. |
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH Posted: 24 Jun 2013 03:56 PM PDT Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana ujian itu adalah sebahagian daripada kehidupan di dunia. Dunia ini sendiripun tempat ujian sebelum akhirat. Ujian ALLAH kepada manusia adalah untuk menguji sejauhmana ketaatan dan kesabaran manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Manusia diuji dengan harta, wang ringgit, kekayaan, kesusahan, sihat, sakit dan pelbagai lagi. Ujian itu sekaligus untuk mendidik diri manusia agar sabar dan tahan uji. Apatah lagi kepada golongan pendakwah yang menyampaikan risalah dan ajaran Islam. Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah adalah suatu cara yang penting UNTUK membina dan membentuk peribadi seseorang pejuang dan da'i, suatu asas pemilihan dalam pimpinan Islam; siapa yang tahan uji maka dialah yang layak memegang teraju pimpinan begitulah sebaliknya WALAUPUN mempunyai ijazah yang tinggi atau pandai berpidato,kerana dengan ujian akan lahirlah mereka yang kuat iman, dan juga dan juga mereka yang munafik,Firman Allah, ومن الناس من يقول ءامنا بالله فإذا أوذي في الله جعل فتنة الناس كعذاب الله …. وليعلمن الله الذين ءامنوا وليعلمن المنافقين Maksudnya ,Dan ada diantara manusia yang berkata,kami telah beriman dengan Allah,maka apabila di uji pada jalan Allah dia menganggap ujian dari manusia itu sama seperti azab dari Allah……….dan sesungguhnya Allah akan mengetahui mereka yang beriman dan mengetahui orang yang munafikin". - al-'Ankabut : 11 - 15. FirmanNya lagi: ليميز الله الخبيث من الطيب Maksudnya ,Supaya Allah dapat membeza yang baik dari yang buruk ". - Surah al-Anfal : 37 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan