Selasa, 22 Mac 2011

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Budaya Berhutang Rakyat

Posted: 21 Mar 2011 05:37 PM PDT



Kawal Perbelanjaan Isi Rumah

1.Rakyat Malaysia sememangnya gemar berhutang , hutang isi rumah rakyat Malaysia berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) cukup tinggi di kalangan negara- negara Asia.

2. Amalan berhutang ini didasari oleh sikap rakyat Malaysia sendiri yang suka berbelanja dan menunjuk-menunjuk. Jika tidak, mana mungkin wujud kata-kata seperti, 'biar papa asal bergaya'.

3. Ada yang sanggup meminjam kerana ingin melangsungkan perkahwinan, melangsaikan hutang kad kredit, membeli perabot baru. Pinjaman sebegini berisiko tinggi dan memberi implikasi negatif kepada peminjam untuk jangka masa panjang.

4. Pada usia muda lagi sudah berhutang di sana dan sini. Hutang rumah, hutang kenderaan, hutang pelajaran ditambah lagi dengan hutang kad kredit dan pinjaman peribadi, bilakah masanya golongan belia mampu menyimpan wang daripada pendapatan yang diperoleh mereka?

5. Kajian menunjukkan hanya 20 peratus rakyat Malaysia berasa selesa untuk bersara tanpa perlu bekerja selepas persaraan. Selebihnya iaitu 80 peratus lagi terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan mereka meskipun sudah melewati tempoh persaraan wajib.

6. Kegagalan mengurus kewangan ketika muda menjadi faktor meningkatnya jumlah hutang rakyat Malaysia. Perkara ini perlu dipandang serius dan ditangani sebaik mungkin agar masyarakat Malaysia tidak dibelenggu masalah kewangan kala usia sudah tua.

7. Kerajaan senantiasa mengadakan kempen berjimat cermat dalam membentuk budaya yang sihat dalam pengurusan kewangan. Kak Midah percaya dengan pengurusan kewangan yang bijak, mampu mengawal nafsu serta menghakis perupamaan 'biar papa asal bergaya' mampu membendung sikap budaya berhutang dikalangan kita.

Kak Midah
Ipoh, Perak

Tiada ulasan:

Nuffnang