Sabtu, 2 Februari 2013

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Perasmian Majls Khatam Al-Quran Dewasa

Posted: 02 Feb 2013 12:54 AM PST













Selepas aktiviti gotong-royong selesai telah pergi ke Masjid Nur Bakti, Perumahan Taman Desa Bakti, Wakaf Baru untuk merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Dewasa sempena sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2013M anjuran Yayasan Islam Terengganu. Peserta terdiri dari lelaki dan perempuan dewasa dan penyertaan dalam program ini sangat menggalakkan. Semoga Yayasan Islam Terengganu terus menerus membuat program seperti ini.

Sepagi di Gong Badak

Posted: 02 Feb 2013 12:43 AM PST













Selepas aktiviti senamrobik di SMK Ibrahim Fikri selesai, telah pergi ke kedai makan Siang Malam di Gong Badak untuk minum pagi di sana bersama penduduk setempat. Selepas itu telah bersama-sama bergotong-royong membersihkan Taman Perumahan Gong Badak. Turut serta dalam program ini ialah pensyarah dari UniSZA Kampus Gong Badak. Melalui aktiviti seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan rakyat. Semoga ikatan yang terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat dan aktiviti seperti diteruskan di masa akan datang.

Senamrobik di Pesta Pendidikan Berita Harian

Posted: 02 Feb 2013 12:34 AM PST






Awal pagi tadi, 2 Februari 2013 telah bersenamrobik bersama-sama para pelajar sekolah-sekolah dalam DUN Seberang Takir bertempat di Perkarangan SMK Ibrahim Fikri sempena Pesta Pendidikan Berita Harian. Sungguh meriah dengan kehadiran para pelajar, guru dan ibu bapa yang turut serta untuk aktiviti kecergasan badan. Terima kasih diucapkan kepada Berita Harian kerana menganjurkan aktiviti berfaedah seperti ini dan diharapkan aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan dan tidak berhenti setakat di sini sahaja.

Tiada ulasan:

Nuffnang