:: cina islam | 2011 :: |
- Jepun keluar amaran tsunami selepas gempa kuat dekat Fukushima
- Fokus sebarkan dakwah Islam di Sarawak.
- BN dalam bahaya? Najib berkampung di S'wak
- Melayu rosak kerana hiburan artis melampau bukan kerana ‘seni’.
- Telur Tiruan China
- Dua Maut Pesawat Terhempas Di Filipina
- Rakyat Sarawak perlu berubah untuk selamatkan Sarawak
- Helikopter bawa rombongan TPM terbalik
- Pesanan buat kakitangan Kastam: "Buang kepala busuk"
- 'Super Sunday' melanda Sarawak
- Kedudukan BN Sarawak kini 50:50
- BN Sarawak kini hadapi masalah besar
- BN Dibayangi ‘dilema’, Pakatan Mula Raih Sokongan
- Klik 12 juta, Terima kasih semua.
- Awas : Penipu di Facebook dan Email !
- Khairy kata tawan P.Pinang dalam keadaan Sarawak mahu terlepas.
- Bandingkan 30 Tahun Sarawak dengan 3 Tahun Pakatan
- Najib lancar minyak baru namun rakyat mahu harga minyak turun
- Tak Boleh Tutup Mulut Lepas Menguap
- Pesawat Kargo Bawa Pam Air Gergasi ke Jepun
Jepun keluar amaran tsunami selepas gempa kuat dekat Fukushima Posted: 11 Apr 2011 02:57 AM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - TOKYO: Amaran tsunami dikeluarkan untuk timur Jepun selepas gempa bumi kuat melanda negara itu dengan pusat gempa berhampiran loji nuklear yang lumpuh akibat tsunami besar sebulan lalu. Jabatan Geologikal Amerika Syarikat menyatakan gempa bumi itu bermagnitud 7.1 pada kedalaman hanya 10 kilometer dan berpusat 86 kilometer ke tenggara bandaraya Fukushima. Agensi Meteorologikal Jepun pula mengeluarkan amaran tsunami dan menyatakan ombak setinggi satu meter boleh melanda wilayah Ibaraki, kawasan yang paling teruk dilanda tsunami bulan lalu. Ombak setinggi setengah meter juga dijangka melanda wilayah Fukushima. - AFP |
Fokus sebarkan dakwah Islam di Sarawak. Posted: 11 Apr 2011 02:00 AM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Pesuruhajaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan bahawa kini PAS kini telah berjaya meluaskan ruang dakwah dalam kesempatan Pilihanraya Negeri Sarawak yang sedang berlangsung di Sarawak dan akan berakhir pada 16 April ini. Menurut beliau, bagi DUN Muara Tuang DUN yang diamanahkan kepada tiga negeri iaitu Perak, Wilayah Persekutuan dan Terengganu mereka menumpukan agenda dakwah sebagai aspek utama bagi mendidik dan menarik hati rakyat Muara Tuang untuk memahami dan bersama perjuangan PAS sekaligus memberikan komitmen yang tinggi untuk memenangkan calon dari PAS Beliau menyatakan bahawa kini rakyat Sarawak khususnya di DUN yang ditandingi PAS mendapat gambaran sebenar apakah perjuangan yang dibawa oleh PAS, dan mereka dapat menerima dengan sebaiknya dan begitu gembira dengan kehadiran PAS untuk menyampakan dakwah berkenaan Islam disamping bersama menyelesaikan masalah rakyat dengan adil dan saksama tanpa mengira agama dan bangsa. Selain itu, Pesuruhjaya PAS Perak itu turut menggambarkan kegembiraannya apabila DUN Muara Tuang yang dijaga oleh jentera PAS dari tiga negeri dari semenanjung iaitu Perak, Wilayah Persekutuan dan Terengganu Berjaya menubuhkan banyak cawangan baru PAS di Dun Muara Tuang. Memetik ucapan beliau, " Setakat ini PAS telah berjaya menubuhkan 5 cawangan penaja PAS yang terdiri dari ,cawangan penaja ke penaja PAS Taman Desa Ilmu, kampong Tanjung Bundong, Kampung Pinang, Kampung Sindang dan Kampung Pengkalan Kuap" " Dengan penubuhan cawangan-cawangan penaja PAS ini akan merancakkan lagi gerak kerja dakwah dan tarbiyah bagi masyarakat PAS untuk bersama mendokong perjuangan PAS" Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan Ini adalah satu petanda baik bagi PAS di Bumi Kenyalang. sekaligus membuktikan bahawa PAS diterima oleh masyarakat Sarawak. mohd hafez sabri |
BN dalam bahaya? Najib berkampung di S'wak Posted: 11 Apr 2011 01:42 AM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualkan ke sarawak sekali lagi malam ini dan akan 'berkampung' di bumi Kenyalang itu sehingga sehari sebelum pilihan raya negeri Sarawak ke-10 berlangsung. Sebaik sahaja jadual Najib yang juga adalah pengerusi BN disahkan, timbul spekulasi bahawa kemungkin Sarawak akan menyaksikan beberapa kerusi di kubu kuatnya tumbang. Najib mungkin menjadi perdana menteri pertama yang berkempen sebegitu aktif. Lazimnya, tugas itu diserahkan kepada timbalan perdana menteri manakala perdana menteri sibuk dengan urusan mentadbir negara di Putrajaya. Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada April 2009, Najib hanya memainkan peranan kecil dalam pilihan raya kecil dan tindakannya kali ini dikata mengejutkan banyak pihak. Lebih menarik lagi, tahun ini sahaja sudah dua kali beliau melawat Sarawak. Kali pertama pada 19 Mac lalu pada perhimpunan di Serian dan pada 7 April lalu beliau berjalan sekitar bandaraya di Kuching untuk bermesra dengan penduduknya. Anwar juga di Kuching Kali ini, tumpuan Najib adalah di bandar-bandar utama – Miri, Sibu dan Kuching – yang sejak beberapa hari lalu menyaksikan ribuan rakyat tertarik kepada ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan rakyat. Kerusi-kerusi di kawasan bandar-bandar utama itu dikatakan sebagai kawasan gelap di mana parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menghadapi persaingan sengit. Najib juga dijadual melawan pekan-pekan kecil seperti Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Engkilili, Sebuyau, Sadong Jaya, Bau, Bario, Sungai Baram, Lawas dan Limbang. Sekilas pandang, perdana menteri dilihat cuba meninjau sokongan etnik-etnik berkenaan di kawasan luar bandar yang sebelum dikatakan sebagai 'simpanan tetap' BN. Dan seperti pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, lawatan Najib tidak akan lengkap tanpa membawa 'ole-ole' untuk rakyat Sarawak. Esok, Najib akan melawat Hospital Sri Aman yang dibina sebelum Sarawak mencapai kemerdekaan. Bangunan itu kini uzur dan memerlukan bantuan kewangan untuk dibaik-pulih. Pada Khamis pula, beliau akan ke Sungai Baram, kawasan pembinaan empangan Bakun yang kontroversial dan dijadual melancarkan 'klinik terapung 1Malaysia'. Najib juga akan menghadiri dua perhimpunan di Kuching pada malam ini dan esok dan dijangka membuat beberapa pengumuman penting bagi menarik undi di kalangan mereka yang tidak berpuas hati dengan BN. Hari ini juga menyaksikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggempur Sarawak dan fokusnya kali ini adalah di Kuching dan kawasan sekitarnya. Anwar, dijadualkan berceramah di Asajaya, Kuching, Kampung Samariang dan Petrajaya. Malaysiakini |
Melayu rosak kerana hiburan artis melampau bukan kerana ‘seni’. Posted: 11 Apr 2011 01:39 AM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Saya berasa terpanggil untuk menulis member komentar terhadap tulisan Mior Kamarul Shahid yang disiar dalam akhbar Berita Harian 2 April 2011 yang lalu. Tulisan beliau kelihatan sebagai aluan dan selamat datang kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang bakal disiar secara langsung menerusi beberapa siaran media perdana negara. Saya bersetuju dengan tajuk kecil beliau iaitu tiada kajian ilmiah buktikan nilai masyarakat terhakis kerana dunia seni kerana saya memahami istilah seni jauh bezanya dengan takrifan istilah seni artis yang pihak media maklumi. Seni yang saya faham adalah seperti yang digambarkan dalam Ensiklopedia Indonesia, bahawa seni adalah penjelmaan rasa indah yang terkandung dalam jiwa manusia, dilahirkan dengan perantaraan alat komunikasi kedalam bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera pendengaran (seni suara), penglihatan (seni lukis dan ruang), atau dilahirkan dengan perantaraan gerak (seni tari dan drama). Agama Islam mengharuskan perasaan cinta kepada kesenian dan keindahan. Allah sentiasa menyeru manusia supaya memerhati keindahan yang terdapat dalam alam ini. Tamadun Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun Islam sehingga menjadi tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang unik dan berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Al-Quran menceritakan keindahan langit (Qaf, ayat 6), keindahan bumi yang terbentang luas (Qaf, ayat 7), keindahan kejadian haiwan ( al-Nahli, ayat 6), keindahan ciptaan manusia (al-Taghabun, ayat 3 dan al-Infitar, ayat 7-8). Menurut Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, seni dijadikan sebagai alat menyebarkan agama dan memperkukuhkan amal kebajikan dan kebaikan dikalangan ummah. Hasil seni boleh menjadi faktor pendorong yang intensif bagi mengingati dan memuji Allah. Daya seni yang dikurniakan oleh Allah adalah bertujuan untuk menimbulkan keikhlasan dan kesedaran dalam diri manusia. Dengan bakat seni yang ada, para seniman muslim ternyata mampu menggunapakai pelbagai teknik, bentuk seni yang terbuka di tempat yang berlainan ke dalam daerah seni dan budaya Islam. Ulama' tersohor seperti Al Qaradhawi juga banyak menulis berkenaan kesenian dalam islam (Al Islam Fal Fann) yang menegaskan betapa salahnya kita mengharamkan seni yang merupakan fitrah insaniyah yang dianugerahkan kepada manusia. Kita juga melihat bahawa kaum Monggol dan Gassar (Jermanik) yang menghancurkan tamadun Arab dan Rom tidak memiliki korpus kesenian sebaliknya hanya berbekalkan keganasan dan strategi peperangan sehingga menyaksikan tamadun mereka tidak kekal berpenjangan. Seni juga menjadi musuh kepada kerajaan-kerajaan komunis sehingga mengistilahkan seni adalah alat Komrad iaitu hanya alat propaganda untuk menyembahkan manusia terhadap ideology komunis dan bukannya suatu ekspresi ikhlas manusia untuk berhibur. Namun istilah seni yang dibawa dalam majalah dan akhbar hiburan adalah seni sekular yang tiada kaitan/hubungan dengan saranan Islam. Istilah artis (ahli seni) kelihatannya tidak layak dipegang oleh para artis dan selebreti di Malaysia dan serata dunia memandangkan aspek moral dan etika mereka yang meleset. Sedangkan seni adalah suatu kerjaya yang berstatus, bermoral, berakhlak serta mengundang rasa izzah kepada pembawa seni tersebut. Ekspresi seni yang digambarkan oleh artis di Malaysia dengan menayang dada,ketiak dan bahu, berpakaian ala kemban serta bermegah dengan parti sosial di internet tidak layak bergelar artis atau ahli seni. Lantaran itu, pihak Berita Harian tidak menjumpai hasil kajian masyarakat melayu hancur dan rosak disebabkan seni kerana seni itu baik. Masyarakat melayu tidak pernah rosak dengan aktiviti seni rakyat yang bermoral, seni lukisan, seni suara yang beradab melaung nama Tuhan dan kebaikan, malah orang melayu semakin hebat apabila berhadapan dengan seni rekabentuk indah, ukiran dan seni silat yang tidak bercanggah dengan islam. Semua itu adalah seni selagi mana ia adalah ekspresi tubuh dan akal manusia. Tetapi terlalu banyak hasil kajian dan kenyataan media yang mengaitkan kerosakan kaum melayu terutama belia dan remaja akibat aktiviti hiburan yang dipopularkan oleh 'artis' yang mengaku berseni tersebut. Seni yang bagaimana cuba ditonjolkan jika keruntuhan rumah tangga dan aib suami isteri dimainkan oleh media sehingga menolak aspek rumah tangga Islam? Kata saudara Mior lagi; Di Malaysia, ada golongan yang kononnya menganggap mereka sebagai moralis Melayu yang tidak pernah melihat dunia hiburan dalam konteks yang matang. Mereka mengaitkan hiburan dan Melayu. Disebabkan acara hiburan sering dibanjiri orang Melayu, mereka membuat generalisasi bahawa semua orang Melayu suka berhibur. Lagi; Janganlah disebabkan secebis ruangan gosip artis, maka media dan dunia hiburan dipersalahkan. Mereka yang kononnya membenci gosip sebenarnya adalah orang yang suka membaca gosip. Inilah sikap hipokrit golongan yang perasan mereka moralis yang sering menyalahkan dunia hiburan kononnya punca kepada gejala negatif. Setakat ini, rasanya belum ada kajian ilmiah yang boleh membuktikan korelasi jelas antara hiburan dengan gejala negatif masyarakat. Jika hiburan menjadi faktor kegagalan pelajar dalam peperiksaan, tentulah universiti di negara ini kosong tanpa pelajar, sedangkan sekarang sudah ada puluhan universiti awam dan swasta. Ruangan gosip tidak perlu dicari alasan untuk dihalalkan. Gosip adalah haram dalam Islam secara tuntas. Tidak pelru menyalahkan si pengkritik gosip sebagai hipokrit. Malah tulisan-tulisan media hiburan kebanyakkan cuba menaikkan nama beberapa kerat artis yang kelihatan bermoral sebagai tanda aras bahawa masih ada artis malaysia yang bermoral sedangkan mereka amat keliru betapa jauhya beza antara moral dan etika dengan nilai akhlak Islam. Berhati budi, tiada skandal namun tidak menutup aurat masih dianggap tidak berakhlak dalam Islam. Cuma beretika sahaja menurut kaca pandang manusiawi. Dahulu sekitar tahun 1992, hangat diperkatakan mengenai Garis Panduan mengenai peri laku artis. Malah garis panduan ini turut diperbincangkan pada peringkat kabinet bagi memastikan selebriti di negara ini mengamalkan cara berpakaian dan penampilan sesuai budaya di negara ini. Ia juga sejajar dengan dasar Kebudayaan Kebangsaan Negara. Perkara utama yang diberi perhatian ialah dari segi wajah dan pakaian ketika muncul di kaca televisyen, filem dan pentas, tingkah laku, pertuturan bersopan dan berperibadi yang tinggi. Dari segi pakaian pula, mereka perlu mematuhi cara dan budaya ketimuran iaitu sama sekali tidak menjolok mata. Sekurang-kurangnya ada juga kesedaran untuk mengelakkan para 'artis' terjerumus dalam dosa yang lebih dalam. Presiden Pertubuhan Wanita Antarabangsa Malaysia dan juga Pakar Motivasi, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata garis panduan dan etika berpakaian penting bagi golongan ini kerana mereka biasanya menjadi ikutan remaja masa kini. Siapa kata artis tidak menjadi ikutan ramai sehingga ramai penulis media cuba membela artis yang membawa budaya berpakaian tertentu dan menafikan kaum Melayu selalu terikut-ikut dengan budaya tersebut? Suatu ketika ada artis seperti Wardina telah membawa gelombang positif apabila mengenengahkan tudung seni yang menarik dan ringkas untuk diikuti oleh remaja. Namun malang apabila ada pula artis lebih muda daripadanya mencipta pula kaedah tudung ala-makcik zaman 60an berbungkus seperti bola di kepala dengan membuka leher dan telinga. Antara tindakan RTM yang boleh dipuji dalam mengekang gejala negetif artis Malaysia adalah seperti berlaku pada 1 November 1992-Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menyiarkan secara langsung majlis simbolik pemotongan rambut penyanyi kumpulan Search, Amy dan penyanyi kumpulan Wings, Awie oleh Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat. Pada 1993- Kod Etika Perilaku Artis diedarkan kepada artis dan persatuan yang terbabit di dalam dunia hiburan, merangkumi empat aspek penting seperti menjaga dan mengekalkan disiplin dan maruah diri ketika mengadakan persembahan di khalayak ramai atau ketika muncul di kaca televisyen. Menjaga nama baik artis daripada sebarang gosip liar yang menjejaskan imej diri dan industri hiburan keseluruhannya. Mengutamakan kesopanan dari segi berpakaian dan tutur kata ketika berhadapan dengan orang ramai di dalam sesuatu pertunjukan atau berlakon di dalam filem dan drama. Berpegang teguh terhadap tatasusila ketimuran, bangsa, negara dan agama. Namun begitu mengapa pula pada 1 Ogos 2004 RTM mula memberi kelonggaran untuk artis berambut panjang dan berpakaian agak seksi kerana khuatir RTM akan ketinggalan dalam arus persaingan industri penyiaran negara. Mengapa saya katakan konotasi istilah 'artis' di Malaysia adalah sekular? Ia disebabkan si ahli seni tersebut (artis) bukanlah menceburkan diri dalam bidang seni kerana ingin mengeluarkan bakat kerana agamanya. Ia mengeluar bakat, menyertai temuduga rancangan realiti, menjadi metee artis senior semata-mata untuk popular dan dihalalkan atas alasan mencari rezeki. Adakah rigid benar Islam sehingga menolak sebahagian besar karya 'seni' artis negara ini? Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung. Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa. Mazhab Ahlul Madinah (ulama-ulama Madinah) dan lainnya seperti ulama Dzahiri dan jemaah ahli Sufi memberikan kemudahan pada nyanyian walaupun dengan gitar dan biola. (Imām Asy-Syaukānī, NAIL-UL-AUTHĀR, Jilid VIII, hlm. 100-103) Terjaminkah akhlak artis jika ingin menepati piawaian Imam Al Ghazali? Jika dianggap tiada kajian ilmiah berkenaan kegilaan rakyat terhadap hiburan, lihat sahaja kajian berkaitan kerakusan rakyat Malaysia menggunakan media internet sebagai medan hiburan mereka. Tidakkah benar rakyat kita suka berhibur? Dalam kajian oleh Syarikat Nielsen ke atas 52 negara mendapati rakyat Malaysia merupakan pengguna internet yang rakus dan berpengalaman, aktif dalam memuat turun dan melayari kandungan media dan hiburan secara percuma dalam internet. Pengarah Urusan Kumpulan Pengguna Nielsen Malaysia, Paul Richmond, berkata penduduk Malaysia adalah ketagih hiburan dan teknologi kerana menikmati sejumlah besar hiburan dalaman, muzik, permainan video dan media digital. Hiburan melalui media juga mempengaruhi tabiaat remaja dan belia negara ini. Samsudin A. Rahim dalam kajiannya (1994), Tingkah Laku Lepak Di Kalangan Remaja, (Kementerian Belia dan Sukan Malaysia) menunjukkan majoriti remaja memilih ruangan atau program berbentuk hiburan apabila mereka mendedahkan diri kepada media (55% untuk TV, 70% untuk radio, 57 % untuk akhbar, dan 56 % untuk majalah). Lihat juga dalam kajian Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan Terhadap Kesan Rancangan Hiburan Realiti Tv Akademi Fantasia (Mohd Ismail Bin Mustari & Ahmad Shukri Bin Jamaludin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ). Bilangan mahasiswa UTM yang bersetuju mengatakan rancangan hiburan realiti AF sesuai untuk ditonton juga berada pada tahap rendah. Ini kerana masih ramai bilangan mahasiswa yang kurang setuju. Kajian juga menunjukkan rancangan berbentuk hiburan masih boleh dipertikaikan kesesuaiannya kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar iaitu mahasiswa. Ramai dikalangan mahasiswa UTM tidak bersetuju dengan "kenyataan melalui rancangan realiti AF dapat melambangkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan saling bantu membantu". Secara keseluruhan kajian itu, rancangan hiburan realiti AF tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Dari sudut budaya ilmu responden juga menunjukkan bahawa, rancangan hiburan realiti AF tidak memberikan impak kepada peningkatan budaya ilmu dikalangan muda mudi walaupun dalam hiburan realiti. Kepada pihak media yang optimis bahawa hiburan yang di bawa oleh para artis tiada kena mengena dengan akhlak masyarakat renungilah kritikan Syed Ali Ashraf yang telah mengkritik pihak media massa yang sering menggunakan pelbagai alasan, termasuk hak dalam demokrasi, kebebasan bersuara dan hak individu. untuk membolehkan mereka melaksanakan beraneka rancangan dan program yang akhirnya telah merosakkan budaya, cara hidup dan pegangan agama seseorang. Menurut Ashraf (1997: 1): …it [the media] has become a very powerful instrument in the hands of human beings to cultivate or destroy moral values, to affect and control the minds of people by those who have the power over these media. In the name of freedom and human rights, various big and small companies have started putting up programmes with little censorship or restriction. Whether these programmes will be good or bad depends on what is meant by good or bad and who determines what is good and what is evil. Bagaimana pula dengan kajian UPM yang menolak media hiburan sebagai punca kerosakan akhlak masyarakat? Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata pendedahan itu dibuat selepas satu kajian berhubung pengaruh media massa dan kesan terhadap nilai keagamaan dibuat oleh Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, diketuai oleh Dr Hamisah Hassan. Pihak UPM juga menyatakan faktor keluarga, pengaruh rakan serta hiburan luar yang menyebabkan kerosakan akhlak belia. Yang sewajarnya, YADIM tidak perlu membuat kajian menafikan pengaruh media hiburan sebagai faktor utama kerosakan akhlak kerana umum mnegetahui kerosakan akhlak disumbang oleh pelbagai faktor diantaranya juga adalah media. Kritikan dan saranan baikpulih media hiburan bukan bermakna kita menafikan faktor keluarga dan rakan sekeliling sebagai punca kerosakan akhlak sebaliknya fokus utama hari ini dalam realiti globalisasi media hiburan dan aktiviti hiburan itu sendiri menyumbang kepada kerosakan masyarakat selain faktor yang disebut di atas. Adakah pendakwah di Malaysia hanya menyelar artis melayu dan hanya mendiamkan diri terhadap kekaratan jahiliyah artis Amerika umpamanya? Jawapan mudah, sebelum menunding jari ke negara luar, molek lah kiranya kita perhatikan rumahtangga kita dahulu iaitu negara sendiri. Sebelum menunding jari ke Hollywood, sudilah kiranya kita menegur Malaysiawood dahulu. Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Penerangan DPPK Gopeng |
Posted: 11 Apr 2011 01:30 AM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - "Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi sorotan di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea. Seorang pekerja tidur di atas petak-petak telur di sebuah pasar runcit di Beijing, China. Beberapa media utama di Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang mana telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea. Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumenter berjudul, "Hidup tanpa produk-produk buatan China. "Acara tersebut menelusuri kehidupan keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China. Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang merajalela di China, acara ini telah menarik perhatian publik Korea. Bentuk Telur Tiruan Menyusul acara tersebut, akhbar nombor satu Korea, Chosun Ilbo, telah menerbitkan sebuah artikel berjudul "MBC Special mendedahkan telur-telur tiruan buatan China," melaporkan secara terperinci bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat. Dong-A Ilbo, koran Korea lainnya, pada 14 Ogos 2007 juga telah menerbitkan sebuah laporan berjudul "Telur-telur buatan dari China dibuat dari bahan-bahan kimia telah muncul di pasaran". Menurut laporan dari Chosun Ilbo, kerana harga-harga makanan yang melambung tinggi di China, telur-telur buatan, yang dibuat hanya dari bahan kimia tanpa bahan alami, telah muncul di Kota Zhengzhou, Provinsi Henan. Mr. Wang, yang menjalankan sebuah perusahaan yang membuat bahan tambahan makanan, menjelaskan bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat. "Putih telur' dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan terlihat seperti cairan bening yang kental dan sulit membedakannya dengan putih telur yang sebenarnya. "Kuning telur' dibuat dengan menyekop suatu carian dengan pigmen kuning dan memadatkan serokan cairan tersebut ke dalam larutan kalsium klorida. Akhirnya, 'putih telur' dan 'kuning telur' dibungkus ke dalam 'kulit telur' yang dibuat dari kalsium karbonat. "Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada 'kuning telur' tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir identik (sama) dengan telur yang sebenarnya. Wang mengatakan hanya menghabiskan 0.55 yuan (0.07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 butir telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0.8 dolar AS.) http://waksab.blogspot.com |
Dua Maut Pesawat Terhempas Di Filipina Posted: 11 Apr 2011 01:00 AM PDT |
Rakyat Sarawak perlu berubah untuk selamatkan Sarawak Posted: 11 Apr 2011 12:00 AM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - PARIT BUNTAR, 11 April : Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata, pemimpin BN bertungkus lumus menyampaikan masej berunsur penipuan kepada rakyat dengan mengatakan bahawa Negara tidak memerlukan revolusi sambil menyifatkan ia adalah tindakan terdesak bagi menutup liabiliti BN Sarawak iaitu Taib Mahmud dan kroni. "Negara telah mengamalkan sistem demokrasi sejak merdeka, dan pilihanraya adalah jalannya rakyat memilih pemimpin, persoalannya adilkah caranya sehingga media diperkuda sedemikain rupa" katanya ketika ditemui di sini. Tambah beliau rakyat Sarawak mesti memilih jalan untuk menukar kerajaan dan itulah jalan terbaik kerana Sarawak perlu pembelaan wajar dan adil, mereka mesti menghentikan kerja pemimpin BN yang hanya menyalurkan kekayaan negeri kepada kepada kroni dan elit BN sahaja. Beliau juga mengulangi kehairanan dengan janji pemimpin BN yang berjanji boleh berubah yang dilaung-laungkan setelah tiga puluh tahun mentadbir Sarawak , "mengapa baru sekarang berjanji mahu berubah". Soalnya "Janji yang boleh ditunaikan dalam masa tidak sampai setahun tidak boleh dilunasi selama puluhan tahun , BN gagal sebenarnya, lalu kegagalan mereka ditutupi dengan janji baru setiap kali pilihanraya," katanya. "Jika benar BN mahu berubah, mereka boleh berubah sejak dahulu, kerana itu semua janji politik yang bertujuan untuk menarik hati pengundi Sarawak 16 april ini yang bersifat sementara sahaja dan mesti ditolak oleh pengundi" Tegasnya. Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata bahawa Rakyat Sarawak yang telah didedahkan dengan maklumat dan isu terkini tentunya bijak menilai situasi Negara dan Sarawak yang sedang ditadbir oleh kerajaan yang BN yang zalim. "Modal kempen mereka cuma janji pembangunan, selepas PRN ini jika BN menang, rakyat akan dilupakan," katanya. "BN telah merosakkan Sarawak, hutan telah dibotakkan, tanah serta harta negeri milik rakyat diambil dan berpindah milik kepada Taib Mahmud dan kroninya," jelasnya. "Slogan transformasi sebetulnya terletak kepada undi rakyat Sarawak dengan menukar kerajaan negeri BN kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya. Pakatan rakyat telah membuktikan dapat memimpin dengan baik di 4 negeri di semenanjung, dan pernah 11 bulan di Perak, kemajuan tersebut telah mendahului negeri-negeri yang diteraju oleh BN. "Di Kelantan sendiri, setelah dua puluh tahun ditadbir Pakatan Rakyat, hutang negeri Kelantan adalah diantara yang terendah dicatatkan berbanding negeri yang ditadbir BN," ujarnya. "Kepada rakyat Sarawak, 16 april bukanlah medannya untuk memberi peluang kepada BN untuk ke sekian kalinya, hari tersebut adalah penentu kepada kerajaan negeri yang baru di bawah pakatan Rakyat ," jelasnya. "Kita ketahui Sarawak adalah negeri yang kaya dengan khazanah semula jadi yang tidak terhitung banyaknya, dan selama ini kekayaan tersebut hanya disalurkan kepada Taib Mahmud dan kroninya sahaja," katanya. "Kita menjanjikan agihan kekayaan negeri yang masih ada kepada rakyat berbilang bangsa dan kaun di Sarawak" katanya. "Inilah masanya rakyat Sarawak perlu berubah untuk selamatkan Sarawak " katanya Oleh : Hafizi Pauzi |
Helikopter bawa rombongan TPM terbalik Posted: 10 Apr 2011 11:30 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Sebuah helikopter yang dipercayai membawa rombongan timbalan perdana menteri terbalik ketika hendak berlepas dari sebuah padang dekat Wisma Sanyan. Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan penumpangnya di situ. Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare. "Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh dari ketinggian 10 kaki," katanya. Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital. Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu. Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air. Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu. Malaysiakini/- |
Pesanan buat kakitangan Kastam: "Buang kepala busuk" Posted: 10 Apr 2011 09:30 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SEKALI lagi saya ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, Pegawai Kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan. Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah SWT dan kita sebagai manusia suka atau tidak, terpaksa menerima ketentuanNya dengan penuh insaf dan redha. Sudah tentu pemergian Allahyarham ditangisi oleh ahli keluarga dan waris beliau juga teman-teman rapat yang mengenali Allahyarham. Apatah lagi, ada teman rapat Allahyarham menyatakan bahawa beliau sewaktu hayatnya adalah seorang insan yang baik, periang dan pernah menjadi Imam di dalam solat bersama teman-teman setugasnya. Itulah perkhabaran baik yang sewajarnya kita patut ulang-ulangkan setelah beliau kembali menemui Rabbul Jalil. Tragedi yang menimpa ke atas beliau hanya Allah yang tahu dan sebagai manusia biasa kita hanya mahukan agar siasatan telus dapat dilakukan segera. Apa pengajaran dari beberapa peristiwa yang `ganjil dan pelik' yang sering berlaku di negara ini? Tidak lain tidak bukan, kita harus kembali kepada ajaran Islam dan kita tidak lagi perlu mengharapkan golongan sekular atau pun mereka yang menjauhi agama untuk terus memerintah. Bak kata pepatah Cina, "Ikan busuk selalunya bermula dari kepala". Tidak menjadi salah jika kita berani mencuba sesuatu yang lebih baik dari yang ada. Tidak mencuba, kita tidak akan tahu. Keberanian rakyat di Selangor mencuba yang baru, maka lihatlah hasilnya. sehubungan itu, kita mesti berani mencuba di peringkat pusat pula agar kita boleh lihat samada masih adakah lagi kejadian `pelik dan ganjil' ini berlaku di dalam pentadbiran kerajaan. Khusus buat semua kakitangan Kastam, marilah kita bersama-sama rakyat yang lain bangun untuk mengubah negara ini. Jadikan lah negara ini sebuah negara yang aman, selamat dan makmur. "Kepala ikan yang busuk, kita buangkan untuk dijamah oleh kucing di jalanan". wfauzdin_ns |
'Super Sunday' melanda Sarawak Posted: 10 Apr 2011 09:00 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Suhu politik di Sarawak mula bergelegak dan lazimnya malam Ahad yang sunyi dikejutkan dengan kedua-dua BN dan pakatan Rakyat yang memperhebatkan kempen masing-masing. Pertarungan paling sengit berlaku di Kuching, malam semalam. DAP melabelkannya sebagai 'Super Sunday', di mana hadirin sehingga melebihi 10,000 orang membanjirinya dua rali yang dianjurkannya. Jumlah hadirin terbesar adalah di Batu Kawah, dengan dianggarkan tidak kurang 8,000 orang yang datang dan sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata untuk mendengar ceramah daripada tiga 'orang kuat' Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng; ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat. Sebaik sahaja Anwar menyebut mengenai "video seks', para hadirin gelak dan ramai yang dilihat kurang mempercayai bahawa pelaku di pita itu adalah dirinya seperti yang didakwa. Kehadiran orang ramai menyebabkan kesesakan lalulintas sehingga lima kilometer di Jalan Batu Kawah. Ada juga yang membawa kerusi plastik masing-masing dan berada di jambatan Batu Kawah, kira-kira 200 meter dari lokasi ketua pembangkang itu sedang berucap. "Saya juga diberi amaran - sekarang ini seorang pegawai Kastam telah meninggal dunia, DNA saya juga akan ditemui di sana," kata Anwar sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin. Dalam nada yang lebih serius, beliau juga menimbulkan isu kitab Injil berbahasa Melayu yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Kuching oleh Kementerian Dalam Negeri. Sejumlah 31,500 kitab Injil berkenaan dirampas dan ditahan kerana dikatakan mengandungi beberapa perkataan yang dilarang termasuk penggunaan kalimah Allah. "Nama bapa kepada Nabi Muhammad ialah Abdullah (maknanya hamba Allah) dan beliau dilahirkan 70 tahun sebelum kedatangan Islam, jadi ini bukan isu," kata Anwar. Beliau juga membidas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berkempen di Sarawak. Sambil menyifatkan ia sejarah dalam pilihan raya Sarawak, katanya kehadiran Najib membuktikan BN kini terlalu takut dengan kuasa rakyat yang kini sudah tidak boleh menerima lagi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Nik Aziz pula dalam ucapannya mahu rakyat di Sarawak memilih pemimpin yang amanah dan tidak mengkhianati rakyat dan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah. Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata, apa yang sudah terbukti, Pakatan Rakyat telah mempamerkan urus tadbir yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka termasuk Kelantan yang diperintah sudah lebih 20 tahun dengan menerapkan nilai agama Islam. "Pilihan raya ini tempat kita nak pilih pemimpin yang baik dan amanah. "PAS berkawan dengan DAP dengan PKR dan berjanji untuk menjaga rakyat dengan lebih baik. "Jadi pilih calon Pakatan Rakyat. Kalau calon DAP bertanding, pangkah DAP, kalau PKR tanding, pangkah PKR, kalau PAS tanding pangkah PAS," katanya yang turut mendapat tepukan gemuruh hadirin. Buaya dua kaki Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang ketika berucap, turut menyeru rakyat Sarawak memilih calon Pakatan Rakyat. Dalam nada berseloroh, katanya, wakil DAP di Batu Kawah, Christina Chew berkeupayaan menangkap 'buaya dua kaki' yang sering memakan harta rakyat negeri ini. "Di Sarawak ada banyak sungai, dalam sungai ada banyak buaya, bukan buaya empat kaki, tapi buaya dua kaki. "Kalau empat kaki takpa, kita boleh tembak saja tapi ini buaya dua kaki, kita kena undi Christina untuk ajar itu buaya dua kaki," kata Lim yang menyebabkan hadirin tidak kering gusi. Sambil merayu penduduk di bumi Kenyalang itu agar berhenti memberi mandat kepada BN, beliau juga mahu rakyat jangan terus tertipu dengan janji Taib yang mahu menjadikan Sarawak negeri terkaya. "Nak jadi kaya mesti zero corruption, kalau tidak, you zero income", katanya. Lim seterusnya mengajak hadirin menukar rangkap lagu 'I want nobody nobody but you' nyanyian Wonder Girls kepada 'No money no money for you' untuk ditujukan kepada Taib. Malaysiakini/- |
Kedudukan BN Sarawak kini 50:50 Posted: 10 Apr 2011 08:30 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - (Sambutan rakyat kepada ceramah Pakatan Rakyat di Batu Kawa, Kuching malam tadi) BINTULU, 11 April: Laporan kedudukan Barisan Nasional (BN) Sarawak 50:50 bukan lagi perang saraf dalam alam siber tetapi kini sudah menjadi realiti di kalangan penduduk Sarawak bahkan menjadi igauan ngeri pemimpin BN Sarawak. Mimpi ngeri ini bukannya lagi berada pada bibir-bibir mulut pemimpin Pakatan Rakyat tetapi kini dalam tubuh para pemimpin parti-parti komponen BN di Sarawak yang sudah terasa kehadirannya sejak kempen bermula. Inilah laporan lapangan yang boleh dbuat dari Bintulu sekarang, kata jurucakap PAS Bintulu dalam laporannya kepada Harakahdaily. "Yang paling kurang akan berlaku dalam pilihan raya ini menurut maklumat yang kami dapat dan mood rakyat Sarawak adalah BN akan hilang kuasa 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang," tulis laporan itu. Kenyataan dari pemimpin kecil PBB di peringkat cawangan bahawa tidak mengundi BN diibaratkan MENDERHAKA adalah ciri ketakutan dan bolehlah dijadikan satu slot dalam filem "Hantu Mak Limah balek Kampong". Ia dibuat untuk menambahbaik lagi kelucuan jalan cerita dalam filem tersebut, katanya. "Kami berkeyakinan pertandingan sengit akan berlaku semasa pilihan raya di seluruh Sarawak, bukan di bahagian-bahagian tertentu sahaja. "Bak kata orang-orang bae (bintulu) " yak lah masanya selau BN mulik mapun Kuala Lumpur" ( inilah masanya BN balik ke Kuala Lumpur)," katanya. Penduduk tempatan tahu, keadaan pribumi Sarawak terutama kaum Iban sangat menyedihkan. (Penempatan Iban di Kampung Sg Plan, DUN Kidurong, Bintulu) Mereka menjadi alat penerokaan dan pemberi hasil lumayan untuk ekonomi Sarawak dalam keadaan mereka tidak sedar mereka hanya menjadi alat untuk mengkayakan pemimpin kapitalis di bumi mereka sendiri. Satu persoalan besar di sini, adakah bekas penyandang Ketua Menteri Sarawak ketika ini, Tun Patinggi Taib Mahmud masih tidak terasa malu dalam meminta undi agar rakyat tetap menyokong kerajaan beliau dan BN. Usaha Najib tekan Taib gagal Menjelang hari penamaan calon baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan gagal untuk memujuk Taib Mahmud agar mengundurkan apabila kedua-dua tidak menerima syarat yang dikenakan Taib. Ekoran itu, Taib tidak pernah memberikan kata putus bilakah beliau akan berundur walaupun Najib terus menekan beliau agar berundur dalam kempennya di Sarawak. Semalam Najib mengulangi lagi janji ini di depan rakyat Sarawak, namun adakah Taib bersetuju, tidak diketahui. Bagi penduduk Sarawak, cara paling baik untuk memastikan Taib berundur adalah mengalahkan BN di Sarawak dan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri itu. "Tidak salah memberikan kepercayaan kepada Pakatan dalam usaha untuk memberikan kuasa kepada rakyat kerana selama ini rakyat hanya dipergunakan untuk kekayaan pihak Kuching dan Kuala Lumpur sahaja," kata seorang pensyarah universiti tempatan di Sarawak kepada Harakahdaily. "Kalau pemilihan Pakatan tidak betul, kita boleh tukar balik dalam pilihan raya akan datang. Di Semenanjung, rakyat boleh buat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak dalam pilihan raya umum lalu. Nampaknya rakyat di sana selesa bahkan banyak kebaikannya, kenapa tidak kita di Sarawak," tambah beliau yang enggan namanya disiarkan. Harakahdaily |
BN Sarawak kini hadapi masalah besar Posted: 10 Apr 2011 08:00 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - MIRI, 11 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak kini sedang menghadapi masalah besar, apabila semua bandar-bandar utama di negeri sudah berjaya di kawal oleh Pakatan Rakyat. Kucing, Miri dan Sibu hampir pasti jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ekoran sokongan yang sangat luar biasa diberikan kepada program yang dianjurkan oleh Pakatan di bandar-bandar utama itu. Kini, mereka sedang bergerak ke kawasan-kawasan bandar kecil dan luar bandar yang belum mendapat maklumat yang secukupnya tentang apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini. Menurut laporan SarawakReport, ketika majlis sambutan yang luar biasa diberikan kepada program Pakatan Rakyat, sambutan yang amat buruk diterima oleh para pemimpin BN di Sarawak. (Gambar: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, George Chan sedang berucap dalam majlis BN di Miri) Ia turut dialami oleh para wakil rakyat BN sendiri termasuk Timbalan Ketua Menteri, George Chan di kawasannya sendiri iaitu di Miri. Tidak sampai 100 orang yang hadir mendengar ucapan pemimpin SUPP itu walaupun ia disokong sama oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang hilang kerusi Ketua Menterinya di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum 2008, Dr Koh Tsu Koon. Di tempat yang samalah, hampir 20,000 orang mendengar ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. Namun apakah ini akan diterjemahkan dalam kotak undi belum dapat dipastikan. Ini kerana, BN sedang menggunakan segala jentera untuk mempastikan undi masih memihak kepada mereka walaupun sokongan memihak kepada Pakatan Rakyat. (Gambar: Orang ramai yang mendengar ucapan Anwar di Miri) "Saya rasa kali ini agak berbeza. Kalau benar azam untuk menjatuhkan Taib Mahmud menjalar di semua rakyat Sarawak, ia akan menjadi kenyataan. Duit hanya masuk poket tetapi undi mereka tidak akan bagi kepada BN," kata seorang pensyarah universiti tempatan Sarawak kepada Harakahdaily. Pakatan tanding semua kerusi Dalam pilihan raya ini, Pakatan meletakkan 71 calonnya iaitu di kesemua kawasan pilihan raya. PAS bertanding lima kerusi, DAP 15 dan selebihnya (51) adalah PKR. Menurut kajian Merdeka Centre sebelum hari penamaan calon, DAP boleh menang sekurang-kurangnya 12 kerusi dan tidak mustahil menang kesemua 15 kerusi yang ditandinginya. Ketika itu, mereka belum dapat kenal pasti kedudukan PKR dan PAS. Menurut laporan terkini, ketika DAP yakin dengan 12 ke 15 kerusinya, PKR dikatakan yakin menang 15 kerusi. PAS pula dikatakan akan menang sekurang-kurangnya satu hingga tiga kerusi. Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 23 kerusi untuk menafikan kuasa 2/3 BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 36 kerusi untuk menamatkan kuasa BN di Sarawak. Berikutan ketakutan dari sentimen benci kepada Taib Mahmud, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di Sarawak berjanji kepada pengundi, Taib Mahmud akan bersara selepas pilihan raya ini. Namun tidak diketahui apakah ianya dipersetujui oleh Taib kerana usaha Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin memujuk Taib agar bersara sebelum pilihan raya bermula gagal. Ini kerana, kegagalan mereka memenuhi tuntutan dari Ketua Menteri Sarawak yang sudah 30 tahun menjadi 'raja' di negeri itu. Menurut SarawakReport, kekayaan yang dimiliki Taib sudah terlalu melimpah ruah. Ia bukan sahaja milik beliau bahkan keluarganya iaitu anak-anak dan adik beradiknya. Antaranya adalah pemilikan tanah yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat Sarawak. Harakahdaily/- |
BN Dibayangi ‘dilema’, Pakatan Mula Raih Sokongan Posted: 10 Apr 2011 07:21 PM PDT 7 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUCHING, 11 April — Sementara kempen pilihan raya negeri sudah pun melepasi pertengahan jalan, kehadiran pengikut dan penyokong dalam jumlah berbeza pada majlis dihadiri kedua-dua Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Barisan Nasional (BN) alami "dilemma" menuju hari penentuan Sabtu ini. Jumlah kehadiran jelas memperlihatkan BN, yang memerintah negeri ini sejak lebih empat dekad lalu, seolah-olah berada dalam "mood" yang berbeza. Lebih 900,000 pemilih akan keluar mengundi Sabtu ini sempena pilihan raya negeri kali ke-10. Pengundi Sarawak yang lazimnya dilihat sebagai konservatif berduyung-duyung hadir untuk mendengar ceramah pada perhimpunan dihadiri Anwar dan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat, antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kerusi DUN Batu Kawah, yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kuching. Menurut pemerhati sekitar 8,000 orang hadir pada majlis ceramah itu, menyebabkan kesesakan teruk kira-kira dua jam. Pada masa yang sama, Najib hadir pada majlis bertemu pemimpin 1 Malaysia di Kuching. Meskipun penganjur majlis itu menggunakan bas untuk membawa orang ramai dari luar kawasan Kuching ke stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan, hanya sekitar 1,000 pengikut dan penyokong hadir. Setiap hadirin majlis itu diberikan kemeja-T 1 Malaysia dan bendera untik dikibarkan ketika pemimpin-pemimpin kerajaan BN memasuki stadium. Mengiringi Najib selaku Pengerusi BN ialah lima calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), dan pemimpin-pemimpin parti komponen, antaranya Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Selepas Perdana Menteri dibawa masuk ke dewan dengan sambutan permaidani merah, sebahagian pengikut dan penyokong yang dibawa meninggalkan stadium untuk 'bersiar'siar' di kawasan stadium. Malah sebahagian lagi hadirin masih berada dalam kenderaan yang digunakan untuk membawa mereka. Apabila Perdana Menteri mula berucap, hadirin dalam jumlah besar, yang memakai kemeja-T 1 Malaysia mula keluar sedikit demi sedikit dari stadium. Mereka yang berada di dalam dewan pula memperlihatkan wajah bosan tetapi sekali sekali bertepuk apabila Najib menyampaikan poin-poin yang 'bersemangat' dan menarik perhatian. Sementara Pengerusi BN itu berusaha untuk meredakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan menegaskan bahawa Ketua Menteri Sarawak itu akan melepaskan jawatannya segera selepas pilihan raya, beribu-ribu hadirin yang berkumpul di Batu Kawah bersorak gembira apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu penyokongnya supaya percaya bahawa pemimpin itu tidak akan berbuat demikian. Menurut pemberita yang membuat liputan ceramah di Batu Kawah, Anwar menerima sokongan besar daripada hadirin. Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang itu meminta rakyat negeri Sarawak supaya percaya pada Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya sambil menambah bahawa "Pek Moh", istilah Hokkien yang digunakan untuk menggambarkan Taib dan pemimpin dalam kerajaan, supaya belajar daripada kepimpinan Lim, Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin yang lain. "Mereka tidak pernah mencuri tanah rakyat," kata beliau. Anwar membawa pengalaman kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan mengatakan bahawa di "Selangor, anda mendapat air percuma tetapi di Sarawak, hanya air hujan yang percuma." Rakyat Sarawak akan keluar mengundi Sabtu ini, persekitaran yang cukup getir bagi BN manakala Pakatan Rakyat memperlihatkan peningkatan sokongan. Sementara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui bahawa BN akan mempertahankan negeri bumi Kenyalang ini, tetapi ramai juga berpandangan bahawa pihaknya akan mengurangkan jumlah kerusi dimenangi perikatan itu. Kini, BN mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu. M/insider |
Klik 12 juta, Terima kasih semua. Posted: 10 Apr 2011 05:11 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Pada jam sekitar 10 malam tadi blog ini akhirnya mencecah kepada klik ke 12 juta sebagaimana posting dan harapan saya yang diterbitkan kelmarin. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kunjungan yang dilakukan oleh semua pembaca. Tanpa sokongan semua pihak tentunya blog ini tidak akan mencecah angka yang memberangsangkan itu. Dengan mencecahnya angka 12 juta klik, saya suka mengumumkan harapan semuga blog ini akan menjadi tapak kepada usaha kami menjadikannya sebagai satu portal berita yang lebih efesian pada masa akan datang. Oleh itu kami memberi peluang kepada semua pihak untuk menyumbangkan kan penulisan dan diemailkan kepada moderetor ke email idhamlim@yahoo.com.my untuk pertimbangan bagi diterbitan pada blog ini. |
Awas : Penipu di Facebook dan Email ! Posted: 10 Apr 2011 04:40 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Saya merasa bimbang bila bertemu dengan seorang teman lama yang memaklumkan kepada saya mengenai dia ada hubungan dengan seorang warga Malaysia yang sudah lama menetap di luar negara dan memerlukan bantuan untuk balik ke Malaysia. Katanya dia terima dari Facebook mengenai wanita tersebut. Terbayang dalam ingatan saya adakah mesej itu sepertivmana setiap hari saya terima dan saya padamkan dari kotak mesej facebook saya ? Yang saya terima hari ini lalah begini: 1. "I like your profile can we be friends,i wrote you ealier and am not sure that you received it or you dont like my profile?just tell me,well am Azrina Ahmad and i would like to get to know you better" 2. "I like your profile can we be friends,i sent you an email earlier on facebook and am not sure that you received it or you dont like my profile?just tell me,well am adilah ahmadand i would like to get to know you better" 3."Linda Sue /hi .. dear am linda am coming to malaysia this month.. l want to know u more dear" Selain itu hampir setiap hari saya menrima email seseorang perempuan yang memperkenalkan diri berada di luar negara, kebanyakannya London memperkenalkan diri untuk menjadi rakan bisnes dan termasuk untuk mohon pertolongan balik ke Malaysia. Kerana itu saya mohon rakan-rakan san sahabat sekalian jangan mudah tertipu dan teruja dengan mesej dan email sedemikian. bagi saya ianya adalah langkah awal mereka untuk menipu saudara. Semuanya dilakukan dengan cerita-cerita yang menarik dan ada yang akhirnya berhubungan dengan talifon. Oleh itu sampai saat ini saya tidak jemu-jemu memadamkan mesej demikian dari kotak mesej facebook dan email saya atau kita lakukan langakah memasang "spam" untuk email sedemikian. Kepada sahabat yang mula mempercayai emai dan mesej sedemikian dan yang telah melakukan hubungan, saya berharap dapat mengehetikan dengan segera kerana dalam akhbar tempatan telah banyak kes penipuan yang melibatkan internet telah dilaporkan. |
Khairy kata tawan P.Pinang dalam keadaan Sarawak mahu terlepas. Posted: 10 Apr 2011 04:05 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Dalam kesibukan orang lain temasuk bossnya Najib hendap pertahankan Sarawah yang hendak terlepas Khairy berada di Pulau Pinang dengan dipetik sebagai berkata Pemuda Barisan Nasional BN harus memperhebatkan usaha menawan hati golongan muda Pulau Pinang yang menjadi kunci kepada usaha parti itu menawan kembali negeri tersebut. Menurutnya juga kejayaan menguasai semula Pulau Pinang akan memudahkan usaha BN merampas kembali negeri lain yang kini ditadbir Pakatan Rakyat Khairy akur dan berkata Pulau Pinang dilihat sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat kerana beberapa pemimpin tertinggi mereka adalah anak jati negeri ini Beliau berada dalam majlis perasmian program 'Jom Jelajah One Malaysia' peringkat Pulau Pinang. Baiklah Khairy balik ke Sarawak dengan segera bersama dengan Najib untuk selamat kan "Pek Mo" yang menghadapi gelombang Tsunami menjatuhkannya. Taib Mahmud sesungguhnya dalam keadaan amat terdesak dengan gelombang kebangkitan rakyat dibandar-bandar seperti kuching, Sibu, Miri dan Bintulu. |
Bandingkan 30 Tahun Sarawak dengan 3 Tahun Pakatan Posted: 10 Apr 2011 03:50 PM PDT 7 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KOTA SAMARAHAN, 10 April: Rakyat negeri Sarawak perlu membandingkan kehidupan mereka di negeri ini yang 30 tahun diperintah BN, dengan kehidupan rakyat di negeri Pakatan Rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar. Naib Presiden PAS itu berkata, biarpun baru tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun keperluan utama rakyat di negeri-negeri itu cukup diberi perhatian oleh kerajaan negeri. Apatah lagi rakyat Kelantan yang telah diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, kini menikmati pelbagai kelebihan yang disediakan kerajaan. "Rakyat Sarawak perlu iri hati dengan negeri Pakatan. "Kena cemburu kepada rakyat Selangor, Kedah Kelantan Pulau Pinang, mereka dapat macam-macam dari kerajaan negeri, tapi rakyat Sarawak tak dapat," katanya ketika berceramah di sini. Beliau memberi contoh rakyat Kelantan yang mendapat pelbagai kelebihan seperti skim Takaful Kifalah, Armalah dan puluhan yang lain. Termasuk juga Selangor yang memberi 20 meter padu air percuma, RM1,500 kepada anak-anak yang memasuki universiti. Di Kedah dan Pulau Pinang juga katanya, keadaan serupa berlaku apabila kekayaan negeri dibahagikan untuk dinikmati rakyat negeri itu. "Kalau 2008 rakyat Kedah, Selangor, Pulau Pinang tak buat perubahan, adakah mereka dapat apa yang mereka dapat sekarang? "Seperti Sarawak, walaupun rakyatnya 30 tahun di bawah BN, pemimpin kaya, rakyat papa kedana. "Tuan-tuan boleh dapat benda sama, dengan syarat tuan-tuan lakukan perubahan," tambah Mahfuz lagi. Beliau turut membidas tindakan pemimpin BN yang menuduh Pakatan Rakyat hanya pandai berjanji. Katanya, apa yang dinyatakan Pakatan Rakyat bukan hanya janji manis, namun telah dibuktikan di negeri yang diperintah mereka. "Kita bukan jual janji, bukan jual ubat, tapi kita sudah buktikan di negeri Pakatan Rakyat. "Kita perintah tiga tahun, lebih baik dari BN perintah 50 tahun," katanya. Mengakhiri ceramah tersebut beliau turut mendeklamasikan pantun yang dituju khas kepada rakyat negeri itu. Jom Ubah Sarawak Hari Gawai Minum Air Tuak, Dari Marudun sampai ke Ba'kelalan, Taib Mahmud Sudah sapu kekayaan Sarawak, Ayuh kita undi Pakatan. Orang Cina sudah bosan dengan George Chan, Mereka sedia menyambut perubahan, Bagaimana pula Melayu Melanau dan Iban, Saya yakin anda semua akan undi Pakatan. Ramai-ramai ke bandar Kuching, Untuk sambut Hari Gawai, Rakyat sarawak sudah tak nak dacing, Ayuh kita sokong Pakatan ramai-ramai. H/daily |
Najib lancar minyak baru namun rakyat mahu harga minyak turun Posted: 10 Apr 2011 03:47 PM PDT 07Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Datuk Seri Najib Razak melancarkan minyak keluaran Petronas Dagangan Bhd PDB iaitu Primax 95 Xtra yang dihasilkan dari teknologi F1 bagi menggantikan RON95. namun perlulah diingatkan [ersoalan sebenar yang menghantui benak fikiran setiap rakyat malaysia ialah bilakah harga minyak akan naik lagi. Rakyat malah sangat senang kalau Najib boleh melakukan seperti yang dilakukan oleh PM sebelum ini, Abdullah Badawi yang pernah menurunkan harga minyak. Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri di Menara Berkembar Petronas sempena juga dengan pengenalan baru label PBD iaitu "All The Way" Bagaimanapun harganya sama dengan harga RON95. Sangat malang bagi rakyat Malaysia yang terus menerus dihimpit dengan kemiskinan bila harga barang terus meningkat naik dengan maksud kuasa beli wang atau pendapatan masing-masing semakin mengecil. |
Tak Boleh Tutup Mulut Lepas Menguap Posted: 10 Apr 2011 03:44 PM PDT 7 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SEBANYAK 26 batang kayu kecil dimasukkan ke dalam mulut Holly Thompson. KINGSTHORPE, Britain - Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, Holly Thompson tidak dapat menutup mulut selepas dia menguap semasa berada di dalam kelas di Sekolah Perempuan Northampton di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, dia meminta seorang rakan menutup mulutnya tetapi apa yang berlaku ialah dia berasa sakit semasa percubaan itu dilakukan. Holly kemudian dihantar menemui seorang jururawat sekolah tetapi dia gagal untuk menutup mulutnya walaupun air panas dan ketul ais diletakkan di bawah dagunya. Dia kemudian dihantar ke Hospital Besar Northampton dan rahangnya terkatup semula selepas 26 batang kayu kecil mirip batang aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya. Dr. Ejiro Obakponovwe memasukkan batang kayu itu yang diikat dengan pita pelekat dengan tujuan untuk menjadikan rahang Holly menjadi letih kerana gigi Holly menggigitnya buat seketika. Doktor wanita itu menarik perlahan-lahan batang kayu tersebut sebelum dia memegang kedua-dua pipi pelajar tersebut dan menutup mulut Holly. Pelajar itu kemudian dapat menutup semula mulutnya tanpa berasa sakit. Agensi |
Pesawat Kargo Bawa Pam Air Gergasi ke Jepun Posted: 10 Apr 2011 03:39 PM PDT 7 Jamadilawal 1432H. [MOD] - ATLANTA, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah pesawat kargo gergasi Rusia di sini digunakan untuk membawa pam air antara yang terbesar di dunia ke Jepun, lapor sebuah akhbar semalam. Pam seberat 95 tan berharga AS$2 juta (RM6.04 juta) itu diletakkan di atas lori 26 roda dan akan digunakan untuk menyembur air ke dalam loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun yang rosak akibat gegaran gempa bumi kuat pada 11 Mac lalu. Ketua Pegawai Ekekutif Putzmeister Amerika, Dave Adams berkata, pihaknya berharap peralatan yang dikeluarkan syarikatnya akan dapat membantu kerajaan Jepun menyelesaikan masalah di loji jana kuasa nuklear itu. Masalah yang berlaku di loji tersebut kini ialah pekerja-pekerja berusaha untuk menyejukkan reaktor nuklear selepas sistem penyejukan mengalami kerosakan. Agensi |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan