Nuffnang

Nurul Izzah Anwar

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:11 PG

Nurul Izzah Anwar


Soalan-soalan Parlimen Penggal ke 13 Mesyuarat Pertama

Posted: 24 Jun 2013 09:30 PM PDT

SOALAN LISAN

1. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan wkesediaan meminda Seksyen 2A, Akta Rahsia Rasmi Pindaan 1986 yang memberi kuasa kepada Menteri untuk menambah, membuang atau meminda sebarang peruntukan dalam Jadual yang memberikan Menteri kuasa penuh untuk merahsiakan mana-mana dokumen dengan makluman Warta Kerajaan.

2. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Kewangan menyatakan bagaimanakah unjuran defisit fiskal 4% dapat dicapai bagi belanjawan 2013 apabila terdapat pengumuman-pengumuman perbelanjaan yang tidak di rekod belanjawan seperti BR1M 3.0 yang dianggarkan mencecah RM7.2 billion dan juga projek MRT yang sehingga sekarang kosnya masih tiada persetujuan?

3. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:
(a) tarikh sebenar pembukaan KLIA2 dan nama kontraktor yang mengakibatkan kelewatan;
(b) kesan kelewatan ini terhadap keuntungan MAHB serta jumlah keseluruhan sebenar pembinaan KLIA2;
(c) bila audit bebas akan mula dijalankan ke atas keseluruhan projek KLIA2.

4. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan bilangan terkini peserta Skim Pembiayaan Khas bagi membeli unit PPR-MTEN dan PA-DBKL dan bilangan mereka yang gagal membayar pinjaman tersebut. Nyatakan juga jumlah tawaran yang ditolak dan sebab yang diberi.

5. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) status projek Air Traffic Modernization Program (ATMOP) untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kawalan trafik udara KLIA2 dan ruang udara sekitar;
(b) nilai keseluruhan projek, senarai syarikat yang membida dan rasional syarikat ENAV S.p.A. dipilih.

6. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan rasional pihak Kementerian bersetuju dengan klausa 'investor to state dispute settlement' (ISDS) di bawah ‘Trans Pacific Partnership Agreement’ (TPPA) yang membenarkan pelabur asing mencabar sebarang keputusan kerajaan jika keputusan tersebut memberi kesan terhadap pelaburan atau keuntungan mereka.

7. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan
(a) langkah-langkah terperinci yang akan diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengatasi masalah banjir, banjir lumpur dan tanah runtuh seperti di Bukit Gasing.
(b) kesediaan DBKL mewujudkan tabung gantirugi banjir bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

8. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan
(a) prosedur yang digunapakai dalam menempatkan semula penduduk Flat 4 Tingkat PKNS Kg Kerinchi yang telah diambilalih tanah mereka untuk kepentingan pemaju swasta;
(b) mekanisme tuntas untuk menghentikan penyalahgunaan akta-akta seperti Akta Pengambilalihan Tanah untuk kepentingan pemaju swasta daripada berterusan

9. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi menyatakan:
(a) rasional penghapusan jaminan kerja bagi graduan perguruan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA);
(b) perancangan jangka panjang untuk graduan ini sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana sekolah

10. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia:
(a) menyatakan bilangan terkini 'cyberhackers' atau penggodam ditaja kerajaan yang terlibat dan jumlah peruntukkan bagi mereka
(b) memberi hujah kukuh bagi menangkis dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana awam untuk kegiatan 'cyberhackers' menentang pihak pembangkang

SOALAN BERTULIS

11.Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) jumlah simpanan terkini Kumpulan Wang Amanah Nasional (KWAN) yang bertujuan untuk pelaburan pembangunan masa hadapan negara dan jumlah yang telah digunakan sejak tahun 1990;
(b) jumlah atau peratusan hasil minyak dan gas yang diketepikan setiap tahun bagi KWAN

12. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan :
(a) rancangan pembangunan bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai pada tahun 2013 hingga 2020. Nyatakan mengikut projek yang sudah disiapkan antara 2008 hingga 2013
(b) butiran terperinci dana Kerajaan Persekutuan yang telah digunakan untuk projek pembangunan kawasan Parlimen Lembah Pantai dari 2008 hingga 2012

13. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan secara terperinci nisbah anggota polis kepada penduduk Malaysia secara keseluruhan dan kawasan parlimen serta pengagihan anggota mengikut Jabatan.

14. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil dan hasilnya untuk menangani isu kualiti pelajar yang merosot dan pendidik yang tidak berwibawa, seperti didapati dalam kajian TALIS (2008), TIMSS (2011) dan UNESCO (2012)

15. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] mohon Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan:
(a) sebab kenapa Akta Persaingan 2010 tidak termasuk aktiviti kerajaan memandangkan Syarikat-Berkaitan Kerajaan (GLC) dan perkhidmatan yang diswastakan memainkan peranan besar dalam ekonomi negara;
(b) adakah kerajaan sedia meminda Perkara ke-3 bagi memecahkan monopoli seperti BERNAS,meningkatkan persaingan pasaran agar mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP