Suaram, yang telah diterima oleh hakim siasatan Perancis, Roger Le Loire. selangorku/- |
'Najib takut guna Suhakam siasat kekejaman polis' Posted: 04 May 2012 01:24 AM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - DAP menyelar perdana menteri kerana mengenepikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dengan membentuk sebuah panel baru untuk menyiasat laporan keganasan polis semasa BERSIH 3.0. "Adakah Ia kerana kabinet bimbang penemuan Suhakam akan menjejaskan pasukan polis dan kerajaan, dan dengan itu, Najib cuba menubuhkan sebuah panel baru yang akan lebih 'bersimpati' kepada kerajaan?" tanya Ahli Parlimen DAP, Tony Pua. Pua (kanan) berkata, pengumuman kerajaan adalah "aneh" kerana ia telahpun menubuhkan Suhakam di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 untuk mengendalikan perkara pelanggaran hak asasi manusia. Oleh itu, tegasnya, mengapa Suhakam diketepikan apabila ia membabitkan penyiasatan penyalahgunaan hak asasi manusia oleh pasukan polis. "Adakah pesuruhjaya yang sedia ada tidak cukup baik?" tanya ahli parlimen PJ Utara itu satu kenyataan hari ini. malaysiakini/- |
13 maut, 120 cedera letupan bom di Dagestan Posted: 04 May 2012 01:20 AM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - MAKHACHKALA (Russia): Dua kenderaan meletup di luar balai polis Republik Dagestan, Russia meragut sekurang-kurangnya 13 nyawa serta mengakibatkan lebih daripada 120 cedera termasuk 15 cedera parah, demikian menurut pihak berkuasa wilayah itu, hari ini. Pihak berkuasa negara itu mendakwa serangan terancang itu dilakukan pemberontak Islam di wilayah terbabit. Katanya, pasukan penyiasat menemui mayat masing-masing seorang lelaki dan wanita yang dipercayai pengebom nekad. Letupan pertama berlaku berdekatan balai polis trafik di mana membabitkan sebuah kereta yang dipanggil bagi melakukan pemeriksaan. Kira-kira 25 minit kemudian, ketika lokasi letupan dipenuhi dengan pasukan penyiasat dan anggota polis, letupan kedua berlaku membabitkan van mini yang diletakkan di kawasan berdekatan. - AP |
Suhakam: Polis langgar hak asasi manusia semasa BERSIH 2.0 Posted: 04 May 2012 01:00 AM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - Polis telah melanggar hak asasi manusia apabila mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan kemudahan awam semasa perhimpunan BERSIH 2.0 Julai lalu, kata Malaysia Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Naib Pengerusi SUHAKAM, Dr Khaw Lake Tee berkata terdapat pelanggaran hak asasi manusia oleh polis dalam beberapa kejadian, terutamanya apabila gas pemedih mata ditembak ke kawasan (kemudahan) awam seperti Hospital Tung Shin, Hospital Bersalin Cina dan KL Sentral, yang berisiko kepada keselamatan awam. Dalam kes Hospital Tung Shin, katanya, walaupun gas pemedih mata tidak ditembak terus ke dalam halamannya, tetapi menembaknya di sepanjang Jalan Pudu itu sendiri berbahaya kepada mereka di dalam hospital, kerana ia adalah kawasan hospital. Dr Khaw memberitahu demikian dalam satu sidang media di ibupejabat Suhakam hari ini. Khaw telah membaca laporan 40 muka surat suruhanjaya itu hasil siasatan awam mengenai pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan selepas perhimpunan tersebut pada 9 Julai tahun lepas. malaysiakini/- |
Kerajaan Negeri Bina Rumah 7 Keluarga Miskin Lembah Jaya Posted: 04 May 2012 12:53 AM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] SHAH ALAM, 3 MEI: Pelbagai usaha dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan masyarakat negeri ini menerima manfaat dari program-program kebajikan yang dijalankan. Antara program yang dijalankan termasuklah menyediakan bantuan membina rumah bagi golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan yang dijalankan di bawah program Rumah Kerajaan Perihatin. Demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz ketika ditemui TVS baru-baru ini. Menurut Khasim, sehingga kini sebanyak tujuh keluarga golongan terbabit di Lembah Jaya telah menerima manfaat yang dijalankan oleh kerajaan negeri. "Program Rumah Kerajaan Perihatin ini kita sasarkan kepada golongan berpendapatan rendah yang ada memiliki tanah tetapi tidak mampu tampung kos bina rumah. "Setakat ini kita telah bina tujuh rumah untuk golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan yang tak mampu bina rumah sendiri dan masih ada beberapa permohonan baru yang masih diteliti. Menurut Khasim, sebanyak RM35,000 diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi setiap unit rumah yang dibina. "Untuk setiap rumah kita peruntukan maksima RM35,000 bergantung kepada keadaan rumah sedia ada. "Kadang-kala ada di antara mereka dah ada rumah, tetapi tak berapa sempurna atau uzur, kita cuma baiki sahaja. "Ada juga rumah yang ada itu terlalu uzur atau memang yang belum bina rumah, yang itu kita bina rumah baru, tetapi syaratnya tapak tersebut mesti bergeran dan dimiliki oleh pemohon," ujar Khasim lagi. Ketika membuat tinjauan di beberapa rumah yang dibina menerusi peruntukkan dari program Rumah Kerajaan Perihatin, mereka melahirkan rasa lega apabila kerajaan negeri menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan masalah kediaman keluarga mereka. Menurut salah seorang penerima bantuan yang ditemui di Kampung Tasik Permai, Thiago a/l Shanmugam, kini keluarganya dapat tinggal di kediaman lebih selesa berbanding sebelumnya. "Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan negeri sekarang kerana bantu kami bina rumah baru untuk kami sekeluarga duduk, kalau kerajaan negeri tak bantu tentu rumah kami masih macam dahulu, terlalu uzur. "Sekarang, jauh lebih selesa. Kalau nak harap pendapatan saya tentulah kami belum duduk rumah seperti sekarang ini, tetapi sekarang saya cukup lega," beritahu Thiago kepada TVS. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Tasik Permai, Che Yusof Che Mat, sebanyak dua buah rumah telah dibina di kampung Tasik Permai dan lima lagi terletak di beberapa kampung lain sekitar Lembah Jaya. selangorku/- |
Jenazah Bob Kuman selamat dikebumi di kampungnya Posted: 04 May 2012 12:45 AM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - Jenazah pelakon dan pelawak popular Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Rantau dekat Seremban, kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Normah Othman di rumah mereka di Pangsapuri Silvia, Kota Damansara, kira-kira pukul 4.40 petang semalam. Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010. Kira-kira 200 orang termasuk anggota keluarga, saudara-mara dan rakan artis Allahyarham seperti Saiful Apek, Yassin Senario, penyanyi Hattan, Elly Suriati dan Cat Farish berada di tanah perkuburan itu. Sementara itu, adik bongsu Allahyarham, Shahrin Nadzmi, 32, berkata jenazah abangnya tiba di rumah ibu mereka di Kampung Sega Tengah pada pukul 11.15 malam tadi. Katanya Allahyarham adalah anak sulung daripada tujuh beradik. Sementara itu, Saiful Apek pula berkata hubungan beliau dengan Allahyarham memang rapat dan beliau terkilan kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham di saat akhir sebab sibuk dengan tugas. "Kali terakhir saya jumpa Allahyarham dua minggu lepas. Walaupun lama tak jumpa tapi kami selalu berhubung dengan telefon. Allahyarham ada menyatakan hasrat beliau untuk menerbitkan filem dan kami merancang untuk membuatnya bersama. Allahyarham juga ada berpesan nak membuat sesuatu pada dunia artis," katanya. Ibu saudara Allahyarham, Maziah Abu Bakar, 56, pula mengambil kesempatan memohon sesiapa saja yang mengenali Bob Kuman agar memaafkan Allahyarham jika ada kesalahan. "Kita sama-sama berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," katanya. - Bernama |
Pelajar dicari kerana kecam polis dalam facebook Posted: 03 May 2012 11:43 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KLANG: Khalid Ismath adalah pelajar undang-undang Universiti Teknologi Mara. Bersama dengan ibunya, Faridah Abdul, Khalid menyertai perhimnpunan Bersih 3.0 untuk melihat bagaimana perhimpunan itu berjalan. (Polis bercakap dengan Ismath [kanan] meminta anaknya dihantar ke balai polis) Sebagai pelajar undang-undang beliau juga ingin melihat sendiri bagaimana proses undang-undang berjalan di negara ini. Namun, Khalid terkejut besar, apabila perhimpunan yang asalnya aman bertukar ganas dan huru hara apabila pihak polis menembak gas pemedih mata ke atas lebih 200,000 orang yang berhimpun di perkarangan Dataran Merdeka. Bagi Khalid, mereka tidak bersalah kerana yang dilarang oleh mahkamah adalah berhimpun di dalam kawasan Dataran Merdeka yang dipagar. Ekoran tembakan gas pemedih mata dan semburan air berkimia dari Water Canon polis menyebabkan ibunya, Faridah, cedera parah akibat dipijak orang ramai yang bertempiaran menyelamatkan diri. Faridah terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Ibu Khalid terpaksa bermalam selama lima hari di hospital kerana cedera di kepala itu agak parah. Selepas lima hari di HKL, ibunya baru boleh dibawa keluar. Itupun atas permintaan bapanya, Ismath Habib Mohamad dengan alasan akan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Klang yang lebih dekat dengan rumahnya yang terletak di Kelang. Kerana marah, sebagai anak muda, macam-macam diluahkan Khalid dalam facebooknya. Semua kemarahannya dihamburkan ke arah polis yang disifatkan beliau sebagai ganas dan tidak wajar. Bagi beliau, peserta perhimpunan tidak bersalah kerana beliau dan ibunya berhimpun di luar dari kawasan yang diharamkan oleh pihak mahkamah. Ekoran itu, pagi ini 4 Mei, empat orang anggota polis dari Cawangan Khas IPK Kelang datang ke rumahnya untuk menangkap Khalid. Polis bertemu dengan ayahnya, Ismath Habib yang kebetulan ada di rumah. Khalid tidak ada dirumah ketika itu. "Bagi saya anak saya tidak salah. Apa yang dia tulis dalam facebooknya hanya rasa amarah anak muda yang melihat kecederaan parah yang dialami ibunya yang terlantar di hospital," kata Ismath kepada Harakahdaily. Bagaimanapun, memandangkan anaknya adalah pelajar undang-undang, Ismath akan berbincang dengan anaknya itu sebelum mengambil apa-apa tindakan. Menurut beliau, polis meminta beliau menghantar anaknya ke mana-mana balai polis untuk diambil kenyataannya. Harakah Daily |
Keganasan polis tidak gentarkan anak muda Posted: 03 May 2012 11:42 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama 70 NGO di bawah kendalian anak-anak muda dari berbagai-bagai lapisan anak muda Malaysia akan mengadakan pameran bergerak menayangkan video dan mempamirkan pelbagai bentuk gambar-gambar keganasan polis semasa menyuraikan himpunan Bersih 3.0 minggu lalu. Perkara ini dinyatakan oleh ketua SAMM, Badrul Hisham Sharin atau dikenali dengan Che GuBadr malam tadi dalam majlis ringkas perkisahan beliau dan teman-teman yang menjadi mangsa keganasan dan kedurjanaan polis semasa di rumah Anwar Ibrahim. Anwar memuji Badul dan rakan-rakannya. Dalam pameran itu orang ramai dapat menyaksikan aksi polis yang membelasah para peserta di mana aksi dan sikap rakus polis ini tidak ditayangkan di media eletronik dan cetak penjilat tahi. Sebaliknya apa yang mainkan oleh media massa mengenai aksi para himpunan yang digambarkan ganas dan bertindak ke atas polis. Pemeran itu menurut Badrul akan diadakan di seluruh negara, ke kampung-kampung dan desa di mana masyarakatnya hanya menerima akses media penjilat tahi sahaja. "Kita berharap pameran ini akan memberi gambaran jelas apa yang berlaku pada himpunan Bersih 3.0 lalu mengenai tindakan ganas polis," katanya. Dalam pengkisan ringkasan mengenai senario Bersih dan tindakan ganas polis, Badrul mencerita polis telah melakukan para perserta sebagai mangsa mereka tanpa ada belas kesian. Polis akan membelasah mana-mana para peserta secara beramai-ramai. "Keadaanya macam di dalam hutan rimba di mana polis bertindak semacam haiwan liar kelaparan yang menerkam mangsa," tegasnya. Beliau sendiri ditendang, ditumbuk beramai-ramai oleh anggota polis, sampai berdarah hidung dan keluar air dari telinga. "Saya tidak dapat bebruat apa-apa dalam keadaan begitu selain diam dan meminta maaf agar jangan diperlakukan demikian.... namun permohonan dan rayuan saya tidak dipedulikan," ceritanya lagi. Paling tidak bermoral polis yang dilakukan ke atas Badrul sambil membelasah wang beliau juga RM200 dirampas (curi) polis. "Saya dengar setelah selesai membelasah dan mencuri duit saya mereka gelak beramai-ramai. Sambil membelasahnya juga polis mengeluar kata-kata kesat dan menghina dirinya dan juga diri Anwar Ibrahim dengan mengatakan, ini orang kuat Anwar bontot. (Cis kepada polis ini). Malam tadi selain Badrul tiga orang rakannya yang turut menjadi mangsa polis turut mengisahkan nasib pada himpunan itu. Shafik yang pertama kali menyertai Bersih atas kemahuannya sendiri bersumpah dia tidak akan menyokong Umno lagi dan sebaliknya akan menentang parti yang dianggap durjana kerana mengarah polis berlaku sadis. "Walaupun inilah kali pertima saya menyertai demonstrasi dan saya dibelasah ia tidak akan memeritkan saya, apa yang berlaku itu menjadikan saya akan turun di mana saja demonstrasi untuk menjatuhkan Umno. Umno kena jatuhkan sebab ia sebuah parti jahat," katanya tanpa menggambarkan kegerunan. Tegas Badrul lagi himpunan Bersih 3.0 adalah sejarah bagi anak-anak muda. "Saya melihat himpunan Bersih 3.0 menunjukkan kebangkitan anak-anak muda Malaysia untuk merubah kerajaan," Malam tadi juga Badrul dan anak-anak muda menyatakan janji dan ikrar mereka, bahawa keganasan polis itu tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus bangkit bagi menghancurkan kezalaiman. "Insya Allah kami tidak akan gentar bahkan apa yang berlaku itu memberi semangat kepada kami untuk terus bangkit," ujarnya disambut takbir dan tepukan gemuruh dari kira-kira 100 orang yang hadir pada setiap malam Jumaat di rumah Anwar untuk bertahlil, munajat dan solat hajat. Anwar pula dalam memberi reaksi kepada kebangkitan anak-anak muda, Badrul dan rakan-rakannya menganggap mereka adalah hero-hero baru yang boleh disandarkan oleh rakyat. Saya ucap syabas dan tahniah atas keberanian mereka kerana menegakkan keadilan dan kebenaran. - http://www.msomelayu.blogspot.com/ Harakah Daily |
Dayangku Intan dan TS Kadir meriah makan malam Posted: 03 May 2012 11:40 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayangku Intan dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil berjaya memeriahkan makan malam anjuran Pemuda PAS Titiwangsa baru-baru ini. Ucapan kedua-dua mereka berjaya memikat hadirin dan memberikan semangat kepada 250 peserta majlis itu untuk berubah. Dalam ucapannya, Dayangku Intan menceritakan detik perubahannya yang membawa penghijrahannya ke dunia politik Pakatan Rakyat. Dengan penuh keinsafan beliau mengajak para tetamu dan insan lain agar bersama berubah ke arah kebaikan. Dunia glamour yang ditempuhinya ternyata tidak mendatangkan nilai apa-apa jika jiwa tidak mampu berubah ke arah kebaikan. Kehadiran Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir (gambar bawah), bekas Menteri Penerangan menambah serikan suasana majlis tersebut. Beliau tampil menceritakan pengalaman lampaunya selama berpuluh tahun di dalam Umno dan akhirnya keluar darinya kerana merasakan perjuangan Umno sekarang sudah lari dari matlamat perjuangannya. Beliau turut berkongsi pengalaman dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan merasai sendiri penderitaan rakyat berkubang asap gas pemedih mata dan air water cannon. Majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa dibuat sempena pelancaran Dana PRU ke 13 parlimen Titiwangsa. Majlis yang dilangsungkan pada 30 April 2012 di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dilangsungkan dengan penuh meriah. Peramian majlis disempurnakan oleh saudara Ahmad Sabky Yusof, Penolong Setiausaha Agung PAS bagi menggantikan Haji Salahuddin Ayub yang tidak dapat menghadirkan diri saat akhir kerana mempunyai urusan parti yang lebih penting. Simbolik angka 13 penjadi pilihan simbolik perasmian kerana itulah angka pilihanraya umum yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Sementara itu, kehadiran tetamu dari kalangan pimpinan PAS Pusat seperti Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof - Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Saleh - AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad - Pesuruhjaya PAS WP, serta Vincent Lee dan S. Suria Narayanan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS. Majlis ini tidak kurangnya kehadiran daripada tokoh korporat, pegawai tinggi kerajaan serta bekas-bekas pegawai tinggi tentera. Majlis dimulakan tepat jam 8.30 malam dengan ucapan Yang Di Pertua PAS Kawasan Titiwangsa, Mej (B) Ustaz Abdullah sebagai mukadimah bicara mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan. Dengan tekad untuk memastikan kemenangan PAS di Parlimen Titiwangsa kekal, pihak penganjur berjanji akan menganjurkan pelbagai projek lagi selepas ini. Harakah Daily |
Syarikat Razak Baginda di HK mencurigakan Posted: 03 May 2012 11:39 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Tinjauan Asia Sentinel terhadap syarikat bernama Terasasi di Hong Kong, yang pengarahnya ialah Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Mulim Baginda telah mendapati bahawa syarikat itu adalah syarikat misteri yang tidak diketahui punca perniagaannya. (Abdul Razak dan isteri didakwa pemilik syarikat misteri di Hong Kong) Terasasi, yang disenaraikan antara 142 syarikat di satu bangunan pada 3 Lockhart Road di Wan Chai Hong Kong cuma disenaraikan sebagai sebuah syarikat tempatan. Terdahulu Asia Sentinel mendedahkan bahawa syarikat kontroversi tersebut telah digunakan untuk menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian kapal selam Scorpene daripada sebuah syarikat pertahanan Thales International yang berpusat di Perancis, yang lebih dikenali sebagai Thint Asia. Wang tersebut, dakwa Asia Sentinel telah disalurkan ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Laman web tersebut berkata penyaluran dan pengendalian wang haram di Hong Kong adalah satu jenayah serius, dan mempercayai bahawa pihak berkuasa di Hong Kong sedang menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap Terasasi. Laporan yang ditulis oleh John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong turut mendapat perhatian media Hong Kong, Ming Pao. Menurut Merdeka Review, Ming Pao telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku. Hasil daripada usaha Suaram, skandal kes pembelian kapal selam Scorpene kini sedang didengar di mahkamah Perancis. Temuramah Najib Majistret Perancis Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang dilantik ke Tribunal Paris Grande de Instance telah memberitahu hasrat mereka untuk menemuramah Najib dan orang kanannya satu ketika dulu Razak Baginda. "Bagaimanapun peluang untuk pihak berkuasa Perancis untuk menerumah perdana menteri daripada sebuah negara berdaulat atas kes rasuah adalah sangat tipis, walaupun persoalan ini akan merumitkan pelan Najib untuk melawat Eropah pada masa depan," tulis John, sambil menambah beliau tidak pasti samada pihak berkuasa Perancis sudah meminta bantuan daripada Hong Kong untuk membantu siasatan mereka. Selain orang kanan Najib, Razak Baginda juga dinamakan sebagai kekasih kepada Altantuya Shariibu yang dibunuh kejam di Shah Alam pada 2006 setelah dikatakan datang menuntut komisyen daripada penjualan kapal selam yang dijanjikan kepadanya. Di satu sidang Dewan Rakyat, telah didedahkan bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd telah menerima sebanyak Euro 114 juta (RM457 juta) sebagai komisyen pembelian kapal selam daripada satu anak syarikat Thales dan DCN, Armaris. Perimeker pada masa itu adalah satu syarikat yang dimiliki KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda. Perimekar kini dimiliki 20 peratus setiap satu oleh LTAT and Boustead Holdings. Menurut laporan Agence France Press (AFP), siasatan akan menjurus kepada tiga kontrak untuk kapal selam bernilai € 1.2 bilion, yang telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002. Berdasarkan dokumen, kontrak tersebut mempunyai dua bahagian. Menurut dokumen yang dikaji, kontrak yang dimeterai mempunyai dua komponen: Pertama ialah penjualan dua kapal selam yang dibina oleh DCNS pembinaan kapal tentera laut Perancis dan Izar firma pembinaan kapal Sepanyol, € 920 juta; Dan kedua ialah mengenai penghantaran "sokongan logistik" dari sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Bhd , bernilai € 114 juta, untuk melatih kumpulan pertama anggota TLDM seramai 200 orang. Menurut AFP, perjanjian tersebut melibatkan komisyen RM457 juta yang dibayar ke Perimekar, kontrak C5 untuk bisnes kejuruteraan yang dimeterai pada Ogos 2000 antara DCNI, sebuah anak syarikat DCN dan Thales International Asia bernilai Euro 30 juta (RM132 juta). Yang ketiga, ialah penjanjian rundingan yang ditandatangani pada Oktober 2000 antara Thint Asia dan Terasasi. Menurut John, penyiasat Perancis sedang juga menyiasat satu invois yang dikeluarkan oleh Terasasi pada Ogos 2004 bernilai Euro 359,450 (RM1.44 juta) yang dihantar ke Thint Asia. "Bagi penyiasat, perkara ini seolah-olah… menunjukkan bayaran yang dibuat ke Terasasi pada akhirnya tiba di tangan Najib, menteri pertahanan ketika itu atau Razak Baginda," tambahnya. Para penyiasat Perancis turut berkata Terasasi menerima bayaran daripada Thint Asia, termasuk satu bayaran berjumlah Euro 360000 (RM1.44 juta) yang disertakan dengan nota, "Razak hendakkan bayaran ini dibuat segera." "Tiada indikasi Razak mana yang dirujuk, Najib Razak atau Razak Baginda," tulis beliau. Dokumen di mahkahmah Perancis telah mendedahkan bahawa jumlah wang yang disalurkan daripada Thint Asia ke Terasasi ialah sebanyak Euro 3 juta (RM12 juta) ketika Terasasi masih di Malaysia dan Euro 33 juta (RM132 juta) tatkala ia menjadi syarikat di Hong Kong. Harakah Daily |
Media Umno ajar fitnah seks secara terbuka Posted: 03 May 2012 11:36 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - PETALING JAYA: Tindakan akhbar Utusan menggunakan kaedah fitnah seks ke atas Azmin Ali Timbalan Presiden PKR yang sedang berlaku sekarang ini adalah gambaran nyata betapa bengkrapnya tahap moral dan maruah organisasi dan parti yang didokongnya – Umno. Demikian dakwa Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini. PKR juga, kata Muhamad Nor, melihat bahawa tindakan akhbar ini adalah manifestasi dari desperado dan tekanan tidak terkawal yang dihadapi Umno dalam menghadapi kebangkitan rakyat melaluiBersih 3.0 dan letusan isu rasuah RM3 bilion dalam isu pembelian scorpene yang sedang hangat diperkatakan rakyat sekarang ini. Ia juga mengesahkan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Umno kini sedang ketandusan ahli bijak pandai dan golongan profesional sebagai penerus kepimpinan dan perjuangannya. "Apa yang dilakukan ini, hanyalah penerusan kepada budaya tahyul, liar dan lucah yang menjadi anutan agensi tersebut yang telah diamalkan sekian lama melalui pelbagai penerbitannya," dakwa beliau. Katanya, strategi yang sama telah pun digunakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri fitnah seksual sejak 1998 lagi, selepas gagal mencari isu lain yang bolehm enjatuhkan beliau. Namun, usaha yang dilakukan untuk memudarkan sinar kepimpinan tokoh ini tetap gagal berterusan kerana rakyat Malaysia nyata lebih bijaksana dalam menilai hakikat dan kebenaran. Adalah jelas, kata beliau, Umno dan semua media pendokongnya tidak mempedulikan apakah implikasinya kepada generasi muda yang masih bersih dan belum mengerti apa-apa apabila fitnah seperti ini disebarkan secara terbuka dan berleluasa. "Keadilan berpendirian bahawa dengan melihat data peningkatan pelbagai gejala keruntuhan moral yang begitu ketara sejak dekad mutakhir ini- seperti zina, gay, lesbian, pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah–nyata sekali ia adalah kesan buruk dari gejala fitnah seksual yang diamalkan ini. "Hakikatnya, Umno dan Utusan telah melakukan satu jenayah besar kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya dalam hal ini dan mereka perlu bertanggungjawab keatasnya," katanya. Harakah Daily |
Bapa 4 anak dipenjara hantar mesej lucah Posted: 03 May 2012 11:32 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - "Bagi saya awak 'best of the best', biarlah awak janda pun, ikhlas dari hati saya bagitahu." Itu antara isi kandungan khimat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar seorang buruh yang gila bayang selepas 'merindui' penangan urutan tangan seorang janda beranak satu. Bukan itu sahaja, bapa kepada empat anak itu juga kerap mengganggu janda berkenaan dengan menghantar SMS dan MMS berbaur lucah. Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral tertuduh, Mohd Ruslaini Rais, 49, akhirnya menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Marang mengaku bersalah dengan sengaja mengaibkan kehormatan terhadap mangsa, 40, melalui SMS dan MMS berunsur lucah pada 28 Disember tahun lalu kira-kira jam 6.11 petang di sebuah kedai makan di Kuala Ibai, di sini. Tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, mangsa sedang makan bersama rakannya dan menerima SMS daripada nombor telefon tidak dikenali dipercayai milik tertuduh. Disebabkan tidak tahan dengan gangguan tertuduh, mangsa yang bekerja sebagai tukang urut profesional itu mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis daerah Kuala Terengganu. Susulan laporan dibuat, tertuduh ditangkap di kediamannya pada 9 April lalu, kira-kira jam 4 pagi. Sinar Harian |
Posted: 03 May 2012 09:25 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - Tika rakyat dibungkam arah semburan tajam air beracun mengentalkan daya juang menghambat kegerunan di dada menguasa. Soldadu juang rebah berdarah kekejaman menguningkan jiwanya para menggenggam api bersih akan meredah jalanan lebih gagah dan berwaspada. Penguasa kekal bangga dengan belantan syaitannya. Apilah membakar segala ruang rasa baranya tak pernah padam. Nukilan: Suhaimi Taib Kuala Terengganu 3 Mei 2012. |
Kena tembak selepas beli gula-gula Posted: 03 May 2012 09:00 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - NASRUR yang cedera dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam. KOTA BHARU – Seorang wanita tidak menyangka jeritan jiran memberitahu ada orang kena tembak di Taman Sentosa Jaya, Badang dekat sini semalam rupa-rupanya membabitkan suami sendiri yang cedera ditembak oleh dua lelaki berpakaian serba hitam. Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, Nasrur Alimin Mohamad, 34, ditemui cedera parah akibat terkena beberapa das tembakan di betis kanan dan ditetak di kepala dan pergelangan tangan kanan. Cerita isteri mangsa, Ira Shamimi Shamsuddin, 24, sebelum kejadian, suaminya yang bekerja sebagai pembekal peralatan makmal di hospital di sini singgah di sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya untuk membeli kad tambah nilai prabayar dan gula-gula sebelum pergi ke tempat kerjanya di sini. "Tidak lama selepas suami keluar rumah, saya terdengar bunyi letupan bagaikan mercun menyebabkan saya keluar dari rumah untuk melihat apa bunyi itu. "Sebaik saya jenguk ke luar rumah, saya nampak pemilik kedai runcit itu melambai-lambaikan tangan ke arah saya dan dalam masa sama saya terdengar jiran menjerit ada orang kena tembak," cerita Ira yang tidak bekerja ketika ditemui di tempat kejadian semalam. Kata Ira lagi, dia kemudian cuba menghubungi suaminya untuk memberitahu kejadian tersebut tetapi panggilan itu tidak dijawab sebelum ada jiran datang ke arahnya dan memaklumkan suaminya cedera terkena tembakan. kosmo/- |
Syarikat Razak Baginda di HK mencurigakan - Asia Sentinel Posted: 03 May 2012 08:52 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Tinjauan Asia Sentinel terhadap syarikat bernama Terasasi di Hong Kong, yang pengarahnya ialah Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Mulim Baginda telah mendapati bahawa syarikat itu adalah syarikat misteri yang tidak diketahui punca perniagaannya. (Abdul Razak dan isteri didakwa pemilik syarikat misteri di Hong Kong) Terasasi, yang disenaraikan antara 142 syarikat di satu bangunan pada 3 Lockhart Road di Wan Chai Hong Kong cuma disenaraikan sebagai sebuah syarikat tempatan. Terdahulu Asia Sentinel mendedahkan bahawa syarikat kontroversi tersebut telah digunakan untuk menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian kapal selam Scorpene daripada sebuah syarikat pertahanan Thales International yang berpusat di Perancis, yang lebih dikenali sebagai Thint Asia. Wang tersebut, dakwa Asia Sentinel telah disalurkan ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Laman web tersebut berkata penyaluran dan pengendalian wang haram di Hong Kong adalah satu jenayah serius, dan mempercayai bahawa pihak berkuasa di Hong Kong sedang menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap Terasasi. Laporan yang ditulis oleh John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong turut mendapat perhatian media Hong Kong, Ming Pao. Menurut Merdeka Review, Ming Pao telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku. Hasil daripada usaha Suaram, skandal kes pembelian kapal selam Scorpene kini sedang didengar di mahkamah Perancis. Temuramah Najib Majistret Perancis Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang dilantik ke Tribunal Paris Grande de Instance telah memberitahu hasrat mereka untuk menemuramah Najib dan orang kanannya satu ketika dulu Razak Baginda. "Bagaimanapun peluang untuk pihak berkuasa Perancis untuk menerumah perdana menteri daripada sebuah negara berdaulat atas kes rasuah adalah sangat tipis, walaupun persoalan ini akan merumitkan pelan Najib untuk melawat Eropah pada masa depan," tulis John, sambil menambah beliau tidak pasti samada pihak berkuasa Perancis sudah meminta bantuan daripada Hong Kong untuk membantu siasatan mereka. Selain orang kanan Najib, Razak Baginda juga dinamakan sebagai kekasih kepada Altantuya Shariibu yang dibunuh kejam di Shah Alam pada 2006 setelah dikatakan datang menuntut komisyen daripada penjualan kapal selam yang dijanjikan kepadanya. Di satu sidang Dewan Rakyat, telah didedahkan bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd telah menerima sebanyak Euro 114 juta (RM457 juta) sebagai komisyen pembelian kapal selam daripada satu anak syarikat Thales dan DCN, Armaris. Perimeker pada masa itu adalah satu syarikat yang dimiliki KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda. Perimekar kini dimiliki 20 peratus setiap satu oleh LTAT and Boustead Holdings. Menurut laporan Agence France Press (AFP), siasatan akan menjurus kepada tiga kontrak untuk kapal selam bernilai € 1.2 bilion, yang telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002. Berdasarkan dokumen, kontrak tersebut mempunyai dua bahagian. Menurut dokumen yang dikaji, kontrak yang dimeterai mempunyai dua komponen: Pertama ialah penjualan dua kapal selam yang dibina oleh DCNS pembinaan kapal tentera laut Perancis dan Izar firma pembinaan kapal Sepanyol, € 920 juta; Dan kedua ialah mengenai penghantaran "sokongan logistik" dari sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Bhd , bernilai € 114 juta, untuk melatih kumpulan pertama anggota TLDM seramai 200 orang. Menurut AFP, perjanjian tersebut melibatkan komisyen RM457 juta yang dibayar ke Perimekar, kontrak C5 untuk bisnes kejuruteraan yang dimeterai pada Ogos 2000 antara DCNI, sebuah anak syarikat DCN dan Thales International Asia bernilai Euro 30 juta (RM132 juta). Yang ketiga, ialah penjanjian rundingan yang ditandatangani pada Oktober 2000 antara Thint Asia dan Terasasi. Menurut John, penyiasat Perancis sedang juga menyiasat satu invois yang dikeluarkan oleh Terasasi pada Ogos 2004 bernilai Euro 359,450 (RM1.44 juta) yang dihantar ke Thint Asia. "Bagi penyiasat, perkara ini seolah-olah… menunjukkan bayaran yang dibuat ke Terasasi pada akhirnya tiba di tangan Najib, menteri pertahanan ketika itu atau Razak Baginda," tambahnya. Para penyiasat Perancis turut berkata Terasasi menerima bayaran daripada Thint Asia, termasuk satu bayaran berjumlah Euro 360000 (RM1.44 juta) yang disertakan dengan nota, "Razak hendakkan bayaran ini dibuat segera." "Tiada indikasi Razak mana yang dirujuk, Najib Razak atau Razak Baginda," tulis beliau. Dokumen di mahkahmah Perancis telah mendedahkan bahawa jumlah wang yang disalurkan daripada Thint Asia ke Terasasi ialah sebanyak Euro 3 juta (RM12 juta) ketika Terasasi masih di Malaysia dan Euro 33 juta (RM132 juta) tatkala ia menjadi syarikat di Hong Kong. harakahdaily/- |
Cina Islam cecah klik 15 juta, terima kasih kepada semua. Posted: 03 May 2012 08:34 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - Sekitar jam 10.00 pagi tadi, alhamdulillah blog Cina Islam telah berjaya mencecah klik ke 15 juta selepas ianya mula beroperasi pada penghujung tahun 2007. Selepas hampir 4 tahun blog ini dibangunkan semasa saya masih menetap di China pada musim sejuk tahun 2007 ternyata ianya menjadi lebih dikenali bila krisis Perak meletus. Saya agak bersetuju bila dikatakan blog agak kurang diminati apabila twitter dan facebook lebih cepat dapat menyalurkan maklumat. Namun saya bersyukur kepada Allah yang masih memberi kekuatan kepada kami untuk bersaing sebagai wadah penyalur maklumat terkini. Semasa krisis Perak memuncak dengan siri sidang DUN yang mendapat perhatian dari banyak pihak. Pengunjung terbesar ialah semasa sidang DUN 7 Mei 2009 dengan hit mingguan mencecah hampir sejuta klik. Sesungguh tidak ada sesuatu pencapaian yang boleh dibanggakan melainkan ianya adalah hasil sokongan dan jerih payah pelbagai pihak. Oleh itu saya ucapkan sekalung tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang tanpa mengira penat dan lelah memberi sokongan kepada blog ini. Mudah-mudahan Allah terus memberi peluang kepada kita untuk terus beramal dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Khalil Idham Lim Parit Buntar. 4 Mei 2012. |
Umno belum mampu ubah politik rakyat Kelantan – Dr Agus Posted: 03 May 2012 08:03 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Biar pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sering kali datang ke Kelantan, namun ia disifatkan penganalisis politik belum mampu mengubah pendirian politik rakyat negeri ini. Ini dibuktikan sejak pilihan raya 1995 sehingga 2008, biar pun beberapa Perdana Menteri datang menawarkan pelbagai gula-gula, namun politik berpandukan agama lebih rapat di jiwa mereka. Malah Umno Kelantan sudah bertukar pengerusi perhubungan lima kali sejak 1990 sehingga sekarang, dan kenyataan mampu merampas Kelantan seringkali dihaburkan, namun realitinya tidak ke mana-mana. Ketua Jabatan Sains Politik UKM, Datuk Prof Madya Dr Muhamad Agus Yusof berkata, berdasar kepada pengamatannya sukar untuk Umno mengulangi sejarah 2004 bagi merapatkan kedudukan dengan PAS. "Biar pun nampak pelbagai strategi digunakan, aktiviti parti dilaksanakan, bagi saya amat sukar untuk Umno mahu merealisasikan hasrat menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. "Memang diakui nampak gerak kerja Umno begitu giat dilaksanakan kebelakangan dalam misi menawan Kelantan, namun ia belum cukup kuat untuk menarik sokongan majoriti rakyat," katanya pada temubual bersama KTV di sini, baru-baru ini. KTV merupakan web televisyen milik Unit IT PAS Kelantan kini beroperasi di Jalan Kota Darulnaim. Sehingga kini pelbagai tokoh mengisi segmen tersebut termasuk aktivis pelajar masa kini, Adam Adli. Tembual itu boleh diikuti di Youtube KTV. Hari ini Perdana Menteri melawat Kelantan untuk kali kedua tahun ini. Pagi ini Najib merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia dan projek Agropolitan di Gua Musang, manakala pada sebelah petang merasmikan RTC yang diubah nama daripada Terminal Agrobisnes Negara di Tunjung. Pada April lalu Muhyiddin juga mempunyai jadual padat melawat Kelantan menemui penyokong Umno dan kakitangan kerajaan persekutuan. Kedatangan Perdana Menteri hari ini juga disambut dengan sepanduk tuntutan royalti minyak serta pilihan raya adil dan bebas oleh anak-anak muda. Dr Agus anak tempatan kelahiran Machang berkata, rakyat Kelantan lebih dekat dengan parti yang mampu menawarkan panduan agama dan pembangunan setempat. "Sehingga kini hanya PAS yang nampak berupaya melaksanakan hasrat itu biar pun pembangunan yang dibawa kerajaan pusat lebih besar. Bagi saya parti yang mampu menawarkan kedua-dua sekali lebih menjadi pilihan rakyat Kelantan," ujarnya. Harakah Daily |
Panel bebas: Kerajaan cuba ketepikan Suhakam Posted: 03 May 2012 08:01 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kerajaan sengaja mengenepikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila hendak menubuhkan panel siasatan bebas yang lain untuk menyiasat perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Itu kerja Suhakam. Kenapa ketepikan Suhakam dan tubuh pula kononnya panel siasatan bebas untuk siasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu? "Apa perlu panel siasatan itu sedangkan Suhakam telah membuktikan ia menjalankan kerjanya dengan professional," beliau mempersoalkan. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan tindakan itu sebagai bukti nyata bahawa kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak menghargai kewujudan Suhakam malah terangan-terangan menunjukkan rasa tidak percaya kepada suruhanjaya tersebut. "Mengapa kerajaan terang-terang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam? "Adakah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan kerajaannya marah dan sakit hati sangat kerana merasakan pendengaran Suhakam sebelum ini tidak menyebelahi pihak mereka," soal Mahfuz lagi. Tindakan kerajaan yang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam itu seolah-olah sengaja mahu mendorong masyarakat antarabangsa khususnya meragui kemampuan suruhanjaya itu, katanya. "Kerajaan nampaknya tidak mahu mengiktiraf peranan Suhakam sebagai pelindung hak asasi semua pihak termasuk pihak polis sendiri," katanya. Beliau juga bimbang kerajaan sengaja menolak peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Suhakam untuk menyiasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu kerana mahu mencari pihak yang boleh melindungi jenayah yang dilakukan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu. "Adakah kerajaan sengaja hendak mencari orang yang boleh berkerjasama untuk melindungi apa yang dilihat umum sebagai jenayah kerajaan Umno dan sebahagian anggota polis yang bertindak kejam dan ganas terutama yang mengarahkan tindakan sedemikian terhadap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 itu?" tanya Mahfuz. Beliau menyifatkan tindakan mengetepikan Suhakam itu menambahkan lagi keyakinan masyarakat termasuk masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan cuba melindungi keganasannya dari disiasat secara bebas, bersih dan adil. Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali. Suruhanjaya itu juga, tegasnya, terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika. Harakah Daily |
Posted: 03 May 2012 07:55 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - BACHOK – Seorang petani terkejut setelah melihat pisang nangka yang ditanamnya beberapa bulan lalu, mengeluarkan buah di bahagian batangnya di Kampung Kubang Keladi, semalam. Mat Hassan Mat Noh, 64, berkata, pada mulanya dia tidak perasan mengenai pisang itu sehinggalah dua minggu lalu. "Dua minggu lalu, ketika saya datang untuk membersihkan kebun yang terletak di belakang asrama Sekolah Menengah Teknik itu, saya lihat pokok pisang nangka itu mengeluarkan buah di batangnya. "Sepanjang empat tahun saya mengusahakan tanaman pisang ini sebagai pendapatan sampingan, inilah pertama kali saya melihat kejadian seperti ini dan ia adalah pengalaman manis dalam hidup saya," katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau berkata, tanaman pisang di kebun yang berkeluasan 1.21 hektar itu sentiasa dipantau olehnya untuk membolehkan tanaman pisang membesar dengan baik tanpa diserang perosak. "Pisang di kebun saya ini sentiasa dijaga dengan rapi dan dibaja dengan baik untuk memastikan kualitinya terjamin apabila dipasarkan. "Memandangkan ini adalah kejadian pertama kali berlaku di kebun yang saya usahakan, saya ingin melihat hasil pisang itu sehingga ia matang. "Saya harap ia tidak akan dirosakkan oleh haiwan perosak dan sebagainya sehingga tempoh itu," katanya. Selain mengusahakan tanaman pisang, Mat Hassan juga mengusahakan tanaman padi berhampiran kediamannya. Menurutnya, dia gemar berbakti kepada tanah untuk menambahkan pendapatan keluarga, di samping mengisi masa lapang. "Dengan bertani saya dapat menggunakan masa terluang dengan aktiviti berfaedah sekali gus dapat menyihatkan tubuh badan. Malah kejadian pisang berbuah di batang , ini saya berpendapat ia ada hikmahnya," katanya. Sinar Harian |
Posted: 03 May 2012 07:53 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - BERJAYA merangkul Piala Carling, Liverpool kini memburu Piala FA bagi mencatat kemenangan berganda dalam melengkapkan kempen musim ini. Dibelenggu tiga kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris, kapten The Reds, Steven Gerrard percaya kemenangan dalam pusingan akhir Piala FA esok mampu mengembalikan semula keyakinan mereka, sekali gus menjadi kenangan bermakna buat pasukan. "Kami mungkin tidak berada dalam kedudukan teratas liga, namun dengan adanya dua piala kemenangan dalam genggaman, kami pasti mampu menghadapi laluan sukar menjelang perlawanan akan datang dalam keadaan selesa," katanya. Sinar Harian |
Posted: 03 May 2012 07:52 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KETINGGALAN empat mata dibelakang Newcastle dan Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea perlu menang perlawanan akhir Liga Juara-Juara, 19 Mei depan untuk layak secara automatik ke kejuaraan sama musim depan. Pengurus The Blues, Roberto Di Matteo mengakui sukar bagi pasukannya untuk mendaki ke kelompok empat pasukan terbaik memandangkan saingan EPL hanya berbaki dua perlawanan. "Pemain sudah bekerja keras sepanjang dua bulan. Ini adalah perlawanan keenam kami dalam tempoh 17 hari. Kesungguhan pemain masih ada dan mereka telah bermain dengan baik," katanya. Di Matteo bagaimanapun bakal melakukan perubahan ke atas The Blues pada aksi menentang Liverpool. Sinar Harian |
Cina Islam cecah klik 15 juta, terima kasih kepada semua. Posted: 03 May 2012 07:50 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - Sekitar jam 10.00 pagi tadi, alhamdulillah blog Cina Islam telah berjaya mencecah klik ke 15 juta selepas ianya mula beroperasi pada penghujung tahun 2007. Selepas hampir 4 tahun blog ini dibangunkan semasa saya masih menetap di China pada musim sejuk tahun 2007 ternyata ianya menjadi lebih dikenali bila krisis Perak meletus. Saya agak bersetuju bila dikatakan blog agak kurang diminati apabila twitter dan facebook lebih cepat dapat menyalurkan maklumat. Namun saya bersyukur kepada Allah yang masih memberi kekuatan kepada kami untuk bersaing sebagai wadah penyalur maklumat terkini. Semasa krisis Perak memuncak dengan siri sidang DUN yang mendapat perhatian dari banyak pihak. Pengunjung terbesar ialah semasa sidang DUN 7 Mei 2009 dengan hit mingguan mencecah hampir sejuta klik. Sesungguh tidak ada sesuatu pencapaian yang boleh dibanggakan melainkan ianya adalah hasil sokongan dan jerih payah pelbagai pihak. Oleh itu saya ucapkan sekalung tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang tanpa mengira penat dan lelah memberi sokongan kepada blog ini. Mudah-mudahan Allah terus memberi peluang kepada kita untuk terus beramal dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Khalil Idham Lim Parit Buntar. 4 Mei 2012. |
Mangsa diserang dua lelaki ketika membeli kad prabayar Posted: 03 May 2012 07:50 PM PDT 12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KOTA BHARU - Seorang lelaki, cedera ditembak dan ditetak dari jarak dekat oleh dua lelaki yang tidak dikenali selepas keluar membeli kad prabayar dan gula-gula di Taman Sentosa Jaya, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Badang, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Mohd Nasrur Alimi Mohamad, 35, yang berasal dari Kampung Raja, Jertih, Terengganu ditembak di betis dan turut diserang dengan senjata tajam jenis Kelewang. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya kini sedang mengesan dua lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa berwarna perak disyaki melepaskan tembakan serta menetak mangsa. "Dipercayai kedua-dua suspek turut memakai helmet dan jaket hitam dan polis turut menjumpai empat kelongsong peluru berukuran 9 milimeter (mm) di kawasan kejadian. "Pistol yang digunakan kedua-dua suspek terbabit juga berwarna perak dan kini kita giat memburu kedua-dua pemuda tersebut," katanya kepada pemberita. Saksi kejadian, Nor Khairun Nisha Mohd Yusof, 22, berkata, semasa kejadian, dia berada di dalam kedai membantu ibunya, Azizah Yusof, 49, sebelum terdengar bunyi letupan sebanyak tiga kali dan keluar melihat keadaan di luar. "Saya bersama ibu segera keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku, namun tergamam apabila melihat Abang Yo (panggilan kepada Mohd Nasrur) yang baru keluar daripada kedai selepas membeli kad prabayar, ditetak seorang lelaki yang memakai helmet dan berjaket hitam. "Penjenayah itu juga turut mengacukan senjata tajam kepada ibu saya sebagai amaran dan sempat melepaskan satu das tembakan ke udara sebelum bertindak melarikan diri selepas mencederakan Abang Yo," katanya. Sementara itu, isteri mangsa, Ira Shamimi Syamsuddin, 24, berkata, ketika kejadian, suaminya yang bekerja sebagai pembekal kepada sebuah hospital baru keluar dari rumah dan menuju ke sebuah kedai runcit untuk membeli kad prabayar. "Tiba-tiba, saya terdengar beberapa letupan seperti mercun dan segera keluar daripada rumah untuk melihatnya sebelum anak pemilik kedai tersebut memaklumkan ada orang kena tembak. "Saya yang terkejut segera menelefon suami, namun tak menyangka Nasrur yang menjadi mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini. Ira Shamimi berkata, sebelum kejadian tersebut berlaku dia turut terlihat kelibat kereta Kelisa itu lalu di hadapan rumahnya, namun tidak menyangka mereka adalah penjenayah. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan