Dr Siti Mariah Mahmud |
PRU13 : PAS berpantang 90 hari Posted: 02 Feb 2013 07:00 AM PST PAS berada dalam tempoh berpantang selama 90 hari sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa. Beliau berkata, dalam tempoh berpantang ini, PAS tidak boleh melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat untuk memilih PAS pada PRU13. "Kalau orang perempuan berpantang selepas bersalin, kita berpantang sebelum bersalin. Kandungan kita ialah harapan perubahan rakyat Malaysia. "Jadi sewaktu berpantang ini, kita tidak boleh melakukan satu pun kesalahan," katanya.Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di Konvensyen Mara Bersama Keberkatan Menuju Putrajaya di sebuah hotel dekat sini hari ini. Husam juga berkata, PAS tidak boleh mengabaikan pengundi-pengundi yang sangat penting untuk membantu kemenangan parti. Undi yang dimaksudkan ialah undi tentera dan peneroka Felda yang sebelum ini berpihak kepada BN. "Kali ini kita mensasarkan 45 peratus undi tentera. Kita tak boleh abaikan undi tentera. "Begitu juga undi Felda. Sebab itu kita memberikan fokus khas kepada Felda dengan program-program yang diatur," katanya di hadapan kira-kira 1,000 jentera dari setiap negeri yang hadir. Jentera yang hadir merupakan wakil dari 60 Parlimen yang disasarkan bertanding pada PRU13. Tambah Husam juga, ahli khususnya jentera harus mendekati pengundi dengan komunikasi yang paling baik selain menjaga hubungan dengan Allah. "Dalam tempoh ini kita mesti berhubung dengan manusia lain dengan komunikasi paling baik. "Hubungan kita dengan Allah juga harus diperbaiki dengan memperbanyak doa dan munajat kepada Allah," katanya. |
You are subscribed to email updates from Dr Siti Mariah Mahmud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan