Mohamad Taufek Abd Ghani |
Sekolah terima notis , PRU-13 Jun 2011? Posted: 11 Apr 2011 12:06 AM PDT Sekolah terima notis awalkan peperiksaan, petanda PRU-13? Oleh Yow Hong Chieh - The Malaysia Insider KUALA LUMPUR, 11 April — Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak. Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang. Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya. Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji. Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan. "Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat," kata pengetua yang enggan namanya didedahkan. Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak. Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan berkurangan. Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu. Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai "ukuran" untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya. Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekolah-terima-notis-awalkan-peperiksaan-petanda-pru-13/ |
Pusat Aduan Rakyat Online DUN Chembong, Tahniah orang Rembau Posted: 10 Apr 2011 05:16 PM PDT Tahniah diucapkan kepada PAS di DUN Chembong yang telah mengadakan Pusat Aduan Rakyat secara fizikal dan maya di http://parchembong.blogspot.com/ . Semoga warga di DUN Chembong dalam parlimen Rembau akan mendapat lebih perhatian oleh semua pihak yang berkaitan. Kalau nak cantik lagi Pilihanraya Umum yang akan datang , warga Chembong perlu memilih wakil rakyat dari Pakatan Rakyat ( PAS / PKR ). Barulah Umno di peringkat pusat akan lebih memberi perhatian kepada warga Chembong dengan adanya wakil rakyat di DUN Chembong seperti apa yang berlaku di DUN Paroi, Ampangan dan Sikamat. Mari kita bersama berusaha dan bergerak ke arah kemenangan Pakatan Rakyat untuk rakyat di DUN Chembong. |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan