Anwar Ibrahim |
- Panel Bebas: Kerajaan Cuba Ketepikan Suhakam
- Pelancaran Jelajah ‘Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH 3.0′
- Majlis Peguam Adakan EGM Perhimpunan BERSIH 3.0
- Syarikat Razak Baginda di HK Mencurigakan
- Najib Sent Fax Asking US$ 1bil For Baginda, Says Suaram, But Will MACC Initiate Probe?
- Keganasan Polis Tidak Gentarkan Anak Muda
- Isu Fitnah Ke Atas YB Azmin Ali: UMNO Semakin Desperado
- Bersihkan Pembodohan
Panel Bebas: Kerajaan Cuba Ketepikan Suhakam Posted: 04 May 2012 02:24 AM PDT Kerajaan sengaja mengenepikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila hendak menubuhkan panel siasatan bebas yang lain untuk menyiasat perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. “Itu kerja Suhakam. Kenapa ketepikan Suhakam dan tubuh pula kononnya panel siasatan bebas untuk siasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu? “Apa perlu panel siasatan itu sedangkan Suhakam telah membuktikan ia menjalankan kerjanya dengan professional,” beliau mempersoalkan. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan tindakan itu sebagai bukti nyata bahawa kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak menghargai kewujudan Suhakam malah terangan-terangan menunjukkan rasa tidak percaya kepada suruhanjaya tersebut. “Mengapa kerajaan terang-terang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam? “Adakah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan kerajaannya marah dan sakit hati sangat kerana merasakan pendengaran Suhakam sebelum ini tidak menyebelahi pihak mereka,” soal Mahfuz lagi. Tindakan kerajaan yang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam itu seolah-olah sengaja mahu mendorong masyarakat antarabangsa khususnya meragui kemampuan suruhanjaya itu, katanya. “Kerajaan nampaknya tidak mahu mengiktiraf peranan Suhakam sebagai pelindung hak asasi semua pihak termasuk pihak polis sendiri,” katanya. Beliau juga bimbang kerajaan sengaja menolak peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Suhakam untuk menyiasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu kerana mahu mencari pihak yang boleh melindungi jenayah yang dilakukan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu. “Adakah kerajaan sengaja hendak mencari orang yang boleh berkerjasama untuk melindungi apa yang dilihat umum sebagai jenayah kerajaan Umno dan sebahagian anggota polis yang bertindak kejam dan ganas terutama yang mengarahkan tindakan sedemikian terhadap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 itu?” tanya Mahfuz. Beliau menyifatkan tindakan mengetepikan Suhakam itu menambahkan lagi keyakinan masyarakat termasuk masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan cuba melindungi keganasannya dari disiasat secara bebas, bersih dan adil. Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali. Suruhanjaya itu juga, tegasnya, terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika. |
Pelancaran Jelajah ‘Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH 3.0′ Posted: 04 May 2012 02:22 AM PDT Siri ceramah perdana dan jelajah "Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH 3.0" akan dilancarkan Isnin ini. Pelancarannya akan disempurnakan sendiri oleh Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Kampung Baru, Batu Caves, Gombak jam 9 malam. Menurut Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, ia akan turut disertai pimpinan terkanan PKR dan jemputan kepada pimpinan PAS dan DAP. Rafizi berkata Anwar dijangka membuat pengumuman penting mengenai kedudukan pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di majlis pelancaran tersebut. “Selain fokus kepada kejayaan rakyat menuntut proses demokrasi yang disuarakan melalui BERSIH3.0, PKR juga akan menayangkan dengan terperinci kejadian keganasan yang dilakukan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Peluang itu juga, tambahnya, akan digunakan untuk membongkarkan perkembangan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak. “Siri ceramah perdana dan jelajah Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH3.0 akan dibawa ke seluruh negara untuk memastikan api semangat rakyat menuntut proses demokrasi yang adil akan terus membakar,” tegas Rafizi. |
Majlis Peguam Adakan EGM Perhimpunan BERSIH 3.0 Posted: 04 May 2012 01:20 AM PDT Majlis Peguam akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu. Menurut surat pekeliling rasmi yang disiarkan di lamanwebnya, EGM itu akan diadakan Jumaat depan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Agendanya ialah membincangkan usul Pengerusi Majlis Peguam, Lim Tiada maklumat lanjut dinyatakan dalam pekeliling tersebut. EGM itu memerlukan kuorum 500 orang. Majlis Peguam telah menugaskan pasukan pemantauan 78 anggota semasa perhimpunan tersebut dan kemudiannya mengeluarkan laporan interim pada hari Selasa. |
Syarikat Razak Baginda di HK Mencurigakan Posted: 04 May 2012 12:28 AM PDT Harakah Terasasi, yang disenaraikan antara 142 syarikat di satu bangunan pada 3 Lockhart Road di Wan Chai Hong Kong cuma disenaraikan sebagai sebuah syarikat tempatan. Terdahulu Asia Sentinel mendedahkan bahawa syarikat kontroversi tersebut telah digunakan untuk menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian kapal selam Scorpene daripada sebuah syarikat pertahanan Thales International yang berpusat di Perancis, yang lebih dikenali sebagai Thint Asia. Wang tersebut, dakwa Asia Sentinel telah disalurkan ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Laman web tersebut berkata penyaluran dan pengendalian wang haram di Hong Kong adalah satu jenayah serius, dan mempercayai bahawa pihak berkuasa di Hong Kong sedang menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap Terasasi. Laporan yang ditulis oleh John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong turut mendapat perhatian media Hong Kong, Ming Pao. Menurut Merdeka Review, Ming Pao telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku. Hasil daripada usaha Suaram, skandal kes pembelian kapal selam Scorpene kini sedang didengar di mahkamah Perancis. Temuramah Najib Majistret Perancis Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang dilantik ke Tribunal Paris Grande de Instance telah memberitahu hasrat mereka untuk menemuramah Najib dan orang kanannya satu ketika dulu Razak Baginda. "Bagaimanapun peluang untuk pihak berkuasa Perancis untuk menerumah perdana menteri daripada sebuah negara berdaulat atas kes rasuah adalah sangat tipis, walaupun persoalan ini akan merumitkan pelan Najib untuk melawat Eropah pada masa depan," tulis John, sambil menambah beliau tidak pasti samada pihak berkuasa Perancis sudah meminta bantuan daripada Hong Kong untuk membantu siasatan mereka. Selain orang kanan Najib, Razak Baginda juga dinamakan sebagai kekasih kepada Altantuya Shariibu yang dibunuh kejam di Shah Alam pada 2006 setelah dikatakan datang menuntut komisyen daripada penjualan kapal selam yang dijanjikan kepadanya. Di satu sidang Dewan Rakyat, telah didedahkan bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd telah menerima sebanyak Euro 114 juta (RM457 juta) sebagai komisyen pembelian kapal selam daripada satu anak syarikat Thales dan DCN, Armaris. Perimeker pada masa itu adalah satu syarikat yang dimiliki KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda. Menurut laporan Agence France Press (AFP), siasatan akan menjurus kepada tiga kontrak untuk kapal selam bernilai € 1.2 bilion, yang telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002. Berdasarkan dokumen, kontrak tersebut mempunyai dua bahagian. Menurut dokumen yang dikaji, kontrak yang dimeterai mempunyai dua komponen: Pertama ialah penjualan dua kapal selam yang dibina oleh DCNS pembinaan kapal tentera laut Perancis dan Izar firma pembinaan kapal Sepanyol, € 920 juta; Dan kedua ialah mengenai penghantaran “sokongan logistik” dari sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Bhd , bernilai € 114 juta, untuk melatih kumpulan pertama anggota TLDM seramai 200 orang. Menurut AFP, perjanjian tersebut melibatkan komisyen RM457 juta yang dibayar ke Perimekar, kontrak C5 untuk bisnes kejuruteraan yang dimeterai pada Ogos 2000 antara DCNI, sebuah anak syarikat DCN dan Thales International Asia bernilai Euro 30 juta (RM132 juta). Yang ketiga, ialah penjanjian rundingan yang ditandatangani pada Oktober 2000 antara Thint Asia dan Terasasi. Menurut John, penyiasat Perancis sedang juga menyiasat satu invois yang dikeluarkan oleh Terasasi pada Ogos 2004 bernilai Euro 359,450 (RM1.44 juta) yang dihantar ke Thint Asia. "Bagi penyiasat, perkara ini seolah-olah… menunjukkan bayaran yang dibuat ke Terasasi pada akhirnya tiba di tangan Najib, menteri pertahanan ketika itu atau Razak Baginda," tambahnya. Para penyiasat Perancis turut berkata Terasasi menerima bayaran daripada Thint Asia, termasuk satu bayaran berjumlah Euro 360000 (RM1.44 juta) yang disertakan dengan nota, "Razak hendakkan bayaran ini dibuat segera." "Tiada indikasi Razak mana yang dirujuk, Najib Razak atau Razak Baginda," tulis beliau. Dokumen di mahkahmah Perancis telah mendedahkan bahawa jumlah wang yang disalurkan daripada Thint Asia ke Terasasi ialah sebanyak Euro 3 juta (RM12 juta) ketika Terasasi masih di Malaysia dan Euro 33 juta (RM132 juta) tatkala ia menjadi syarikat di Hong Kong. |
Najib Sent Fax Asking US$ 1bil For Baginda, Says Suaram, But Will MACC Initiate Probe? Posted: 04 May 2012 12:23 AM PDT Local human rights movement Suara Rakyat Malaysia, which successfully initiated a French investigation into alleged kickbacks linked to Malaysia’s purchase of the Scorpene submarines and the brutal murder of Mongolian citizen Altantuya Shaariibuu, has urged the Malaysian Anti-Corruption Commission to launch a probe following an explosive revelation involving the prime minister. Earlier, Suaram revealed that French public prosecutors had evidence in the form of a fax page dated June 1, 2001, in which Najib Razak, the then Defence minister, sought a payment of US$1 billion for Perimekar, a company owned by Abdul Razak Baginda. Razak had been acquitted of a charge of murdering Altantuya, with whom he said he had an affair. It was claimed that Altantuya’s murder had to do with unpaid kickbacks owed to her from the Scorpene deal. This, according to a private detective hired by Razak, was said to be the reason why Altantuya had been hounding Razak at his office in the days leading to her brutal murder, before she was bungled up into a car by policemen closely linked to the prime minister’s security apparatus. In the fax, sent from Francois Dupont, the Malaysian representative for French-based security provider Thales Asia International, to D Arnaud, Najib was mentioned as requesting the money as a condition for a meeting in July 2001. The document is one of 153 documents seized in May 2010 by French police from the office of Henri Gide, an officer for Thales. The document is said to contain a chronology of visits and action items for Dupont during his visit to Malaysia, which included “meetings with the Ministry of Defence and the management members of Perimekar". Suaram said the MACC must launch an immediate investigation into the French prosecutors' revelation and urged the government to cooperate with the French inquiry. Suaram also called on the Defence ministry to come clean in Parliament on the alleged commissions paid as well as companies involved in the submarine purchase scandal. |
Keganasan Polis Tidak Gentarkan Anak Muda Posted: 03 May 2012 11:21 PM PDT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama 70 NGO di bawah kendalian anak-anak muda dari berbagai-bagai lapisan anak muda Malaysia akan mengadakan pameran bergerak menayangkan video dan mempamirkan pelbagai bentuk gambar-gambar keganasan polis semasa menyuraikan himpunan Bersih 3.0 minggu lalu. Perkara ini dinyatakan oleh ketua SAMM, Badrul Hisham Sharin atau dikenali dengan Che GuBadr malam tadi dalam majlis ringkas perkisahan beliau dan teman-teman yang menjadi mangsa keganasan dan kedurjanaan polis semasa di rumah Anwar Ibrahim. Dalam pameran itu orang ramai dapat menyaksikan aksi polis yang membelasah para peserta di mana aksi dan sikap rakus polis ini tidak ditayangkan di media eletronik dan cetak penjilat tahi. Sebaliknya apa yang mainkan oleh media massa mengenai aksi para himpunan yang digambarkan ganas dan bertindak ke atas polis. “Kita berharap pameran ini akan memberi gambaran jelas apa yang berlaku pada himpunan Bersih 3.0 lalu mengenai tindakan ganas polis,” katanya. Dalam pengkisan ringkasan mengenai senario Bersih dan tindakan ganas polis, Badrul mencerita polis telah melakukan para perserta sebagai mangsa mereka tanpa ada belas kesian. Polis akan membelasah mana-mana para peserta secara beramai-ramai. “Keadaanya macam di dalam hutan rimba di mana polis bertindak semacam haiwan liar kelaparan yang menerkam mangsa,” tegasnya. Beliau sendiri ditendang, ditumbuk beramai-ramai oleh anggota polis, sampai berdarah hidung dan keluar air dari telinga. “Saya tidak dapat bebruat apa-apa dalam keadaan begitu selain diam dan meminta maaf agar jangan diperlakukan demikian…. namun permohonan dan rayuan saya tidak dipedulikan,” ceritanya lagi. Paling tidak bermoral polis yang dilakukan ke atas Badrul sambil membelasah wang beliau juga RM200 dirampas (curi) polis. “Saya dengar setelah selesai membelasah dan mencuri duit saya mereka gelak beramai-ramai. Sambil membelasahnya juga polis mengeluar kata-kata kesat dan menghina dirinya dan juga diri Anwar Ibrahim dengan mengatakan, ini orang kuat Anwar bontot. (Cis kepada polis ini). Malam tadi selain Badrul tiga orang rakannya yang turut menjadi mangsa polis turut mengisahkan nasib pada himpunan itu. Shafik yang pertama kali menyertai Bersih atas kemahuannya sendiri bersumpah dia tidak akan menyokong Umno lagi dan sebaliknya akan menentang parti yang dianggap durjana kerana mengarah polis berlaku sadis. “Walaupun inilah kali pertima saya menyertai demonstrasi dan saya dibelasah ia tidak akan memeritkan saya, apa yang berlaku itu menjadikan saya akan turun di mana saja demonstrasi untuk menjatuhkan Umno. Umno kena jatuhkan sebab ia sebuah parti jahat,” katanya tanpa menggambarkan kegerunan. Tegas Badrul lagi himpunan Bersih 3.0 adalah sejarah bagi anak-anak muda. “Saya melihat himpunan Bersih 3.0 menunjukkan kebangkitan anak-anak muda Malaysia untuk merubah kerajaan,” Malam tadi juga Badrul dan anak-anak muda menyatakan janji dan ikrar mereka, bahawa keganasan polis itu tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus bangkit bagi menghancurkan kezalaiman. “Insya Allah kami tidak akan gentar bahkan apa yang berlaku itu memberi semangat kepada kami untuk terus bangkit,” ujarnya disambut takbir dan tepukan gemuruh dari kira-kira 100 orang yang hadir pada setiap malam Jumaat di rumah Anwar untuk bertahlil, munajat dan solat hajat. Anwar pula dalam memberi reaksi kepada kebangkitan anak-anak muda, Badrul dan rakan-rakannya menganggap mereka adalah hero-hero baru yang boleh disandarkan oleh rakyat. Saya ucap syabas dan tahniah atas keberanian mereka kerana menegakkan keadilan dan kebenaran. – http://www.msomelayu.blogspot.com/ |
Isu Fitnah Ke Atas YB Azmin Ali: UMNO Semakin Desperado Posted: 03 May 2012 10:59 PM PDT Petaling Jaya, Selangor, 4 Mei 2012. Tindakan akhbar Utusan menggunakan kaedah fitnah seks ke atas YB Azmin Ali Timbalan Presiden KEADILAN yang sedang berlaku sekarang ini adalah Apa yang dilakukan ini, hanyalah penerusan kepada budaya tahyul, liar dan lucah yang menjadi Strategi yang sama telahpun digunakan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri Adalah jelas, UMNO dan semua media pendokongnya tidak mempedulikan apakah implikasinya KEADILAN berpendirian bahawa dengan melihat data peningkatan pelbagai gejala keruntuhan KEADILAN juga melihat bahawa tindakan akhbar ini adalah manifestasi dari desperado dan Dr Muhammad Nur Manuty |
Posted: 03 May 2012 05:45 PM PDT The Malaysian Insider Bersih! Bersih! Bersih! Kata-kata ini telah menggegarkan. Seperti semua maklum tanggal 28 April 2012 lalu merupakan detik bersejarah di dalam perjalanan sebuah negara moden bernama Malaysia apabila puluhan ribu bahkan ada mengatakan ratusan ribu rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama turun ke jalan raya menuntut pilihan raya bersih dan adil. Aksi ini dinamai sebagai Bersih 3.0. Sehingga kini telah tersebar catatan para peserta di blog, nota Facebook dan di media alternatif yang menceritakan pengalaman dan sudut pandang masing-masing mengenai persitiwa yang menghebohkan negara bahkan dunia. Semua itu akan dikenang suatu masa nanti sebagai catatan penting sejarah Malaysia untuk generasi mendatang seperti mana buku "Face Off: A Malaysian Reformasi Diary (1998-99)" oleh Sabri Zain dan "Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi" oleh Fathi Aris Omar yang mengisahkan catatan seputar awal reformasi dan tahun-tahun seterusnya. Bersih pertama Saya mempunyai ikatan personal yang kuat dengan Bersih melalui aksi pertama mereka pada November 2007 di mana saya telah membantu sedikit sebanyak belakang tabir setelah diundang bekerja sukarela oleh Faisal Mustaffa yang pada waktu itu aktif sebagai jawatankuasa. Kesan pertama, pengalaman bergiat dengan Bersih mempertemukan saya dengan rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama yang cintakan negara dan di sini tiada sosok yang masih bermimpi bahawa negara ini milik Melayu dan Islam sahaja. Pada aksi Bersih pertama saya terperangkap di Masjid Jamek setelah disembur gas pemedih mata dan air kimia dan kemudian berkumpul semula di Jalan Raja Laut sebelum berarak ke Istana Negara melaui Jalan Kuching dan Jalan Kinabalu dan malangnya disambut rakyat yang sedang bersurai setelah berjaya menghantar memorandum kepada Agong. Aksi pertama menurut saya dihadiri majoriti pendukung parti PAS dan PKR dan hanya sebahagian kecil bukan Melayu. Impak Bersih pertama yang boleh diukur adalah tumbangnya Barisan Nasional di 4 buah negeri dan hilangnya 2/3 majoriti mereka di parlimen buat pertama kali dalam sejarah. Bersih 2.0 Kemenangan parti pembangkang (kemudian dinamakan Pakatan Rakyat) di Selangor dan Pulau Pinang serta Kuala Lumpur yang beragam kaum dan agama masyarakatnya telah merubah dinamik politik di Malaysia apabila kesedaran kelas menengah dan urban terhadap hak-hak sebagai rakyat dan tuntutan kepada perubahan dan penambahbaikan negara semakin lantang. Menariknya kelantangan ini merentas 3 kaum utama yang ada di Malaysia iaitu; Melayu, Cina dan India dan pada saya dipicu oleh damainya perubahan yang terjadi di 2 negeri tersebut tanpa melalui pergaduhan dan pertumpahan darah antara kaum. Mudah kata momok 13 Mei berjaya dilepasi dan kesempatan ini dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk menggerakkan perubahan. Tidak seperti jawatankuasa Bersih pertama yang didominasi ahli-ahli politik pembangkang, Bersih 2.0 berubah sifat apabila pemimpin-pemimpin NGO mengambil alih peranan yang pastinya mengundang pro dan kontra dari dalaman masyarakat sivil dan Pakatan Rakyat. Meskipun begitu faktanya siapa pun yang mengetuai, Umno Barisan Nasional tetap akan menganggap sebarang bentuk perlawanan sebagai musuh mereka bahkan musuh negara yang perlu dibanteras dengan apa cara sekalipun. Tidak menghairankan apabila respon kerajaan terhadap Bersih 2.0 sangat di luar dugaan dengan tangkapan-tangkapan awal terhadap aktivis, rampasan baju kuning Bersih, tuduhan komunis sehingga teman seaktivis dari Korea Selatan terpaksa dihantar pulang dan aksi menutup bandaraya Kuala Lumpur. Seperti diramal aksi berakhir dengan keganasan dari pihak polis terhadap peserta. Meski semua itu, hasil mahal yang diperolehi dari aksi kedua adalah kemajmukan rakyat yang sanggup dan berani turun melepasi segala halangan yang dipasang polis menuju pusat kota. Bersih 3.0 Buat pertama kali dalam sejarah Bersih, saya tidak dapat hadir menyertai rakyat di pusat utama aksi Bersih 3.0 iaitu Kuala Lumpur kerana sedang bertugas di Bali. Namun begitu kesedihan diubati dengan melakukan aksi Bersih 3.0 di Pantai Kuta yang sering menjadi tumpuan pelancong bersama rakyat Malaysia yang sedang bekerja dan belajar di sini. Tambah menarik aksi turut disertai beberapa pelancong Malaysia yang kebetulan berada di Bali dan mengetahui tentang aksi ini melalui Facebook, lihat betapa patriotiknya mereka sehingga sanggup mengorbankan sedikit masa percutian yang singkat. Tidak ketinggalan beberapa teman aktivis dari Bali turut hadir memberikan sokongan mereka. Aksi diakhiri dengan penghantaran memorandum tuntutan Bersih kepada konsul jeneral Malaysia di Bali. Untuk pengetahuan, aksi Bersih 3.0 peringkat global telah berjaya dilakukan secara rasmi di 85 buah kota di 35 buah negara dan secara tidak rasmi di beberapa kota lainnya seperti di Nigeria dan Pulau Weh, Acheh. Apa yang saya maksudkan dengan rasmi adalah aksi yang terkoordinasi di bawah Global Bersih yang berpusat di Melbourne, Australia. Saya fikir ini merupakan aksi bersejarah dan wajib didokumentasi untuk diperingat kepada generasi mendatang. Usai aksi di Pantai Kuta, saya melaju pulang ke rumah untuk mengikuti perkembangan terkini situasi di Kuala Lumpur. Persetankan "kerusuhan" yang telah berlaku dan teori-teori yang berlegar, saya sangat kagum dan benar-benar tidak berkata apa melihat kehadiran rakyat Malaysia yang melimpah ruah. Foto-foto kerumunan manusia yang kemudian muncul menimbulkan rasa iri hati kerana saya tidak di sana, sedih juga sebenarnya walaupun berjaya diubati dengan aksi di Bali. Aksi Bersih 3.0 di Bali. Pasca-Bersih 3.0 Bersih 3.0 telah membentuk dua kubu di kalangan rakyat seperti baju kuning dan merah di Thailand, pro-Bersih dan anti-Bersih dan perdebatan hangat berlaku sebelum, semasa dan sejurus aksi selesai di laman media sosial dan dunia fizikal. Macam-macam pembenaran dibawa oleh kubu pro-Bersih dan begitu juga pembodohan dari kubu anti-Bersih, ya sekali lagi "pembodohan" kerana majoriti anti-Bersih menentang kerana alasan-alasan berikut; Ambiga itu pro LGBT dan murtad, kenapa korang tidak bersyukur, Melayu gaduh dengan Melayu bangsa lain bertepuk tangan, kalau korang kutuk polis jangan nanti dirompak melapor pada polis, korang diperalatkan Anwar Ibrahim yang kemaruk nak jadi PM dan lain-lain alasan sebodoh dengannya kerana sandaran mereka hanya kaum dan agama. Jarang bahkan hampir tiada kubu anti-Bersih yang berbicara tentang tuntutan-tuntutan Bersih. Menurut saya dengan menolak semua pembodohan tersebut, impak terbesar Bersih 3.0 adalah bersatunya anak pelbagai kaum dan agama menuntut salah satu hak mereka sebagai rakyat iaitu pilihanraya bersih dan adil. Tiada momok perkauman sebaliknya rakyat berbilang kaum dan agama bersatu hati bersama-sama di waktu senang dan di waktu susah apabila ditembak gas pemedih mata. Apakah 8 tuntutan Bersih beserta 3 tuntutan tambahan akan segera dipenuhi kerajaan amat sukar diramal. Seandainya pilihanraya tetap dilaksana jua tanpa mengendahkan segala tuntutan Bersih dan kelak dimenangi Barsian Nasional, gerakan menuntut perubahan akan semakin lantang dan bercorak partisan. Andai dengan segala kecurangan itu hati nurani rakyat secara berjemaah memilih Pakatan Rakyat, saya percaya gerakan Bersih akan menjadi pemicu kepada pengembangan besar-besaran kelompok masyarakat sivil dan non-partisan. Bahkan kini pun saya percaya satu pertiga dari peserta Bersih 3.0 dan 90 peratus peserta Global Bersih adalah terdiri dari kelompok masyarakat sivil dan non-partisan. Pada hemat saya, kemenangan Pakatan Rakyat sangat penting untuk memudahkan Malaysia beranjak ke tahap seterusnya dengan syarat janji-janji perubahan dilaksanakan mereka. Kala itu saya, kita dan semua yang mendukung Bersih 3.0 berupaya melangkah jauh dalam segala agenda yang diperjuangkan dan tidak akan mudah terperangkap dengan pandangan-pandangan yang kini dinamai "partisan". Kemerdekaan kedua Malaysia ini perlu supaya tiada kedengaraan lagi alasan diperalat Anwar Ibrahim dan Ambiga, dan sudah tentu kita mahukan wacana kawan-kawan kita di Facebook tidak lebih lemah dari anak-anak sekolah menengah di Indonesia. Dari sisi lain Bersih bukan sekadar tentang pilihanraya bersih dan adil, sebaliknya tentang kualiti hujah dan pemikiran kubu yang menentang kerana kita mahukan penentang yang berfikir supaya negara bertambah maju dan dengannya dogma kaum dan agama menjadi terpinggir. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan