Selasa, 25 Jun 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Selangor Desak Sekolah Tutup Jika Jerebu Cecah IPU 150

Posted: 25 Jun 2013 01:00 AM PDT

SHAH ALAM 25 JUN : Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong mempersoalkan arahan Kementerian Pelajaran yang hanya membenarkan sekolah ditutup sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300, iaitu paras merbahaya.

Elizabeth berkata adalah lebih munasabah jika sekolah dibenarkan tutup jika masalah jerebu melebihi paras 150 IPU iaitu pada tahap tidak sihat.

"Saya rasa tahap bacaan IPU 300 itu terlalu lambat, lebih baik jika bacaan mencecah 150 terus tutup sekolah kerana kita mesti faham paru-paru kanak-kanak tidak tahan seperti orang dewasa.

"Ini cadangan saya, mereka perlu lihat semula lebih baik tutup sekolah dan diganti persekolahan itu pada hari minggu daripada menjejaskan kesihatan pelajar," katanya.

Beliau ditemui ketika mengedarkan topeng muka kepada penduduk Bukit Lanjan di pasar pagi Desa Jaya di Petaling Jaya pagi ini.

Semalam, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) memaklumkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan arahan berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan supaya menutup sekolah sekiranya IPU berada ditahap  melebihi 300.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan Persekutuan wajar mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) itu kerana ia akan memberi kesan kesihatan kepada pelajar.

Elizabeth berkata arahan kementerian tidak konsisten dengan tindakannya semalam di mana sekolah-sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup apabila paras IPU berada di bawah 200.

"Tindakan Kementerian untuk membuka semula sekolah-sekolah di negeri Selangor dan Kuala Lumpur adalah tidak wajar. Semalam keadaan di kebanyakkan tempat dibawah IPU 200 ditutup. Tetapi hari ini bacaan IPU melebihi 200, sekolah dibuka.

"Perkara ini sudah tentu akan merisaukan ibu bapa dan guru," katanya ketika ditemui di program pemberian topeng muka kepada orang ramai di Bukit Lanjan.

Pada pagi ini, kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor kini dikategorikan sebagai bahaya apabila bacaan IPU mencatatkan 495 setakat 8 pagi.

Portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan empat kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya, Banting, Shah Alam dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200.

Elizabeth turut memaklumkan Kerajaan Negeri sudah mengedarkan sebanyak 250,000 topeng muka kepada penduduk Selangor termasuk ke sekolah-sekolah kerana mendapat permintaan yang tinggi.

Sumber: Selangorku

Pakatan Bawa Usul Tergempar di Parlimen Esok

Posted: 24 Jun 2013 10:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 JUN: Pakatan Rakyat bakal membawa satu usul tergempar mengenai jerebu dalam sidang Parlimen esok, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, perkara tersebut antara isu terawal yang akan dibawakan Pakatan pada sidang kali ini.

"Isu jerebu ini penting untuk dibincangkan dan diberi perhatian khusus.

"Kita harap ada satu tindakan yang dapat diambil bagi mengurangkan kesan jerebu, di samping memikirkan bagaimana krisis jerebu dapat dihindari daripada berulang lagi," katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata, usul tergempar itu akan dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai, Teo Ni Ching.

"Kami harap usul ini akan diterima Speaker dan dapat dibincangkan bersama supaya rakyat tahu apakah langkah yang dapat mengurangkan masalah ini," katanya.



Sumber: KeadilanDaily

MP Calls for Durable Solution to Haze Problem

Posted: 24 Jun 2013 09:30 PM PDT

PETALING JAYA (June 25): Klang MP Charles Santiago has called on Asean countries to come up with more durable solution to the yearly haze problem and put pressure on Indonesia to ratify the Asean Agreement on Trans-boundary Haze Pollution.
 
"Asean nations, Malaysia included, do not keep up enough pressure to lobby Indonesia to ink the agreement.
 
"Without Indonesia signing the agreement, there is no point in having the yearly meeting. It's time that Indonesia shoulders the legal obligation," the DAP lawmaker said in a statement today.
 
The Asean Agreement on Trans-boundary Haze Pollution is an environmental agreement to reduce haze pollution in Southeast Asia and came in force in 2003. All Asean countries except Indonesia have ratified the agreement.
 
Charles also said Malaysia need not to leave it to Indonesia alone to monitor, regulate or prosecute errant companies. 
 
"Malaysia can keep a close watch on Malaysian companies in Sumatra and charge those that flout laws for these companies have committed nothing less than a crime against humanity," he said.
 
The Klang MP also hashed out at the government for alleged lack of initiative at educating the public on the dangers of the haze. 
 
"We see most Malaysians walking around with surgical masks that would not help to keep off the tiny particles. It is the responsibility of the government to educate the people to wear N95 masks as well as cap the price to make it affordable," he said.
 
The Health Ministry, he added, should have also started distributing masks to ensure that the poor had access to them as well.
 
Source: fz.com

Pelabuhan Klang dan Seri Manjung Catat IPU Bahaya Pagi Ini

Posted: 24 Jun 2013 09:00 PM PDT

Kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor dan Seri Manjung, Perak kini dikategori paras bahaya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing mencatatkan 495 dan 308, setakat 8 pagi hari ini.

Portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan empat kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya, Banting, Shah Alam dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200.

Sementara itu, Muar yang diisytihar kawasan darurat jerebu pada Ahad lepas menunjukkan perkembangan positif apabila mengekalkan IPU pada paras tidak sihat dengan bacaan 163, berbanding 507 yang dicatat Ahad lepas.

Setakat 8 pagi ini 17 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 24 sederhana dan dua kawasan iaitu di Tawau dan Sandakan, Sabah adalah baik.

Kawasan yang berada pada tahap tidak sihat ialah Jalan Tasek, Ipoh (142); SK Jalan Pegoh, Ipoh (186); Kampung Air Putih, Taiping (146); Tanjung Malim (176) di Perak; USM (121), Perai (120), Seberang Jaya (132) di Pulau Pinang; Batu Muda (200), Cheras (186) di Kuala Lumpur dan Putrajaya (197).

Tempat lain ialah Nilai (176), Seremban (161) dan Port Dickson (167) di Negeri Sembilan; Bukit Rambai (159) dan Bandaraya Melaka (134) di Melaka, Kemaman, Terengganu (121) dan Jerantut, Pahang (136).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. - Bernama, 25 Jun, 2013.


Sumber: TheMalaysianInsider

Jerebu: Kerajaan Selangor Edar Topeng Muka Kepada Orang Ramai

Posted: 23 Jun 2013 03:00 AM PDT

SHAH ALAM, 23 JUN: Kerajaan Selangor akan mengedarkan topeng muka kepada orang ramai berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk di Selangor kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Exco Kesihatan Dr Daroyah Alwi sudah diarahkan untuk mengedarkan topeng-topeng tersebut sebagai langkah keselamatan selepas berikutan  Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berada pada paras tidak sihat.

"Hadkan aktiviti luar rumah dan lebihkan minum air bagi mengelak  kesan akibat pendedahan secara berterusan kepada jerebu seperti sukar bernafas, mata pedih dan berair, kegatalan pada kulit dan tekak serta sesak nafas.

"Sentiasa memakai topeng muka ketika berada di luar atau tempat terbuka," kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan media di sini.

Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan semua sekolah di Selangor ditutup pada hari Isnin dan Kerajaan Negeri akan mencadangkan agar sekolah hanya dibuka sehingga IPU bertambah baik dan selamat kepada pelajar.

Abdul Khalid turut menyatakan kesediaan Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan bagi memastikan kesihatan rakyat terpelihara.

Sementara itu, Exco Alam Sekitar, Elizabeth Wong ketika ditemui TVSelangor memberitahu, Kerajaan Negeri akan mengedarkan 60,000 topeng muka bermula awal minggu ini dan kemungkinan akan ditambah berdasarkan keadaan semasa.

Topeng muka tersebut akan diedarkan di sekolah, tempat awam seperti plaza tol, laluan motorsikal dan lain-lain.

Topeng muka juga akan diagihkan kepada ketua-ketua kampung, Ahli Majlis dan wakil rakyat untuk diedarkan kepada penduduk di kawasan masing-masing khususnya kanak-kanak dan warga emas.

Menurut Elizabeth lagi, bacaan IPU di Selangor sehingga jam 11.00 pagi tadi sudah menjangkau lebih 100 dan dijangka terus meningkat disebabkan pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia.

"Kalau kita lihat indikasi tapak-tapak hotspot di Pulau Sumatera Indonesia dan juga arah angin sedang bertiup, saya tidak jangka keadaan jerebu khasnya di Pantai Barat Semenanjung Malaysia boleh bertambah baik pada masa terdekat ini.

"Jadi lebih baik kalau penduduk-penduduk di Selangor bersiap sedia menghadapi keadaan jerebu yang boleh dikatakan lebih teruk dari tahun-tahun sebelum ini," kata Elizabeth lagi.

Elizabeth turut mengulangi pendirian Kerajaan Negeri yang sama sekali tidak akan bertolenrasi terhadap mana-mana pihak yang membuat pembakaran terbuka.

"Kerajaan Negeri mengamalkan sifar tolenrasi terhadap mana-mana pihak yang membuat pembakaran terbuka, kita boleh rampas tanah dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan failkan kes di mahkamah."


Sumber: Selangorku

Tiada ulasan:

Nuffnang