Ahad, 10 April 2011

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


PRN Sarawak 2011: "kamek maok perubahan"

Posted: 09 Apr 2011 11:20 PM PDT

9 April,Sebuyau-Pilihanraya negeri sarawak bagi DUN Sebuyau menyaksikan perlawanan 3 penjuru diantara BN-PBB,PAS dam BEBAS.BN-PBB diwakili Julaihi Narawi,telah memegang kawasan ini selama 4 penggal.Manakala PAS ditandingi oleh Adam Ahid dan BEBAS diwakili oleh ali bin Semsu. Sebuyau mempunyai 8,042 pengundi meliputi 8 Mukim iaitu Sg. Apin,Tanjng Beluku,Slangking, Seruyu,Entangor, Sebangan,Sebuyau dan Senayang.Majoriti penduduk adalah Melayu diikuti Iban dan Cina.

Setelah hari penamaan calon 6 April lalu,kempen telah digerakkan dengan agresif oleh Kontinjen PAS dari
negeri Kedah,Perlis,Perak dan Pulau Pinang.

Petugas-petugas PAS dilihat semakin bertambah dibahagian MMuslimat PAS daripada 11 orang pada awal hari berkempen kepada 19 orang setakat ini.Penyertaan Muslimat terdiri 11 dari semenanjung, selebihnya dari bandar Kuching.

Kawasan Sebuyau dianggap panas berikutan perubahan angin pemuda yang condong kepada perjuangan PAS.Pelbagai program mula diaturkan oleh BN dengan mengadakan program hiburan serta menaikkan kain rentang berunsur ugutan di beberapa buah kampung termasuk Kg.Hulu. Turut kelihatan beberapa kali helikopter berlegar kawasan ini bagi meninjau suasana Sebuyau ketika ini.

Dikhabarkan perdana Menteri juga akan turut singgah di kawasan Sebuyau bagi tujuan kempen yang dikatakan memberi tentangan hebat kepada penyandang yang dikatakan tidak melakukan sebarang perubahan semenjak 4 penggal memegang kawasan ini.

Isu yang menjadikan sebutan dikalangan penduduk merupakan masalah setempat yang sekian lama mencengkam sejak 20 tahu lalu. Antaranya, tanah adat yang dirampas tanpa sebarang pampasan mahupun persetujuan,yang menyebabkan kaum Iban dan Dayak terpaksa mencari tempat baru. Dan diskriminasi yang ditunjukkan oleh PBB terhadap penduduk sekitar dalam hal kebajikan juga dianggap serius daripada aduan mereka tidak pernah dilayan sama sekali.

Bagaimanapun isu nasional tidak mendapat perhatian kerana mereka beranggapan tiada kepentingan untuk diperkatakan, biarpun isu video seks terus menjadi tajuk utama berita.

Daripada kempen di Mukim Entangor bersama petugas PAS terdiri daripada YB amirudin dan Zul Tualang mendapati,sebahagian penduduk dilihat masih lagi berada dalam lingkungan miskin tegar dimana mereka sukar untuk mendapat perkhidmatan yang selesa seperti kemudahan jalan dan sukar untuk mendapat bantuan awam yang disediakan kerajaan.

Seorang penduduk dari kawasan terbabit ketika ditemui menceritakan perjalanan dari kampung beliau untuk sampai ke pekan sebuyau memakan masa 2 jam dengan hanya berjalan kaki berikutan tiada kemudahan disediakan sejak dahulu lagi.

Ugutan juga dilaporkan oleh penduduk selepas beberapa individu dari pihak lawan menyatakan bahawa undi tidak lagi menjadi rahsia menyebabkan penduduk menjadi resah dengan perkara tersebut.

PAS dilihat semakin bersemangat dengan keterbukaan kebanyakan penduduk yang menuntut perubahan, sokongan yang ditunjukkan juga dilihat positif.PAS yang sebelum ini diburukkan oleh parti lawan berbeza dari apa yang disangka.

Dalam masa yang singkat juga,gerak kerja dilihat lancar dengan  melantik kesemua 2 orang petugas dan agen kira undi dikesemua 26 UPU seluruh sebuyau.

Liputan mengenai DUN Sebuyau sedikit hambar memandangkan kesemua petugas terlalu sibuk dengan aktiviti masuk kampung yang telah disusun, disamping kemudahan internet yang terhad dan bekalan elektrik yang seringkali putus mengejut.

Sebarang liputan dan maklumat mengenai Sebuyau boleh dihantar kesini atau didapati disini untuk maklumat luar.

"Tiada istilah Kalah dalam perjuangan Islam, hanya ada menang"-Ust. Nasharudin Md Isa.

    *gambar tak dapat di upload sebab internet slow.

Tiada ulasan:

Nuffnang