Sabtu, 2 Februari 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Asrama Khusus Untuk Anak-Anak Pekerja Ladang Di Selangor

Posted: 02 Feb 2013 03:44 AM PST

PETALING JAYA 2 FEB : Sejajar dengan misi memartabatkan institusi pendidikan anak-anak pekerja ladang, Kerajaan Negeri membina bangunan asrama untuk menempatkan anak golongan berkenaan.

Bertempat di Ijok, bangunan dua blok, tiga tingkat yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas bagi menjamin pembelajaran lebih selesa itu dijangka siap dibina sebelum hujung tahun ini dengan kos sebanyak RM 5 juta melalui peruntukkan dari Geran Selangorku.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar memaklumkan asrama terbabit menyediakan pelbagai kemudahan antaranya dewan makan, rumah warden, pejabat warden, bilik rekreasi, bilik sakit, perpustakaan dan makmal komputer yang berkeluasan lapan ekar.

Katanya, asrama itu akan mampu memuatkan sekurang-kurangnya 500 pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima.

Tambahnya, Pakatan Rakyat benar-benar berhasrat untuk menolong masyarakat ladang agar berjaya dalam bidang pelajaran dan bebas daripada masalah sosial dan kemiskinan.

"Asrama ini adalah pertama di Malaysia yang khusus kepada golongan pekerja ladang. Ini satu permulaan untuk meningkatkan pelajaran anak-anak pekerja ladang dan bekas pekerja.

"Kita akan memastikan mereka akan mendapat pelajaran yang terbaik. Kerajaan Negeri turut menyediakan kelas tambahan kepada pelajar. Tenaga pekerja terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpengalaman dalam tugas pendidik," katanya kepada pemberita.

Majlis pelancaran asrama itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di hadapan kira-kira 1,000 pekerja ladang di Bangunan Peladang, di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.

Dr Xavier turut tidak menolak untuk membina satu lagi asrama seperti itu di tempat lain jika mendapat persetujuan dari Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata tujuan pembinaan itu dilakukan untuk anak-anak generasi golongan itu mempunyai tempat belajar dengan persekitaran yang baik.

"Kita lancarkan di Selangor, saya harap Perdana Menteri membinanya di seluruh negara pula. Kalau beliau (PM) buang duit untuk perkara yang lain, lebih baik beliau buat asrama seperti ini," katanya.

Bagi penduduk, P.Sumathy, 42, berkata inisiatif yang ditujukkan oleh Kerajaan Negeri itu mampu menjadikan pelajar khususnya anak pekerja ladang menjadi golongan yang berpelajaran tinggi satu masa nanti.

Selain itu, S.Thanabalan, 49, yakin dengan kemudahan yang disediakan di asrama itu dapat membuatkan pelajar-pelajar belajar dalam keadaan selesa seterusnya mempertingkatkan lagi taraf pendidikan pelajar.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, saya harap usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.


Sumber: Selangorku

Pakatan Rakyat Launch Estate Workers Children Hostel to Help 500 Needy Children

Posted: 02 Feb 2013 03:32 AM PST

Today, February 2nd 2013,  Pakatan Rakyat had soft launch of Estate Workers Children Hostel to help 500 needy children from poor, broken family at the building cost of RM 5 million. MIC is celebrating BN Ponggal 18 days after actual Ponggal at Dataran at the cost of RM 50 million. Dear Indian brothers and sisters, who is building nation? Who care for the Indian? Whom do you want to represent the Indian community?

Dalam Krisis Air Selangor, Khalid Mengatakan Chin Hanya Mementingkan Keuntungan

Posted: 01 Feb 2013 10:10 PM PST

IJOK, 2 Feb — Perbalahan berkenaan bekalan air Selangor berterusan apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid menggambarkan Menteri Kabinet Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai seorang ahli perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan kerana menyalahkan polisi air murah Pakatan Rakyat (PR) sebagai punca krisis.

Dua hari lepas Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air menyalahkan polisi tersebut dan mengatakan penstrukturan semula air perlu dilakukan kerana mengganggap harga air murah adalah punca kepada pembaziran dan mengakibatkan berlaku krisis air yang menjejaskan isi rumah dan perniagaan di negeri terkaya Malaysia itu dan ibu negara Kuala Lumpur.

"Saya ingat Peter Chin kena belajar usaha untuk membantu rakyat," kata Abdul Khalid (gambar) kepada The Malaysian Insider sebagai respon kenyataan menteri tersebut.

"Tapi beliau bercakap sebagai ahli perniagaan, sudah pastinya kalau saya jadi seperti beliau akan menaikkan harga air," tambah beliau lagi.

Beliau juga mempertahankan langkah pemberian air murah yang itu dan mengatakan keuntungan tidak boleh dilakukan terhadap keperluan asas manusia.

"Air ini adalah hak asasi, maknanya air ini sepatutnya diberikan tanpa perlu membebankan rakyat.

"Oleh sebab itu kerajaan negeri memberikan air murah," tegas beliau.

Apabila ditanya mengenai kenyataan media Chin yang mengatakan kerajaan pusat tidak akan menyekat pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tetapi negeri tersebut memerlukan persetujuan antara pembekal dan pembeli, Abdul Khalid mendakwa Chin tidak memahami permintaan kerajaan negeri.

"Saya rasa Peter Chin ini tidak faham dengan permintaan kerajaan negeri Selangor.

"Kerajaan negeri bukan meminta untuk membeli SYABAS, tetapi kami meminta untuk membeli saham pelabur atau pemilik ekuiti di dalamnya termasuk Peter Chin," tegas beliau lagi.

Menurut Abdul Khalid lagi, persetujuan mengambilalih bukan terletak kepada pihak SYABAS tetapi sebaliknya adalah dibawah kerajaan pusat memandangkan mereka adalah pemegang saham utama yang terdiri daripada Puncak Niaga, Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) dan Kementerian Kewangan.

"Dalam pegangan tersebut, Kementerian Kewangan merupakan pemegang Saham Emas iaitu yang terbesar.

"Oleh sebab itu, kerajaan negeri memohon kepada kerajaan pusat untuk pengambilalihan tersebut," terang Abdul Khalid.

Rabu lalu, Abdul Khalid mengumumkan Selangor bercadang mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari dan menghantar surat bertulis kepada kementerian berhubung perkara tersebut.

Akan tetapi Chin dua hari lalu memberitahu kerajaan negeri boleh membeli syarikat konsesi air jika syarikat swasta yang memegang kontrak bekalan tersebut bersetuju sambil menambah kerajaan pusat tidak akan menghalang urusniaga tersebut.

"Bagi saya ini adalah tawaran komersil biasa yang memerlukan persetujuan daripada pembeli dan penjual," kata Chin dalam satu sidang media di Putrajaya.

"Jika ada persetujuan, biarkan SPAN dan saya yang tahu," tambah beliau merujuk kepada pengendali syarikat air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Kemelut isu air di negeri Selangor berterusan selepas pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) menentang projek Langat 2 diumumkan oleh kerajaan pusat kerana menyifatkan ia berkos tinggi dan menyebabkan negeri tersebut terpaksa meningkatkan tarif air dan terpaksa memungkiri janji mereka untuk memberi air murah, polisi PR yang diperkenalkan selepas memenangi pilihan raya 2008.

Untuk melancarkan proses, Selangor memulakan langkah untuk mengambil alih pada 2009 dengan menawarkan untuk membeli Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS pada harga RM5.7 bilion tetapi kemudiaannya telah ditolak.

Abdul Khalid berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air di Sabak Bernam menyatakan Putrajaya tidak menghalang kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan air menyebabkan kerajaan negeri membuat keputusan tersebut.

Tahun lepas, Abdul Khalid dilaporkan telah meningkatkan tawaran lebih daripada RM9 bilion untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti syarikat tersebut termasuk bon.

Awal bulan ini, ribuan pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan kerosakan sistem pam tambahan di Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Gangguan air tersebut antara yang terburuk sejak PR mengambil alih negeri Selangor.

PR memerintah Selangor dan menguasai 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur.


Sumber: TheMalaysianInsider

Anwar: PKR Letak Ramai Calon Wanita Dalam PRU13

Posted: 01 Feb 2013 10:00 PM PST

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata partinya akan meletakkan lebih ramai calon wanita yang 'berkelayakan dan berkebolehan' dalam pilihan raya umum selaras dengan peranan wanita dalam usaha untuk menjana semula negara.

Menurutnya, wanita adalah rakan kongsi yang sama taraf dengan lelaki dalam membangunkan negara.

Katanya, mereka menjadi isteri, adik-beradik atau anak perempuan dan "oleh itu apa-apa yang buruk yang berlaku kepada mereka mempengaruhi kita lelaki".

" Kami perlu membantu mereka membantu diri mereka, jika tidak, masa depan anak-anak kita akan bermasalah," katanya dalam ceramah 'Kebangkitan Wanita' di Seberang Jaya malam tadi.

Anwar berkata kerajaan Pakatan akan menyenaraikan wanita dalam tugas penjanaan semula negara dengan memanfaatkan bakat dan keupayaan mereka.

Sumber: Malaysiakini

Bantuan Peralatan Perniagaan Bantu Wanita Jana Pendapatan

Posted: 01 Feb 2013 01:30 AM PST

Taman Sentosa, 1 Februari 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari menyampaikan sumbangan peralatan yang terdiri daripada payung, meja, bekas minuman dan bekas buah-buahan kepada seorang peniaga wanita.

Wanita tersebut berharap untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan keluarga dan membantu meringankan bebanan mencari pendapatan oleh suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.  

Bantuan telah disampaikan di Pejabat Khidmat ADUN Seri Andalas, Taman Sentosa.


Sumbangan Basikal Bantu Wanita Ke Tempat Kerja

Posted: 01 Feb 2013 01:15 AM PST

Selain memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk memastikan mereka terus ke sekolah, YB Dr Xavier Jayakumar turut prihatin membantu wanita-wanita di DUN Seri Andalas yang berjalan kaki ke tempat kerja. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban dan penat malah membantu mengurangkan risiko diragut dalam perjalanan ke tempat kerja dan pulang ke rumah. 

750 Beg Berisi Limau Diagihkan Bersempena Tahun Baru Cina

Posted: 01 Feb 2013 01:00 AM PST

DUN Seri Andalas, 31 Januari 2013 - Bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba, para sukarelawan DUN Seri Andalas pada hari ini menyiapkan bungkusan buah limau untuk diagihkan kepada orang ramai.

Pada hari ini sebanyak 350 beg yang mengandungi limau dan risalah telah diagihkan do pasar pagi di Taman Sentosa di Jalan Yusof Shahbudin 11. Kesemuanya habis diagihkan dalam tempoh 25 minit sahaja.

Pada sebelah petang, lebih kurang pukul lima, sebanyak 400 lagi beg berisi limau dan risalah diagihkan di hadapan pasaraya 99 di Taman Sentosa.

Lebih banyak buah limau akan diagihkan kepada orang ramai dalam tempoh beberapa hari akan datang sehingga Tahun baru Cina





Tiada ulasan:

Nuffnang