Selasa, 22 Mac 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Tangkap segera Datuk T, gesa Karpal

Posted: 22 Mar 2011 06:28 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Kenapa dedah video hari Dun Sarawak bubar

Posted: 22 Mar 2011 02:51 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pakatan Rakyat tidak menolak pendedahan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang semalam merupakan konspirasi jahat pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ianya memandangkan video itu ditimbulkan pada hari yang sama dengan pembubaran Dun Sarawak.

"Rakaman (video seks) timbul pada hari yang sama dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan menunjukkan ada kepentingan politik tertentu.

"Pakatan Rakyat menggesa rakyat bersatu untuk menolak taktik kotor ini dan menentang usaha pihak tertentu yang menggunakan video lucah untuk menjatuhkan lawan," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen hari ini.

Beliau juga berharap rakyat khususnya umat Islam tidak cepat percaya dengan fitnah sedemikian.

Menganggap rakaman video itu sebagai drama, bahan rakaman seperti yang ditunjukkan kepada media tertentu itu tidak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa seseorang.

"Dalam Islam ditekan jika menerima sebarang berita, hendaklah diselidiki dahulu berita itu.

"Sekadar rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti. Kena hadirkan empat orang saksi, siapa jurukameranya.

"Di mana video itu ditayangkan? Di hotel. Jadi itu hanya drama," katanya.

Sementara itu, Anwar ketika menjawab pertanyaan wartawan samaada beliau akan bersumpah bahawa beliau bukan individu dalam video itu atau tidak,beliau berkata hanya mahkamah yang berhak menentukannya.

"Soal sumpah itu,mahkamah yang tentukan," jawabnya.

Turut bersama pada sidang media itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, Ketua AMK dan beberapa pimpinan lain.

Harakahdaily/-

Pakatan selesai bahagi kerusi p'raya Sarawak

Posted: 22 Mar 2011 02:49 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pengagihan kerusi bagi PAS, PKR dan DAP bagi pilihan raya negeri Sarawak telah selesai dan Pakatan Rakyat bersedia bekerja sebagai satu pasukan di negeri itu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketiga-tiga parti termasuk Snap bersetuju dengan kerusi yang ditetapkan.

"Secara keseluruhan kita telah bersetuju dengan pengagihan kerusi dan kita akan bekerja sebagai satu pasukan Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen, sebentar tadi

PAS Perak sedia hadapi pilihanraya bila-bila masa.

Posted: 22 Mar 2011 02:39 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Mohd Hafez Sabri

IPOH, – PAS Perak bersedia menghadapi pilihan raya umum atau pilihanraya di Negeri Perak sahaja, bila-bila masa dari sekarang, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain.

Walaupun kuasa memanggil pilihan raya itu terletak di tangan Perdana Menteri untuk membuat suatu kejutan, Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia," jelas beliau.

Beliau mengulas kenyataan kemungkinan DUN Perak juga akan dibubarkan dalam masa terdekat memandangkan DUN Sarawak sudahpun dibubarkan.

Beliau juga menganggap Datuk Seri Najib Razak tidak memahami konsep Negara domokrasi yang sebenar kerana beliau ada menyatakan tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Sebelum ini, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga berkata, soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya umum pada bila-bila masa.

Serang Libya: Jemput penyamun untuk halau perompak?

Posted: 22 Mar 2011 02:20 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Oleh: Dr Azman Ibrahim

Artikel saya di Harakahdaily dan beberapa laman web serta blog termasuk Buletin Online dan Cina Islam bertajuk 'Serang Libya Cetus Banyak Persoalan' mengundang banyak komen dan respon. Ada yang memahami dengan baik maksud yang ingin saya utarakan tetapi ada yang agak melulu menghentam kononnya saya menyokong Gaddafi untuk melakukan pembunuhan terhadap rakyatnya sendiri! Nauuzubillah...

Menguatkan lagi hujah mereka, dikemukakan kepada saya data-data yang memang telah saya sedia ketahui tentang bilangan rakyat awam yang menjadi mangsa keganasan regim Gaddafi. Terima kasih atas segala maklumat tambahan.

Dengan menghargai segala komen yang diberikan terutamanya yang bersifat kontra dan negatif, sukacita saya menjelaskan tiada sekelumit pun dari maksud artikel berkenaan bermaksud untuk menyokong regim Gaddafi samada secara langsung atau tersembunyi.

Tiada keraguan lagi Gaddafi wajib pergi. Malah As Syeikh Dr Yusuf Al Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa kepada mana-mana tentera yang berpeluang untuk melepaskan tembakan ke arah Gaddafi, mereka perlu melakukannya.

Kekejaman Gaddafi sepanjang 42 tahun pemerintahan memerlukan helaian panjang untuk disenaraikan terutamanya jenayah berkaitan hak asasi manusia, penderaan kepada para penentang, pembunuhan oposisi, tahanan tanpa bicara, penggelapan kekayaan hasil minyak negara, penafian hak bersuara dan pelbagai lagi. Ramai pemimpin penentang yang hilang begitu sahaja tanpa dikesan. 'Freedom of Press index' pernah menamakan Libya sebagai negara paling tertutup di rantau Timur Tengah dan Utara Afrika.

Apa yang menjadi persoalan pokok, setelah hampir seluruh dunia sepakati bahawa Gaddafi wajib pergi, dan rakyat sendiri telah bangun atas nama jihad untuk memerangi regim Gaddafi serta kekuasaan Gaddafi sendiri seolah-olah bagai telur dihujung tanduk dengan bandar demi bandar jatuh ke tangan pejuang (saya sama sekali tidak bersetuju dengan istilah pemberontak), tiba-tiba kuasa barat dengan diketuai AS disertai Francis, Britain dan beberapa negara lain berlagak wira dengan lesen kononnya melaksanakan resolusi PBB bagi menguatkuasakan zon larangan terbang ke atas Libya, mereka menghalalkan tindakan menghujani bumi Libya dengan ratusan 'Tomahawk'.

Walaupun mereka mengatakan yang menjadi tumpuan serangan adalah sasaran-sasaran ketenteraan tetapi dengan tegas saya katakan: "Ini satu pembohongan!"

Istilah sasaran ketenteraan ini agak sinonim sepanjang 6 tahun saya menetap di Iraq ketika era pasca perang teluk dari 1993-1999. Dengan alasan untuk menguatkuasakan sekatan ekonomi PBB dan zon larangan terbang ke atas Iraq, bukan sedikit serangan udara yang dilancarkan sepanjang tempoh itu samada melalui pengkalannya di Arab Saudi, Bahrain, Kuwait atau Turki serta kapal perangnya di rantau Teluk Parsi.

Targetnya, sasaran ketenteraan Saddam!

Tanpa menafikan kecanggihan teknologi yang mereka miliki dalam masa yang sama kita tidak melupakan permusuhan sepanjang zaman dunia kristian terhadap dunia Islam, agak mustahil serangan yang dilancarkan dari jarak hampir beribu kilometer mampu tepat ke sasaran tanpa tersasar ke penempatan awam. Dengan mata saya sendiri, saya menyaksikan semua kekajaman ini dan dengan dua tangan ini, dalam keadaan serba kekurangan, saya pernah merawat beberapa penduduk awam yang tercedera parah ekoran serangan AS ketika menjalani latihan praktikal tahun akhir di Saddam Medical City, Baghdad. Mangsa terbunuh dan tercedera dalam serangan yang kononya disasarkan ke sasaran ketenteraan. Siapa penjenayahnya? Ketika itu George W. Bush.

Apatah lagi kalau kita mengaitkan serangan ini kebencian dunia barat dan kristian terhadap dunia Islam dan Ummat Islam. Musuh dunia kristian bukan hanya setakat tentera malah seluruh ummat Islam kecuali mereka yang sedia masuk ke lubang biawak bersama mereka. Untuk rekod, Saddam dan Gaddafi adalah penganut ideologi sosialis, ajaran yang memusuhi Islam.

Kalau boleh kita istilahkan, Saddam dan Gaddafi adalah perompak, bolehkah diundang penyamun (AS dan sekutunya) untuk menghalau perompak? Apakah ada penyamun berhati mulia yang akan berlalu begitu sahaja setelah perompak dikalahkan? Tentunya penyamun adalah gerombolan yang lebih ganas dan sadis, menjarah tanpa belas kasihan, merampas dan membunuh tanpa perikemanusian.

Lihatlah apa yang berlaku di Iraq sekarang. Amankah Iraq setelah regim Saddam menjadi sejarah? Teringat kata-kata seorang pensyarah saya di Universiti Baghdad dahulu. "Adanya Saddam adalah bala bagi rakyat Iraq, tetapi perginya Saddam dan hadirnya AS akan menjadi bala yang lebih besar." Saya tidak begitu memahami ungkapan ini sehinggalah selepas penjajahan AS di bumi Iraq tahun 2003 lalu sehingga sekarang masih rakus tanpa pernah kenyang mengaut kekayaan bumi Ummat Islam.

Berbalik kepada krisis di bumi Libya, sekali lagi kita senada, Gaddafi wajib pergi tapi bukan dengan camputangan barat yang hadir dengan telunjuk lurus kelingking berkait. Liga Arab yang mewakili 23 negara Arab Islam dan OIC mesti membuktikan kredibiliti dan keupayaan mereka menyelesaikan masalah ummat dan serantau. Ummat Islam di Libya wajib diselamatkan tanpa sebarang kompromi dan dolak dalih. Cubaan penjajahan era moden oleh kuasa barat mesti ditentang sehebatnya.

Liga Arab yang sebelum ini menyokong pembentukan Zon Larangan Terbang di Libya kini dilihat mula berubah nada setelah menyaksikan kemusnahan hebat ekoran serangan AS dan sekutunnya ini. Imej mayat-mayat orang awam yang terbakar bukan sahaja menyebabkan Liga Arab berubah fikiran malah turut menyebabkan Cina dan Rusia menyuarakan kekesalan terhadap keganasan AS dan sekutunya. Selain Cina dan Rusia, Presiden Venezuela, Hugo Chavez juga keras menyuarakan bantahan. Tapi di mana suara keras pemimpin Negara Islam? Kalau alasan serangan adalah untuk menghalang pembunuhan rakyat awam oleh regim Gaddafi, bagaimana pula dengan rakyat awam yang terkorban angkara Tomahawk? Apakah dengan resolusi PBB, pembunuhan tidak dianggap jenayah?

http:\\www.drazmanibrahim.com

P'raya Sarawak : Jangan Terpesong Dengan Video Seks Fitnah

Posted: 22 Mar 2011 01:48 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 22 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi Sarawak menolak cubaan Putrajaya menggunakan video fitnah seks terhadapnya untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada keperluan menamatkan pemerintahan rasuah Barisan Nasional.

Anwar turut menggesa Suruhanjaya Pilihanraya untuk memastikan pilihanraya yang telus dan adil khususnya undi pos dengan tempoh berkempen sekurang-kurangnya tiga minggu.

SPR akan bermesyuarat eok untuk menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi untuk 71 kerusi Dewan Undangan Negeri setelah DUN Sarawak dibubarkan semalam.

Anwar berkata parti komponen Pakatan Rakyat dan rakan pembangkang SNAP akan memutuskan pengagihan kerusi dalam beberapa hari untuk memberikan saingan hebat kepada Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Tv Selangor/-

Presiden Yaman pecat Kabinet

Posted: 22 Mar 2011 01:45 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SANAA - Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh mengumumkan beliau telah memecat Kabinetnya kelmarin berikutan ribuan penunjuk perasaan antikerajaan menuntutnya meletak jawatan segera dan melakukan reformasi politik sejak bulan lalu.

Sebelum ini, Ali Abdullah telah meminta ahli Kabinetnya untuk menggantikan tempatnya untuk sementara waktu sehingga beliau membentuk kerajaan baru.

Beberapa menteri telah meletak jawatan termasuk duta Yaman di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Abdullah Alsaidi sebagai tanda protes terhadap kekerasan tentera selepas pasukan keselamatan negara itu melakukan serangan ke atas penunjuk perasaan, di mana sekurang-kurangnya 52 maut, Jumaat lalu.

Sementara itu, puak bersekutu paling berkuasa di negara itu turut menuntut Ali Abdullah supaya meletak jawatan dengan segera sekali gus menambahkan tekanannya.

Ratusan ribu penunjuk perasaan antikerajaan menyertai perarakan pengebumian 30 rakyat Yaman semalam yang terkorban dalam serangan berdarah yang dilakukan oleh pasukan tentera negara itu.

Ali Abdullah turut mengisytiharkan Hari Berkabung Kebangsaan Yaman semalam untuk 'pejuang demokrasi' yang terkorban, dan menyalahkan kumpulan pembangkang yang memulakan hasutan dan kekacauan sehingga berlaku pembunuhan.

Presiden Yaman itu mula berkuasa sejak 1978, dan sedang berhadapan dengan salah satu cabaran paling berat dalam tempoh beliau memerintah negara itu.

Sinar Harian/-

Tiga beranak jadi mangsa rompak

Posted: 22 Mar 2011 01:34 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

FELDA CHEMPLAK - Sebuah rumah di sini, dipecah masuk empat lelaki sekitar jam 4.15 pagi, semalam.

