Isnin, 11 April 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Kenyataan Akhbar YB Iskandar A. Samad : Pengetua sekolah mesti pantau kantin secara terperinci dan mesti mengambil tindakan ke atas semua aduan.

Posted: 11 Apr 2011 03:24 AM PDT

Para pengetua sekolah mestilah memantau kantin-kantin sekolah mereka secara terperinci untuk mengelakkan peristiwa keracunan makanan di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah dari berulang.

Mereka juga mestilah mengambil tindakan ke atas sebarang aduan oleh para pelajar atau ibu bapa. Tidak ada aduan yang seharusnya dipandang ringan.

Para pengetua mestilah mengutamakan kepentingan para pelajar dan bukan kepentingan pengusaha kantin.

ADUN-ADUN dan Penyelaras-Penyelaras DUN Pakatan Rakyat juga bersedia menerima aduan-aduan para ibu bapa di dalam usaha untuk memastikan kebajikan para pelajar terpelihara.

Adalah didoakan pelajar-pelajar yang dimasukkan ke hospital 6 April lepas akan kembali sihat secepat mungkin.

Ribuan terima juga kepada pihak pengurusan Hospital Ampang yang telah menerima rombongan ADUN Chempaka yang telah melawat 16 orang pelajar keracunan makanan yang sedang dirawat di hospital itu 7 April lepas.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
10 April 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang