Jumaat, 4 Mei 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


EXCO Pendidikan lancar Quranik Botanical Garden di SRA Kpg Delek

Posted: 04 May 2012 07:57 AM PDT

JUMAAT
4.5.12

Program Jejak Ilmuwan Selangor telah menghasilkan satu lagi produk untuk mencambahkan lagi aktiviti keilmuwan di Selangor. Kali ini ia merupakan usaha bersama International Islamic Academy Of Life Sciences and Biotechnology yang berpangkalan di UNISEL dengan Majlis Perbandaran Klang untuk mewujudkan taman mini botani yang memuatkan tumbuha-tumbuhan yang disebut dalam Quran dan Hadith di tanam di taman mini yang indah sebagai taman ilmu untuk pelajar di SRA Kpg Delek Klang khususnya dan Kolej Integrasi Tahfis Tunas Ilmuwan Selangor, Klang , penduduk dan ahli qariah masjid Nurul Amin Kpg Delek menikmati ilmu yang bersumber al Quran dan Hadith.

Ianya simbolik bagi mencetuskan budaya merujuk kepada Al Quran dan Hadith dalam semua dalam kehidupan. Ia juga menggalakkan kepelbagaian dalam mempelajari sesuatu.

Majlis di lancarkan oleh EXCO Pendidikan Selangor YB Dr Hjh Halimah Ali. Turut dihadiri oleh Naib Canselor UNISEL, Pengerusi Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor(MAPPIS), Prof Abdul Latif Ibrahim, wakil MPK, JKKK, Nazir masjid, Guru besar dan ketua guru sekolah-sekolah sekitar, PIBG, guru-guru dan ibubapa serta pelajar sekolah.

PERKONGSIAN PAK PANDIR BAKAL MENANTI PENEROKA FELDA

Posted: 03 May 2012 09:48 PM PDT

Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail berkata permohonan pembelian saham MITI akan ditutup hari ini. Warga Felda, khususnya anggota (GWGF) yang berkemampuan, disaran segera memohon saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH)melalui MITI.



Pegangan saham FGVHB apabila IPO (initial public offer) dilaksanakan bakal didominasi oleh pelabur institusi Malaysia dan antarabangsa dengan pegangan sebanyak 41% yang mana 20% bakal dipegang oleh rakan kongsi strategik yang telah dikenalpasti.

 Pelabur Bumiputera terpilih (dipilih oleh MITI)  bakal menguasai 11.5% dari jumlah saham FGVHB yang akan diapongkan. Ini bermakna pelabur institusi akan menguasai majoriti (52.5%) saham FGVHB yang diapongkan. 

Oleh itu, kesan utama daripada penyenaraian FGVHB ialah pemindahan harta Felda kepada pelabur-pelabur institusi dalam negara dan luar negara dan sebuah syarikat asing yang diangkat sebagai "rakan kongsi strategik" bakal berkongsi milik tanah dan lain-lain harta Felda dengan peneroka.



Post ini memuatkan kajian oleh Dr Rosli Yaakop phD, bekas pegawai Bank Negara Malaysia dari prospektus yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan laporan oleh ANAK yang dipengerusikan oleh Sdr Mazlan Alimin. Penyelidikan dan usaha di atas tidak dibayaai oleh mana-mana pihak tetapi berdasarkan keprihatinan dan rasa tanggungjawab agar kita mempunyai hujjah di hadapan ALLAH pemilik semua yang ada di langit dan di bumi, mengenai usaha pihak pemimpin UMNO yang ingin menghancurkan umat Islam dan ekonomi mereka.


 

FGVHB: Menang sorak kampung tergadai

Dr. Rosli Yaakop, 03 Mei 2012


Deraf Prospektus Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB) telah dipaparkan di laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mulai 29 April 2012. Prospektus itu masih bertaraf "registrable" dan hanya menjadi "registered" apabila permohonan penyenaraian diluluskan. Penganalisi berspekulasi ia pasti lulus. Ruang sudah tiada untuk Perdana Menteri bermain sorong-tarik.



Penyenaraian bakal terjadi pada akhir bulan Jun ini setelah tertunda berkali-kali. Berdasarkan maklumat di dalam prospektus, saham FGVHB, atas asas modal berbayar yang telah dibesarkan, berjumlah 3.65 bilion unit pada nilai tara RM1.00 se saham. Harga IPO tidak dinyatakan di dalam prospektus tetapi sumber Reuter yang dipetik oleh Malaysiakini bertarikh 30 April 2012 menyebut harga IPO ialah RM4.65 se saham. Ini akan menghasilkan pungutan modal melebihi RM10 bilion bagi FGVHB. Butir terpenci saham FGVHB adalah seperti dalam Jadual 1.



Jadual 1: Jumlah Saham FGVHB yang Diterbitkan






Dari kesemua saham FGVHB (3.65 bilion unit), hanya 2.19 bilon unit atau 60% ("saham IPO") akan diapongkan, iaitu, dijual kepada pelbagai pelabur yang terdiri daripada pelabur runcit (pelabur orang awam Bumiputera dan bukan Bumiputera), peneroka Felda yang layak, kakitangan Felda yang layak, pelabur institusi dalam dan luar negera dan pelabur Bumiputera terpilih (yang berdaftar dengan MITI).



Saham yang bakal dijual kepada para pelabur terdiri daripada saham sedia ada, iaitu, saham milik Felda Badan Berkanun (Felda BB) di dalam FGVHB sebagai balasan kepada pelupusan 49% kepentingan Felda dalam Felda Holding Berhad (FHB) kepada FGVHB berjumlah 1.21 bilion unit (33%). Felda akan menawarkan untuk menjual kesemua saham ini kepada para pelabur. Selepas ini, ia tidak lagi memiliki apa-apa kepentingan dalam FGVHB.



Selain dari itu, FGVHB bakal menerbitkan saham baru ("saham terbitan") berjumlah 980,000,000 unit (27%) untuk dijual kepada para pelabur. Ini bakal menjana RM4.6 bilion untuk FGVHB, tidak cukup besar untuk ke arena perniagaan global.



Juga, FGVHB memiliki opsyen untuk menjual saham tambahan (di bawah "Greenshoe Option") berjumlah 109,445,000 unit (3%) lagi kalau berlaku "oversubscription" atau untuk menyetabilkan harga saham di pasaran. Kalau opsyen ini dilaksanakan, jumlah saham bakal diapongkan berjumlah 2.3 bilion unit.



Sejumlah 1.35 bilion unit saham FGVHB tidak diapongkan di pasaran saham. Ia sekadar "diketepikan" atau "diperuntukkan" kepada KPF kerana penyeneraian FGVHB "tidak melibatkan KPF." Walaupun KPF "tidak terlibat" di dalam pengapongan ini, namun kepentingannya (51%) di dalam FHB bersama-sama kepentingan Felda BB (49%) di dalam FHB, adalah harta yang menjadi asas kepada saham-saham yang diterbit dan diapongkan. Harta inilah dinilai bagi menentukan harga seunit saha FGVHB yang akan diapongkan.



Walaupun saham berjumlah 2.19 bilion unit yang bakal diapongkan, tetapi asset back-up merangkumi kesemua aset iaitu, 51% hak KPF dan 49% hak Felda BB. Tiada pemecahan aset dilakukan.



Saham yang tidak diapongkan berjumlah 1.35 bilion unit (37%) dan ini adalah hak KPF. Ia tidak diapongkan kerana KPF "tidak terlibat" dalam penyenaraian dan KPF tidak memberi kebenaran kepentingannya itu diapongkan di bursa saham. Bila pasaran sekondari bermula nanti, yang akan dijualbeli hanyalah 2.19 bilion unit saham. Saham 1.35 bilion unit ini tidak tersenarai dan tiada dijualbeli di pasaran sekondari.



Saham itu "diketepikan" dan tidak dijual kepada para pelabur di bawah tawaran IPO. Ia akan dipindahkan kepada Felda Asset Holding Company (FAHC) yang akan memegang dan mengurus saham ini secara mutlak bagi pihak KPF. Perlantikan FAHC sebagai pemegang dan pengurus saham berkenaan bagi pihak KFP diputuskan sendiri oleh Felda BB. Tiada resolusi berkaitannya diluluskan oleh mana-mana mesyuarat KPF yang sah.

Jadual 2: Agihan Saham IPO FGVHB



Bagaimanakah saham IPO bakal diigihkan? Sebagaimana yang didedahkan di dalam prospektus, saham IPO (terdiri dari saham sedia ada dan saham terbitan) yang bakal diapongkan akan diagihan seperti dalam Jadual 2. Diperhatikan, pertama, saham yang mewakili kepentingan Felda berjumlah 1.21 bilion unit (saham sedia ada - "offer for sale shares") bakal diapongkan kesemuanya ditambah dengan 0.98 bilion unit saham terbitan baru ("public issue shares") menjadikan jumlahnya 2.19 bilion unit.



Kedua, pegangan saham FGVHB apabila IPO dilaksanakan bakal didominasi oleh pelabur institusi Malaysia dan antarabangsa dengan pegangan sebanyak 41% yang mana 20% bakal dipegang oleh rakan kongsi strategik yang telah dikenalpasti. Pelabur Bumiputera terpilih (dipilih oleh MITI bakal menguasai 11.5% dari jumlah saham FGVHB yang akan diapongkan. Ini bermakna pelabur institusi akan menguasai majoriti (52.5%) saham FGVHB yang diapongkan. Oleh itu, kesan mutakhir daripada penyenaraian FGVHB ialah pemindahan harta Felda kepada pelabur-pelabur institusi dalam negara dan luar negara dan sebuah syarikat asing yang diangkat sebagai "rakan kongsi strategik" bakal berkongsi milik tanah dan lain-lain harta Felda dengan peneroka.



Ketiga, tiada saham percuma untuk peneroka Felda. Peneroka Felda diperuntukkan 91,204,000 unit saham (1%), bermakna, kalau diagihkan sama rata kepada kesemua 112,635 orang peneroka, setiap peneroka akan mendapat 809.73 unit saham seorang (dibulatkan kepada 1 lot atau 1,000 unit seorang). Pada harga IPO RM4.65 se saham, kosnya RM4,650 se lot. Dikira setakat membeli 1 atau dua lot, majoriti peneroka mampu membeli secara tunai, tidak perlu pinjaman bank. Kalau diperuntukkan 10 atau 20 lot seorang, barulah berbaloi membuat pinjaman bank.



Kalau peneroka diperuntukkan 10 lot seorang, maka jumlah keseluruhan menjadi 1,126,350,000 unit saham atau 51.4% dari seluruh saham yang diapongkan. Kalau seorang peneroka diperuntukan 20 lot, maka jumlah keseluruhan menjadi 2,252,700,000, sudah melebihi 100% jumlah saham yang diapongkan. Jadi, tidak logik peneroka bakal diberikan 10 hingga 20 lot seorang seperti mana yang diuar-uarkan selama ini. Kalau pun diberikan, peneroka akan menjualnya (lebih-lebih lagi kalau berhutang dengan bank) segera menyebabkan harta mereka terlepas buat selama-lamanya kepada orang lain, majoritinya pelabur bukan peneroka dan pelabur asing yang memang diharapkan masuk secara besar-besaran ke Bursa Malaysia untuk memacu naik harga saham FGVHB ini.



Jelas tiada durian runtuh untuk peneroka dalam bentuk saham. Hatta, kalau diberi satu lot pun, peneroka kena bayar. Pada analisis mutakhirnya, berapa banyak pun saham yang bakal dimiliki peneroka, ia pasti dijual dalam jangka pendek apatah lagi kalau pembelian dibiayai bank. Yang bakal meraih untung besar ialah "pelabur Bumiputera terpilih" (di bawah MITI) yang umum maklum majoritinya adalah kroni pemerintah dan penama-penama yang mewakili sebuah parti politik.



Mungkin peneroka bakal dibayar durian runtuh tunai. Sumbernya dari Felda yang bakal memperoleh RM5.62 bilion tunai. Kalau peneroka diberikan RM10,000 seorang, jumlahnya RM1.13 bilion. Ini tidak berbalau kerana nilai tanah Felda Plantation Sdn. Bhd. sudah jauh lebih besar. Kalau diagihkan kesemua RM5.62 bilion itu, peneroka bakal mendapat RM50,000 seorang. Kurang dari RM50,000 seorang bukan durian runtuh namanya. Kebenarannya ialah, Felda tidak mungkin membayar jumlah ini.



Penyenaraian FGVHB tidak lebih dari eksersais memindahkan harta yang selama ini berada di bawah Felda Badan Berkanun kepada pelabur institusi (awam dan swasta) dan pelabur asing swasta dan di dalam proses ini, segolongan pelabur bernama "Pelabur Bumiputera Terpilih" dan pemain judi di pasaran saham – bukan peneroka - menikmat manfaat terbesar. Felda BB dan KPF dimandulkan. Jadilah peneroka "menang sorak kampong tergadai."




==================================================================
Permohonan saham FGVH melalui MITI ditutup esok
9:41PM Mei 3, 2012
Warga Felda, khususnya anggota Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang berkemampuan, disaran segera memohon saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Permohonan boleh dilakukan melalui peruntukan saham kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), khas untuk terbitan saham Bumiputera.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail berkata permohonan pembelian saham MITI akan ditutup esok.

Namun, katanya anggota masih berpeluang memohon saham FGVH dengan melayari laman web kementerian iaitu http://saham.miti.gov.my untuk memperoleh maklumat
berkaitan saham tersebut.

"Peluang ini harus direbut oleh warga Felda sebelum penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia nanti," kata Rozali.

Menurutnya Gabungan itu tidak mendapat peruntukan saham istimewa daripada FGVH.

Oleh itu, katanya warga Felda, khususnya anggota GWGF, boleh terus berhubung dengan MITI, Felda dan FGVH, bagi mendapat maklumat sebenar berkaitan saham yang ditawarkan.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/196888
========================================

Tiada peruntukan khas generasi kedua Felda beli saham FGVH'
9:08AM Mei 3, 2012
Felda perlu mewujudkan satu mekanisma bagi generasi kedua tanah rancangan itu memiliki saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Wakil gabungan empat badan bukan kerajaan generasi kedua Felda iaitu Majlis Belia Felda Malaysia, Gabungan Wawasan Generasi Felda, Persatuan Usahawan Felda dan Persatuan Pengamal-pengamal Undang-Undang Generasi Felda berkata mereka menyokong usaha kerajaan untuk menyenaraikan FGVH, dan berharap mereka diberikan
peruntukan khas.

Pengerusi Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi Felda, Roshidi Hasan, yang mewakili kumpulan itu, berkata di bawah peruntukan pembelian saham FGVH, generasi kedua Felda tidak ada diperuntukan khas untuk memiliki saham itu, kecuali membelinya di pasaran terbuka.

Justeru itu, mereka berharap FGVH dapat memberikan peruntukan khas baru atau menawarkan saham di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, katanya dalam satu sidang media di ibunegara malam tadi.

Beliau juga berkata pihak Felda perlu memberi penerangan kepada peneroka dan keluarga mereka mengenai penyenaraian FGVH memandangkan masih ramai tidak memahami kebaikan tindakan tersebut.

Katanya, Felda perlu menangkis kesemua dakyah yang dijaja oleh pelbagai pihak yang membantah penyenaraian FGVH yang telah mewujudkan kekeliruan di kalangan peneroka mengenai hasrat murni Felda itu.

Beliau juga berkata keempat-empat badan itu juga turut menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini untuk mendapat beberapa penjelasan mengenai kepentingan generasi kedua Felda dalam penyenaraian FGVH itu
http://www.malaysiakini.com/news/196768


- Bernama

------------------------------
NGO dakwa peneroka menyesal tandatangan borang
Abdul Rahim Sabri
7:15PM Mei 2, 2012
Terdapat peneroka yang menyesal selepas menandatangani borang permohonan pinjaman dari institusi perbankan bagi membeli saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK).

Presidennya Mazlan Aliman mendakwa, kekesalan itu apabila mereka mengetahui risiko yang mungkin ditanggung setelah mendapat maklumat sebenar.

Malah, dakwanya, ada peneroka yang berjumpa dengan pengurusan Felda untuk menarik balik borang yang ditandatangani itu.

NONE"(Bagaimanapun) respons pengurusan Felda sangat negatif," katanya sambil mendakwa terdapat peneroka yang 'diugut dan diancam' disingkir dari Felda jika berbuat demikian.

Dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini, Mazlan turut menunjukkan, mengedarkan dan membaca dokumen perjanjian dan surat tanggung kerugian itu.

"Satu yang pelik, kita berniaga memikirkan pasal keuntungan, tetapi (di sini) fikir tentang kerugian," katanya sambil mengangkat surat tanggung kerugian.

"Jadi pihak bank pun tidak yakin... Saya yakin mereka tidak mahu tanggung risiko jika saham FGVH yang (disenaraikan) diapungkan," katanya yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS.

Pasaran saham dijangka merudum

Mazlan berkata penganalisis ekonomi meramalkan pasaran saham akan terus merudum dalam tempoh enam bulan akan datang menyebabkan peneroka bakal menanggung risikonya.

NONE"Saya merujuk kepada pegawai bank, risiko bankrap (bakal ditanggung) jika gagal membayar pinjaman bank... Perkembangan ini, (dilihat) sangat menzalimi, satu penipuan dan pengkhianatan kepada peneroka.

"Skim yang diperkenalkan ini, hampir menyerupai skim Pak Man Telo (iaitu) kumpul saham peneroka dan dipaksa jual dalam tempoh enam bulan," katanya.

Menurutnya lagi, beliau turut berasa pelik apabila peneroka yang berumur 65 tahun turut diberi pinjaman dalam jumlah yang besar sehingga mencecah antara RM50,000 dan RM100,000.

Mazlan mendakwa separuh daripada dana yang dikumpulkan daripada saham peneroka akan digunakan untuk pemberian 'durian runtuh' oleh perdana menteri pada 8 April dan hanya separuh lagi digunakan untuk pelaburan.

Turut hadir bekas pegawai Bank Negara Dr Rosli Yaacob yang kini bergiat aktif bersama PAS.

http://www.malaysiakini.com/news/196744

Biodata Dr Rosli Yaakop
Born in Kampong Kundur, Rembau, Negeri Sembilan in 1952. Currently he is the CEO of Ahsania-Malaysia Hajj Investment and Finance Company Limited, Dhaka, Bangladesh. Obtained his first degree in Economics from UM in 1975. Obtained masters and PHD in the same field from the University of Wisconsin, USA on BNM scholarship. He served BNM for 18 years. Previously served as Senior Vice President, Global Hajj and Umrah Corporation (Labuan) Limited, CEO, Golden Pharos Berhad, Director, Islamic Banking Scheme and Special Project, Abrar Discount Berhad, CEO, Abrar Finance Berhad, part-time lecturer on financial markets and institutions at the University of Malaya and board member of several companies. Areas of expertise included regulation of financial institutions, formulation and implementation of monetary, fiscal and economic policies, liquidity management, Islamic banking and finance and developing business strategies. Writes regularly on economic issues and presents papers in economic seminars. Current research interest is on the return of Gold Dinar as the currency of the Islamic World. 21 July 2007

SISTEM PENGANGKUTAN KONTENA LUMPUH DI P.KLANG

Posted: 03 May 2012 12:29 AM PDT

Sejak dari hari semalam sehingga  kini, tiada pergerakan lori  haulier,dan kontena di Pelabuhan Klang. Syarikat yang mempunyai kontena  import dan eksport tergendala dek kerana  mogok yang dilancarkan semalam oleh pemandu semua syarikat haulier yang berjumlah lebih kurang 50 buah. Sila lihat senarai di bawah yang dikeluarkan oleh LPKP.

Difahamkan mogok ini menuntut pengendali depot kontena kosong supaya memikirkan hak dan kebajikan pemandu pemandu lori haulier yang cari makan dengan mengejar trip penghantaran kontena .

Bayangkan berapa trip sahaja mereka akan dapat sekiranya depot  yang mengendalikan simpanan kontena servis mereka kurang efisien  serta lambat,untuk mendapatkan kontena. Pemandu terpaksa menunggu dalam jangka masa yang sangat lama kira-kira 2jam atau hampir ke 3jam.Macam mana mereka dapat mengejar trip sekiranya masa yang lama terpaksa diambil untuk mengambil sesebuah kontena di depot.

Sekarang pihak depot atau yard pula dikatakan menaikkan charge kepada RM 18 ke 20 ringgit yang terpaksa ditanggung oleh pemandu sedangkan gaji basic pemandu hanyalah RM300 sebulan atau RM30 sehari. Apakah ini adil?

Walau pun Perdana Menteri telah mengumumkan kadar gaji minima RM900 mereka terbeban pula dengan charge pihak depot sebanyak rm 18 hingga 20 ringgit bagi sebuah kontena..Jika dalam sehari mereka dapat menarik  tiga kontena, ini bermakna mereka terpaksa membayar RM58 sehari sebagai modal untuk mendapat gaji RM300sebulan.

Jika pihak kerajaan lambat menangani isu ini  pelabuhan pula yang akan menanggung lambakan kontena di depoh dalam pelabuhan sehingga kapal kapal tidak dapat menurunkan kargo kargo mereka.
.
Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan usah pandang  remeh sumbangan para pemandu  ini.Dengar dan ambillah tindakan segera bagi menyelesaikan masalah mereka.. Semuanya bermula apabila Lim Liong Sik mantan menteri pengangkutan meliberalisaikan pemberian permit haulier.

Senarai Syarikat Haulier Selangor


Senarai Syarikat Haulier Kuala Lumpur

 RUJUKAN: http://ismits-ulamraja.blogspot.com/2012/05/pemandu-haulier-mogok-sejak-dari-hari.html

EXCO Pendidikan raikan PROGRAM ANUGERAH ANAK CEMERLANG 2011 WARGA PKNS

Posted: 02 May 2012 07:02 AM PDT

SHAH ALAM
21.4.12

Walaupun dijadual akan berlepas ke Mesir dalam beberapa jam lagi untuk meninjau pelajar di Timur Tengah, EXCO Pendidikan Selangor, YB Dr Hjh Halimah meraikan undangan PKNS.

 Sebuah anak syarikat kerajaan Selangor yang diamanahkan untuk membantu melonjakkan kemajuan negeri Selangor telah menyusun program meraikan pelajar cemerlang 2011 yang terdiri dari anak warga PKNS dan juga pekerja PKNS yang belajar untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.
 Beliau menekankan dalam ucapannya bahawa kerajaan Selangor menghargai jasa pekerja PKNS yang telah menyumbang bakti membantu masyarakat Selangor dan di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, PKNS menjadi sendi penting melaksanakan dasar kerajaan untuk maslahah rakyat. Justeru, sudah tentulah kebajikan diri serta keluarga modal insan PKNS ini perlu dijaga dengan baik.

Kerajaan Selangor turut berbangga dengan pencapaian cemerlang anak-anak staf PKNS dan majlis itu akan menjadi insentif bagi mereka agar terus cemerlang dalam hidup mereka.
Turut serta Hajah Noraida, Timbalan Pengurus Besar PKNS.
Anak-anak yang cemerlang yang dihargai ini akan menjadi dorongan kepada ibubapa mereka yang mencari rezeki di PKNS untuk terus tekun bekerja agar masa depan mereka lebih cerah dengan perhatian yang diberi oleh PKNS.Syabas dan tahniah kepada PKNS. Syabas dan tahniah juga kepada pelajar cemerlang ini!

Ziarah/kunjung hormat YB DR HALIMAH -Naib Musrsyidul Am 1&2 Ikhwan Muslimun

Posted: 30 Apr 2012 10:45 PM PDT



 Kaherah
21.4.12

Kunjungan EXCO Kerajaan Selangor , YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan Tinggi ke Mesir sudah lama ditunggu oleh para pelajar Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Bagi kunjungan kali ke 2 setelah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan kerajaan Selangor, beliau telah membawa bersama wakil Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor yang diketuai oleh Penasihatnya Ustaz Fauzan dan Pengerusinya Akram Ikrami bin Taib Azamuden yang juga merupakan Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia).

 Selain daripada bertujuan meninjau keadaan pelajar dan menyumbang RM20ribu kepada BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR Mesir dan memberi motivasi IMTIHAN kepada pelajar yang 'exam fever' samada daripada jurusan agama mahupun perubatan dan kesihatan, YB Dr Halimah dan rombongan juga mengambil kesempatan menjejaki ilmuwan tersohor yang telah mengamalkan ilmu mereka sehingga hembusan nafas terakhir seperti AL MARHUM IMAM SHAFIE DAN SYAHID IMAM HASAN AL BANNA.Ini sesuai dengan dasar PROJEK JEJAK ILMUWAN SELANGOR yang telah dilancar oleh YAB MB Selangor Julai 2008.

 Kesempatan untuk mengadakan kunjung hormat kepada Ikhwan Muslimun yang diakui dunia sebagai contoh gerakan utuh yang jelas berjaya menongkah arus , merentasi belantara dan di pukul badai namun akhirnya alhamdulillah dengan iltizam, istiqomah dan silah serta ukhuwwah yang dipraktikkan secara sistematik dan sedar dan semangat jihad maksima mereka sudah menghampiri puncak kejayaan.

Peluang bertemu dan berbincang serta mendengar nasihat dan pesanan daripa kedua-dua NAIB MURSYIDUL AM    (1 dan 2) Ikhwanul Muslimun adalah peluang yang ditentukan oleh Allah Yang Maha Mentakdirkan. Tidak sia sia doa minta dipertemukan dengan orang baik dan soleh.Alhamdulillah. Masyaallah.
 Dalam kerancakan berbual, azan dikumandangkan, maka kami hentikan perbualan dan semua yang hadir solat bersama dengan Naib Mursyidul Am. Selesai solat kami sambung semula.
Antara pesanan dan juga jawapan kepada orang muda dan khususnya mahasiswa sangat membanggakan dan mengkagumkan kerana bersifat praktikal dan kontemporari.
Tidak ada syak mereka sesuai mengemudikan Mesir.
Mahasiswa katanya perlu menekankan tumpuan kepada pelajaran, cari ilmu, kita perlu perlbagai jenis ilmu dan kemahiran. Kita perlu bukan sahaja ilmu ukhrawi malah mesti dikembarkan dengan ilmu duniawi untuk melayakkan diri mengurustadbir bumi.


Maka sudah je;las bagi mereka yang mahu berjuang tidak ada alasan untuk tidak belajar bersungguh-sungguh.

Jangan buat helah mahu 'beribadah' sahaja sedangkan strategi perjuangan jemaah yang diagungkan mempunyai tasawwur yang jelas dan berbeza dengan yang ditanggapi.

Dr Halimah dan Naib Mursyidul Am 1

Makam Imam Shafie

POLIS BERTINDAK "PROFESSIONAL" MENJADI MANGSA.......

Posted: 29 Apr 2012 10:52 PM PDT


Jawapannya di akhir posting.

Polis yang jadi mangsa, kata Najib

Hisham: Polis tangani perhimpunan secara profesional

 Polis telah menjalankan tugas secara profesional dalam menangani perhimpunan hari ini walaupun berlaku provokasi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau berasa kagum dan bangga dengan polis yang tidak mudah melatah dengan provokasi yang dilakukan kira-kira 20,000 peserta perhimpunan itu.
  
"Saya sedih dengan apa yang berlaku hari ini, penganjur menjanjikan perhimpunan aman sebaliknya bertukar menjadi tidak terkawal walaupun kerajaan sedaya upaya memberi kebenaran untuk rakyat berkumpul secara aman di tempat yang disyorkan.
  
"Mereka masih berdegil ingin mengadakan di Dataran Merdeka," katanya kepada pemberita.
  
Beliau mengulas kejayaan polis menghalang percubaan peserta perhimpunan haram itu menceroboh Dataran Merdeka dengan merempuh penghalang dan kawat berduri dipasang selepas Mahkamah Majistet mengisytiharkan dataran itu sebagai kawasan larangan mulai semalam hingga 1 Mei.

Hishamuddin kesal dengan pihak penganjur dan peserta yang sanggup memperjudikan keselamatan umum demi kepentingan minoriti seperti mereka.
  
Katanya, peserta perhimpunan itu perlu 'membayar balik setimpal' apa yang mereka lakukan iaitu menggadaikan keselamatan majoriti orang awam demi menyuarakan hak asasi mereka.
  
"Saya sedih dengan usaha transformasi kerajaan yang cuba kita bawa, seperti menghapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman, tetapi telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan mengajak rakyat berdemonstrasi dan mengancam keselamatan awam," katanya.
  
"Perkara mengenai orang ramai perlu lihat secara teliti, apa yang cuba penganjur katakan perhimpunan ini adalah aman tetapi tidak aman," katanya.
  
Hishamuddin berkata bukan perkara mudah bagi kerajaan untuk mencapai keseimbangan antara hak asasi manusia dengan menjaga keamanan negara.
  
Beliau berkata perhimpunan hari ini tidak menjejaskan keselamatan dan kepentingan awam di negara ini dan yakin dengan kemampuan polis menjaga keselamatan awam.
  
Menurut laporan Polis Bukit Aman, sehingga 8 malam, seramai 388 orang yang berada di perhimpunan itu telah ditahan dan mereka telah dibawa ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL)

Sementara itu, di SHAH ALAM, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata sudah sampai masa golongan majoriti senyap melahirkan perasaan tidak senang hati mereka terhadap perbuatan menimbulkan huru-hara dan menzahirkan perasaan jijik mereka dengan perbuatan yang melanggar peraturan.
  
"Kita tak mahu perkara huru-hara, tidak ikut peraturan ini terus menjadi budaya minoriti yang vokal yang diketuai dan didalangi pembangkang." katanya mengulas tindakan mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini.
  
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Rapat 1Malaysia bersama Persatuan Bekas Polis DiRaja Malaysia Selangor di Universiti Teknologi MARA, Ahmad berharap rakyat sedar tindakan kumpulan yang menyusahkan rakyat termasuk pemandu teksi, merugikan peniaga selain menakutkan pelabur serta pelancong.
  
Beliau berkata masa depan negara tidak harus dipertaruhkan di tangan pergerakan seperti penganjur perhimpunan hari ini yang hanya mewakili kalangan minoriti di negara ini.
  
Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata majoriti rakyat negara ini yang cintakan keamanan, kedamaian, keharmonian, keselamatan, kemakmuran adalah golongan yang senyap.

- Bernama


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan luar kawalan pihak polis terhadap peserta perhimpunan BERSIH 3.0 adalah disebabkan 'rusuhan psikologi' yang dilakukan oleh pihak berkenaan.

Beliau turut mendakwa, secara umumnya, tindakan 'ganas' peserta perhimpunan BERSIH pada Sabtu lalu adalah tertumpu kepada pihak polis.Laporan penuh di SINI

Jawapannya..POLIS atau PDRM sama ada FRU, trafik Cawangan Khas dll adalah mangsa kerakusan kerajaan BN. noktah

PERCUMA : kERAJAAN Selangor biaya kelas tambahan SPM 2012 pelajar miskin

Posted: 29 Apr 2012 09:02 AM PDT

29.4.12
DEWAN JUBLI PERAK
SUK
SHAH ALAM

Anak Selangor yang berasal daripada keluarga yang miskin sentiasa mendapat perhatian dan menjadi paksi perkiraan kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR dalam menentukan agihan hasil mahsulnya.
Dengan konsep merakyatkan ekonomi Selangor, iaitu ikhtiar serius kerajaan yang untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk Selangor dengan memfokus kepada ruang dan potensi terbaik bagi mengeluarkan keluarga miskin daripada kepompong kemiskinan. Semua pihak bersetuju bahawa pelaburan kepada pendidikan adalah pelaburan jangka masa panjang ke arah menjamin masa depan yang lebih cerah kepada generasi muda keluarga tersebut.
Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menepati permintaan pasaran terkini, anak daripada keluarga miskin ini akan sekurang-kurangnya mendapat pekerjaan yang lebih terjamin dan diharapkan melepaskan mula-mula dirinya daripada belenggu kemiskinan yang lazimnya menjadi tradisi keluarga berkenaan. Kitaran kemiskinan keluarga boleh dihentikan dengan pendidikan yang berkualiti dengan menghasilkan modal insan yang produktif.
Rasional seterusnya, anak yang sudah mendapat pekerjaan ini sekurang-kurangnya boleh menyumbang kembali kepada keluarga yang telah megasuh dan mendidik beliau hingga dewasa.Ini akan menaikkan status ekonomi secara purata keluarga tersebut.Lebih-lebih lagi kalau seramai mungkin anak keluarga miskin ini berjaya dijadikan modal insan yang berkesan.

Menyedari hakikat ini, kerajaan PAKATAN RAKYAT negeri Selangor tidak ragu-ragu memperkenalkan dasar membantu pelajar calon SPM semenjak tahun 2011 untuk memberi kelas tambahan PERCUMA kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1500 sebulan.
Kerajaan Selangor telah memperuntukkan bajet sebanyak RM 3.45 juta setahun khusus untuk program pendidikan tambahan PERCUMA ini.
Dijalankan secara sistematik dan dilantik KOORDINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN(KPMI) untuk setiap 56 DUN di seluruh negeri Selangor yang mengendalikan seramai 100 pelajar setiap DUN. Kos bayaran untuk guru, premis dan pemantauan serta proses dokumentasi serta pembangunan syakhsiyyah ditanggung oleh kerajaan Selangor.
 Alhamdulillah, perkembangan yang sangat memberangsangkan di mana pelajar yang terpilih yang rata-ratanya berasal dari pelajar kategori sederhana bila diberi sedikit ruang dan peluang untuk menggilap potensi mereka , ada yang mencapai 5A, 7A 8A bahkan ada yang memperolehi 10A.
Ketekunan guru-guru yang berbakti dan koordinator sebagai pembimbing dan pembentuk memberi impak besar kepada masa depan mereka.
Target kerajaan negeri ialah untuk pelajarnya mendapat sekurang-kurang 5kredit dalam SPM untuk melayakkan mereka meneruskan pelajaran ke IPT.

 Bukan sekadar bagus keputusan SPM tetapi yang sangat penting dari perspektif kerajaan Selangor juga ialah akhlak mereka dan mengesan kecenderungan ke arah perkara yang negatif. Bagi kelompok yang memang sudah terlalu jauh ketinggalan daripada segi literasi mereka akan dikenalpasti untuk dislaurkan kepada  jurusan bersifat latihan kemahiran untuk menjamin mereka mempunyai sumber rezeki yang halal dan punca pendapatan yang tetap.

 Majlis pelancaran PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS) telah selamat disempurnakan oleh YAB MB SELANGOR. Turut hadir YB Dr Che Rosli ahli Parlimen Hulu Langat.
Anugerah pelajar cemerlang juga diberikan kepada mereka yang menunjuk peningkatan drastik dalam pencapaian SPM.Justeru diingatkan konsepnya ialah menghargai usaha dan ketekunan para pelajar PTRS suapay menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang serupa dengan diri mereka. 
 Alhamdulillah dalam majlis yang ringkas itu, penuh dewan jubli Perak dengan sebahagian pelajar PTRS sehingga ada yang terpaksa duduk di atas tangga.
Doa di pimpin oleh pelajar PTRS SMK IJOK.
Koordinator Pembanguan Modal Insan cemerlang pula daripada DUN MERU dan Tanjong Sepat.







SPR: BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH sebelum anda dibersihkan oleh rakyat

Posted: 29 Apr 2012 06:36 AM PDT

PUTRAJAYA
19.4.12

'Kunjungan hormat' dan lawatan kerja EXCO KERAJAAN SELANGOR ke pejabat SPR yang diketuai oleh YAB MB Selangor adalah dengan misi besar bagi pihak rakyat Selangor.
Pelbagai macam kebajikan untuk rakyat difikirkan oleh kerajaan Selangor yang sayangkan rakyatnya dan mahu melonjakkan martabat rakyatnya. Daripada pemberian keperluan asas manusia seperti air percuma 20m padu, kelas tambahan/tuisyen percuma, program kesihatan wanita melalui mammogramn percuma, khairat kematian, tabung pendidikan warisan anak Selangor(TAWAS) dll.

Namun yang paling menyayatkan hati ialah apabila rakyat Selangor dinafikan hak mereka sebagai warganegara Malaysia yang sah memilih pemimpin yang mereka yakini dengan cara yang bersih, adil, telus dan profesional.Apabila masalah lambakan pengundi yang diragui kesahihan dalam daftar pemilih yang diterima dan disahkan oleh SPR maka tidak ada yang boleh menggubahnya apabila ia telah diwartakan menurut SPR.
    Banyak soalan yang diajukan kepada Pengerusi SPR serta pegawai-pegawainya termasuk Pengarah SPR Selangor namun jawapan yang diterima sudah kami jangkakan sebelum perjumpaan itu lagi!

Kerajaan Selangor telah menyatakan hasrat akan melibatkan orang ramai dalam proses pendemokrasian bagi 'membantu kerja-kerja' SPR untuk membersihkan daftar pemilih dengan menyemak satu per satu nama yang ada dalam daftar pemilih tersebut.
Ini sebelum timbul desas desus Pengerusi dan Timabalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO yang berdaftar.
Maka muncul satu lawak peminat bolasepak. Sekiranya CHELSEA berentap dengan Liverpool dan pengadilnya di dapati daripada Liverpool, adakah penyokong CHELSEA tidak patut memberontak...fikir-fikirkanlah...

BERSIH 3.0 ADALAH SUARA RAKYAT YANG AMAN DAN SANTAI

Posted: 28 Apr 2012 10:36 AM PDT

28.4.12
KUALA LUMPUR

BERSIH 3.0 adalah satu keperluan bagi rakyat Malaysia kerana hak mereka untuk mendapat pemimpin negeri dan negara secara adil dan wajar telah tercemar. Hak mereka sebagai warga negara telah dikompromi oleh kerajaan BN yang memerintah Malaysia yang tidak mahu membebaskan SPR daripada menjalankan tugas secara profesional.

BERSIH 3.0 sebenarnya adalah perhimpunan aman yang santai dengan tema; DUDUK dan BANTAH.
Ianya protes simbolik kepada Suruhanjaya Pilihanraya yang telah dibiayai sepenuhnya oleh rakyat bagi pihak rakyat mempastikan proses mendaftar pengundi mengikut hak warga negara Malaysia.

Rata-rata rakyat marah dengan kerajaan BN pinmpinan Datuk Seri Najib yang dikatakan memperkudakan SPR untuk mempastikan kesenimbangunan BN memerintah Malaysia sampai bila-bila.
Malangnya SUARA RAKYAT tidak mahu didengari oleh BN. Seolah rakyat TIDAK RELEVAN bagi mereka. Menyusahkan sahaja. Tidak penting. Peduli apa dengan sungutan rakyat! Inilah perangai BN.
 Konon RAKYAT DIUTAMAKAN!! Kah1 kah!kah! kata anak muda...
Lautan manusia membanjiri Kuala Lumpur tarikh keramat itu. Walaupun ditutup jalan-jalan ke arah venue yang mahu dituju iaitu DATARAN MERDEKA!
YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Kerajaan Selangor merangkap ADUN PAS Selat Klang yang baru balik daripada Mesir tidak mahu ketinggalan. Dataran Tahrir telah memperlihatkan SUARA RAKYAT adalah SUARA KERAMAT.Akhirnya rejim zalim yang kukuh bertapak berdekad lamanya tumbang jua. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

 Beliau juga baru ditakdir dapat bertemu dengan kedua-dua Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin di Pejabat Ikhwan di Kaherah. Alhamdulillah dengan sedikit perkongsian bersama mereka dengan disertai bersama Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor menyebabkan beliau tidak mahu ketinggalan dalam peristiwa bersejarah ini. Ramai yang duduk di Jalan TAR, di bawah pokok, dalam bangunan dengan keadaan santai dan tenang. Kemudian apabila Dr Halimah menghampiri kereta YB Fuziah Salleh serta Datuk Seri Anwar yang berada di tengah jalan dan dikerumuni. Unit Amal yang bersama beliau membantu minta laluan untuk beliau naik atas kereta itu untuk bersama pimpinan pakatan rakyat. Namun baru sahaja nak naik tiba-tiba semburan FRU di depan telah menyebabkan orang ramai bertempiaran lari. Dikatakan semburan ini lebih menyengat!
Tembakan bertalu-talu dilakukan oleh pihak berkenaan sehingga menyebabkan kami sesak nafas dan pedih mata. Alhamdulillah berbekalkan air mineral dan garam kami 'survive' ujian tersebut.

Memang pihak berkuasa nampaknya tidak puas hati dan tetap mengejar walaupun peserta BERSIH 3.0 telah beralih daripada tempat asal. Ada beliawanis yang terlentang dan perlu ditarik pantas oleh rakan dan Unit Amal agar tidak dipijak.
Pengalaman kali ini memperlihatkan gelagat peserta BERSIH yang matang dan tenang.
Mereka berlari dengan sopan dan cermat supaya keselamatan pihak lain terpelihara. Mereka juga lebih kebal.
YB Dr Halimah sempat bersembang dengan belia Tionghua dan peserta India yang turut hadir. Memang ramai kaum Tionghua ikut serta kali ini.

 Ramai pelajar juga tidak mahu ketinggalan. Warga emas juga tidak ketinggalan.
 Pendek kata semua lapisan masyarakat ada wakilnya daripada semua negeri.
Yang lebih menarik kali ini Datuk Sheikh Kadir mantan veteran UMNO juga memakai baju kuning BERSIH dan memberi ucapan bersama dengan pimpinan PAS di perkarangan pejabat agung PAS Pusat selepas perhimpunan dan dihadiri oleh klhalayak yang amat memerangsangkan.

YB Dr Halimah juga mewakili kerajaan Selangor dijemput memberi sedikit ucapan diikuti oleh EXCO kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan AJK PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik. Sebelum itu Syed Azman , AJK PAS Pusat juga telah berucap.

YB Dr Halimah juga sempat berdakwah dan mengajak pelbagai pihak untuk bersama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing. Bahkan kepada polis trafik juga beliau mengingatkan perjuangan BERSIH 3.0 juga memberi kesan kepada masa depan anak cucu mereka dan diterima baik.

 Beliau juga berkongsi bahawa kerajaan Sealngor tidak akan ikut serta dalam PRU 13 sekiranya proses pembersihan daftar pemilih tidak dilakukan. Perlu diingat daftar pemilih yang paling banyak bertambah adalah di Selangor. Kerajaan Selangor telah bersetuju untuk emmperuntukkan sebanyak RM15 juta geran Selangorku untuk proses pendemokrasian dan diantara usahanya ialah mencari pemilih-pemilih yang mencurigai dan perkara ini telah pun diberitahu kepada SPR semasa kunjungan kerja MB dan SEMUA EXCO kerajaan Selangor . Rakyat Selangor perlu dibela agar tidak ditipu dan dinafikan hak mereka oleh pihak yang tidak bertnaggungjawab




BERSIH 3 : KRONOLOGI IKHSAN MALAYSIAKINI

Posted: 28 Apr 2012 02:11 AM PDT



9.20pm Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail Omar berharap petugas "yang dicederakan perusuh" segera sembuh dan mendapat rehat secukupnya sebelum kembali bertugas seperti biasa.

Menurut Facebook polis, beliau berbangga dengan keberanian yang ditunjukkan seluruh anggota polis ketika Op Aman 3.

8.05pm Kematian melibatkan pegawai polis sepertimana yang digembar-gemburkan adalah tidak benar, menurut tweet polis.

8.00pm Jumlah tangkapan setakat 8 malam sebanyak 388 orang, menurut polis.

7.54pm Polis siarrakaman video di Internet punca kereta polis terbabas dan sebabkan kemalangan.

Video tunjukkan orang ramai kerumuni kereta polis dengan membaling objek. Malah seorang lelaki kelihatan melompat dan menginjak-injak bumbung kereta dan seorang lagi melompat menendang cermin depan.

7.30pm Menurut polis, sehingga jam 7 petang, seramai 222 orang ditahan.

7.05pm Sewaktu serbuan polis beramai-ramai wartawan The Sun dikenali sebagai Radzi tercedera di mulut dan terlentang. Mulutnya berdarah. Dia mendapat pertolongan cemas dan di bawa ke hospital HKL.

Menurut seorang saksi, ketika seorang lelaki memakai baju BERSIH dan berada di hadapan Radzi, berlaku rempuhan daripada polis yang membuat serbuan.


6.57pm Berdasarkan gambar dalam laman Facebook polis, dianggarkan lebih 100 ditahan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dekat Jalan Semarak.


6.22pm:
Jln Sultan Abdul Samad - Konvoi berkereta polis terpaksa membuat pusingan-U berhampiran Masjid Jamek apabila bertembung dengan penyokong BERSIH yang melemparkan kasut dan objek ke arahnya.

6.10pm
Jalan dari SOGO ke Dataran dibuka. Bagaimanapun kira-kira 600 peserta masih berlegar di sekitar.
6pm Jalan TAR - Beratus anggota polis berada di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), yang sesak kerana sekatan jalan raya. Para pemandu membunyikan hon tanpa henti, memaksa polis bersurai dan berkumpul semula di persimpangan Jalan Tun Perak. Mereka mula membenarkan lalulintas di situ.

5.50pm: Naib Presiden PKR Tian Chua dakwa melalui Twitter, beliau ditahan polis bersama Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Tian juga dakwa ramai dipukul ketika ditahan.

5.45pm Masjid Jamek - Sesetengah peserta masih mahu masuk ke Dataran Merdeka, tetapi polis datang balik dan mengejar mereka. Beberapa peserta ditahan. Ada di antara mereka yang membaling kasut dan botol ke arah polis.

5.30pm: JLN TAR Wartawan Malaysiakini antara 200 ditahan bersama 200 peserta dan wartawan lain. Mereka ditempatkan sementara di Kelab Diraja Selangor. Barangan dirampas dan ditumbuk polis.

5.21pm
Dua anggota polis tercedera dan pistol yang hilang dijumpai semula, kata menteri dalam negeri melalui Twitter.
5.20pm Simpang Jalan Tun HS Lee-Jalan Tun Tan Cheng Lock (berhampiran Pasar Seni) - Anggota polis FRU kelihatan mula berehat-rehat selepas Unit Amal PAS membuat pengumuman mengerahkan peserta BERSIH bersurai.

NONE5:01pm JLN TAR Kelihatan 4 trak polis menuju Jln Chow Kit. Peserta tidak tunjukkan tanda-tanda mahu bersurai. 5.03pm JLN TAR Seorang gadis pengsan dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.
455pm JALAN TAR Tapak pasar malam, sekumpulan peserta BERSIH dan polis bertumbuk.

4.45pm
Pistol polis dirampas peserta BERSIH di



4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.

4.10pm - Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka.

FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR.





4.04pm Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata.

3.58pm Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan.

3.58pm Masjid Jamek - Beratus-ratus peserta sedang berehat di taman di belakang Masjid Jamek untuk pulih daripada serangan meriam air dan gas pemedih mata.

3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.

Turut ditahan ialah seorang wartawan akhbar Cina Oriental Daily kerana disangka salah seorang penyokong.

Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas polis mendapat dia sebenarnya wartawan akhbar berkenaan.

3:49pm Seorang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.

3.50pm Pusat membelibelah Sogo - Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis.

3.42pm Stesen LRT Dang Wangi - Selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata di Jalan Tun Perak, beberapa peserta melarikan diri ke Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang.

Mereka dilihat berjalan ke arah KLCC melalui Jalan Ampang. Kebanyakan mereka dijangka pulang.

3:29pm Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar.

3.24pm Masjid Jamek - Di hadapan stesen LRT orang ramai enggan berganjak dan melaungkan "BERSIH" walaupun gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka.

Mereka berundur setiap kali gas pemedih mata ditembak, tetapi kembali semula selepas itu.

3.20pm: Dataran Merdeka - kawat duri di Lebuh Pasar Besar dialih oleh orang ramai. Mereka kemudian mengalihkan penghalang plastik.

Kira-kira 30 anggota polis yang bersenjatakan cota, perisai dan topeng gas bergerak membentuk benteng.

Peserta dan polis kini bersemuka tanpa apa-apa di antara mereka. Ada yang bergambar manakala yang lain duduk di atas jalan menghadap polis.

Komander polis bagi kawasan tersebut duduk di atas trak polis dengan pembesar suara tetapi belum mengeluarkan sebarang arahan.

3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR.

3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata.

3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap.

3.08pm Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis.

3.01pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka.

2.45pm Pasar Seni - Orang ramai mula bersurai di sekitar ibupejabat Majlis Peguam, yang dianggarkan sekitar 5,000 orang. Satu kumpulan masih berada di hadapan penghalang dan kawat duri yang memisahkan orang ramai dari Dataran Merdeka di seberang sungai.

Sekitar 50 anggota FRU bersiap sedia. Orang ramai menjerit slogan BERSIH serta "hancur Rosmah" dan "Buka Pintu".

2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai.

Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!"

Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor.

Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.

2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.

2pm Masjid Jamek - Anggota jawatankuasa MCA bahagian Kelana Datuk Lee Hwa Beng dilihat berhampiran restoran McDonalds.

Katanya, beliau menyertai perhimpunan tersebut atas kapasiti peribadi dan MCA telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak menghalang ahli daripada menyertainya.

Ditanya mengapa beliau menyertai perhimpunan tersebut, Lee memetik dari buku barunya - PKFZ: A Nation's Trust Betrayed - bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan.

2pm Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor.

Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan.

Kumpulan lain dijangka menyertai mereka dari Masjid Negara selepas solat.

1.55pm: Pasar Seni - Datuk A Samad Said berkata beliau akan meneruskan protes duduk ke atas sebuah jambatan pejalan kaki dekat sini, daripada menyertai peserta lain di Dataran Merdeka.

"Saya menggunakan jambatan ini setiap minggu tetapi ini pertama kalinya dalam hidup saya mereka tidak membenarkan saya lalu, mereka minta saya guna laluan lain. Ini adalah jalan yang saya gunakan untuk pergi ke masjid," katanya mengenai sebab beliau melakukan protes duduk di jambatan itu.

1.50pm Masjid Negara - Sekumpulan 10,000 kini berkumpul di masjid, dan telah mula menuju ke arah bangunan Mahkamah Syariah lama melepasi stesen keretapi lama.

Mereka kemudian pusing kiri dan menyeberangi jambatan di atas landasan keretapi menuju ke Dataran melalui belakang stesen keretapi yang mengarah ke Pasar Seni.

Dengan diterajui anggota Unit Amal. orang ramai dipercayai mengambil jalan jauh ke Dataran kerana pihak polis telah menutup laluan terus ke sana dengan membentuk benteng manusia.

1.45pm: Pasar Seni - Kira-kira 30 orang telah memutuskan untuk menyertai Pak Samad 'duduk bantah' di atas jambatan pejalan kaki di Pasar Seni LRT.

1.38pm Masjid Negara - Presiden PAS Abdul Hadi Awang tiba.

1.30pm Dataran Merdeka - Kumpulan yang besar dari Kota Raya dan Petaling Street bergerak mendekati Dataran. Kota Raya dan Petaling Street kini kosong.

Orang ramai yang paling hampir dengan benteng di Dataran Merdeka duduk di atas jalan raya, dengan lebih melaungkan "duduk" dan menyertai mereka. Anggota Unit Amal PAS membentuk benteng di hadapan benteng polis.

Lapisan kawat duri, penghalang plastik dan pagar besi, memisahkan mereka daripada benteng kira-kira 100 anggota polis. Anggota FRU dengan trak meriam air di siap sedia tidak jauh dari situ.

1:33pm Pasar Seni - Polis membuat keputusan untuk meninggalkan sekatan di jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan Dayabumi. Sesetengah penyokong menyertai Pak Samad bersolat. Pesera mula memenuhi jambatan untuk melihat protes di bawah.

1:30: Pasar Seni - Seorang anggota Unit Amal PAS menjelaskan bahawa Pak Samad tidak ditahan polis tetapi duduk di atas jambatan pejalan kaki sebagai tanda bantahan terhadap tindakan polis menyekat kawasan itu. Dia berdiri di situ atas keputusannya sendiri.


1.40pm Polis keluar kenyataan keadaan sekitar Dataran terkawal. Menurutnya, hingga jam 1pm, peserta 25,000.

Menurut kenyatan pusat media polis kontinjen Kuala Lumpur, mereka dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau keseluruhan perhimpunan BERSIH.

"PDRM bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara agar tidak diganggu oleh mana-mana pihak," kenyataan itu dipetik.

Pasukan keselamatan juga menegaskan akan bertindak kepada pihak yang melampau batas dan melanggar perintah mahkamah yang melarang orang ramai berkumpul di Dataran.

1.23pm: Pasar Seni - Pengerusi bersama BERSIH isytihar perhimpunan berjaya, akan mara sedekat mungkin kawasan dibenarkan sebelum duduk.

1:13pm: Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.

- Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) - 20,000

- Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) - 15,000
- Masjid Jamek - 10,000
- TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen - 10,000
- Masjid Negara - 5,000

1.09PM MASJID JAMEK Unit Amal membuat benteng manusia bagi memimpin orang ramai berarak ke Dataran Merdeka.

12.50pm Pasar Seni - Kumpulan kedua dari Brickfields, juga berjumlah ribuan orang, tiba di Pasar Seni untuk bersama dengan mereka yang sudah berada di situ.

12.43 thr Masjid Negara - PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.

12.40 thr Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan "BERSIH".

12.35 thr Jalan Tun Perak - Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut.

"Ini adalah satu suasana yang menarik dengan lebih daripada 10,000 orang. Setiap orang bersemangat tinggi," katanya.

"Ini adalah perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan. Orang muda dan tua bersama-sama berada di sini. Saya pasti rakyat Australia dan rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah demonstrasi untuk pilihanraya yang bebas dan adil."

12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ

Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.

12.30pm: Pasar Seni - Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil membaca Al-Quran.

Apabila ditanya sama ada beliau ditahan, seorang anggota polis menjawab, "Beliau sedang berehat. Beliau mengambil gambar selama dua jam tadi, beliau letih. "

Apabila Malaysiakini bertanya kepada sasterawan negara itu sama ada beliau ditahan, beliau hanya mengangkat bahunya.

12.14pm Masjid Negara - Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara - Mohamad Sabu, Lim Kit Siang and Abdul Kadir Sheik Fadzir.

12.10pm Jalan Sultan - Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling.

12:07pm Jalan Tun Perak - Kira-kira tiga trak FRU dan dua meriam air kelihatan di Dataran.

Sekumpulan 500 penyokong dari Jalan Pudu menuju ke JalanTun Perak sambil melaungkan "BERSIH" dan "Stop Lynas".

12.05 thr Objek diperiksa di Dayabumi didapati bukan bahan letupan, demikian menurut video laporan langsung polis di Youtube. Ia adalah alat ganti kereta di dalam kotak kuning.

12:03 thr Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur.

Pudu (peserta berarak dari KLCC) - 20,000
Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) - 10,000
Jalan Petaling - 3,000
Masjid Negara - 2,000

1155am: Pasar Seni - Peserta yang bergabung sekarang dianggarkan berjumlah 10,000 orang. Tempat letak kereta dibanjiri orang ramai yang menyanyi lagu Negaraku.

11.51am Pasar Seni - Unit Amal PAS (unit keselamatan) meminta peserta berkumpul di luar Pasar Seni kerana perhimpunan BERSIH 3.0 hanya akan bermula pada jam 2 petang.

Kelihatan bersama orang ramai di situ ialah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

11.47am Dekat Dataran Merdeka - Di hadapan Majlis Peguam, kumpulan peserta termasuk aktivis wanita Irene Fernandez menyanyikan beberapa lagu, termasuk 'Rasa Sayang'.

11.46am Pasar Seni - Peserta yang berarak dari Brickfields telah sampai ke Pasar Seni dan menerima sambutan gemuruh dari peserta di situ.

"Reformasi, reformasi Hidup BERSIH!" jerit mereka.

Berikutan itu, jumlah peserta itu di situ mencecah beberapa ribu orang.

1.43am JLN TAR Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ketuai peserta berarak ke Jln Tun Perak sambil bersorak "Tolak SPR"

11.40am Pasar Seni - Dari stesen LRT ke arah HSBC Bank Malaysia Berhad, kebanyakan kedai ditutup dan jalan-jalan kosong, nampak seperti zon perang atau kawasan dilanda bencana. Ratusan penyokong BERSIH dalam kumpulan yang bertaburan. Sesetengah restoran yang dibuka dipenuhi pelanggan berkemeja-T kuning.

Pak Samad tiba di LRT Pasar Seni dan bergambar di jambatan yang menghubungkan stesen Dayabumi dengan berlatar belakang anggota polis yang berkawal di situ. Stesen tersebut beroperasi tetapi mesin tiket tidak berfungsi.

11.38am Dataran Merdeka - Orang ramai di Persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Parlimen, berjumlah ribuan orang, sekarang berarak di sepanjang Jalan Kinabalu menuju ke arah Masjid Negara.

11.35am Brickfields - Peserta berpegang membentuk rantaian manusia untuk memecahkan benteng polis, dan berjaya mara tanpa banyak tentangan dari polis.

11.30am Brickfields - Kira-kira 1,000 orang cuba untuk berarak tetapi dihalang oleh kira-kira 60 anggota polis di Jalan Tun Sambathan.

Kumpulan itu kini duduk di hadapan polis dan menyanyikan lagu Negaraku.

11.25am Jalan Tun Perak - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 sampai ke Menara Maybank, yang terletak tidak jauh dari Dataran Merdeka.

Oleh kerana jalan ke Dataran Merdeka telah ditutup, maka mereka menuju ke arah Pudu Sentral, tumpuan utama perhimpunan BERSIH tahun lepas.

11.19am Masjid Negara - Sembilan trak polis baru melepas Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka. Mereka mendapat tepukan gemuruh orang ramai.

11.15am Masjid India - Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL.

11.15am Masjid Negara - Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut.

11:13am Jalan P Ramlee - Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan.

Mereka melaungkan "Bersih" dan beberapa peserta membantu memudahkan aliran trafik.

Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
11.10am Pasar Seni - Kira-kira 20 anggota Unit Amal telah ditugaskan untuk melindungi Datuk S Ambiga. Turut bersamanya ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH, Subramaniam Pillay dan Andrew Khoo.

Bercakap kepada media, Khoo berkata BERSIH akan menghormati perintah mahkamah yang menghalang mereka ke Dataran Merdeka tetapi berkata polis telah bertindak di luar perintah mahkamah yang diperolehi.

Beliau mendakwa, pihak polis telah memperluaskan sekatan meliputi kawasan yang tidak termasuk dalam perintah mahkamah tersebut.

"Saya tidak pernah lihat kawat duri digunakan di Kuala Lumpur. Saya hanya melihatnya di negara-negara seperti Pakistan ... Tapi itu zon perang," katanya sambil menambah beliau amat terkejut dengan tindakan polis menghalang hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu: Saya dan Isham Rais ke sana untuk mententeramkan peserta BERSIH agar tidak masuk ke kawasan Dataran Merdeka. Kami larang peserta pijak rumput hijau

11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu bidas menteri dalam negeri bahawa dia serbu Dataran pagi tadi.

10.55am Masjid Negara - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai.

10.54am KLCC - Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek.

Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang.

10.53am Masjid India - Para anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran Merdeka.

10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.

KLCC - 5,000
Jalan Sultan - 4,000
Masjid Jamek - 2,000
Masjid Negara - 1,000
Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000

10:44am JLN TUN PERAK Warga emas Cik Ani berkerusi roda turut berhimpun.

"Kalau FRU kejar, saya takkan lari... Angkat saya masuk lokap," kata Cik Ani, 56, di Jln Tun Perak.

10.40am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.

Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.

10:40am: Masjid Negara - Datuk S Ambiga dilihat berjalan ke arah stesen lama keretapi lama sekarang.

10.34am Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini.

10.31am Tweet dari PDRM - 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.

Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.

10.20am: Masjid Negara - Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.

10.19am Brickfields - Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer - Angry Birds.

10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.

10.15am Bangsar - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.

10.05am Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.

Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral.

"Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api." kata Kelly Tui.

10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.

9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.

9.40am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan.

Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.

9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.

9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.

Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.

9.36am Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo.

9.35am: Masjid Negara - Jalan menuju ke Jalan Sultan Hishamuddin dari Jalan Travers ditutup.

Terdapat kira-kira 500 peserta berhimpun di sini bersama dengan Unit Amal PAS yang berpakaian merah hati. Lebih ramai datang dari arah stesen KTM untuk menyertai mereka.

Kira-kira 50 anggota polis dan sebuah trak polis dilihat berada di situ.

9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta

9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.

9.32am: kemaskini pengangkutan awam - Tweets dari RapidKL, perkhidmatan seperti biasa, semua jalan menuju ke bandaraya KL ditutup.

"Bas akan menurunkan penumpang di stesen LRT berdekatan dengan bandaraya KL. Tiada bas masuk ke dalam bandaraya KL."

9:30am Jalan Sultan - Di pasar mini KK, Dr Wong Fort Ping, 57, mula menyanyikan lagu Negaraku, dan kemudiannya diikuti ratusan peserta.

Wong kemudian memberitahu orang ramai bahawa beliau turut menyertai perhimpunan BERSIH pertama dan kedua dan memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy.

9.36am: Jalan Tun Perak - Seorang lelaki, yang bersama Saw, menyanyi di hadapan orang ramai, dan mendapat tepukan gemuruh.

Terdapat kira-kira 500 peserta di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak Jalan Raja-Jalan Parlimen.

Seorang lelaki kurang upaya kelihatan memberikan ucapan kepada sekumpulan lagi peserta yang duduk berhampiran di persimpangan tersebut.

9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.

Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'.

Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.

Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.

9.21am Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.

Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.

9.20am Masjid Jamek LRT - Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan.

Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van.

9.15am MASJID NEGARA 500 orang berkumpul di perkarangan masjid.

9.18am Pasar Seni - Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar.

Orang ramai yang berada di depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis mengadakan persembahan muzikal.

920am MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT

9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.

Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.

Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.

Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas".

Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.

9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.

9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.

Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.

9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.

859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal.

8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk
851am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.

8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal.

840am JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.

8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.

8.30am JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.

8.24am JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

MERAP DAN SPR: SIAPA YANG BETUL (BENAR)

Posted: 26 Apr 2012 03:11 PM PDT

 MERAP ialah akronim untuk Malaysian Electoral Roll Analysis Project atau Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia. En Ong Kian Ming merupakan Pengarah Projek MERAP.



Lebih 2.27 juta daftar sebagai pengundi baru


2012/04/26
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara semalam diberitahu seramai 2,270,002 pengundi baru didaftarkan dari 2008 hingga 2011 dengan kaum Melayu adalah pemilih baru paling ramai.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata daripada jumlah itu, 155,420 pemilih didaftarkan pada 2008, 279,270 pemilih (2009), 826,462 pemilih (2010) dan 1,008,850 pemilih (2011).


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Ng Fook Heng yang meminta Perdana Menteri menyatakan pecahan pengundi baru berdaftar mengikut kaum sejak 2008.
Mengenai pecahan jumlah pendaftaran pemilih mengikut kaum, Vui Keong berkata, Melayu adalah kaum tertinggi mendaftar pada 2008 iaitu seramai 82,309 pemilih (53 peratus) diikuti kaum Cina (29.4 peratus) manakala India (8.1 peratus).


"Pada 2009, seramai 187,828 pemilih (67.3 peratus) ialah Melayu, diikuti Cina (19.8 peratus) dan Bumiputera Sarawak (4.8 peratus) manakala pada 2010, seramai 466,137 pemilih (56.4 peratus) adalah orang Melayu diikuti Cina (27.0 peratus) dan India (6.6 peratus)," katanya.

Bagi 2011, seramai 611,498 pemilih (60.6 peratus) ialah Melayu, diikuti Cina (22.0 peratus) dan India (6.7 peratus).

Vui Keong berkata, perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan Selangor mencatatkan pendaftaran jumlah pengundi baru tertinggi iaitu seramai 165,222 orang, diikuti Johor (124,240 orang), Perak (96,710 orang), Sabah (86,927 orang) dan Kedah (84,704 orang).


Ini diikuti dengan Kelantan seramai 69,344 orang, Pulau Pinang (64,029 orang), Sarawak (63,305 orang), Kuala Lumpur (61,040 orang), Pahang (59,639 orang), Terengganu (45,190 orang), Negeri Sembilan (42,009 orang), Melaka (31,827 orang), Perlis (9,881 orang), Labuan (2,863 orang) dan Putrajaya (1,920 orang).

BERNAMA

=============================================================================
 Watchdog: Electoral roll smirched with inconsistencies    

 
by Asrul Hadi Abdullah Sani/Malay Mail

KUALA LUMPUR: The actual number of dubious voters was 78 times more than the 42,000 figure given by the Election Commission (EC) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, says the Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap). SPR explanation HERE.
Project director, Ong Kian Ming, said Merap had found 3.3 million cases of unverifiable votes of which 3.1 million voters have conflicting addresses for their IC and registered constituencies.

He was responding to Abdul Aziz's interview with a local Chinese daily where he reportedly said that Malaysia has the cleanest electoral roll in the world and that the EC had already cleared the disputed 42,000 names in the electoral register.

"Obviously, the EC chairman has not bothered to look in the preliminary findings of Merap which found that the ten initial problems indentified in the electoral roll involved approximately 100,000 voters and this number could easily rise to 400,000 upon further analysis.

"Today, I want to announce that upon further investigation and analysis, another 3.3 million cases of doubtful voters which needs further investigation have been uncovered," he said during a press conference today at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall.

He said the 3.3 million cases include 65,455 "foreigners" who are registered in the roll with 106,743 cases of deletion and 6,762 cases of additions without public display from fourth quarter of 2010 to third quarter of 2011.

"The presence of the 3.1 million voters whose IC addresses do not correspond to their voting constituencies is particularly troubling because this information was given to EC by the National Registration Department (JPN) in 2002.

"Before the implementation of the new registration system where all voters had to register according to the constituency indicated by their IC address," he said.

Ong claimed that the EC had failed pursue on the findings made by JPN and has yet to clean up the electoral roll of non-resident voters, contravening with Article 119 1(b) of the Federal Constitution which stipulates that a voter must be a resident in the constituency that he is voting.

He further noted that the EC also keeps detailed records of the individual voter's race and that there are more than 65,000 foreigners registered in the electoral roll, including Bruneians, Filipinos, Indonesians and Pakistanis.

"Of the 65,000 foreign voters, almost 90 per cent (59,000) have IC numbers which indicate they were born in Malaysia. Also troubling is the fact that 49,000 (75 per cent) of the foreign voters can be found in the state of Sabah," he said.

He added detailed analysis of electoral rolls from 2008, 2010 and 2011 have found that there were 106, 000 voters removed without and about 7,000 voters added without public display.

He said important details and information were missing from the roll including reasons as to why voters were being removed from the electoral register like death, losing citizenship status or joining the army or police.

"The failure of the EC to take any actions on these problematic cases, which total 3.4 million thus far, is an indication that they are not serious about tacking the deep rooted problems of the electoral roll.

"Whether these were problems which were created in the past or those problems which were are still arising because of abuses of the system in the present time," he said.

ANAK KECIL MAIN API DITUJUKAN KHAS UNTUK WARGA FELDA

Posted: 25 Apr 2012 09:58 AM PDT

Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang ( TANAH FELDA TERGADAI APABILA SAHAM TERJUAL KE PIHAK ASING )


Nenek moyang kaya-raya ( PENEROKA FELDA GENERASI SEBELUM MASUK BURSA MALAYSIA)

Tergadai seluruh harta benda ( SAHAM FELDA TERPAKSA DI JUAL DEK HARGA SAHAM TERLALU TINGGI ATAU RENDAH. sila lihat nota di bawah)

Akibat sengketa di antara kita ( PEMIMPIN UMNO DURJANA MENIPU PENEROKA)

Cinta lenyap di arus zaman ( ZAMAN MATERIALISME, SEKULARISME  DAN HEDONISME)

Indahnya bumi kita( BUMI FELDA SELURUH NEGARA)

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain ( SYARIKAT YAHUDI SEPERTI BUNGE LTD DAN LAIN-LAIN DALAM FGVH

Kita kan merintih sendiri (SIAPA YANG AKAN DIPERSALAHKAN, ISA SAMAD, NAJIB, AHMAD MISLAN???)


 ===========================================================================
 Tanah seluas 380,180 hektar yang akan dipindah milik kepada FGVH daripada Felda Plantation.

  Menurut Seksyen 37 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, tanah yang tidak mempunyai peneroka hanya boleh dimiliki oleh individu dan koperasi.

Posted: 24 Apr 2012 10:08 PM PDT

 Ayat Cinta Isa Samad berkaitan penyenaraian FELDA di Bursa Kuala Lumpur.:
"Kalau tunggu ambil masa lama sedangkan kita masa terhad,"
"Itu boleh bincang, kita Felda ini saudara mara semuanya,"

Buah fikiran  Mohd Azmi Abdul Hamid di SINI


FGVH akan disenarai tanpa KPF


Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berkata Koperasi Permodalan Felda (KPF) tidak akan menyertai penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) sebagai pemegang saham.

Sebaliknya, bahagian peneroka itu akan dipegang oleh satu badan amanah yang akan diumumkan kelak, kata Isa dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, golongan peneroka akan mendapat lebih keuntungan melalui langkah tersebut.

Katanya, langkah alternatif itu diambil memandangkan Felda kesuntukan masa untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia.

Katanya, badan yang akan diumumkan Suruhanjaya Sekuriti dalam draf prospektus berkenaan, dijangka akhir minggu ini, mungkin berupa tabung amanah atau badan yang memegang saham berkenaan bagi pihak KPF.

Katanya lagi, tindakan itu juga dibuat kerana KPF mengemukakan tawaran balas, melibatkan soal struktur dan terma yang dipohon.

"Buat masa ini KPF tidak dapat sertai penyenaraian yang dibuat.

Tambahnya, langkah penyenaraian itu sebelum ini tergendala berikutan injuksi ex parte yang dikemukakan lapan orang pemegang saham KPF.

Jelasnya, FGVH perlu mengemukakan akaun baru kepada Suruhanjaya Sekuriti sekiranya melepasi sasaran penyenaraian pada akhir Jun.

"Kalau tunggu ambil masa lama sedangkan kita masa terhad," katanya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa peneroka berkenaan akan mendapat keuntungan lebih daripada penyenaraian tersebut.

Jelasnya, selain mendapat dividen melalui KPF, peneroka berjumlah lebih 112,000 orang itu akan memperoleh dividen daripada keuntungan FGVH.

Peneroka itu juga mempunyai pilihan untuk membeli saham berkenaan, kata Isa lagi.

"Itu boleh bincang, kita Felda ini saudara mara semuanya," katanya.

Isa juga yakin tindakan kerajaan Kelantan menghantar notis bantahan kepada Suruhanjaya Sekuriti tidak akan menjejaskan penyenaraian tersebut.

Katanya, kerajaan Kelantan hanya memiliki tanah dalam jumlah yang kecil, berbanding negeri lain.

 Salhan K Ahmad/ Malaysiakini

LAGI MEKANISME UNTUK JANA DANA PILIHANRAYA BUAT UMNO

Posted: 23 Apr 2012 11:50 AM PDT

Yang pasti antara syarikat yang akan dilupuskan untuk beri laluan kepada kroni sekaligus mampu membantu kempen UMNO ialah Malaysian International Shipping Corporation (MISC) dan Kontena Nasional.


10 syarikat PNB dan Khazanah akan dilupuskan

9:19PM Apr 23, 2012


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sepuluh syarikat, masing-masing lima syarikat di bawah Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), dan selebihnya di bawah Khazanah, akan dilupuskan.

Perdana Menteri yang juga menteri kewangan berkata pelupusan itu bertujuan membolehkan kesemua syarikat itu diserah milik kepada syarikat Bumiputera lain melalui tender terbuka

Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang dipengerusikannya, yang berlangsung selama kira-kira dua jam di Putrajaya hari ini.

"Keputusan itu membolehkan PNB dan Khazanah melupuskan perniagaan yang bukan teras, selain untuk memberi peluang kepada syarikat Bumiputera yang berpotensi dan mempunyai kemampuan terbukti, untuk mengambil alih syarikat tersebut dan memajukannya lagi," kata Najib dalam sidang media selepas mesyuarat itu.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Najib berkata pengumuman nama-nama syarikat tersebut akan dibuat tidak berapa lama lagi memandangkan ia perlu melalui proses mendapatkan keputusan daripada lembaga pengarah.

Dalam mesyuarat tersebut, perdana menteri berkata keputusan turut dicapai untuk menambah sejumlah 50 lagi syarikat teras Bumiputera yang menjadikan keseluruhan 130 syarikat Bumiputera berprestasi tinggi.

"Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa beberapa buah syarikat yang telah tersenarai berjaya menjadikan syarikat itu sebagai sebuah syarikat utama dalam bidang masing-masing," katanya.

Najib berkata sebagai contoh, syarikat AZRB yang memperoleh kontrak besar daripada program MRT, selanjutnya menawarkan kontrak pembekalan bernilai RM500 juta dalam jangka masa dua tahun kepada syarikat-syarikat Bumiputera.

Selain itu katanya, MITC Ancasa Hotel (M) Sdn Bhd bekerjsama dengan Teraju dalam sektor industri pelancongan, dan MITC akan melabur RM100 juta dalam jangka masa tiga tahun untuk merealisasikan pelan perkembangannya selain membantu syarikat Bumiputera yang lain.

- Bernama

FELDA DISENARAI DI BURSA MALAYSIA UNTUNGKAN UMNO TAPI KORBANKAN PENEROKA

Posted: 22 Apr 2012 06:48 AM PDT

Penjualan Pantai Group kepada Syarikat Temasek dari Singapura suatu masa dahulu dan pembelian balik berikutnya menguntungkan Khairi Jamaluddin, ketua Pemuda Umno. Pengajaran dari peristiwa tersebut ialah broker juga yang untung dalam apa jua transaksi. Juga syarikat atau organisasi yang mempunyai aset penting untuk rakyat dan negara jangan sesekali diperdagangkan di Bursa saham kerana pegangan saham di bursa mudah bertukar tangan sekaligus menjual harta/khazanah negara.

Tidak berapa lama dahulu, syarikat Telcos Maxis Bhd hendak dibawa keluar daripada Bursa Malaysia oleh pemegang saham utama jutawan Ananda Krishna. Kenapa? Sebab Maxis memiliki aset cair yang cukup banyak dan Ananda Krisna mahu menghadkan saham Maxis hanya untuk dia dan anak beranaknya..

Kenapa FELDA bersungguh-sungguh mahu disenaraikan? Siapa yang bakal mengaut keuntungan ? UMNO...Siapa yang bakal gigit jari? peneroka serta rakyat Malaysia.

Penyeneraian FELDA di Bursa bakal melonjakkan indeks dan ini modal kempen terbaik bagi menunjukkan ekonomi Malaysia di tahap yang TERBAIK. Pengundi kaum Tionghua akan mudah terpikat dengan strategi "kaunter untung mengatasi kaunter rugi dan indeks utama melonjak x mata".

Penyenaraian: Felda jerat leher sendiri

SHAH ALAM: Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan tindakan kerajaan mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Ventures Holding Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia sebagai cuba menjerat leher Felda sendiri.

"Dalam keadaan ekonomi sekarang banyak syarikat gergasi yang sedang cuba keluar dari penyenaraian untuk lebih bebas, namun Felda pula mengambil sikap sebaliknya.

"Ini perlu diperjelaskan kenapa," katanya yang merupakan bekas menteri penerangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvesyen Halatuju Felda anjuran gabungan NGO Selamatkan Felda di Dewan Serbaguna, Universiti Industri Selangor pagi tadi.

Selain itu beliau turut melemparkan persoalan, sekiranya benar kedudukan kewangan Felda kukuh, kenapa FGVH perlu disenaraikan dan sanggup berdepan risiko begitu besar.

"Syarikat bertindak melakukan penyenaraian adalah untuk mendapatkan duit tunai bagi mengembangkan perniagaan tetapi Felda sudah mempunyai jumlah aliran tunai yang banyak serta aset yang besar kenapa perlu disenaraikan.

"Kalau ingin mengembangkan perniagaan, Felda boleh menggunakan wang tunai yang dimiliki oleh mereka (Felda) dan tidak perlu berada dalam Bursa Saham bagi tujuan mendapatkan modal," katanya.

Konvesyen Halatuju Felda hari ini dihadiri hampir 1,000 peneroka dari seluruh negara.

Selain Kadir, turut akan membentangkan kertas kerja adalah Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan bekas Adun Pulau Manis Datuk Ariff Sabri Abd Aziz.

Sumber:Harakahdaily

SPR: lawatan EXCO/MB Selangor ke SPR PUTRAJAYA

Posted: 19 Apr 2012 07:01 AM PDT

 19.4.12
KHAMIS
PUTRAJAYA

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sekali lagi mencipta satu sejarah atas dasar mahu membela rakyat secara tuntas. Seluruh EXCO kerajaan Selangor diketuai Dato' Menteri Besar disertai SPEAKER DEWAN membuat lawatan kerja ke SURUHANJAYA PILIHANRAYA di PUTRAJAYA untuk mendapat penjelasan terus daripada Pengerusi SPR serta pegawai-pegawainya termasuk Pengarah SPR Selangor.
EXCO Kerajaan Selangor telah berkali-kali menjemput mereka memberi taklimat di SUK namun setelah alasan-alasan demi alasan.Akhirnya kerajaan negeri menawar untuk berkunjung terus ke Putrajaya.
  Pelbagai persoalan asas yang penting telah diajukan bertubi-tubi kepada Pengerusi oleh EXCO-EXCO. Di antara yang ditimbulkan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali ialah kenapa berlaku ada pengundi di Selat Klang yang memang dikenali sebagai pengundi PAS dan ahli PAS dan mengundi di DUN Selat Klang pada 2008 hilang namanya di DUN SELAT KLANG dan dijumpai namanya di MELAKA sedangkan beliau tidak pernah memohon untuk bertukar tempat mengundi bahkan masih kekal duduk di Selat Klang. Ada lagi kes-kes lain yang serupa. Pengerusi SPR bersetuju menyiasat bagaimana nama pengundi-pengundi tersebut boleh berpindah.
   Kedua yang ditimbulkan oleh ADUN Selat Klang ini ialah apakah jaminan daripada SPR yang daftar pengundi yang digunakan oleh SPR MESTI SAMA dengan daftar pengundi yang diberi kepada calon pilihanraya semasa penamaan calon. Bukan seperti tahun 2004 di mana calon SELAT KLANG dan diakui oleh ramai EXCO yang juga menjadi calon 2004, lain daftar pemilih yang diberi kepada calon, lain pula yang dipakai oleh SPR semasa hari mengundi!!

BERSIH 3.0!

MCA tidak faham: kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR bukan BN.

Posted: 19 Apr 2012 05:38 AM PDT

Tiada duit S'gor untuk kempen Pakatan
Kerajaan Selangor menafikan rancangannya mengadakan pilihan raya negeri tidak serentak dengan Pusat bertujuan untuk menggunakan sumber negeri bagi membantu kempen Pakatan Rakyat di negeri lain.

NONE"Exco nak dapat satu sen pun susah, ni nak bagi dekat negeri-negeri lain," kata exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali sambil diiringi gelak ketawa rombongan Selangor bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini.

Sebelum itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim cuma tersenyum ketika diajukan soalan sama ketika ditemui pemberita selepas sesi membincangkan isu pembersihan daftar pemilih.

"Saya tak nak jawab perkara itu," jawapnya ringkas.

Majlis Pimpinan Pakaran semalam mencadangkan Selangor supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk pilihan raya umum ke-13 sehingga daftar pemilih negeri itu tidak dibersihkan.

NONETimbalan Bendahari MCA Selangor Lee Ban Seng pula hari ini mendakwa Pakatan cuba menggunakan sumber Selangor untuk membiayai program parti di negeri lain.

Beliau mendakwa kerajaan Selangor pimpinan PKR seolah-olah menjadi "mesin ATM" kepada Pakatan.

Sementara itu, seorang lagi exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail pula hanya menambah ringkas dengan berkata: "MCA memang macam itu."

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan negeri membincangkan soal pilihan raya berasingan dengan Pusat, Khalid berkata perkara tersebut tidak dibincangkan.

NONE"Kami tidak membincangkan perkara tersebut... Ia bukan keputusan SPR (untuk putuskan buat berasingan)," kata Khalid.

Pertemuan rombongan kerajaan negeri yang turut disertai Speaker Datuk Teng Chang Khim berlangsung selama lebih dua jam berakhir 5.30 petang tadi.

ADUN Selat Klang raikan peserta pertandingan memancing GP Selangor bersama MB

Posted: 15 Apr 2012 08:41 AM PDT

 15.4.12
Tanjong Harapan,
KLANG

YAB MB Selangor merasmikan penutupan program pertandingan memancing GP Selangor 2012 di Tanjong Klang yang telah menarik 1300 peserta.
Yang paling menarik, peserta ini disertai oleh ahli keluarga mereka yang memberi sokongan moral kepada mereka.
  Memancing kali ini adalah ikan laut berlainan daripada pertandingan di tempat lain di mana ikan di lepaskan dalam tasik dsb. Ini ikan bebas dan memang 'ori'.

Hadiah -paling menarik disediakan disamping hadiah cabutan bertuah.
Ramai anak muda yang ikut serta dalam pertandingan ini.

 Pertandingan motorsikal dan kereta yang dihiasi juga sebagai 'added value' program. Program yang cuba menawar program alternatif  yang positif dan membina kemesraan keluarga. Ini juga adalah antara memulihkan imej Tanjong Klang yang selama ini dikaitkan dengan perkara negatif yang kurang bermoral.

Kehadiran YAB MB melonjakkan lagi keceriaan para peserta yang setia menunggu. Program di bawah EXCO Pertanian Dr Yakop Sapari turut dihadiri oleh EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor merangkap ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali. 


BN guna duit rakyat buat kartun berpolitik di sekolah??!

Posted: 13 Apr 2012 07:11 AM PDT

In schools, politics rears a sinister 'comic' appearance

April 13, 2012
A comic depicts a character resembling Datuk Seri Najib Razak.
KUALA LUMPUR, April 13 — Copies of a political comic book extolling the ruling Barisan Nasional (BN) government have been circulating among teachers in recent weeks ahead of the 13th general elections, purportedly distributed by state education departments. The 50-page booklet in full colour featuring caricatures of figures resembling leading national political figures appear to paint those from the ruling coalition in the best positive light.
A comic depicts a character resembling an opposition leader with his arms around two men.
In contrast, opposition political figures are painted in a downright negative and sometimes sinister manner, such as on page 31 of the booklet, which show a goateed man in glasses dressed in a singlet cuddling two half-naked men that appear to be linked to Najib's rival, Datuk Seri Anwar Ibrahim. The PKR advisor who was accused of sodomising former male aide Mohd Saiful Bukari Azlan was, however, acquitted by the High Court earlier this year after a marathion three-year trial.
"The Education Ministry can call for meetings with us anytime. This time, we were briefed about the government's achievements in the past few years," a senior teacher from a national school told The Malaysian Insider.
The teacher, who spoke on condition of anonymity, had attended a recent briefing titled "Wacana Transformasi Minda" held by a state education department for school heads and their senior assistants.
"We were told that its a good government but there was no directive to vote for anyone.
"But each of us got this book, which speaks for itself," added the senior teacher.
The BN's mandate to rule expires in the first quarter of next year and speculation has been rife that national polls will be called early as in previous years, sometime in the next few months.
And teachers who form a large population of the civil workforce, are among the most significant target for support for BN.
A comic depicts a character resembling Najib in superhero guise.
Not all schools have received the comic book though. Some senior teachers contacted by The Malaysian Insider  claimed ignorance of the matter. The education ministry has yet to respond to The Malaysian Insider's requests to clarify the allegation.
The comic book is purportedly published by Mj Publication Sdn Bhd, with its address listed at No 12/9, Jalan Jati 2, Persiaran Barat, 68000 Ampang, Selangor.
However, a search in the Yellow Pages business directory failed to turn up the alleged publisher's contact details. Further checks on Google Maps also seem to show that the address does not exist, casting doubt on the validity of the publisher.
The book also does not carry the printer's permit licence, which is a requirement of the Home Ministry.
The Malaysian Insider managed to obtain a copy of the comic book, which depict a caricature of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak against the national flag and a quartet that appear to represent Malaysia's diverse ethnic groups with the words, "I wouldn't break your trust" on the front cover.
Within the pages are a variety of graphic illustrations that praise the BN's leadership and policies, such as how the Najib administration has helped provide incentives to youths for more jobs under the 1 Malaysia policy.
An illustration on page 38 of the booklet also portrays Najib decked out in superhero kit and flying above a crowd with speech bubbles proclaiming "Hi! Superman".
A comic depicts a superhero character resembling Najib (left) apprehending another that resembles Anwar (centre) while a crowd cheers him on.

So who is telling the truth?Muhyiddin?

Posted: 12 Apr 2012 08:29 AM PDT

Muhyiddin accuses Dong Zong of 'big lies'

April 12, 2012
Muhyiddin maintains that his ministry does not discriminate against schools based on their language medium. — File pic
SHAH ALAM, April 12 — Tan Sri Muhyiddin Yassin accused Chinese educationists today of telling "big lies" for claiming the government had sidelined Chinese vernacular schools for decades. The deputy prime minister told over 500 vernacular school teachers from Selangor that the government has spent equally on all national schools, regardless of whether the medium of instruction was Malay, Mandarin or Tamil.
"Dong Zong held a big rally where they threw things at my deputy minister. So uncivilised," he said referring to claims Datuk Wee Ka Siong was assaulted at the March 25 event.
"They said we have ignored their problems for decades. This is a big lie," he said to the crowd made up of mostly Chinese teachers.
Muhyiddin, who is also education minister, said that all national schools had problems, and not just Chinese schools, before citing a shortage of teachers who were proficient in English.
He also said the government spent an average of RM2.24 million per Chinese school, RM1.99 million per Tamil school and RM2.26 million on national schools teaching in Malay.
"The difference is very small. We have never sidelined schools just because they teach in Mandarin or Tamil," he said during his hour-long speech on the emotive issue for the Chinese community.
During its March 25 rally, the United Chinese School Committees Association (Dong Zong) accused the government of compromising Chinese education by "deliberately" not training enough Chinese school teachers, resulting in a shortage that has lasted for up to 40 years.
Dong Zong president Yap Sin Tian told a crowd of over 5,000, who had chanted for Wee to resign, this was so the government could send in those without SPM Mandarin qualifications to fill the gap.
Wee, who was chased out and claimed he was assaulted after the rally, responded by saying he was willing to quit as deputy education minister if this could resolve the teacher shortage in Chinese primary schools.
He has also insisted the teacher shortage in Chinese primary schools has declined since he became deputy education minister in 2009.
The MCA Youth chief told Parliament early this month that when he joined the Education Ministry in 2009, there was a shortage of 4,991 teachers in Chinese schools that has been reduced each year to 1,870 this year.

Tsunami ke 2 di Aceh??!! Ingat kembali kepada Allah!

Posted: 11 Apr 2012 07:00 AM PDT

Az-Zalzalah (The Earthquake)                                  (islamicity.com) 
Topics discussed in this Verse:
[Day of judgment] [Earth:on the Day ofjudgment]
  • 99:1 (Malay) Apabila bumi diguncangkan dengan guncangannya (yang dahsyat),   


  • Topics discussed in this Verse:
    [Day of judgment] [Earth:on the Day ofjudgment]
  • 99:2 (Malay) dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,   


  • Topics discussed in this Verse:
    [Day of judgment] [Earth:on the Day ofjudgment]
  • 99:3 (Malay) "dan manusia bertanya: ""Mengapa bumi (jadi begini)?"","   


  • Topics discussed in this Verse:
    [Day of judgment] [Earth:on the Day ofjudgment]
  • 99:4 (Malay) pada hari itu bumi menceritakan beritanya,   


  • Topics discussed in this Verse:
    [Day of judgment] [Earth:on the Day ofjudgment]
  • 99:5 (Malay) karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.   


  • Topics discussed in this Verse:
    [Day of judgment] [Day of judgment:Day of Sorting Out] [Record:of deeds]
  • 99:6 (Malay) Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.   


  • Topics discussed in this Verse:
    [Day of judgment] [Record:of deeds]
  • 99:7 (Malay) Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.   


  • Topics discussed in this Verse:
    [Day of judgment] [Record:of deeds]
  • 99:8 (Malay) Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.   

  • Kerajaan Selangor akan tumbang walaupun bermati-matian kekal beri air percuma kepada rakyatnya?!

    Posted: 10 Apr 2012 04:06 AM PDT

    S'gor bakal tumbang seperti T'ganu
    ULASAN Mantan menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo akui bahawa partinya, Umno tidak mempunyai calon yang layak menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
    Secara tidak langsung, Khir Toyo mengesahkan bahawa Khalid dan Pakatan Rakyat melakukan perkara baik di Selangor.
    NONENama seperti Datuk Seri Zin Mohamed dan Datuk Satim Diman langsung tidak mempunyai ketokohan di mata Khir Toyo.
    Kata doktor gigi itu lagi, tidak mustahil Umno Selangor akan membawa pulang 'orang Pusat' ke negeri.
    Ini bermakna, tidak mustahil Datuk Seri Noh Omar bakal diletakkan sebagai calon menteri besar bagi Umno.
    Sebagai pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak sudah pasti mahu merampas Selangor dengan apa cara sekalipun.
    Kegagalan merampas Selangor akan menyebabkan kedudukan Najib sebagai presiden Umno dan perdana menteri tidak selamat.
    Pakatan tukar calon MB?
    Cakap-cakap mengenai Khalid akan digugurkan sebagai calon menteri besar bagi PKR mula kedengaran. Terdapat banyak versi cerita yang tersebar.
    Antaranya Khalid dikatakan akan hanya diletakkan di Pusat sekiranya Pakatan mampu meraazlanmpas Putrajaya.
    Pengalaman Khalid sebagai mantan ketua pegawai eksekutif Guthrie dan sebagai menteri besar mungkin akan banyak memberikan manfaat kepada Pakatan di Putrajaya.
    Khalid dikatakan layak untuk menjadi menteri kewangan berdasarkan kecekapan beliau menguruskan ekonomi Selangor.
    Cerita kedua berhubung masalah antara Khalid dan PKR Selangor apabila Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tidak sebulu dengan menteri besar. Ini menyebabkan kerjasama antara kerajaan negeri dengan parti tidak begitu mantap.
    Khalid dikatakan menguruskan negeri Selangor seperti sebuah syarikat yang hanya mengambil kira untung dan rugi. Sedangkan politik itu melangkaui sifir untung dan rugi.
    Krisis ini lebih kepada permasalahan dalaman PKR. PAS dan DAP secara amnya tidak mempunyai masalah bekerja dengan Khalid.
    Jika Pakatan mahu terus memerintah Selangor, krisis Khalid -PKR harus diselesaikan dengan segera. Ini kerana ADUN Ijok itu popular di kalangan rakyat Selangor.
    NONEPertukaran calon menteri besar di saat genting sebegini hanya akan merugikan Pakatan. Khir Toyo sendiri melihat Khalid sebagai calon terbaik Pakatan untuk terus menjadi menteri besar Selangor.
    Khalid juga harus menyusun 'sahabat-sahabat' politik beliau agar kedudukan dapat diperkukuhkan. Di dalam politik, tidak mungkin beliau mampu bergerak bersendirian seperti menguruskan syarikat.
    Operasi Terengganu
    Peningkatan peratusan pengundi baru di kawasan parlimen Subang membimbangkan. Perbezaan dengan kawasan parlimen jiran iaitu Petaling Jaya Utara amat ketara.
    Nama menteri besar Selangor didakwa dipindahkan menjadi pengundi kawasan parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Jika namanya turut menjadi mangsa, apa lagi rakyat biasa?
    hadi and terengganu state developmentPada tahun 2004, peratusan pengundian di Terengganu meningkat dengan luar biasa. Kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memansuhkan cukai pintu dikalahkan oleh BN.
    Dari segi logiknya, mustahil bagi rakyat Terengganu mengundi untuk membayar kembali cukai pintu. Tetapi itulah yang berlaku.
    Selepas berjuang bermati-matian untuk mengembalikan royalti minyak di negeri tersebut, PAS 'dihukum' oleh rakyat. Operasi penambahan pengundi baru yang besar didakwa dijalankan untuk mengalahkan PAS dinamakan Operasi Terengganu.
    Dikatakan operator-operator kepada "Operasi Terengganu" telah lama beroperasi di Selangor.
    azlanJangan terkejut jika kerajaan yang memansuhkan bayaran bil air akan kalah kepada parti yang mahu mengembalikan bayaran bil air.
    Apakah yang akan dilakukan oleh Pakatan untuk berhadapan dengan "Operasi Terengganu"?
    Duduk dan hanya menyaksikan? Khayal dengan mimpi-mimpi indah untuk mengambilalih Putrajaya?
    Pilihan raya ke-13 akan menjadi ibu kepada segala pilihan raya. Pertarungan hebat antara BN dan Pakatan. BN akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan kekuasaan untuk mempertahankan berbilion ringgit.
    Sementara Pakatan pula menjadi popular dan dilihat mampu menggantikan BN. Sokongan kuat dari pengundi Cina yang mendominasi kawasan bandar akan menyaksikan negeri Johor juga berada dalam bahaya.
    Sejarah membuktikan tidak pernah berlaku perubahan rejim melalui pilihan raya di negara dunia ketiga. Jika berlaku di Malaysia, ia akan menjadi sejarah pertama dunia.

    Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Beliau memblog di http://www.aminiskandar.blogspot.com dan berkicau di http://www.twitter.com/aminiskandar.

    EXCO Pendidikan serahkan cek sumbangan RM20 ribu bagi pihak kerajaan Selangor

    Posted: 09 Apr 2012 07:21 AM PDT

     9.4.12
    SMK ACS KLANG

    EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor , YB Dr Hjh Halimah Ali telah mengunjungi sebuah sekolah lama di Klang iaitu SMK ACS yang telah memohon kepadanya sedikit bantuan untuk mewujudkan cukup kelas untuk menampungkan keperluan kelas tingkatan enam.

    Kerajaan negeri memandang serius keselesaan pelajar dan juga guru dalammempastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

    Justeru, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Selangor, YB Dr Halimah telah meluluskan sebanyak RM20000 bagi menampung keperluan kelas tambahan dan masalah yang lain.

    Cek sebenar telah diberi terus kepada Penolong Kanan Akademik bagi pihak pengetua



     Beliau telah meminta semua pihak memainkan peranan bagi melonjakkan pencapaian Selangor dalam pendidikan.

    Beliau juga mengambil peluang memberi kad HARI WANITA kepada guru-guru wanita sempena sambutan hari wanita sedunia.


    SHAHRIZAT sedih ada pihak tidak hargai kerjanya.....

    Posted: 08 Apr 2012 09:04 AM PDT

    Shahrizat: Lihat sendiri kekuatan Wanita Umno
    Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jali menggesa golongan yang giat membuat kritikan itu supaya turun dan memeriksa sendiri kekuatan pergerakan itu.

    Golongan tersebut akan mendapati betapa kuat dan kukuhnya Wanita Umno pada masa ini, katanya kepada wartawan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

    Shahrizat hadir di program membaca al-Quran itu di hari terakhirnya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    Kenyataannya itu timbul ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak, termasuk oleh bekas Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz sebelum ini.

    Shahrizat berkata, golongan tersebut tidak sepatutnya hanya "bercakap dari Kuala Lumpur" tetapi harus berkunjung ke wanita bahagian dan bercakap sendiri dengan pemimpin wanita

    BANJIR SELAT KLANG: ADUN SELAT KLANG pantau 1600 buah rumah terlibat

    Posted: 06 Apr 2012 09:23 AM PDT

     30.3.12
    DUN SELAT KLANG

    Hujan lebat yang bermula 3.30 pagi mengakibatkan paras air meningkat dengan pantas dan mengenggelami jalan, taman, sekolah dan lebih 1600 rumah di DUN Selat Klang. Di Kampung Delek sahaja sudah melebihi 1000 rumah. Yang teruk di Kpg Delek Kiri dan Kpg Delek Baru. Dikatakan orang kampung tidak pernah lagi banjir skala begini yang pernah disaksikan di kampung itu. 
       Jalan Yadi pula seperti laut. Jalan depan kedua buah sekolah kebangsaan Sg Udang dan Telok Gadong ditutup kepada kenderaan kerana telah ditenggelami air melebihi 2 kaki. Kedua-dua buah sekolah ditutup pada hari tersebut. Setiap inci sekolah digenangi air!

    Kampung Sg Udang juga turut terlibat dengan banjir walaupun tidak keseluruhannya. Begitu juga dengan Kampung Telok Gadong.
     Bilik gerakan ketiga-tiga kampung dibuka untuk menerima aduan daripada orang ramai dan mendapat pengesahan bagi tujuan memohon cuti daripada majikan masing-masing.
    Malangnya ramai juga ahli PAS dan penyokong pakatan rakyat juga mendapat ujian yang melibatkan rumah mereka. Ketua kampung Kpg Delek dan Kpg Sg Udang juga diuji Allah bersama anak buah.
     Bilik gerakan dibuka seawal 7.45pagi di Kpg Delek. Pusat Khidmat ADUN Selat Klang juga dinaiki air yang menyebabkan komputer dan mesin fotostat tidak boleh digunakan. Maka bilik gerakan dioperasi secara maksima. ADUN Selat Klang memberi sedikit input kepada YAB MB dan Pegawai Daerah Klang membuka bilik gerakan pukul 9pagi dengan mesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan. Sejurus habis mesyuarat mereka terus ke bilik gerakan JKKK Kpg Delek bertemu dengan ADUN dan Ketua Kpg yang ketika itu melayani penduduk yang sesak membuat laporan.

    ADUN menaiki 4 wheel dengan Pegawai Daerah untuk memantau semua kawasan. Turut serta dalam rombongan Pemangku YDP MPK, Pegawai JPS Klang, Polis, JPA untuk meneliti keadaan sebenar dan mengenalpasti kawasan yang paling teruk.

    Semua bilik gerakan dikunjungi untuk mendapat berita yang tepat dan menganalisa keperluan semasa seperti perpindahan, bekalan makanan dan minuman serta risiko kemalangan serta masalah keselamatan dan isu pesakit yang memerlukan rawatan dan ambulans.

    Alhamdulillah tidak ada kemalangan jiwa. Hanya dua kes pesakit kronik yang perlu dipindahkan. Tindakan pantas daripada JKKK, MPK dan warga pejabat ADUN, perlu dipuji. Adab dan susila orang kampung ketika dihadapi musibah juga amat membantu proses menangani masalah yang berskala besar yang bertumpu di bilik gerakan JKKK.
     Awal-awal lagi ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali telah meminta kepada D.O. supaya mempastikan kebajikan dititikberatkan. JKM menyediakan hanya sedikit makanan. Pejabat ADUN perlu menampung yang baki.
    Memfotostatkan borang dan Kad Pengenalan menjadi satu aktiviti utama dalam bilik gerakan tersebut. Alhamdulillah, zaman teknologi tinggi amat membantu.
    Bilik gerakan yang disponsor penghawa dingin juga membantu menyediakan suasana yang lebih selesa kepada petugas yang bekerja seperti lipas kudung.

    YAB MB mendapat laporan keseriusan keadaan banjir di DUN Selat Klang dan memutus untuk menunai solat jumaat di masjid Sg Udang dan terus ke bilik gerakan JKKK Kpg Delek setelah selesai.Taklimat DO dan jabatan dan agensi terlibat bersama MB, EXCO, ADUN dan ahli Parlimen Klang diadakan dan diikuti dengan kenyataan akhbar.
    Pemprosesan data kemudian proses pengesahan aduan yang melibatkan JKKK perlu ke rumah dan melihat sendiri keadaan rumah memang memerlukan kesabaran dan ketekunan. Alhamdulillah,beberapa pelajar UNISEL Bestari Jaya datang membantu membanci .

    Sorting borang mengikut lot rumah untuk memudahkan pencarian di lapangan dibantu oleh wakil zon pejabat ADUN Selat Klang dan memerlukan ruang yang luas termasuk atas lantai!!
    Setelah kerja di lapangan dan mendapat maklum balas, mesyuarat penyelarasan di ketuai oleh ADUN dan di laksanakan oleh JKKK. ADUN turun padang melihat kunci air dan anak sungai, parit dan longkang serta memberi komen terus kepada MPK, JPS untuk diberi tumpuan dan diambil tindakan segera.

    Kerajaan negeri bersetuju untuk memberi sumbangan RM300 sebuah rumah, LZS RM300.
    Kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM5juta untuk kerja jangka pendek yang bersifat segera bagi kerja pembersihan parit longkang dan mempastikan pengaliran air lancar di saliran hingga ke sungai.
    Kunci air Kpg Delek menjadi destinasi terakhir ADUN Selat Klang untuk melihat dengan mata kepala sendiri kunci air  yang dikatakan kritikal kerana ia menyambung Sungai Telok Gadong ke muara Sg Klang.









    Tiada ulasan:

    Nuffnang