:: cina islam | 2011 :: |
- Ribuan sertai majlis Free Husam.
- Jerebu: Sekolah daerah Hilir Perak juga diarah tutup
- Jerebu: Pelabuhan Klang dan Seri Manjung kekal catat IPU bahaya hingga 2 petang tadi
- Fakta mengenai susah hati:
- AS punca konflik Semenanjung Korea
- Tutup Jonker Street: BN perlihat wajah ‘1Umno’
- Pulau Pinang tetapkan zakat fitrah RM7
- 32 yang ditahan dekat Parlimen bebas pagi ini
- Laman web kerajaan, Istana Presiden Korea Selatan digodam
- 102 sekolah di Manjung ditutup hari ini
- Agong rasmi pembukaan Dewan Rakyat Parlimen ke-13
- Menyelamatkan Diri
- Tidak dedah aib setelah bersengketa
- Jenazah pelajar nahas di Jordan selama dikebumi
- Jerebu: Presiden Indonesia Minta Maaf Kepada Malaysia & Singapura
- Laluan ke Everest melalui Pakistan di tutup akibat serangan Taliban
- 31 maut serangan bom kereta di Iraq
- Jerebu: Pelabuhan Klang di tahap berbahaya, IPU 487
- Tuan rumah Piala Dunia 2014 kekal di Brazil - FIFA
- Menanti perbahasan bermutu di Parlimen
Ribuan sertai majlis Free Husam. Posted: 25 Jun 2013 03:57 AM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - Harakahdaily/- (Orang ramai yang memenuhi majlis ceramah Free Husam di Pasir Tumbuh malam tadi) KOTA BHARU: Dengan didengari oleh ribuan orang yang memenuhi sebuah dewan di sebuah sekolah, Umno didakwa terlibat dalam insiden penangkapan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Ketua Penerangan PAS Kelantan yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan mendakwa insiden penahanan Husam merupakan antara permulaan perancangan Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum keempat belas (PRU-14). Bagi beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu tidak sepatutnya ditahan. "Dengan tuduhan yang dibuat ke atas Datuk Husam itu, dia tak sepatutnya ditahan. Cukuplah dia dipanggil untuk memberi kerjasama kepada pihak polis," katanya. Ketua Penerangan PAS Kelantan itu bercakap pada majlis ceramah perdana sempena pembebasan Husam di Dewan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Ma'rif, Pasir Tumboh malam tadi. (Datuk Dr Fadhli berucap di majlis ceramah Free Husam malam tadi) Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri. Hadir sama Adun Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran Mohamed Zaki Ibrahim, Adun Tawang yang juga Pemangku Dewan Ulama PAS Kelantan Hassan Mahmood, Adun Gual Periuk Mohamad Awang. Ketua Lajnah Guaman PAS Kelantan Hisyam Fauzi, mantan Setiausaha Politik MB Kelantan Annual Bakri Haron dan Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) Nazeri Deraman turut hadir. Husam yang ditahan dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu sejak 23 Jun dan dibebaskan kira-kira 5.00 petang 24 Jun semalam dibebaskan dengan jaminan RM3,000 serta jaminan polis, dalam tempoh sebulan. "Sekarang ini setiap pergerakan yang dibuat (badan-badan kerajaan), mesti ada perancangan Umno-BN, tambahan pula dia (Umno-BN) sedar bahawa (prestasinya) pada PRU-14 nanti dia amat teruk. "Jadi mereka akan buat perancangan daripada awal lagi supaya tidak berlaku sebagaimana pilihan raya baru-baru ini, dia rasa nak mati sangat-sangat. Jadi ini adalah perancangan dia, ini baru permulaan. "Jadi ini sangat-sangat merisaukan kita," kata Fadhli. | |
Jerebu: Sekolah daerah Hilir Perak juga diarah tutup Posted: 25 Jun 2013 03:51 AM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - IPOH: Selepas Manjung, sekolah di daerah Hilir Perak juga diarahkan ditutup mulai sesi petang hari ini dan esok. Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak, Zainal Abidin Osman berkata, penutupan itu membabitkan 24 sekolah menengah yang mempunyai 19,446 pelajar dan 113 sekolah rendah yang mempunyai 20,145 murid. Katanya, arahan cuti berganti itu dibuat selepas bacaan IPU di daerah itu pada jam 10 pagi tadi adalah 322. Katanya, semua aktiviti sekolah juga dibatalkan serta-merta dan pihak sekolah diminta merujuk kepada portal PPD Hilir Perak untuk maklumat terkini. | |
Jerebu: Pelabuhan Klang dan Seri Manjung kekal catat IPU bahaya hingga 2 petang tadi Posted: 25 Jun 2013 03:50 AM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor dan Seri Manjung, Perak kekal pada kategori paras bahaya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing mencatat 452 dan 322, setakat jam 2 petang ini . Portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan tiga kawasan di Selangor iaitu Shah Alam, Banting dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200. Muar yang diisytihar kawasan darurat jerebu pada Ahad lepas terus menunjukkan perkembangan positif apabila bacaan IPU terus menurun iaitu 127, berbanding 507 yang dicatat Ahad lepas. Setakat 2 petang ini, 19 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 26 sederhana dan dua kawasan iaitu di Limbang, Sarawak dan Tawau, Sabah adalah baik. Kawasan yang berada pada tahap tidak sihat ialah USM (113), Perai (112), Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang (123); Jalan Tasek, Ipoh (156), SK Jalan Pegoh, Ipoh (200), Kampung Air Putih, Taiping (153), Tanjung Malim di Perak (177); Petaling Jaya, Selangor (185). Tempat lain ialah Batu Muda (174), Cheras di Kuala Lumpur (155); Putrajaya (180); Nilai (153), Seremban (141), Port Dickson di Negeri Sembilan (148); Bukit Rambai (147) dan Bandaraya Melaka (127). Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. -- BERNAMA | |
Posted: 25 Jun 2013 03:20 AM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - Fakta mengenai susah hati:1. Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman kita bertukar menjadi masam - namun ia tidak mengubah hakikat bahawa anak kita gagal di sekolah. 2. Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu, namun adakah ia akan hidup semula? 3. Kita gagal dalam mencapai hasrat kita, seperti mengalami kerugian dalam perniagaan, susah hati kita tidak akan menjadikan hasrat kita tercapai dan perniagaan kita mencapai keuntungan. 4. Kita dimarahi di tempat kerja, kita menjadi marah, kecewa dan putus asa, adakah keadaan di tempat kerja akan menjadi lebih baik. 5. Ada yang sedih kerana berasa dirinya miskin, dia menjadi susah hati dalam menghadapi kehidupan, adakah beliau akan menjadi kaya? 6. Ada yang terkilan kerana apa yang dikatakan oleh musuh - sedarkah bahawa dengan terkilan, anda sebenarnya sedang membantu serangan musuh pada diri sendiri. 7. Ada yang merasakan dunia dia gelap semata-mata kerana apa yang dihajatkan dan didoakan tidak kunjung tiba. Lagi dia berada dalam kesedihan, lagi benda yang dihajatkan tidak kunjung sampai. 8. Orang yang susah hati - air jernih disangkakan racun, bunga ros dilihat kaktus, taman hijau seolah gurun dan merasakan diri hidup di penjara di bumi Allah yang luas ini. Apabila menghadapi sebarang situasi buruk, kawal minda, jangan susah hati, kerana susah hati akan menarik lebih banyak situasi yang tidak diingini kerana air liur beracun yang ditelan bertambah dalam keadaan kita sedih. Ingatlah semuanya adalah sebahagian daripada ujian Allah, dan Allah tidak akan menguji kita di luar kemampunan kita. Apa yang perlu disedih sekiranya kita masih mempunyai dua mata, dua telinga, mulut, tangan, kaki, lidah, jantung, ketenangan dan badan yang sihat? "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" (surah ar-Rahman : ayat 13) Ingatlah, tiada istana yang boleh melindungi anda akibat dan musibah yang melanda anda akibat dari kesedihan dan kemurungan anda - meskipun anda jutawan, berjawatan tinggi dan mempunyai anak dan isteri yang baik. Senyum senantiasa perisai semulajadi Allah kepada manusia dalam menghadapi ujiannya. HARAKAH/- | |
AS punca konflik Semenanjung Korea Posted: 25 Jun 2013 03:13 AM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - PYONGYANG - KOREA . Korea Utara menuduh Amerika Syarikat (AS) sebagai punca terhadap peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea. Ketua Parti Rodang Sinmun turut menggesa Washington menamatkan segera operasi pembangunan ketenteraan dilakukan di negara itu yang dilihat sebagai satu provokasi. AS tidak boleh menutup agenda mereka dengan mempergunakan pelbagai alasan sehingga ketegangan di Semenanjung Korea ini meningkat," katanya. Menurutnya, Washington sepatutnya menghentikan latihan ketenteraan dengan Korea Selatan selain tindakan mereka melakukan pelbagai ugutan terhadap Korea Utara. Kenyataan itu disuarakan selepas Duta Korea Utara di PBB Dosa Son Ho menuntut menarikan semula perintah sekatan terhadap negaranya dan menuduh AS sengaja menambah bilangan tentera di Asia selepas lawatan Presiden Barack Obama dua bulan lalu. "Ketegangan di Semenanjung Korea bukan berpunca daripada demonstrasi Parti Republik Demokratik Rakyat Korea tetapi ia berpunca daripada tindakan provokasi AS," katanya menurut laporan Reuters. Menurutnya, Korea Utara tidak akan berputus asa mempertahankan negaranya dan bersedia duduk di meja rundingan. sinar/- | |
Tutup Jonker Street: BN perlihat wajah ‘1Umno’ Posted: 25 Jun 2013 03:04 AM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Penutupan pasar Jonker Street yang menjadi tumpuan pelancong di Melaka lebih sedekad lalu membuktikan dendam kesumat Umno BN terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang tidak mampu dibendung lagi. Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dalam satu kenyataan menyifatkan penutupan pasar malam itu sebagai manifestasi politik balas dendam terang-terangan yang amat mengejutkan. "Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini boleh dilihat sebagai tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu. "Ia ibarat memotong hidung pada wajah seseorang," katanya dipetikRoketkini. Sambil melahirkan rasa kecewa, beliau tidak menolak tindakan tidak cerdik dengan mengajar pengundi Cina melalui cara ini adalah disebabkan komuniti itu tidak lagi memihak kepada BN dalam PRU13 lalu. "Hanya semata-mata Idris Haron mahu balas dendam dan merosakkan komuniti Cina, beliau telah mengorbankan kepentingan warga Melaka dan ekonomi negeri itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara. Beliau berkata, apa yang diperlihatkan BN itu adalah wajah hipokrit sebuah parti yang kononnya mengamalkan '1Malaysia' seperti yang menjadi slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan. "Tetapi kita telah diperlihatkan wajah '1Umno' yang mementingkan kroni dan puak-puak mereka sahaja," ujar beliau. Sebelum ini, Kwong Wah Daily melaporkan bahawa Idris Haron dipetik sebagai berkata "kini kita lihat ramai penduduk Melaka memberi sokongan padu kepada DAP berbanding calon MCA yang telah berkhidmat kepada mereka. Jadi, kita telah buat keputusan untuk tutup pasar malam itu dan berharap agar mereka gembira". Akhbar itu juga memetik Idris sebagai berkata keputusan penutupan pasar malam oleh Majlis Eksekutif Melaka itu pada 12 Jun lalu adalah kerana "mengikut kehendak orang ramai". harakah/- | |
Pulau Pinang tetapkan zakat fitrah RM7 Posted: 24 Jun 2013 10:46 PM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - NIBONG TEBAL 25 Jun - Kadar bayaran zakat fitrah di Pulau Pinang tahun ini ditetapkan sebanyak RM7 seorang. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Mohd. Salleh Man berkata demikian dalam majlis penyampaian tauliah kepada amil di sini hari ini. | |
32 yang ditahan dekat Parlimen bebas pagi ini Posted: 24 Jun 2013 10:41 PM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - Kesemua 32 orang yang ditahan dalam perhimpunan berhampiran pintu masuk Parlimen semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini. Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Nalini Elumalai berkata, mereka dibebaskan secara berperingkat bermula jam 12 tengah malam semalam dan selesai dibebaskan kira-kira jam 2.15 pagi. Katanya, setakat ini polis belum memaklumkan lagi sama ada mereka yang ditahan semalam akan didakwa atau pun tidak. "Belum ada apa-apa makluman daripada polis berkenaan perkara itu," katanya kepada Malaysiakini. Polis dalam satu kenyataan semalam mengumumkan bahawa mereka yang ditahan mungkin akan berhadapan empat dakwaan. Ia adalah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam yang menjalankan tugas,dan Seksyen 9(5) dan Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman atas tuduhan mengadakan perhimpunan tanpa notis dan berarak tanpa memberikan notis. Keadaan menjadi tegang semalam apabila kumpulan tersebut cuba melepasi halangan polis yang didirikan kira-kira 800 meter dari pintu masuk Parlimen. Bagaimana pun mereka gagal berbuat demikian kerana halangan itu dikawal tidak kurang daripada 300 orang semalam. Polis mendakwa seorang pegawai polis cedera di mata kanan dan hidung manakala seorang lagi pula patah gigi dan terseliuh ibu jari kiri dalam pertembungan tersebut. Malaysiakini/- | |
Laman web kerajaan, Istana Presiden Korea Selatan digodam Posted: 24 Jun 2013 10:38 PM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - SEOUL: Korea Utara mengeluarkan amaran berjaga-jaga berikutan serangan sibar oleh penggodam ke atas beberapa lama web kerajaan, termasuk Rumah Biru Istana Presiden hari ini. Serangan itu pada hari memperingati Perang Korea yang jatuh hari ini. "Kerajaan mengesahkan serangan sibar oleh penggodam tidak dikenali yang menutup beberapa laman web, termasuk Rumah Biru presiden," kata Kementerian Sains dalam satu kenyataan. Amaran serangan siber kebangsaan peringkat lima dikeluarkan selepas sebelum ini perinkat satu dan dua. Beberapa laman web media dan agensi keranaan termasuk Penyelaras Dasar Kerajaan dan laman web parti pemerintah, New Frontier Party turut terjejas dalam serangan yang bermula 10.45 pagi waktu tempatan. Serangan penggodam itu dipercayai ada kaitan dengan sambutan tahunan ke-63 Perang Korea 1950 yang disambut setiap 25 Jun. - AFP | |
102 sekolah di Manjung ditutup hari ini Posted: 24 Jun 2013 10:35 PM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - IPOH: Kesemua sekolah menengah dan rendah di daerah Manjung diarahkan ditutup mulai sesi petang hari ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan 322 iaitu tahap berbahaya di Seri Manjung pada jam 9 pagi. Pegawai Pelajaran Daerah Manjung, Muhd Suod Mat Thani, berkata penutupan itu membabitkan 21 sekolah menengah dan 81 sekolah rendah dengan hampir 40,000 orang murid. "Kami sudah mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri dan memaklumkan kepada semua pengetua serta guru besar sekolah di sini. Murid sesi pagi dibenarkan pulang awal memandang mereka sudah hadir ke sekolah pagi ini," katanya ketika dihubungimdi sini. Beliau berkata, sesi persekolahan pada hari ini dan esok perlu digantikan pada tarikh yang ditentukan kemudian. Mengikut laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kawasan lain yang merekodkan kualiti udara yang semakin buruk pada pukul 9 pagi ialah Jalan Tasek, Ipoh dengan bacaan 144, Kampung Air Putih, Taiping (149), Jalan Pegoh, Ipoh (188) dan Tanjung Malim (175). BH/- | |
Agong rasmi pembukaan Dewan Rakyat Parlimen ke-13 Posted: 24 Jun 2013 08:08 PM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merasmikan pembukaan sidang Dewan Rakyat bagi penggal pertama Parlimen ke-13, sebentar tadi. Upacara perasmian itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri Kabinet serta perwakilan asing. Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah tiba di Bankuet Parlimen kira-kira jam 10 pagi, di mana ia yang sebelum ini diadakan di Dataran Parlimen terpaksa berlangsung di dalam bangunan berikutan masalah jerebu. Selepas lagu "Negaraku" dimainkan, Tuanku Abdul Halim memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi di sini yang diketuai Mejar Mohd Fahmi Bashar. | |
Posted: 24 Jun 2013 07:24 PM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - Oleh: Jarjani Usman "Dari Abi Musa radhiyallaahu anhu, "Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bagaimana Islam yang paling utama?' Rasulullah menjawab: 'Seorang muslim yang menyelamatkan kaum muslimin dari lisan dan tangannya' (HR. Bukhari). Jika dikejar binatang buas, siapapun yang sudah menyelamatkan diri ke dalam ruangan yang aman, pasti tidak ingin ada anggota tubuhnya berada di luar. Belum dikatakan "berhasil" menyelamatkan diri bila misalnya masih ada satu tangan atau kaki menjulur keluar, sehingga dengan mudah bisa diterkam. Walaupun satu tangan saja yang diterkam, tetap sakit dan mengantar rasa sakit ke seluruh tubuh. Demikian juga dalam menyelamatkan diri dari sikap dan perilaku jahat. Tidak cukup hanya menyelamatkan sebahagian saja dari anggota tubuh kita. Tidak cukup hanya menyelamatkan mata, tapi tidak menyelamatkan hati. Tidak cukup hanya menyelamatkan hati, tetapi tidak menyelamatkan lidah dari (berbuat) kejahatan. Demikian juga, tidak cukup hanya menyelamatkan lidah, tetapi tak menyelamatkan tangan dari perbuatan jahat. Semuanya penting diselamatkan dari segala perbuatan jahat terhadap orang lain, lebih-lebih yang seiman. Apalagi dosa yang masuk melalui salah satu bagian (tubuh) tersebut, juga bisa melemparkan seluruh tubuh kita ke neraka yang menghanguskan seluruh bagian-bagian lain yang tak berbuat salah. Lebih-lebih lagi, iblis telah berjanji akan berusaha sekuat tenaga untuk menggoda manusia dari segala arah. Kalau tidak mempan dari satu arah, akan diupayakan dari arah lain. Semoga setiap diri kita mampu menyelamatkan diri dan mengantar diri ke tingkat muslim yang baik. | |
Tidak dedah aib setelah bersengketa Posted: 24 Jun 2013 07:18 PM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - harakahdaily.net KERJASAMA dalam masyarakat umpama dua belah tangan, saling membersihkan apabila menyedari sebelah tangannya kotor. Begitulah keadaan di antara ahli masyarakat jika melakukan kesilapan, hendaklah saling tegur menegur tanpa menyinggung perasaannya. Setiap kali berlaku tegur menegur janganlah berkecil hati atau masam muka, dengan syarat orang yang menegur itu mesti mengguna bahasa yang sopan dan lemah lembut. Agar yang mendengar nasihat dapat menerimanya dengan hati terbuka, kerana nasihat itu tidak menyinggung perasaan orang yang menerimanya. "Rohama-u bainahum," di antara satu sama yang lain dalam keadaan kasihan belas dan berkasih sayang. Itulah sikap luhur yang mesti wujud dalam masyarakat Islam. Untuk mengetahui sama ada seorang kawan itu sungguh bersimpati dan baik hati iaitu; dia tidak menikmati makanan yang lazat sendirian tanpa ditemani bersama kawannya. Jika dia merasai lazat dan seronok makan sendirian, maka itu tandanya dia tiada sikap ingin berkawan dengan orang lain. Terpaksa berkawan dengan sesama manusia, lantaran mereka duduk sekampung atau setaman dengannya. Sedangkan maksud berkawan bukan atas alasan begitu. Bahkan kerana agama mengajar supaya anggota masyarakat itu ada sifat "suhbah" (persahabatan) dan "ukhuwah" (persaudaraan) dalam diri masing masing. Antara tandanya lagi ialah jika seseorang pergi ke tempat yang menggembirakan hati, tetapi tidak mempelawa bersama kawannya. Itu tandanya dia tidak suka berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Sikap dirinya terlalu keakuan dalam perkara yang sepatutnya boleh dikongsi. Sewajarnya dia merasa terkilan apabila tidak mengajak kawannya bersama ke tempat tersebut. Di hatinya berkata; alangkah baiknya jika kawanku turut bersama, tentu dia rasai gembira bersama seperti yang dirasainya. Selepas memperkatakan tanggungjawab tenaga dan jiwa raga terhadap kawan atau sahabat, kini diperkatakan pula tentang tanggungjawab lisan (lidah) ketika bersahabat. Ada ketikanya kita kena cakap perkara tertentu, ada masanya lebih baik diam senyap tanpa kata-kata, apabila berdepan dengannya jika dia kawan atau sahabat kita. Adapun perkara yang sepatutnya senyap tanpa ucapan, ialah dari menyebut keaiban dirinya. Sama ada di hadapan atau belakangnya. Jika seringkali menyebut keburukannya, perbuatan itu menjadi bukti bahawa anda tidak bersahabat dengannya. Bahkan menjadi kewajipan kita berdiam diri, seolah-olah tidak tahu langsung wujudnya keaiban kawan kita itu. Seperti orang jahil langsung tidak mengetahuinya. Menjadi tanggungjawab seseorang itu membisu daripada menyebut keaiban kawannya, wajib bersikap jahil atas keaiban orang lain. Hendaklah senyap tanpa kata daripada membalas balik, perkataan kawan yang boleh menjejaskan diri atau peribadi kita. Jangan berbalah dan berbantah atas isu tersebut. Sebolehnya mengelak daripada meneruskan pertuturan tersebut, atau lencongkan daripada bercakap topik itu kepada isu yang lebih bermanfaat, atau berdiam diri. Supaya akhirnya dia sedar bahawa perbualan buruknya, tidak mendapat sambutan dan perhatian daripada kita. Hendaklah senyap dan berdiam diri, daripada berkata yang bersifat menyelidiki (tajassus) hal ehwal peribadinya. Kerana perbuatan mencungkil rahsia adalah ditegah oleh Islam, seperti yang ditegaskan dalam ayat 12 Surah Al-Hujraat. Perbuatan yang perlu dielakkan apabila berkawan, kerana ia boleh menimbulkan masalah dan menjejaskan hubungan persahabatan antara kedua-dua pihak. Mungkin dia tidak suka orang lain terlalu ambil tahu tentang ehwal diri dan pekerjaannya. Apakah sebabnya yang perbuatan itu tidak manis jika terlalu bertanya khabar, ketika bertemu di saat dia membuat sesuatu perkara. Kerana boleh meninggalkan kesan berat atasnya, untuk menjelaskan sesuatu yang ditanya itu. Kadang kala mereka terpaksa tidak bercakap benar untuk menjawabnya, pertanyaan kita itu menyebabkan dia jadi pendusta. Hendaklah tidak berkata akan rahsia-rahsia yang dia telah menceritakan kepada kita, sedangkan dia telah meletakkan kepercayaan sepenuhnya. Hingga dia sanggup mendedahkan rahsia kepada kita, sekali-kali tidak boleh mendedahkan rahsia tersebut, walaupun kepada kawan paling rapat dan dipercayai. Tidak boleh mendedahkan walau sedikit pun rahsia seseorang, sekalipun setelah berselisih faham dan berbalah antara kedua-duanya. Orang mukmin tidak mendedahkan rahsia, sama ada ketika berkawan baik atau ketika bersengketa atau selisih faham. Membuka rahsia seseorang walaupun setelah berbalah dengannya, jadi bukti bahawa hakikat peribadi yang berkenaan terlalu hodoh dan kotor. Sebagaimana ditegah mencaci peribadinya, begitu juga dilarang mencaci keburukan orang yang menjadi kawan temannya dan keluarganya. Janganlah menyebut mengenai orang yang menceritakan hal keburukan kawannya kepada kita, kerana golongan itu kelak yang akan dedah keaiban peribadi kita kepada pihak lain. Wajar menasihati orang yang berurusan dengan golongan tersebut, sekadar mengingatkan agar berhati-hati tanpa menyebut dan menyenarai keburukannya. | |
Jenazah pelajar nahas di Jordan selama dikebumi Posted: 24 Jun 2013 07:12 PM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - Jenazah pelajar Malaysia, Sumaiyah Romli, 21, yang terkorban dalam nahas di Jordan, selamat di kebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Bukhary di Alor Setar awal hari ini. Jenazah Allahyarham tiba di rumah keluarganya di Taman Mutiara, Jalan Pipit Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini kira-kira 12.30 tengah malam sebelum dikebumikan pada pukul 2 pagi. Jenazah pelajar itu diterbangkan dari Amman, Jordan kira-kira pukul 2 pagi waktu Jordan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9.15 malam. Jenazah kemudian diterbangkan ke Pulau Pinang dan tiba kira-kira pukul 10.35 malam. Suasana pilu menyelubungi lebih 200 saudara mara, rakan dan bekas guru Sumaiyah yang berada di kediaman keluarga pelajar itu bagi memberi menziarahi jenazahnya. Jenazah kemudian dibawa ke surau Darul Syifa untuk disembahyangkan. Dalam kejadian antara pukul 5 dan 6 petang waktu Jordan pada Jumaat lepas, kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Sumaiyah dan empat pelajar Malaysia terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 kilometer dari Amman, Jordan. Kemalangan itu meragut nyawa Sumaiyah pelajar tahun satu bidang astronomi fizik University College London (UCL) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dan menyebabkan empat yang lain cedera iaitu Muhammad Nazirul Mubin Nasruddin, Mohamad Shukri Alias, Nur Ili Dayana Mazlan @ Masgelan dan Humairak Ibrahim. Muhammad Nazirul, Humairak dan Muhamad Shukri merupakan pelajar tahun tiga di Universiti Yarmouk, Jordan. Nur Ili Dayana pula pelajar tahun empat di UCL tajaan Bank Negara Malaysia. - Bernama | |
Jerebu: Presiden Indonesia Minta Maaf Kepada Malaysia & Singapura Posted: 24 Jun 2013 07:09 PM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura yang dilanda jerebu sehingga menjejaskan kualiti udara kedua-dua negara itu akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera. "Atas apa yang terjadi ini, selaku presiden saya meminta maaf dan pengertian saudara-saudara kami di Singapura dan Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Presiden di sini pada Isnin malam. Tentu, tidak ada niat Indonesia atas apa yang terjadi," katanya. Yudhoyono berkata pada masa ini kawasan yang terlibat dengan kebakaran itu iaitu Jambi, Bengkulu, dan Riau ditetapkan sebagai daerah bencana berstatus darurat, dan kerajaan pusat mengerahkan tenaga secara maksimum untuk menangani bencana itu. Beliau berkata Indonesia bertanggungjawab penuh untuk mengatasi masalah itu dan beliau yakin ia akan dapat diatasi dengan segera. Yudhoyono berjanji bahawa Indonesia akan berusaha memadamkan titik-titik api yang membakar hutan Indonesia dengan melakukan hujan buatan melalui pembenihan awan selain mengerah pasukan pemadam kebakaran di darat termasuk menggunakan tenaga anggota tentera. Pada sidang akhbar itu Presiden Indonesia itu turut menyindir beberapa pegawai kerajaan republik itu yang menyebut nama syarikat perladangan yang dipercayai menyebabkan kebakaran itu, yang katanya tidak seharusnya mereka lakukan. "Dari apa yang saya pantau setiap hari, ada pernyataan dari sejumlah pegawai yang menurut saya tidak semestinya disampaikan seperti itu," katanya. Beliau berkata syarikat berkenaan belum dipastikan terlibat dalam pembakaran itu dan para pegawai kerajaan harus menghindari daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Kalau ada syarikat lalai, apa lagi menyebut namanya jelas tidak diperlukan seperti itu. Sama halnya menyebutkan syarikat asing yang dimiliki negara jiran kita, itu juga tidak diperlukan," katanya. Apa yang lebih penting pada masa ini ialah tumpuan kepada usaha mengatasi bencana kebakaran dan asap yang sudah berlarutan selama seminggu ini, katanya. - BERNAMA | |
Laluan ke Everest melalui Pakistan di tutup akibat serangan Taliban Posted: 24 Jun 2013 07:03 PM PDT ISLAMABAD 25 Jun - Pakistan semalam buat sementara mengharamkan sebarang ekspedisi ke puncak Himalaya melalui laluan di utara negara tersebut, ketika pihak berkuasa cuba memindahkan pendaki antarabangsa selepas serangan kumpulan Taliban mengorbankan 10 warga asing di sebuah tapak kem, kelmarin. Sekurang-kurangnya 45 pendaki warga asing, kebanyakannya warga Eropah di laluan di Nanga Parbat, puncak kesembilan tertinggi di dunia dipindahkan menggunakan pesawat tentera ke Islamabad. Tentera dan polis dalam pada itu melakukan usaha menjejak anggota militan di kawasan semi-autonomi Gilgit-Baltistan, berhampiran China. - DPA | |
31 maut serangan bom kereta di Iraq Posted: 24 Jun 2013 06:59 PM PDT BAGHDAD: Siri serangan terbaru tercetus di Iraq termasuk bom kereta di Baghdad menyebabkan 31 orang terbunuh, semalam. Sekurang-kurangnya 10 kenderaan yang membawa bahan letupan diletupkan di lapan tempat kediaman penduduk di sekitar ibu negara Iraq. Setakat ini, belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkenaan, namun puak Sunni yang dikaitkan dengan militan Al-Qaeda sering menjadikan kumpulan Syiah sebagai sasaran. Satu serangan itu luar pasar raya di kawasan komersial Karrada, di tengah Baghdad, sebuah bom kereta diletupkan di kawasan tempat letak kereta. Kejadian itu menyebabkan empat terbunuh, termasuk seorang budak perempuan dan wanita serta seorang askar. Dua lagi bom kereta diletupkan di sebuah restoran di kawasan kediaman Jihad dan sebuah pasar raya juga berdekatan Karrada. Beberapa serangan turut berlaku di bandar utara Mosul. - AFP | |
Jerebu: Pelabuhan Klang di tahap berbahaya, IPU 487 Posted: 24 Jun 2013 06:54 PM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - Pelabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya apabila mencapai bacaan 487 sehingga jam 7 pagi tadi. Mengikut bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pagi ini, lima kawasan mencatat bacaan 'sangat tidak sihat' iaitu Banting (292), Shah Alam (289), Seri Manjung (288), Kuala Selangor,( 242) dan Petaling Jaya (213). Sementara itu, IPU di Putrajaya kini mencatatkan bacaan 'tidak sihat' iaitu 195 manakala Batu Muda/Kuala Lumpur (198). IPU mengelaskan udara baik antara 0-5, sederhana 51-100, tidak sihat 101-200, sangat tidak sihat 201-300 dan berbahaya kepada kesihatan manusia apabila melebihi angka 300. | |
Tuan rumah Piala Dunia 2014 kekal di Brazil - FIFA Posted: 24 Jun 2013 06:52 PM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] - RIO DE JANEIRO: Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) hari ini mempertahankan bahawa tuan rumah bagi Piala Dunia 2014 kekal dianjurkan Brazil meskipun tercetus bantahan awam di negara berkenaan. FIFA turut menjelaskan setakat ini tiada 'tawaran rasmi' diterima badan itu dari mana-mana negara yang mahu menganjurkan kejohanan terbesar bola sepak dunia itu. Sejak beberapa minggu lalu, pihak berkuasa Brazil terpaksa melepaskan gas memedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Mereka membantah penganjuran tuan rumah Piala Konfederasi yang berlangsung sekarang dan Piala Dunia tahun depan dan menanggapnya ia satu pelaburan salah oleh kerajaan. Kerajaan Brazil memperuntukkan AS$13.3 bilion untuk pembinaan stadium, menaik taraf lapangan terbang dan projek berkaitan Piala Dunia pula mencecah perbelanjaan AS$3.5 bilion. Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke, yang kali pertama memberi kenyataan kepada umum sejak keganasan tercetus di Brazil, menegaskan bahawa temasya berkenaan tidak sekali-kali dibatalkan. Katanya, Piala Dunia akan memberi banyak manfaat kepada seluruh negara Brazil. "Kita melakukannya dengan memuaskan dan banyak perkara baik dilakukan. "Tiada pelan B dan saya tidak pernah menerima sebarang tawaran rasmi daripada mana-mana negara di dunia untuk menganjurkan Piala Dunia 2014 (kecuali Brazil)," kata Valcke. - AP | |
Menanti perbahasan bermutu di Parlimen Posted: 24 Jun 2013 06:48 PM PDT 16 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Sidang Dewan Rakyat sudahpun membuka tirainya dan rakyat sedang menunggu-nunggu untuk mendengar perbahasan bermutu dari ahli parlimen yang dipilih oleh mereka, baik oleh Pakatan Rakyat mahupun BN. Sidang Dewan Rakyat sudahpun membuka tirainya dan rakyat sedang menunggu-nunggu untuk mendengar perbahasan bermutu dari ahli parlimen yang dipilih oleh mereka, baik oleh Pakatan Rakyat mahupun BN. Lebih-lebih lagi Sidang Dewan Rakyat kali ini adalah sidang pertama selepas PRU ke-13 - di tengah kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan, terutamanya membaiki sistem pilihan raya yang didakwa penuh penipuan, integriti kerajaan yang menang tipis dalam PRU itu dan pelbagai lagi. Sidang kali ini diharapkan berbeza dari sidang di masa lalu, di mana ada ketikanya begitu boring untuk mengikutinya, disebabkan perbahasan yang tidak bermutu, melawak, sindir menyindir, kata-kata kesat dan angkuh serta berlagak seperti samseng dan sebagainya. Ini sama sekali tidak memancarkan sikap keintelektualan sebagai ahli parlimen dan sangat menghampakan rakyat. Oleh itu, rakyat kini menuntut perbahasan bermutu, bersifat intelektual, berhujah berdasarkan fakta dan lojik serta rasional, bukan hanya emosi dan prejudis serta bermodalkan air liur semata-mata. Saya menujukan hal ini kepada kedua-kedua pihak, baik ahli parlimen dari BN mahupun dari Pakatan Rakyat. Rakyat mahu mendengar perbahasan mengenai dakwaan penipuan dalam PRU yang lalu, isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijangka mungkin dikenakan kepada rakyat Malaysia, cukai baru yang lain, isu jerebu, isu harga barang yang meningkat, isu ekonomi seluruhnya, beban hutang negara, isu hak asasi, demokrasi, hubungan antara bangsa dan pelbagai lagi. Rakyat tidak sekadar mahu mendengar penjelasan menteri atau timbalannya saja, tetapi mahukan perbahasan yang mendalam mengenai pelbagai isu dari ahli parlimen sendiri. Perbahasan di parlimen sepatutnya bukan lagi mengenai aduan jalan rosak atau masih jalan tanah merah, jambatan uzur, tiada sekolah, tiada klinik dan isu-isu seumpama ini. Justru, masalah ini sepaturnya sudah tidak berbangkit lagi, kerana ini tanggungjawab BN sebagai parti yang telah memerintah lebih setengah abad. Parlimen adalah tempat perbahasan mengenai perundangan, perancangan masa depan negara, ekonomi, hubungan antara bangsa, percukaian, sumber alam, kedudukan jenayah di seluruh negara dan sebagainya. Oleh yang demikian ahli parlimen – baru dan lama – mestilah membuat persediaan yang cukup dengan segala fakta dan rujukan sebelum menyampaikan hujah. Perlulah disedari bahawa masyarakat sekarang terdedah kepada pelbagai maklumat dari pelbagai sumber dan mereka bukan masyarakat masa lalu yang amat terhad sumber maklumat mereka dan tidak bersedia untuk berfikir serta membuat pertimbangan. Masyarakat masa kini, terutama di kota besar dan semi bandar, adalah masyarakat yang didominasi oleh masyarakat sivil yang berfikiran terbuka dan bersifat critical serta analytical, tidak bersikap pasif, menerima apa saja yang ada. Oleh itu ahli Parlimen mestilah memenuhi aspirasi mereka. Sementara itu, melihat dari barisan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 89 orang itu di mana kebanyakannya terdiri dari golongan muda, profesional dan bersifat versatile. Mereka datang dari pelbagai latar belakang pendidikan, lingkungan, pendedahan dan aliran pemikiran. Sebab itu mereka dijangka mampu mengenengahkan pelbagai isu serta dilihat mempunyai kemampuan besar untuk berhujah. Mereka itu, antaranya, Rafizi Ramli, Hanipa Maidin, Datuk Takiyudin Hasan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Zairil Khir Johari, Datuk Idris Jauzi, Wong Chen, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan lain-lain. Rafizi Ramli (PKR-Pandan), seorang profesional ekonomi yang banyak mendedahkan isu hangat, dijangka akan menambahkan 'hangat' parlimen, terutama mengena isu penipuan dalam PRU. Beliau yang dianggap 'Bintang baru Pakatan Rakyat' yang berani akan bersama Zairil Khir Johari (DAP-Bukit Bendera) yang muncul sebagai pemimpin politik generasi baru, Hanipa Maidin (PAS-Sepang), seorang peguam PAS yang terkenal, Ustaz Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), agamawan yang bijak berhujah, Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) – seorang peguam, 'giant killer' yang telah menewaskan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Selain itu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (PAS-Kuala Terengganu), seorang arkitek yang mampu berhujah, Wong Chen (PKR-Kelana Jaya), seorang ahli ekonomi dan sangat fasih berbahasa Melayu kerana mendapat pendidikan awal di Kelantan, juga Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (PKR-Raub) dan lain-lain. Mereka ini yang akan bersama para tokoh veteran Pakatan diharapkan akan memberikan kesan dan makna yang penting melalui perbahasan mereka. Sungguhpun beberapa tokoh veteran Pakatan, seperti Muhamad Sabu, Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa, Dr. Dzulkefly Ahmad dan beberapa lagi tokoh lagi tidak berada di parlimen kali ini, namun diharapkan sudah ada pembahas berwibawa seperti peguam Hanipa Maidin, Datuk Kamarudin Jaafar, Mujahid Yusuf Rawa, Rafizi, Ustaz Idris Ahmad, Tony Phua, Khalid Samad, Nurul Ezzah Anwar dan lain-lain. Inilah gandingan lama dan baru ahli Parlimen Pakatan. Mereka diharapkan menampilkan hujah bermutu kerana mereka adalah suara politik baru Malaysia yang sangat terbuka di mana mereka telah membebaskan diri dari cengkaman politik perkauman dan kelompok. Oleh itu perbahasan di Parlimen kali ini diharapkan akan menampilkan wajah demokrasi sebenar seperti yang dikehendaki rakyat. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan