Mohamad Taufek Abd Ghani |
Melayu merempat di Rembau bila kerajaan ambil tanah Posted: 21 Mar 2011 09:32 PM PDT Pampasan tanah tidak cukup Sinar Harian 22 Mac 2011 REMBAU - Walaupun sudah menerima wang pampasan RM120,000 berikutan rumah dan tanahnya di Kampung Chembong Halt terbabit dalam projek landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, namun jumlah itu didakwa masih tidak mencukupi. Hasnah Latif, 76, mengakui tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diberikan. Menurutnya, jumlah pampasan itu tidak cukup buatnya untuk membeli tanah dan membina rumah baru kerana nilai hartanah kini semakin tinggi. "DISEBABKAN ITU, MAKCIK DAN SUAMI TERPAKSA MENYEWA RUMAH DI TAMAN SRI REMBAU KERANA IMPIAN KAMI UNTUK MEMPEROLEH RUMAH DAN TANAH YANG DIDUDUKI SEPERTI SEBELUM INI TIDAK KESAMPAIAN. "Sebenarnya, makcik tidak pernah menolak pembangunan yang dijalankan di sini, cuma memang tidak puas hati dengan jumlah pampasan," katanya. (Kisah berkaitan sebelum ini ; Umno Rembau tak leh harap jaga hak orang Melayu di http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh-harap-jaga-hak.html ) Hasnah berkata, dalam usianya yang semakin meningkat dan kehilangan tanah serta rumah yang didiami lebih 40 tahun lalu, sudah tentu keadaan itu amat menyedihkan, apatah lagi banyak kenangannya sepanjang tinggal di kawasan berkenaan. Menurutnya, keprihatinan pihak berkenaan terhadap nasib dirinya amat diharapkan. "Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini cuma berharap agar memperoleh tanah dan rumah sendiri. "Disebabkan terlalu memikirkan hal ini, ia benar-benar mengganggu kehidupan dan kesihatan makcik," katanya. Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Rembau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, masalah dihadapi Hasnah sememangnya mendapat perhatiannya. "Saya tidak pasti sama ada masih ada ruang atau peluang buat kerajaan negeri menimbang semula perkara ini. "Pada pandangan saya, masalah seperti ini mungkin boleh diatasi jika warga emas ini diberikan tanah anugerah sebagai penyelesaian dengan menyediakan tapak rumah untuknya membina rumah," katanya. Menurutnya, pihaknya akan cuba mengkaji semula undang-undang berkaitan tanah adat jika boleh dikategorikan sebagai tanah rizab Melayu supaya setiap tanah yang diambil diganti semula dengan tanah. Hadir sama, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8891399.asp |
Aktiviti korek pasir N.Sembilan makin serius, tidak terkawal Posted: 21 Mar 2011 09:12 PM PDT Laporan ketua Audit Negara 2009 menyatakan aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana telah mengakibatkan kemusnahan dan pencemaran alam sekitar. Berita Harian 22 Mac 2011 menyatakan kegiatan mengorek pasir di Sungai Pajam di Kampung Gebok telah menyebabkan kualiti air terjejas dan tanah milik penduduk kampung mengalami hakisan. Laporan Ketua Audit Negara tersebut di http://amkns.blogspot.com/2010/11/bila-sprm-nak-siasat-kes-lombong-pasir.html Gambar-gambar aktiviti korek pasir N.Sembilan di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html TERHAKIS BERITA HARIAN 22 Mac 2011 NILAI: Kegiatan mengorek pasir di Sungai Pajam di Kampung Gebok di sini sejak kira-kira dua bulan lalu, menyebabkan kualiti air terjejas dan tanah milik penduduk kampung mengalami hakisan. Tinjauan Sentral mendapati, masalah itu berlaku kerana aktiviti di tapak berkenaan dipercayai tidak mematuhi beberapa garis panduan penting dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk pemberian permit pengambilan pasir sungai. MALAH, PIHAK BERKUASA NEGERI INI SEAKAN-AKAN TIDAK MEMPEDULIKAN HASIL LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009 BERHUBUNG KELEMAHAN 'PENGURUSAN AKTIVITI PERLOMBONGAN DAN PENGAMBILAN PASIR SERTA KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR' yang dikeluarkan Oktober tahun lalu. Seorang penduduk, Kamarulzaman Abu Bakar, 50, mendakwa pihaknya hairan bagaimana pengusaha terbabit dibenarkan beroperasi sejak lebih sebulan lalu kerana mengikut garis panduan JPS, aktiviti berkenaan tidak dibenarkan di sungai yang kelebarannya kurang 10 meter. "Selain itu, pengusaha juga gagal memastikan hakisan tidak berlaku kerana tebing sungai di kawasan berkenaan (lokasi dikorek) serta di kampung yang terletak di kawasan lebih tinggi mula runtuh sedikit demi sedikit. "Kesalahan lebih nyata (mengikut garis panduan JPS) adalah pengusaha meletakkan timbunan pasir betul-betul di tepi tebing sungai itu dan di situlah ia dicuci dan diangkut menggunakan lori manakala air cucian pula disalirkan semula ke sungai. "Sedangkan mengikut peraturan, pasir perlu diletakkan sekurang-kurangnya 10 meter dari tebing sebagai `stockpile' sementara, sebelum dibawa untuk dicuci dan dihimpunkan di `stockpile' utama yang sepatutnya terletak 20 meter dari tebing sungai," katanya. Beliau berkata, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berkenaan sudah menghantar aduan kepada pejabat Menteri Besar, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta JPS negeri namun tiada tindakan berkesan diambil. Berhubung laporan Ketua Audit Negara 2009, kelemahan yang dikesan ketika pengauditan pada September 2009 hingga Disember 2009 antaranya membabitkan kelemahan pemantauan pihak berkuasa terhadap arahan supaya kontraktor menyediakan tiga kolam enapan bersiri untuk mengawal kelodak cucian pasir memasuki sungai. Bagaimanapun, ketika tinjauan ini dibuat, kontraktor di kawasan berkenaan tidak menyediakan kolam enapan sedemikian dan sehingga kini tiada pula tindakan dikenakan terhadap mereka menyebabkan penduduk menganggap pihak berkuasa tidak berusaha memperbetulkan keadaan. Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Zawawi Abd Rashid, 54, mendakwa kontraktor menceroboh sebahagian tanahnya tanpa kebenaran untuk melakukan aktiviti itu. "Saya berjumpa seorang kakitangan syarikat itu dan menunjukkan geran tanah, namun dia mendakwa tanah berkenaan milik kerajaan dan syarikatnya mempunyai permit mengorek pasir di kawasan berkenaan," katanya yang kemudian membuat laporan polis. Beliau berkata, aktiviti berkenaan membimbangkan penduduk kampung kerana arus sungai akan menjadi lebih kuat ketika musim hujan tidak lama lagi dan akan menyebabkan tebing sungai di kawasan kampung runtuh. Sementara itu, Pengarah JPS negeri, Hashim Osman, berkata kontraktor terbabit diberi permit menjalankan kerja mengorek pasir, namun pihaknya tidak mengetahui pelanggaran garis panduan berkenaan. "Kita akan menyiasat dakwaan ini secepat mungkin dan akan menghantar laporan kepada PTG untuk tindakan lanjut," katanya. Mengulas mengenai syarat kelebaran sungai untuk aktiviti itu, Hashim berkata, pihaknya memberi kelonggaran dalam kes tertentu termasuk jika kawasan berkenaan sering dilanda banjir dan memerlukan kerja pendalaman sungai. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Terhakis/Article |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan