Selasa, 25 Jun 2013

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


SOALAN - SOALAN PARLIMEN

Posted: 25 Jun 2013 03:21 AM PDT

Untuk Penggal Pertama Sessi Pertama Parlimen ke 13, YB SIVARASA telah mengemukakan soalan-soalan berikut untuk jawapan lisan dalam Dewan Rakyat yang bermula 24hb Jun 2013




1. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilakah kerajaan akan meluluskan permit penerbitan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) iaitu Suara Keadilan.



2. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pengundi pos dan pengundi awal dan pecahan kategori-kategorinya dan adakah kerajaan akan mencadangkan pegawai SPR yang terlibat pada hari pengundian biasa akan dimasuk dalam golongan pengundi awal dan bukan pengundi pos saperti sekarang.

3. Tuan R.Sivarasa [ Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan samada kerajaan akan mencadang kepada SPR supaya melaksanakan had 15% sebagai perbezaan maksima jumlah pengundi di antara kawasan-kawasan Parlimen dalam persempadanan semula kawasan-kawasan yang akan dilakukan tahun ini.

4. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri menyatakan peratusan silver nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan pada hari pengundian awal 30hb April 2013 dan hari pengundian biasa 5hb Mei 2013 masing-masing di PRU 13.( minta dijawab pada Selasa 2hb Julai 2013)

5.. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan kenapa kerajaan Malaysia telah memberitahu Timbalan Setiausaha Kementerian Keadilan ( Ministry of Justice) Thailand bahawas kerajaan Malaysia tidak puas hati dengan tingkahlaku Dr Porntip Rojanasunan mengakibatkan Dr Porntip membatalkan perjalanan beliau ke Malaysia untuk membuat bedahsiasat dalam kes kematian C.Sugumar. ( minta dijawab pada Rabu 3 hb Julai 2013)

6. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri menyatakan samada kerajaan bercadang melakukan reformasi Dewan Rakyat dengan melaksanakan sistem jawatankuasa memantau kementerian-kementerian, memberi peruntukkan munasabah untuk ahli-ahli untuk membiayai pusat khidmat dan kakitangan, memperuntukkan hari-hari khusus untuk urusan pembangkang, dan beri jawatan pengerusi PAC kepada ahli pembangkang. ( minta dijawab pada Isnin 8 hb Julai 2013).

7. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan, Agama, Tamil dan Cina yang terdapat di kawasan Parlimen SUBANG dan apakah rancangan untuk menambah lagi jumlah sekolah-sekolah Tamil dan Cina (Minta dijawab pada 9 hb Julai 2013)



8. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan syarikat I Malaysia Development Bhd telah memindahkan dana 7 Billion ringgit malaysia ke bank-bank di Pulau Cayman.(minta di jawab pada Rabu 10 Julai 2013)

9. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan samada kerajaan akan menambah jumlah anggota polis disemua balai polis di kawasan Parlimen Subang sehingga nisbah 1 anggota ke 250 penduduk dicapai. ( minta dijawab pada Rabu 17 Julai 2013).

10. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan bila kerajaan akan pastikan Ketua-Ketua Menteri Sarawak dan Sabah akan disiasat sesungguh-sungguh oleh SPRM dan agensi lain dan didakwa untuk amalan rasuah dan perpindahan wang haram. ( Minta di jawab pada Khamis 18 Julai 2013)

Tiada ulasan:

Nuffnang