Selasa, 22 Mac 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 21 Mar 2011 10:19 PM PDT



IKLAN
TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
SESI PERTAMA TAHUN 2011

Tarikh Tutup Permohonan Pada 1 April 2011

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Pertama Tahun 2011 bermula pada 31 Januari 2011 (Isnin).

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

2. Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).

(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' Negeri Selangor:
Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.

3. Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik
Ijazah Pertama
  • Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM;
  • atau Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM.
Diploma
  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
Sijil (IPTA)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.



PROSEDUR PERMOHONAN

1. Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui:

(i) Kaunter: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau

(ii) Pos: Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm x 23 cm yang dilekatkan dengan setem RM1.00 ringgit beralamat sendiri serta no. telefon untuk dihubungi beserta wang pos/ money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut di bawah.

Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-55212275 / 55447480/ 55447543

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2011 (Jumaat). Borang-borang yang diterima selepas tarikh tersebut atau didapati tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Urus Setia di talian 03-55447480 / 55212275.

3. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangor www.selangor.gov.my

download MUAT TURUN IKLAN TAWARAN SESI 1/2011 VERSI PDF

Posted: 21 Mar 2011 10:09 PM PDT

IKLAN JAWATAN KOSONG 2011

JABATAN

TARIKH TUTUP IKLAN

MUAT TURUN IKLAN DAN BORANG PERMOHONAN

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

- Penghulu (Gred NP27)

4 APRIL 2011

PERMOHONAN SECARA ONLINE DI HTTP://SPN.SELANGOR.GOV.MY

Telefon : 03-55445409, 03-5545411, 03-55445421

MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR

- Pembantu Belia Dan Sukan (Gred S17)

31 JANUARI 2011

Muat Turun Iklan
*Tiada borang, sila hantar Surat Permohonan Dan Resume kepada urusetia.

Telefon : Tel : 03-55109063 / 03-55196380
Fax : 03-55101377
Laman web : www.msnselangor.gov.my

MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR

- Pembantu Tadbir (Gred N17)

7 FEBRUARI 2011

Muat Turun Iklan
*Tiada borang, sila hantar Surat Permohonan Dan Resume kepada urusetia.

Telefon : Tel : 03-55109063 / 03-55196380
Fax : 03-55101377
Laman web : www.msnselangor.gov.my

Kemaskini pada 21 Mac 2011


IINFO MENGENAI JAWATAN KOSONG :

1. Jawatan di Kerajaan Negeri Selangor :

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor kini telah menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara on-line. Pemohon hendaklah terlebih dahulu mendaftar dalam sistem kami dan mengisi borang permohonan di http://spn.selangor.gov.my/e-perjawatan/e-borang.html

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dikemukakan kepada pihak Urusetia di alamat berikut :

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Selangor Darul Ehsan,
Tingkat 1, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam.

Semakan status permohonan juga boleh dibuat secara on-line di alamat berikut:-
http://spn.selangor.gov.my/e-perjawatan/periksa-status-permohonan.html

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Urusetia di talian:
03-5544 5409, 03-554 5411, 03-55445421

Maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan boleh disemak di alamat berikut:-
http://spn.selangor.gov.my/e-perjawatan/tawaran-jawatan.html

Atau boleh juga hubungi:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 3, Bangunan SSAAS, Shah Alam
Tel : 03-55447466 / 7964

2. Untuk peluang pekerjaan di sektor awam, digalakkan mendaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui www.spa.gov.my. Pendaftaran dan pengambilan bekerja dijalankan sepanjang masa.

3. Untuk peluang pekerjaan di sektor swasta, boleh menyertai program "Selangor Help Line" iaitu satu program Kerajaan Negeri Selangor bersama Jobstreet Malaysia untuk pekerja yang diberhentikan atau pencari pekerjaan sekitar Selangor. Boleh layari laman web berikut untuk terus mencari pekerjaan dan mendaftar dengan Jobstreet Malaysia : http://my.jobstreet.com/announcement/2009/s/srh_ms.htm

4. Perkhidmatan penjodohan pekerjaan melalui www.jobsmalaysia.gov.my disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Diharap maklumat ini dapat membantu para pencari pekerjaan.

Posted: 21 Mar 2011 10:02 PM PDT




SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DUN SRI MUDA 2011 PENUH WARNA WARNI











Posted: 21 Mar 2011 10:02 PM PDT

Semakin Hebat Diaibkan, Semakin Ramai Sokong Anwar
21/03/2011 Share


PETALING JAYA 21 MAC: Walaupun dikaitkan dengan pelbagai fitnah termasuk digelar agen Yahudi, pengamal hemoseksual dan terbaru dikaitkan dengan video rakaman seks yang diedarkan hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah hilang sokongan rakyat.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, semakin liar tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar, ia hakikatnya menguatkan sokongan rakyat kepada Ketua Umum PKR itu.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi, Saifuddin menganggap kebangkitan rakyat tidak akan disekat melalui klip video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang.

Malah katanya, sejak dari awal penubuhan parti itu telah dikecam dengan pelbagai tomahan namun masih berjaya dibuktikan dengan sokongan rakyat untuk membebaskan negara daripada cengkaman politik Umno-Barisan Nasional (BN).

"Ujian sokongan sebenarnya pada pilihanraya. Kita bermula dengan lima kerusi Dewan Undangan Negeri. Datuk Seri Anwar turut diserang (sebagai) agen asing, agen Yahudi, pengkhianat Melayu dan bermacam lagi. Kita masuk pilihanraya lagi sehingga 2008, kita mampu memenangi sehinggi 31 parlimen dan 43 Dewan negeri dengan 1.5 juta sokongan pengundi," ujar Saifuddin.

Negara hari ini digemparkan dengan tayangan video lucah yang didakwa melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh individu
bergelar Datuk T.

Dengan kehadiran ketua-ketua editor media arus perdana dan anggota Unit Khas PDRM, video tersebut ditayangkan selama 21 minit.

Namun pengamal media tidak dibenarkan mencatat sebarang nota atau membuat rakaman ketika ianya ditayangkan di Carcosa Seri Negara pagi tadi.

Rakaman tersebut dilakukan pada 21 Februari tahun ini dengan peralatan kamera canggih bertujuan untuk memerangkap Anwar dan kepimpinan PKR.

Seterusnya individu bergelar Datuk T itu turut mengugut untuk mendedahkan video itu sekiranya Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu.

Anwar seterusnya menafikan perkara itu dalam sidang media yang sama dan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 10.30 pagi esok.


Sumber: TV Selangor

Tiada ulasan:

Nuffnang