Semasa kejadian, penghuninya sedang nyenyak tidur mengakibatkan mereka kerugian membabitkan sebuah kereta Proton Iswara, sebuah komputer riba, gelang dan rantai emas serta wang tunai.

Mangsa, Rohaizat Muhammad, 32, berkata, kejadian berkenaan hanya disedarinya apabila perompak mengejutkannya meminta kunci kereta.

"Sebaik terjaga, penyamun berkenaan mengugut saya dengan parang dan meminta menyerahkan kunci kereta kemudian mengikat tangan saya dengan tali pinggang supaya tidak mengejar mereka.

"Semasa dalam usaha melepaskan diri, saya terdengar jeritan emak di luar bilik kerana rantai dan gelangnya turut dirampas," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ketika perompak berusaha melarikan diri dengan keretanya, dia mendapati salah seorang mereka sedang menunggu di luar rumah dan dia sempat membaling pasu bunga ke arah keretanya.

Rohaizat berkata, ini adalah kejadian pertama rumahnya dimasuki perompak dan bersyukur kerana adik serta ibunya tidak dicederakan walaupun dia sendiri mengalami kecederaan ringan pada pipi akibat dipukul dengan hulu parang.

Sementara itu, anggota Rukun Tetangga Felda Chemplak, Malik Abd Hamid, 60, berkata, pada tengah malam sebelum kejadian, pasukannya ada terserempak dengan empat penyamun berkenaan semasa membuat rondaan dan mereka lari ke dalam kebun sebaik dikejar.

"Anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) kita sentiasa berjaga hingga lewat malam bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku tetapi tidak menyangka masih terjadi dan melibatkan penduduk di sini," katanya.

Sinar Harian/-

PAS tanding 3 ke 6 kerusi Dun Sarawak

Posted: 22 Mar 2011 01:00 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 23 Mac: PAS akan meletakkan calon bertanding antara tiga ke enam kerusi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini.

Untuk itu, katanya, parti tersebut menyerahkan kepada Timbalan Presiden, Nasharuddin Mohd Isa, untuk urusan perbincangan dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Bagi tujuan itu jawatankuasa DUN yang mahu ditandingi itu telah dibentuk dan kerja-kerja awal telah berjalan. Saya lihat Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak pun bagus dan menunjukkan kesungguhan," katanya di pejabatnya di sini.

DUN Sarawak dibubarkan semalam bagi membolehkan pilihan raya Sarawak ke-10 diadakan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat di Kuching, Rabu ini, bagi memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Sarawak mempunyai 71 kerusi Dun. Pada pilihan raya negeri lepas (2006), PAS hanya bertanding di N24 Beting Maro dan calon PAS Alem Din PAS hanya tewas kepada BN dengan majoriti 895 undi.

Menurut Tuan Ibrahim, di Sarawak agak kurang kempen isu kaum dan berbeza dengan Semenanjung. Sementara PAS pula akan menumpukan isu tanah, isu pembangunan dan isu pengabaian terhadap rakyat

"Fokus kempen kita yang pertama akan ditumpukan kepada isu tanah. Tanah adat telah dirampas secara zalim di mana tanaman mereka telah dimusnahkan dan tanah tersebut diserahkan kepada kroni.

"Kedua isu pembangunan, di mana pembangunan sangat teruk di Sarawak. Bayangkan hanya setengah jam perjalanan dari bandar Kuching, kemudahan asas sudah tidak ada. Bagaimana kerajaan mahu membawa Malaysia maju 2020.

"Ketiga, isu pengabaian terhadap rakyat oleh oleh Adun-Adun BN sehingga ada di anatara mereka yang tidak pernah turun padang menjenguk rakyat," katanya yang baru pulang dari Sarawak.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mengakui kesedaran politik kepada masyarakat luar bandar di Sarawak amat ketara sehingga mereka tidak tahu hak mereka.

Katanya, antara lain disebabkan kawasan yang luas dan maklumat susah nak sampai sebab itu PR minta tempoh kempen dipanjangkan sehingga dua ke tiga minggu.

"Bayangkan, terdapat dua jurang masyarakat yang melampau di Sarawak iaitu yang kaya sangat kaya manakala yang miskin pula terlampau miskin.

"Jadi sasaran kita ialah berusaha untuk menafikan majoriti dua pertiga BN di dewan bagi memperjuangkan hak rakyat yang tidak menggambarkan di negara 50 tahun merdeka.

"Sebab itu pada seminar anjuran Lajnah Tanah PAS Pusat di Sarawak yang saya hadiri dulu ada sedikit sambutan. Saya katakan kepada mereka bahawa perubahan dan kekuasaan berada di tangan rakyat sendiri," katanya.

Tambahnya, usaha dan gerak PAS menampakkan sedikit kesan dan harapan mereka kepada PR tinggi.

"Kita harap pengundi Sarawak akan menghantar isyarat kepada Putrajaya bahawa 'tsunami politik 2008' masih berjalan."

Harakahdaily/-
Oleh : Khairil Abdul Rahim.

Pegawai JPJ didakwa terima rasuah RM150

Posted: 22 Mar 2011 12:47 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima suapan sebanyak RM150 bagi menyelesaikan dua kes saman JPJ.

Mengikut kertas pertuduhan, P.Prakash, 29, dari Kampung Jawa, Kuantan, didakwa menerima RM150 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk menyelesaikan dua saman JPJ kerana tidak memakai tali pinggang keledar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kedai Gunting Arif MZ, Cenderawasih, Kuantan pada 8 Jun 2010, kira-kira jam 2.25 petang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Shafinaz Shabudin.

Hakim Fathiyah Idris kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Beliau kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 22 April depan bagi membolehkan tertuduh mendapatkan khidmat peguam.

Sinar Harian/-

Mengapa Tema Serangan Anwar Tidak Pernah Berubah?

Posted: 22 Mar 2011 12:30 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOMENTAR : Pada 1998 satu gerakan tersusun menyusup masuk dalam Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di mana Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung. Anasir ini membekalkan buku "50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri" dalam beg cenderamata perhimpunan.

Anwar berang dengan perbuatan licik itu dan membuat laporan polis. Beliau berasa difitnah. Polis pun menyiasat. Anwar pula mengarahkan peguam untuk menyaman penerbit buku itu, Allahyarham Khalid Jafri.

Akhirnya, dalam usaha mahu membersihkan namanya dari pelbagai fitnah yang terkandung dalam buku itu, siasatan polis itu beralih kepada Anwar sendiri. Natijahnya kini sejarah. Anwar dibicarakan, dan dalam proses itu pelbagai cerita menggiurkan didedahkan di mahkamah.

Namun separuh jalan, mahkamah memutuskan untuk menolak cerita-cerita seks yang dikatakan membabitkan Anwar dan akhirnya tuduhan dipinda dan Anwar disabitkan atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa. Dia pun dipenjarakan.

Hari ini, skrip hampir sama berulang. Seorang yang memperkenalkan dirinya Datuk "T" menayangkan video seks yang menggambarkan perlakuan seks membabitkan lelaki seiras Anwar.

Malah Datuk T berkata, beliau akan mengirimkan salinan video itu kepada pemimpin pembangkang itu dan isterinya. Beliau memberi mereka tempoh seminggu untuk meletakkan semua jawatan politik.

Datuk T menegaskan bahawa beliau tidak mahu membabitkan kerajaan dalam kes ini. Jika pemimpin terbabit tidak mahu meletak jawatan beliau akan menggerakkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan menubuhkan pasukan bertindak khas untuk membuat siasatan forensik terhadap video berkenaan.

Meskipun Datuk T tidak mahu kerajaan terbabit, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddiin Hussein tidak dapat mengawal "kegayatan dan naluri politiknya" untuk memberi komen terhadap kemunculan video seks ini.

Hishamuddin berkata, orang yang terbabit dalam video seks, jika berasa dirinya difitnah, harus buat laporan polis. Biar polis siasat. Anak Perdana Menteri Ketiga ini berkata, polis tidak sama sekali terbabit dalam pembikinan video ini. Aneh!

Siapa yang bertanya dan mengapa pula menteri ini perlu menafikan pembabitan polis dalam pembikinan video yang beliau sendiri dakwa "belum tonton dan mungkin tidak akan menontonnya?"

Namun beliau berkata, jika video itu benar membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, maka terpulanglah kepada rakyat untuk menilai peribadinya. Apakah itu sebenarnya matlamat Datuk T dan mereka yang bersengkongkol dengannya -- bina persepsi atau prasangka terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat?

Kemunculan video seks kali ini ditayangkan secara teratur – jemput wartawan tempatan pada sebelah pagi dan wartawan media asing pada sebelah petang – di hotel ternama di Kuala Lumpur.

Bayangkan betapa banyak yang perlu dibelanjakan oleh Datuk T! Sudah tentu ini projek besar yang memerlukan biaya daripada institusi yang kukuh kewangannya.

Nampaknya, kempen untuk mengaib dan membunuh kerjaya politik Anwar ini tidak pernah mengubah temanya. Sejak 1998 sasaran musuh politik Anwar ialah pegangan moralnya. Ini membabitkan kes mengurat isteri orang, liwat dan, amalan zina.

Anehnya, soal yang menjadi senjata utama Anwar terhadap seteru politiknya – salah guna kuasa, dan rasuah tidak pernah cuba digunakan terhadap Anwar.

Ini menunjukkan bahawa musuh Anwar tidak dapat mencari fakta atau merekacipta bukti membabitkan Anwar dalam amalan curang ekonomi seperti rasuah.

Sebaliknya, mereka mencongak jika maruah Anwar boleh dipertikaikan, tuduhan Anwar terhadap amalan salah guna kuasa dan rasuah, pemimpin-pemimpin politik Umno-BN akan larut begitu sahaja dan dilupakan orang.

Begitu juga dalam kes mahkamah yang membabitkan konspirasi liwat kedua yang sedang berlangsung. Apabila melihat hakim menolak bukti rekacipta polis, Umno dan konco-konconya berdemonstrasi menagih Anwar supaya memberikan sampel DNA beliau. Jika tidak, ia membuktikan Anwar takut kerana bersalah.

Namun kerana corak dan tema dakwaan terhadap Anwar ini sama sahaja, ia menggambarkan betapa dangkalnya pemikiran politik musuh-musuh Anwar. Mereka cuba menabur persepsi bahawa sebagai seorang yang bermoral rendah (seperti kata musuh nombor satu Anwar, Dr Mahathir Mohamad) Anwar tidak layak jadi pemimpin.

Apa yang menakutkan mereka sekarang sebenarnya ialah, bagaimana jika kerjaya politik Anwar terus mekar selepas pilihanraya negeri Sarawak dan kemudian pilihanraya umum ke-13? Dan, Anwar benar-benar jadi pemimpin utama negara? Maka teruslah mereka berpaut kepada modal tohmahan video seks dan kes liwat dengan harapan rakyat percaya.

Tv Selangor/-

Anwar dakwa Najib tahu video lucah

Posted: 22 Mar 2011 12:15 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetahui mengenai video lucah yang melibatkan seorang lelaki dengan seorang wanita yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara, semalam.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, beliau berkata, ini kerana penayangan video berkenaan merupakan konspirasi yang pasti melibatkan golongan atasan.

"Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri, pihak atasan polis tahu perkara ini," dakwanya.

Ini, tambahnya kerana notis telah diberikan kepada pihak media untuk tayangan video berkenaan.

Justeru, Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, untuk tujuan menghina Anwar, pihak berkenaan boleh melakukan apa sahaja.

Beliau turut mengingatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien supaya jangan menjadikan laporan polis itu untuk menghalang kerjayanya di dalam politik.

"Jangan gunakan laporan polis untuk tutup kerjaya saya dalam politik. Kita teruskan kerjaya kita," tegasnya.

Turut mengiringi beliau membuat laporan itu ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, naib Presiden PKR, Tian Chua dan N Surendran, beberapa ahli parlimen PKR, R Sivarasa, M Manikavasagam, AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya.

Harakahdaily/-

Mayat Lelaki Yang Terjatuh Ke Laut Ditemui Terapung

Posted: 22 Mar 2011 12:00 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH: Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke laut ketika sedang memancing ikan di Jeti Sungai Pinang, Pulau Pangkor semalam ditemui mati, Selasa.

Mayat Leo Ding Koon, 54, berasal dari Pulau Pangkor ditemui terapung di bawah jeti berkenaan pada pukul 8.30 pagi ini oleh Pasukan Polis Marin dan dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata lelaki itu dilapor memancing di jeti berkenaan seorang diri pada pukul 11 pagi semalam.

"Ketika memancing mangsa dikatakan tergelincir lalu terjatuh ke dalam laut dan beberapa orang awam yang menyedari kejadian itu telah menghubungi polis," katanya
ketika dihubungi di sini Selasa.

Sementara itu, seorang pembonceng maut apabila motosikal yang ditunggang rakannya merempuh seekor kerbau di Jalan Ipoh-Lumut dekat sini pada pukul 2.15 pagi ini.

M.Rajkumar, 22, yang tinggal di Kuarters Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala rakannya yang menunggang motosikal itu cedera ringan.

mStar/-



Video Seks: Anwar Buat Laporan Polis

Posted: 21 Mar 2011 11:30 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran video seks yang didakwa dirinya.

Beliau tiba pada pukul 10.35 pagi dengan diiringi isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut menemani beliau termasuk pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), antaranya Naib Presiden, Tian Chua; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin dan bekas Timbalan Presiden, Prof Dr Syed Husin Ali serta Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Kira-kira 70 penyokong PKR turut berarak ke perkarangan IPD Dang Wangi.

Selepas hampir sejam setengah Anwar dilihat keluar daripada IPD Dang Wangi kira-kira pada pukul 12 tengah hari bersama isterinya.

Dalam laporannya, Anwar mendakwa individu yang menyebar dan menayangkan video seks berkenaan telah melakukan jenayah fitnah, intimidasi jenayah serta terlibat dalam konspirasi terancang untuk menjatuhkan kredibiliti politik serta mengaibkan beliau.

"Saya percaya ada penglibatan pihak-pihak tertentu di sebalik mereka ini yang telah kelihatan di Carcosa Seri Negara dan mereka perlu dikesan, disiasat tanpa mengira kuasa atau pangkat mereka.

"Saya menuntut satu siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah dijalankan dan anasir-anasir jahat dalam serangan jenayah terhadap saya dan keluarga saya di bawa ke muka pengadilan," katanya.

NURUL AIN MOHD HUSSAIN
mStar/-

4 negara cari formula demokrasi

Posted: 21 Mar 2011 11:00 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Ketegangan berterusan di Syria, Yaman, Mesir serta Bahrain

SANAA: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh memecat kerajaannya kelmarin di saat rakyatnya berhimpun untuk menyertai pengebumian 52 orang awam yang ditembak anggota keselamatan dan krisis terus meruncing apabila pemimpin kanan tertinggi tentera, Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar meletakkan jawatan bagi menyertai penunjuk perasaan.

"Krisis ini bertambah rumit, membawa negara ke keganasan serta perang saudara. Kami umum menyokong dan melindungi belia yang memprotes di dataran universiti Sanaa," kata Ahmar, komander tentera yang pernah bersahabat baik dengan Saleh.

Berikutan peletakan jawatan Ahmar, Saleh mengarahkan kereta kebal ditempatkan dan berkawal di luar istana presiden di Yaman. Kereta kebal turut ditempatkan di bank pusat dan Kementerian Pertahanan. Pentadbiran Saleh turut bergoncang apabila Duta Yaman ke Bangsa-Bangsa Bersatu, Abdullah Alsaidi dan Menteri Hak Asasi, Huda al Baan turut memprotes pembunuhan orang awam dan meletakkan jawatan.

Di DARAA, seorang maut dan lebih 100 cedera kelmarin apabila pasukan keselamatan Syria menembak penunjuk perasaan yang merusuh di sini, kata aktivis hak asasi pada hari ketiga pergolakan.

Seorang pegawai Syria menafikan laporan kematian dan menuduh 'pengacau' mencetuskan rusuhan ketika menteri kabinet, dikerah presiden melawat bandar ini untuk memberi penghormatan kepada dua penunjuk perasaan yang maut dalam keganasan Jumaat lalu.

Pasukan keselamatan disokong polis berpakaian preman melepaskan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah 'lebih 10,000 penunjuk perasaan,' kata seorang aktivis sambil menuduh 'gas pemedih mata bercampur bahan toksik' digunakan.

Di KAHERAH, pungutan suara di Mesir Sabtu lalu dianggap berjaya dengan parti Islam dijangka menang.

Sebanyak 77 peratus penduduk Mesir bersetuju dengan pindaan perlembagaan yang dicadangkan bertujuan memberi panduan kepada negara paling ramai penduduk dalam dunia Arab itu mengadakan pilihan raya parlimen dan presiden baru dalam masa enam bulan.

Pergerakan Ikhawanul Muslimin memberi sokongan dan menjadi pertubuhan utama di belakang undian 'ya' walaupun kumpulan pemuda yang terbabit dalam bantahan memaksa Hosni Mubarak meletak jawatan bulan lalu memilih untuk mengundi 'tidak'.

Di MANAMA, Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al Khalifa berkata pakatan asing terhadap negaranya dipatahkan dan berterima kasih kepada tentera negara jiran kerana membantu menamatkan pemberontakan selepas beberapa minggu meletus.

"Saya mengumumkan kegagalan cubaan luar untuk mencetuskan kacau bilau di negara ini," katanya yang dipetik agensi berita BNA.

Berita Harian/-

Cubaan bunuh Muammar Gaddafi

Posted: 21 Mar 2011 10:30 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

ASKAR Libya meninjau kemusnahan bangunan pentadbiran Gaddafi di Tripoli selepas dibom, semalam.

Gelombang kedua serangan udara sasar kediaman pemimpin Libya di Tripoli

TRIPOLI: Armada perang Barat melancarkan gelombang kedua bedilan dari udara terhadap sasaran di Libya semalam dengan satu serangan peluru berpandu dilancarkan terhadap kediaman pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, di Tripoli ditafsirkan sebagai cubaan membunuhnya.

Bangunan tiga tingkat itu terletak berdekatan khemah yang biasa digunakan Gaddafi. Serangan berlaku ketika 300 penyokong Gaddafi berada di sekitarnya tetapi tidak diketahui berapa ramai cedera atau maut.

Sebelum ini, Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox menyatakan Gaddafi berkemungkinan menjadi 'sasaran sah' tentera bersekutu.
Pengerusi Kakitangan Turus Bersama Amerika Syarikat, Laksamana Mike Mullen, berkata zon larangan terbang sudah berkuat kuasa.

Pegawai Amerika cuba mengelak operasi tentera terbaru dengan tindakan menggulingkan Presiden Iraq, Saddam Hussein, menekankan misi kali ini bukannya membunuh atau menjatuhkan Gaddafi.

Mullen memberitahu televisyen CBS bahawa matlamat kempen udara itu belum pasti dan keadaan mungkin buntu, Pegawai kesihatan Libya berkata, 64 orang awam terbunuh kerana bedilan jet negara Barat.

Serangan pertama pada Sabtu lalu menyaksikan 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan bertujuan menyekat kemaraan tentera Gaddafi di bandar Benghazi dan menyasarkan pertahanan udara Libya bagi membolehkan jet pejuang Barat meronda ruang udara Libya.

Serangan kedua menyasarkan tentera Gaddafi di bandar Ajdabiyah di timur Libya. Jurucakap tentera Libya mengumumkan gencatan senjata terbaru kelmarin mulai 9 malam waktu tempatan (3 pagi di Malaysia).

Ada kebimbangan askar Libya akan cuba masuk ke pusat bandar selepas Gaddafi berikrar bertarung hingga ke titisan darah terakhir.

Di kota Benghazi, beberapa letupan dan tembakan senjata api kedengaran sekali sekala. Saksi berkata, tembak menembak itu berlangsung 40 minit.

Campur tangan ketenteraan di Libya selepas diluluskan Majlis Keselamatan PBB adalah operasi terbesar terhadap sebuah negara Arab sejak pencerobohan Iraq pada 2003.

Sinar Harian/-

BN gagal: Hadi

Posted: 21 Mar 2011 10:00 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

MARANG – Pas menyifatkan Barisan Nasional (BN) gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak walaupun diberikan peluang selama berpuluh tahun memerintah negeri itu.

Sehubungan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kali ini.

Abdul Hadi berkata, cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri Sarawak untuk berundur daripada jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak.

Menurutnya, selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat.

"Kesimpulannya, BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat luar bandar dipinggirkan selama puluhan tahun ini.

"Kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik daripada keadaan di bawah BN selama ini," katanya dalam satu kenyataannya di sini, semalam.

Sementara itu, beliau juga meminta jentera Pilihan Rya Pas Sarawak dan negeri yang akan membantu agar mula turun gelanggang dengan petugas anak tempatan untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak.

"Selain cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik daripada kepimpinan BN yang ada pada hari ini," katanya.

Sinar Harian/-

Rugi RM10,000 akibat dipukau

Posted: 21 Mar 2011 09:30 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUANTAN – Seorang kakitangan awam terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 10, 000 akibat terpedaya dengan kad cabutan bertuah yang ditawarkan seorang wanita yang mengetuk cermin keretanya di tempat letak kereta, East Coast Mall, pada 24 Januari lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 29, berkata, pada mulanya dia enggan menerima tawaran itu, bagaimanapun, dia seolah-olah dipukau kerana hanya mengikut semua arahan yang diberikan.

"Setelah saya membuka kad cabutan bertuah itu, wanita tersebut memberitahu bahawa saya telah memenangi cabutan bertuah dan perlu ke pejabatnya untuk mengetahui hadiah yang dimenangi.

"Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah kereta, motosikal, peti ais, tilam jed, set home theatre' dan banyak lagi," katanya ketika perbicaraan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

Katanya, wanita tersebut turut memberitahu bahawa dia tidak perlu membuat sebarang bayaran untuk menuntut hadiah yang telah dimenangi.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus mengikut wanita itu ke pejabatnya yang terletak di Jalan Haji Ahmad. Bagaimanapun, setelah sampai, saya diminta untuk membuat pembayaran sebelum menerima hadiah tersebut.

"Biasanya, sebelum mengeluarkan wang di bank, saya akan meminta izin daripada suami terlebih dahulu. Tetapi hari itu, saya langsung tidak menghubunginya, malah terus ke bank untuk mengeluarkan wang," katanya.

Nurul berkata, setelah membuat pembayaran, barangan yang diterima tidak setimpal dengan wang yang diberi.

"Ketika itulah baru saya tersedar bahawa saya telah ditipu. Saya cuba merayu kepada pihak berkenaan untuk memulangkan bayaran yang telah diberi.

"Namun, pihak terbabit enggan berbuat demikian dengan alasan saya telah menandatangani borang perjanjian," katanya.

Turut menjadi mangsa, Mohd Khairul Nizam Mansor, 26, yang kerugian sebanyak RM 6,000 akibat ditipu oleh syarikat yang sama.

Katanya, dia didatangi seorang lelaki berbangsa Cina ketika membeli-belah di Kuantan Parade dan menawarkannya kad gores dan menang.

Tertarik dengan tawaran pelbagai hadiah lumayan, Khairul Nizam sanggup mengikut lelaki tersebut ke pejabatnya untuk mendapatkan hadiah yang dijanjikan.

Perkara yang sama turut berlaku kepadanya, apabila dia dikehendaki membayar RM 6,000 sebelum menerima hadiah yang telah dimenangi iaitu tilam jed dan dapur digital.

Dalam perbicaraan kedua-dua mangsa, TTPM telah mengeluarkan perintah tribunal kepada syarikat terbabit untuk membayar ganti rugi kepada mereka.

Menurut kenyataan Presiden TTPM, Reihana Abd Razak, syarikat terbabit diarah membayar ganti rugi kepada kedua-dua mangsa dalam tempoh 14 hari dari tarikh perbicaraan bagi menyelesaikan tuntutan tersebut.

Pada masa yang sama, kedua-dua mangsa turut diarah memulangkan barangan yang diterima dalam tempoh yang sama sekiranya pihak syarikat telah membayar ganti rugi.

Bagaimanapun, ketika prosiding berlangsung, tiada wakil daripada pihak penentang yang hadir.

Sinar Harian/-

Van dinaiki masuk sawah, rempuh pokok

Posted: 21 Mar 2011 09:15 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR: Lima guru silat yang dalam perjalanan pulang selepas membuat persembahan silat di majlis kenduri kahwin di Sungai Buloh, Selangor terbunuh, manakala empat lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbabas ke dalam sawah sebelum merempuh pokok di Jalan Titi Haji Idris di Pendang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, van yang dipandu Rashidi Ahmad, 24, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok, menyebabkan tiga penumpang termasuk bapanya, Ahmad Ismail, 60, dari Alor Rela, Langgar; Juhari Darus, 65, dari Kampung Pering, Kodiang dan Jumaat @ Saad Mat Akhir, 65, dari Malau, Jitra di sini, mati di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa, Sudin Idris, 65, dari Kampung Telaga Mas dan Eshak Awang Kechik, 78, dari Kampung Tualang, Pokok Sena, masing-masing meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, jam 8.15 pagi dan 11.15 pagi, semalam, manakala Che Ishak Hussin, 54, yang parah di kepala dan badan dilaporkan kritikal, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSB.

Tiga lagi mangsa termasuk Rashidi, Mohd Idris Mohd Senapi, 20, dan Ariffin Mahazun, 56, yang cedera ringan hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Difahamkan, van membawa sembilan penumpang yang semuanya guru dan ahli Persatuan Persilatan dan Pergendangan Negeri Kedah itu, bertolak secara berkonvoi dari Sungai Buloh bersama sebuah kenderaan lain untuk pulang ke Kedah, jam 8.30 malam, kelmarin.

Rashidi ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rela, Langgar di sini, berkata, kejadian berlaku ketika sembilan penumpang yang berada dalam van itu sedang nyenyak tidur.

Dia mendakwa ketika kejadian tidak mengantuk kerana sudah mendapatkan rehat secukupnya, termasuk berhenti di lima Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang perjalanan pulang berkenaan.

"Saya ternampak seekor lembu besar tiba-tiba melintas di hadapan dan terpaksa mengelak menyebabkan van berkenaan terbabas dan masuk ke dalam sawah sebelum merempuh pokok.

"Akibat rempuhan itu, saya tercampak keluar daripada van terbabit dan hanya sedar ketika berada dalam ambulans. Ketika itu, saya juga tidak mengetahui nasib penumpang lain termasuk bapa," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Pendang, Asisten Superintendan T Pubadi ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati pemandu van dipercayai mengantuk, tetapi punca kejadian masih disiasat.

"Mayat mangsa dibawa ke HSB untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di kampung masing-masing petang ini (semalam) dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berita Harian/-

Dasar Kelantan dalam isu judi banyak bawa kebaikan

Posted: 21 Mar 2011 09:00 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU – Pemuda Pas Kelantan menyokong penuh dasar Kerajaan Negeri berhubung isu judi kerana pelaksanaan dasar itu secara konsisten selama ini ternyata membawa banyak kebaikan.

Naib Ketuanya, Hisham Fauzi berkata, pihaknya berdiri teguh dan menyokong sepenuhnya dasar Kerajaan Negeri berkaitan isu itu yang memberikan kebaikan khususnya ke atas institusi keluarga.

"Malah jika dilihat dengan kaca mata agama, tindakan tersebut suatu kewajipan sebenarnya.

"Pemuda Pas menyeru mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan dasar itu mendapatkan penjelasan sebenar kenapa dasar ini diperkenal dan dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, untuk lebih memperkemaskan pelaksanaan dasar ini pihaknya menyokong penuh pendirian Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersetuju merujuk perkara ini kepada Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri.

Katanya, langkah itu demi memastikan pelaksanaan dasar ini dilaksanakan mengikut lunas undang-undang berkaitan seperti Akta Rumah Judi Terbuka dan lain-lain undang-undang kecil di samping tetap memelihara hak rakyat di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Hisham yang juga Ketua Pemuda Pas Tanah Merah berharap usaha membanteras judi haram di Kelantan diteruskan pihak berkuasa berkaitan demi memastikan kegiatan gejala sosial di negeri Kelantan dapat di kawal dan nama baik negeri ini akan tetap dijaga.

Sinar Harian/-

Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks

Posted: 21 Mar 2011 08:30 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.

Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Anwar menyifatkan dakwaan seks itu sebagai "fitnah jahat" dan "jijik" yang "diselaras di peringkat kuasa tertinggi."

Katanya, lagi, tuduhan berkenaan juga bertujuan mengaibkan beliau dan keluarganya.
Pada masa video itu dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anak dan cucu-cucunya.

Katanya, beliau juga telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan bahawa beliau bukan lelaki dalam video tersebut.
Tambahnya, beliau juga telah merekodkan tulisannya di Twitter pada tempoh berkenaan "supaya boleh memperkukuhkan hujah (beliau)."

"Melainkan anda melihat saya (mengemaskini Twitter) pada masa aksi itu," katanya lagi.

Bagaimanapun semakan ke atas rekod Twitter Anwar menunjukkan bahawa catatan-catatannya telah dibuat pada jam 9.20 malam dan 11.39 malam, tetapi tidak ada catatan dibuat antara jam 10.23 malam dan 10.45 malam, ketika video itu didakwa dirakam.

Bila seorang wartawan membangkitkan soal ruang waktu itu kepadanya, Anwar tidak menjelaskannya. Beliau hanya menjawab "tak apa, kita ada rekod (Twitter dikemaskini)".

(Turut dikesan, banyak kemaskini dibuat pada malam berkenaan di laman Facebooknya, termasuk 12 catatan antara jam 10.09 malam dan 10.52 malam. Tidak pasti pada masa ini, sama ada catatan itu mungkin dihasilkan secara automatik.)
Perut lebih buncit

Sambil tersenyum Anwar juga berkata, lelaki dalam video itu mempunyai perut yang "lebih buncit" berbanding beliau.

"Memang diberitahu kepada saya bahawa gambar itu mirip kepada gambar saya.
"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit dari saya," katanya yang disambut gelak ketawa oleh para pemimpin PKR yang turut hadir di sidang media berkenaan.
Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Jam tangan

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau tidak mengetahui siapakah "Datuk T" yang dilaporkan terlibat dengan tayangan video berkenan.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai seutas jam tangan yang didakwa sebagai miliknya oleh "Datuk T."

Jam tangan itu didakwa telah hilang di lokasi rakaman video seks berkenaan.
Anwar ditanya wartawan: "Adakah Datuk Seri kehilangan seutas jam tangan Omega?"
Anwar menjawab, soalan yang sepatutnya ditanya adakah beliau memiliki jam sebegitu.
Anwar seterusnya berkata, beliau mempunyai jam seperti itu.

"Tanya (Wan) Azizah. Dia yang simpan...," katanya lagi sambil tersenyum.
Akan lapor polis

Ditanya lanjut, Anwar berkata beliau akan membuat laporan polis sebaik mengenalpasti siapakah pihak yang bertanggungjawab membuat tayangan berkenaan.

"Saya sedang merujuk kepada peguam untuk melihat apakah isunya. Saya belum melihat (video itu), saya tidak tahu siapa pembuatnya, saya tidak tahu sama ada ia akan diedarkan," katanya.

Dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, beliau turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "serangan fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."

"Visual yang ditayang tengahari di Carcosa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan saya, PKR dan Pakatan Rakyat.
"Kita tentu menuntut kepada pimpinan politik negara dan musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan politik kotor dan lucah ini.

"Jangan heret rakyat dan negara terjebak dalam politik kotor dan lucah kamu," katanya lagi yang membacakan satu kenyataan.

Malaysiakini/-
Salhan K Ahmad

Barat terus mengganas

Posted: 21 Mar 2011 08:00 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI - Kerakusan tentera bersekutu Barat untuk memusnahkan rejim pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dapat disaksikan apabila sebuah bangunan tiga tingkat di pusat tentera yang kerap digunakan Gaddafi musnah dalam serangan udara yang dilancarkan ke atas negara Arab itu, malam kelmarin.

Serangan itu adalah yang pertama dilancarkan ke atas Bab al-Azizia, iaitu kemudahan di Tripoli yang digunakan Gaddafi untuk menyampaikan ucapan bagi siaran televisyen sebelum ini.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai serangan ke atas negara pengeluar minyak itu mendakwa kononnya Gaddafi tidak menjadi sasaran tentera bersekutu.

Pentagon turut mengumumkan dua hari pertama misi itu dianggap berjaya kerana dapat melumpuhkan keupayaan rejim Gaddafi untuk menyerang balas penunjuk perasaan antikerajaan.

"Kami tidak mensasarkan Gaddafi. Mungkin beliau akan berada di sesuatu kawasan tanpa kami ketahui semasa serangan berlaku tetapi yang pasti kami tidak menyasarkan kediaman pemimpin itu," menurut jurucakap Pentagon.

Menurut AS, sebab utama campur tangan tentera bersekutu di Libya adalah bagi mewujudkan zon larangan terbang sejurus diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Khamis lalu.

Tentera bersekutu yang terdiri daripada Perancis, Britain dan AS dan beberapa negara lain mula menyerang aset ketenteraan Libya, Sabtu lalu, untuk melaksana usul yang didakwa bagi melindungi penduduk awam Libya.

AS melancarkan 124 peluru berpandu di seluruh Libya sejak Sabtu lalu dan tidak menolak lebih banyak serangan akan dilancarkan.

Sinar Harian/-

PKR Putus Calon Pilihan Raya Sarawak Ahad Ini

Posted: 21 Mar 2011 07:30 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memuktamadkan senarai calon bagi pilihan raya Sarawak semasa mesyuarat tertinggi parti itu, Ahad ini, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Isnin.

Bagaimanapun, katanya, bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh parti itu bergantung kepada rundingan dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Khamis ini walaupun PKR sebelum ini menyatakan minat untuk bertanding 52 daripada 71 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

"Saya menemui mereka (pemimpin SNAP) semalam dan hari ini dan mereka telah melakarkan hala tuju dan kerusi yang mereka mahu bertanding. Saya menemui penasihat SNAP Datuk seri Daniel Tajem Ahad lalu dan setiausaha agungnya Stanley Jugol pada Isnin," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi butiran lanjut mengenai dua mesyuarat dengan SNAP kecuali mengatakan tidak ada pertengkaran mengenai pengagihan kerusi di kalangan pakatan pembangkang di Sarawak iaitu bertentangan dengan beberapa laporan media sebelum ini.

SNAP merupakan sebahagian daripada pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS di Sarawak.

Sementara itu, Jugol, ketika dihubungi, berkata SNAP telah menjelaskan kepada Azmin mengenai hasrat parti itu untuk bertanding 28 kerusi di kawasan majoriti Dayak di mana parti itu percaya mempunyai peluang baik untuk mencapai kemenangan.

"Azmin berjanji untuk membawa perkara ini kepada kepimpinan PKR sebelum Khamis ini," katanya.

Jugol juga menegaskan bahawa SNAP masih menjadi sebahagian daripada pakatan itu.

DUN Sarawak dibubarkan pada Isnin bagi membolehkan pilihan raya Sarawak ke-10 diadakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat di Kuching, Rabu ini, bagi memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Pada pilihan raya negeri lepas, pada 2006, PKR dan SNAP masing-masing menang satu kerusi dengan calon PKR, Dominic Ng di Padungan dan Johnicol Rayong (SNAP)di Engkilili.

Johnicol mengisytiharkan dirinya Bebas selepas memenangi kerusi tersebut dan kini menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.

mStar/-

979,796 layak mengundi

Posted: 21 Mar 2011 07:00 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan senarai pemilih yang didaftarkan sehingga 31 Disember 2010 untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-10.

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah ketika dihubungi BERNAMA semalam ini berkata berdasarkan senarai pemilih itu, seramai 979,796 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri itu.

"Dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini (semalam) maka hanya pemilih yang mendaftar setakat 31 Disember 2010 saja yang layak untuk mengundi," katanya.

Pagi semalam, Speaker DUN Sarawa, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar, berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, hari ini.

Untuk pilihan raya Sarawak kali ini seramai 21,000 petugas SPR akan ditugaskan di setiap kawasan pilihan raya membabitkan 1,740 pusat pengundian dan 2,561 saluran pengundian, manakala RM45 juta dipohon SPR untuk menampung kos logistik termasuk penggunaan helikopter, bot laju, perahu panjang selain kenderaan pacuan empat roda.

Pilihan raya negeri sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.

Berita Harian/-

Mahathir berhutang pada sejarah hidup sendiri

Posted: 21 Mar 2011 06:00 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Tun Mahathir Mohamad menjadi seorang tua yang berhutang pada sejarah hidupnya sendiri dan merasai penuh kekesalan dan kekecewaan.

Lantas, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh (gambar), bekas perdana menteri itu cuba memperbetulkan kesilapan-kesilapannya melalui penulisannya.

Justeru, katanya di antara motif utama yang dapat disimpulkan dari tindakan Mahathir pada memoirnya kali ini adalah ingin mempengaruhi padangan umum (public opinion) terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini, tambahnya kerana tindakan pertamanya dulu semasa berkuasa untuk melumpuhkan Anwar telah gagal.

"Motif sebenarnya, hanya Allah dan dia sajalah yang tahu.

"Cuma sebagai seorang Islam, kita mestilah meyakini bahawa segala apa saja tindak-tanduk yang kita lakukan sama ada dalam bentuk percakapan, penulisan dan sebagainya, semuanya akan dicatat oleh malaikat raqib dan atiq.

"Dari catatan itu kelak kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak," ujarnya.

Justeru itu, kata beliau jika pada catatan ada unsur-unsur penipuan atau pembohongan maka kita akan menerima akibat azabnya daripada Allah di akhirat nanti.

"Mungkin beliau boleh membohongi ramai orang dan dirinya sendiri, tapi tiada siapa yang dapat membohongi Allah. Allah Maha Mengetahui.

"Tetapi apa yang perlu kita sedari juga bahawa sesuatu pembohongan itu walau dalam bentuk apa sekalipun akhirnya kebenaran akan datang," ujarnya lagi.

Malah, menurutnya sejak di dunia lagi manusia tidak dapat menerima pembohongan.

Kebenaran itu, jelasnya adalah yang hakiki dan Allah tidak akan redha serta akan ada manusia yang berjuang untuk menegakkan kebenaran walaupun ia akan memakan masa yang lama.

Kata pepatah Inggeris, You can fool some people some times but not all people all the times – kamu boleh menipu sesetengah orang pada sesuatu masa tapi tidak semua orang setiap masa.

Sehubungan itu, katanya adalah amat malang sekali bagi seorang tokoh negarawan seperti Dr. Mahathir menulis memoirnya mempertikaikan sejarah.

Beliau berkata, Mahathir seolah-olah cuba memperbetulkan kesilapan-kesilapannya dari kaca-matanya sendiri yang menjadikan memoirnya sangat kontroversial ataupun memang beliau sengaja mencari kontroversi.

"Dari kontroversi yang tercetus itu adalah amat malang sekali bagi beliau dalam usia lanjut melihat dan memikul persepsi buruk yang bertimpa-timpa pada hasil kerja buatnya yang terdahulu," katanya.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang