Selasa, 7 Ogos 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Air tangan anda DIPERLUKAN untuk bentuk mini baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur

Posted: 07 Aug 2012 09:16 AM PDT

Kpg Delek Klang.

Satu gagasan membina tamaddun. Bukan sebarang tamaddun. Tamaddun bertunjangkan aqidah Islamiyyah. Akhlak beruswahkan Nabi sa.w. Perkara yang baru. Terlalu jauh....Adakah boleh dicapai? Adakah ini hanya impian pemimpin yang terlalu idealistik?! Tidak pernah terbayang ...tidak pernah terlintas dalam hati Kampung Delek mahu dijadikan perintis mini baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.

Bukankah lampu tidak pernah dibayang oleh sesiapa dan akhirnya terjadi penciptaan yang menakjubkan. Dunia siber mengecilkan dunia....juga tidak masuk akal ketika ia di tahap konseptual.
Begitu juga dengan impian melahirkan khaira ummah..... Mula perit , payah, sukar diterima kerana tidak difahami dan diyakini.
Namun ia tidak mustahil.

Persoalannya apakah yang ANDA mahu sumbang sebagai batu bata yang mahu diletak dalam pemprosesan gagasan ini.

JOM sumbangkan tenaga, masa, wang ringgit, ilmu, pengalaman.....paling tidak DOAKAN IA BERJAYA...INSYAALLAH!Amiin

Tiada ulasan:

Nuffnang