Ahad, 10 April 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


SEKOLAH TELAH MENERIMA NOTIS PETUNJUK PILIHANRAYA UMUM

Posted: 10 Apr 2011 10:37 PM PDT



 Terdapat sekolah-sekolah di Negeri Sembilan yang telah menerima notis agar semua peperiksaan dalaman disempurnakan di bulan Mei 2011. Juga arahan supaya dewan sekolah tidak disewakan mulai  Jun 2011. Menurut laporan Sin Chew, pemberitahuan sedemikian biasa dihantar sebulan dua sebelum pilihanraya umum walaupun ia tidak menyebut secara khusus tentang pilihanraya. Namun, pemberitahuan sebegini sebagai petunjuk pilihanraya umum lazimnya tepat.

Some Negeri Sembilan schools have received notices asking internal exams to be concluded by May and school halls should not be leased out from June onwards. Such notices are usually sent by the government one or two months before general elections although the letters never explicitly mention it as the reason.

These kinds of notices can be an indicator of elections and it's usually quite accurate.

School notices point to June polls
By Yow Hong Chieh
 Malaysian Insider

April 11, 2011

KUALA LUMPUR, April 11 — Government notices regimenting  school exam may suggest June or July snap polls, depending on the Sarawak state election outcome, Sin Chew Daily has reported.

The Chinese-language daily said today some Negeri Sembilan schools have received notices asking internal exams to be concluded by May and school halls should not be leased out from June onwards.

A Selangor Chinese primary school principal told the paper such notices are usually sent by the government one or two months before general elections although the letters never explicitly mention it as the reason.

"But these kinds of notices can be an indicator of elections and it's usually quite accurate," said the principal, who declined to be named.

According to Sin Chew Daily, only a small number of schools have received notices so far and that the timing of the next general election will likely depend on how well Barisan Nasional (BN) does in the Sarawak polls.

Sarawak will go to polls this April 16 in an election that is fast becoming BN's to lose.

While PR's leaders have long admitted that BN would successfully keep the hornbill state, many have expressed confidence that the state assembly majority would be significantly reduced.

BN presently has 63 seats in the 71-seat assembly while DAP has six and PKR and Parti Cinta Malaysia have one each.

EXCO PENDIDIKAN DALAM PROGRAM PERASMIAN SEK RENDAH AGAMA OLEH SULTAN SELANGOR

Posted: 10 Apr 2011 08:05 AM PDT

7.4.11
Tanjong Karang, Selangor
DYMM Sultan Selangor berkenan mencemar duli merasmikan SRA Sg Tengi Kanan, Tanjong Karang,
Majlis meriah disertai oleh YAB Menteri Besar Selangor, EXCO Agama. EXCO Pendidikan, Pengarah JAIS,Pengarah MAIS,SUK dan pegawai-pegawai kerajaan Selangor.
Beberapa pameran diadakan oleh sekolah-sekolah,JAIS,UNISEL dan lain-lain
EXCO bersama guru-guru
DYMM Sultan Selangor bersama MB, EXCO-EXCO dan guru-guru
DYMM tunduk menanya nama pelajar tahun 1

UMRAH HOLISTIK SPIES (Spiritual,fizikal,intelektual,emosi dan sosial) banyak kelainan

Posted: 10 Apr 2011 04:17 AM PDT

Pengalaman ibadah umrah memberi impak yang berbeza kepada setiap ummat Islam yang diterima sebagai tetamu Allah. Pengalaman saya sendiri ketika faham falsafah dan konsep umrah,tawaf, sa'i, solat, munajat bahkan konsep mengabdikan diri kepada Allah melahirkan perbezaan yang amat besar daripada yang pengalaman yang lepas.


Kesedaran sentiasa bersama Allah di mana jua dan apa jua keadaan menimbulkan keseronokan dan kebahagiaan yang sangat menakjubkan.

Penyerahan tuntas kepada Allah membolehkan saya menaiki jabal Nur dan masuk ke gua Hira' tempat historik wahyu pertama turun kepada baginda Rasulullah.saw. Keadaan kedua kaki saya yang bengkak ketika sampai ke kaki jabal Nur menyebabkan saya terasa sangat sakit untuk berpijak. Lazimnya sebelum ini kes yang seperti ini,  saya selaku Doktor Perubatan akan menasihatkan pesakit saya untuk pulang ke rumah dan rehatkan kaki supaya cepat surut..Adalah tidak praktikal untuk kaki yang seperti itu menaiki gunung!

Namun saya telah nekad kerana mahu kaki saya menjejaki langkah-langkah yang telah dijejaki oleh Saidatina Khadijah ketika membawa bekalan makanan kepada Nabi s.a.w yang melalui persiapan spiritual di gua Hira'.

Lebih penting saya juga berdialog dengan kaki saya:" Kamu hanyalah alat fizikalku.Aku mahu pergi di tempat gua yang Nabi mendapat wahyu IQRA'...Engkau bawalah aku kesana."

Dengan menyebut kalimah Allah sepanjang anak tangga saya berjaya sampai ke puncak Jabal Nur....SAYA MERASAKAN KEBESARAN ALLAH......Saya melihat betapa tingginya jabal Nur.....di bawah sinaran bulan purnama yang menerangi alam.Saya tidak perlukan 'torch light' semasa mendaki. Setelah sampai di puncak saya melihat masjidil haram nun kecil di bawah sana.Saya mula faham nama Allah al Wasi' (  yang maha luas), saya mengintai jendela maksud ALLAH MAHA TINGGI.

Subhanallah! Kemudian kami harus turun sedikit ke bawah dan menyelitkan badan di antara batu-batu besar untuk sampai ke gua hira'.Alhamdulillah saya berjaya sampai ke tempat Nabi s.a.w beruzlah berbulan-bulan. Indahnya perasaan tidak boleh dibayangkan.Harumnya tempat ...tiada perbandingan. Nyamannya udara..hening malam pukul 2 pagi yang bersejerah itu.Nikmatnya luar biasa. Roti dua  keping yang dibawa saya tak makan kerana tidak rasa  lapar.
    Kucing yang menemani saya daripada kaki gunung datang baring manja di atas pangku saya setelah solat sunat. Semuanya indah.

Indah berada di tempat manusia paling agung pilihan Allah melakar sejarah. Istimewa diberikan kesempatan oleh Allah swt.berada di Raudhah tempat jasad Nabi s.a.w pada hari sebelumnya.Malam itu pula berada tempat Jibril diturunkan untuk mengajar manusia topik pertama dalam MANUAL HIDUP manusia yakni mengenai konsep ilmu yang syumul.

Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan untuk sentiasa bersama memperjuangkan apa yang telah diperjuangkan utusanNya Nabi Muhammad s.a.w, Amin.






Beriman kepada yang ghaib seperti akhirat perlukan mata hati yang berfungsi

Posted: 10 Apr 2011 02:48 AM PDT

Untuk menangkiskan virus yang menyebabkan katarak mata hati perlu hapuskan dengan anti viral tazkiyatul nafs.Virus yang membawa penyakit ujub, hairan,riya',sum'ah dan segala penyakit yang disebut dalam Surah At Takathur(bermegah-megahan) adalah semua virus spiritual yang melumpuhkan daya tahan jiwa dan membutakan mata hati. Wajarlah tomakninah sebentar untuk mengambil tonik spiritual ini.......

Tiada ulasan:

Nuffnang