Selasa, 22 Mac 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Membunuh Karakter DSAI Untuk Menamatkan Sebuah Perjuangan Rakyat

Posted: 21 Mar 2011 07:22 PM PDT

21 Mac - Setelah dituduh melakukan pelbagai siri liwat, melebamkan mata sendiri dalam tahanan polis, agen yahudi, agen CIA, perasuah dan pengkhianat negara, terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh pula sebagai seorang penzina yang tegar berikutan video seks yang didedahkan kepada pengamal media sebuah hotel di ibu negara.

Pilihanraya Sarawak yang akan bermula dan PRU ke 13 yang akan datang dijangka akan menyaksikan penyebaran video lucah tersebut akan sampai hampir ke setiap ceruk dan pelusuk negara, sekaligus menjadikan masalah sosial masyarakat terutama yang melibatkan remaja akan semakin meruncing dalam negara kita.

Taktik membunuh karakter seseorang pemimpin dengan cara seperti ini melambangkan sebahagian pemimpin, pelobi dan pengamal media di negara kita sudah tidak ada roh, kering, tandus dan bersedia menerima segala penipuan dan pembohongan, yang bukan sahaja sekadar menjadi bahan bualan di kedai kopi, tetapi juga sebagai berita utama yang disiarkan oleh media utama di seluruh negara.

Berikut kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

 



Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu.



Tayangan tengahari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya negeri Sarawak. Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairan lah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.


ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Tiada ulasan:

Nuffnang