Jumaat, 4 Mei 2012

.

.


Menjengah Semula Tragedi Sogo - Kereta Polis Dipandu Laju Langgar Peserta Perhimpunan

Posted: 03 May 2012 09:00 AM PDT

Lelaki Yang Terpelanting Dilanggar Polis Di Sogo

Seorang lelaki yang dilanggar kereta polis dalam kejadian penuh kontroversi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu, hari ini tampil menjelaskan insiden yang dialaminya itu.

Su Kuang Hong (gambar kecil), 25 berkata beliau merupakan salah seorang daripada empat peserta yang dilanggar kenderaan tersebut dalam kejadian di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Katanya, beliau tampil dengan sisi ceritanya hari ini kerana polis cuba menggambarkan bahawa kumpulan peserta tersebut sebagai perusuh yang menyerang polis.

Su yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berkata, beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.

Kenderaan itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.

Su berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian dahi, pergelangan tangan dan peha kesan daripada hentakan pada tembok itu.

Katanya, beliau membuat dua laporan polis atas kejadian berkenaan. -mk



Kereta polis meluru laju, langgar peserta perhimpunan


SAKSI MATA: kira-kira jam 4 petang Sabtu lalu, saya berada di hadapan Wisma Da Vinci di Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.

Pada waktu itu, saya melihat jalan tersebut dipenuhi peserta perhimpunan yang disuraikan daripada kumpulan besar di persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Saya melihat peserta berkenaan menuhi kawasan kaki lima dan juga di tengah jalan berkenaan. Ada di kalangan mereka mengambil peluang untuk menikmati kerepek, minuman dan aiskrim daripada penjaja di situ.

Kira-kira 15 minit kemudian satu trak FRU daripada persimpangan Jalan Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman mara ke arah peserta berkenaan yang bertempiaran melarikan diri.

Secara tiba-tiba, muncul pula sebuah kenderaan Proton Waja Polis dari tengah-tengah persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi yang meluru laju ke arah Dataran Merdeka.

Kenderaan yang bergerak di antara kumpulan peserta berkenaan kemudian melanggar beberapa orang sehingga menyebabkan salah seorang individu berkenaan terpelanting ke atas kenderaan tersebut.

Saya nampak kereta itu kemudiannya tersasar ke arah kanan dan seterusnya melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah Sogo.

Individu yang saya lihat berada di atas bonet kenderaan itu juga terjatuh dalam kejadian yang berlaku dengan pantas itu.

Semasa kejadian mencemaskan itu berlaku, saya tidak melihat seorangpun anggota polis lain berada di tempat kejadian.

Seramai kira-kira 30 orang peserta perhimpunan kemudiannya mengerumuni kenderaan tersebut dalam keadaan marah dan bertindak menendang dan memukul kereta tersebut.
Saya turut mendekati untuk melihat dengan lebih jelas dan mendapati salah seorang lelaki yang dilanggar itu mengalami kecederaan dan berdarah di bahagian muka.
Saya juga mendengar jeritan daripada individu di sekitar kawasan tersebut yang cemas kerana menyangka ada orang terperangkap di bawah kenderaan itu.

Beberapa orang di antaranya kemudian bertindak menterbalikkan kenderaan ke satu sisi dan memeriksa bahagian bawah kereta tersebut.

Saya kemudiannya panik dan berlari ke bahagian tengah jalan semula kerana khuatir kereta yang terlibat dalam perlanggaran itu akan meletup.

Tidak berapa lama kemudian, saya berpatah balik semula ke kawasan berhampiran kereta tersebut dan mendapati seorang lelaki yang cedera dengan berlumuran darah di kepalanya sedang diperiksa sekumpulan paramedik.

Saya melihat lelaki tersebut kemudiannya dibawa meninggalkan kawasan itu dengan menggunakan ambulans. -mk






Benarkah Pemandu Kereta Polis SOGO Tidak Sedarkan Diri?

Mengikut pemandu kereta polis di SOGO yang telah melanggar lebih lima orang peserta BERSIH dalam satu temuramah:

Anggota berkenaan, Mohamad Kamil Paimin berkata beliau "keliru" setelah kehilangan banyak darah akibat dipukul di bahagian kepala dengan objek keras. Ditemui pemberita di katil wad di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Kamil (kiri) berkata beliau kemudiannya tidak sedarkan diri dalam kejadian tersebut hanya sedar semula ketika selepas menerima rawatan.

Dengan kata lain, mengikut kenyataan Mohammad Kamil Paimin itu:

1.0 Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu merempuh
2.0 Kepala nya tercedera sehingga berdarah
3.0 Beliau telah berdarah begitu banyak sehingga tidak sedarkan diri

Mari kita nilai kenyataan Mohammad Kamil Paiman ini:

1.0 Gambar di bawah menunjukkan Mohd Kamil dalam keadaan sedar dan boleh keluar sendiri dari kereta tanpa perlu diangkat oleh orang ramai. Kiranya benar dia tidak sedarkan diri, sudah tentu dia perlu diangkat keluar dari kereta:


2.0 Kalau benar kepala beliau berdarah, sudah tentu baju dan tengkuk Mohammad Kamil dipenuhi darah. Tapi, gambar di bawah menunjukkan yang sebaliknya:


3.0 Gambar di bawah menunjukkan bahagian belakang kepala Muhammad Kamil. Jelas, tiada kesan darah atau luka seperti yang didakwa oleh beliau:


Dengan kata lain, segala dakwaan Mohd Kamil Paiman sehari selepas kejadian itu tidak dapat disokong dari video kejadian yang dapat ditonton oleh semua rakyat Malaysia.

Dari video tersebut, Mohammad Kamil didapati dalam keadaan sedar, tidak cedera dan tidak berdarah.

Bagi Tulang Besi Mohammad Kamil Paiman telah berbohong.

Adakah Mohammad Kamil Paiman telah diberi skrip untuk diungkapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Skrip yang mengandungi 1001 pembohongan dan penipuan.

Syukurlah ini zaman Youtube dan Facebook. Segala pembohongan terdedah dengan mudah.

KERETA TERSEBUT TELAH DIPANDU DENGAN CARA BAHAYA

Mengikut seorang kawan Tulang Besi yang berada di tempat kejadian, kereta polis tersebut dipukul dan ditendang kerana telah dibawa laju dalam keadaan jalan di depan SOGO itu dipenuhi manusia.

Sebelum itu, banyak kereta polis lain yang melalui kawasan SOGO itu namun tidak dikacau oleh para peserta BERSIH.

Dengan kata lain, kalau kereta tersebut dipandu oleh Anwar Ibrahim sendiri pun pasti akan dikenakan tindakan yang sama.

Tujuan mereka mahu pemandu kereta tersebut memperlahankan kereta beliau dan berhenti membahayakan para pejalan kaki. -tulanjg besi .

Video yang dirujuk oleh Tulang Besi:




Peserta bantu polis tersepit


Saiful menunjukkan gambar yang tersiar si sebuah akhbar arus perdana yang tidak menceritakan kisah sebenar yang berlaku


PETALING JAYA – Insiden kereta pegawai penyiasat polis diterbalikkan di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu bukan disengajakan.

Seorang aktivis, Saiful Mokhtar, 33, mengakui dia yang berada di lokasi kejadian dapat mendengar dengan jelas beberapa orang mengarahkan kereta polis itu diterbalikkan kerana kononnya ada mangsa yang tersepit di dalamnya.

"Mereka yang mengangkat kereta itu terdiri daripada 10 hingga 15 orang rata-ratanya berniat mahu menyelamatkan mangsa yang mungkin tersepit di bawah kereta dan bukan sengaja untuk membalas dendam terhadap anggota polis.

"Dalam keadaan kelam kabut kami cuba mengawal situasi namun terdapat dua atau tiga orang (bukan berpakaian kuning) bertindak menjerit dan cuba melakukan keganasan melampau malah kami cuba menghalang dan turut membelasah seorang daripada mereka yang cuba melarikan beg dari kereta polis itu," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, rakaman keseluruhan kejadian dirakam oleh sebuah TV Web dan dia sendiri turut mempunyai salinan rakaman itu.

"Kami sendiri yang mengeluarkan dan menyelamatkan anggota polis daripada menjadi mangsa ganas individu terbabit yang berterusan masih mahu melakukan provokasi meskipun ramai yang cuba meleraikannya.

"Saya juga hairan kerana rata-rata yang melakukan provokasi melampau dan mengajak supaya memukul anggota polis terdiri daripada mereka yang berpakaian biasa dan apa yang berlaku ketika itu amat pelik malah saya sendiri juga tidak sempat untuk menghalang salah seorang mereka daripada menendang beberapa motosikal anggota trafik yang diletakan dibahu jalan beberapa meter di lokasi sama," katanya.

Saiful berkata, turut menimbulkan persoalan insiden yang berlaku seolah-olah dirancang kerana visual yang dirakamkan sebuah stesen TV diambil dari tingkat atas sebuah lagi pusat membeli-belah. -SH


Combined clip


Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/05/menjengah-semula-tragedi-sogo-kereta.html

'Ini baju kuning tangkap' - Cerita Dr Abdul Aziz Bari

Posted: 03 May 2012 08:58 AM PDT

  • Dr Abdul Aziz Bari
  • 11:18AM Mei 3 2012
SAKSI MATA Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. |

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".

Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

Macam samseng

Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Gambaran kebodohan dan ketakutan

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.

Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.

Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

Pesta pukul orang
Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."

Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.

Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.

Source: http://malaysiakini.com/news/196784

Kain rentang, risalah hasut peneroka tolak durian runtuh Felda ditemui

Posted: 03 May 2012 08:55 AM PDT


ANAK mendakwa ada pihak lain yang melakukannya bagi memburuk-burukkan NGO tersebut
PETALING JAYA: Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) mendakwa kain rentang dipasang menghasut peneroka menolak pemberian `durian runtuh' dari Felda yang akan diumumkan Perdana Menteri, 8 Mei ini.
Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, pihaknya juga diberitahu ribuan risalah mengenai perkara tersebut teah diedarkan kepada peneroka di seluruh negara.
"Ia ditemui di beberapa kawasan Felda seperti di Chini serta di Kuantan (Pahang) dan di tempat-tempat lain. .
Antara Kain rentang tertulis "Kami tidak teringinkan durian runtuh; para peneroka Felda jangan terima durian runtuh kerana kita ada maruah dan harga diri; Najib penipu peneroka; Hidup Pakatan Rakyat.
Beliau menegaskan, ada pihak lain yang melakukan perkara tersebut bagi memburuk-burukkan ANAK dengan tujuan supaya peneroka marah kepada NGO tersebut.
Mazlan menegaskan , ANAK tidak pernah mengeluarkan arahan tersebut serta tidak menghalang peneroka mengambil wang berkenaan.
Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan durian runtuh kepada peneroka Felda 8 Mei ini.
`Tanah dirampas'
Menurut Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, FGVH akan disenaraikan mulai 1 Jun dan akan memberi keuntungan besar kepada peneroka.
Bagaimanapun, Mazlan mengingatkan peneroka supaya berhati-hati dengan pemberian borang pinjaman bank kepada mereka.
"Borang kosong dari bank tempatan itu sangat membahaya kepada peneroka…boleh menjadi perangkap kepada mereka.
"Peneroka hanya tanda tangan borang itu tetapi mereka tidak tahu jumlah pinjaman, risiko kepada pinjaman tersebut.
"Selain dikenakan bunga sebanyak lima peratus, mereka juga berdepan risiko tanah dirampas jika gagal menjelaskan pinjaman," katanya.
Antara bank tempatan yang akan memberi pinjaman kepada peneroka untuk membeli saham FGVH ialah Ambank, Mayban,  CIMB, BIMB  dan OCBC.
"Dalam tempoh enam bulan selepas borang ditanda tangani, peneroka kena jual saham kepada FGVH.
"Selepas saham dijual peneroka tidak boleh buat apa-apa lagi…," tambah Mazlan.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/03/kain-rentang-risalah-hasut-peneroka-tolak-durian-runtuh-felda-ditemui/

Tiada ulasan:

Nuffnang