:: cina islam | 2011 :: |
- Pakatan siap sedia, jangka PRU13 September
- Mencintai Karena Allah
- Bangunan runtuh dalam masa enam saat
- Bonggol bahayakan pengguna
- ‘Rakan sekelas saya adalah penjenayah perang’
- CIJ lancar Hari Internet Blackout
- TPM Pertahankan Rakyat Atau Rozali? – MB
- 55 tahun merdeka, ISA masih menjajah
- Masalah air di Pahang tak selesai, Najib jamin Kelantan?
- Dipanah petir dalam rumah
- 'Anugerah' RM100,000 untuk Chong Wei dari P Pinang
- PAS Kota Samarahan Mendesak Penyelesaian Masalah Tapak Pelupusan Sampah
- Bahana potong kenderaan lain
- Terdesak Sangat Sampai Klon Twitter Anwar
- Tiga Dihukum Denda Tampal Poster Hina Guan Eng & Ambiga
- Mesir ikrar balas dendam
- MB: SYABAS akui tiada krisis air di S'gor
- 80 rumah dilanda banjir kilat waktu sahur
- Lee Chong Wei Oh Lee Chong Wei
- Kenderaan robotik mendarat di Marikh
- Pencemaran Sungai Juaseh bimbangkan penduduk
- Negeri Pakatan guna tema alternatif Merdeka
- Tindih anak sampai mati
- Simpati Dana Ramadhan jejaki insan istimewa
- Warga Myanmar maut dipercayai dibunuh rakan
Pakatan siap sedia, jangka PRU13 September Posted: 07 Aug 2012 12:51 AM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan pada September akan datang. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata isu pilihanraya turut dibincangkan pada pada mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, dan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan menggunakan kesempatan hari Merdeka ini untuk mengumumkannya. "Saya yakin Umno-Barisan Nasional akan mengambil kesempatan pada hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan imej mereka," jelasnya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini. "Kita berkeyakinan ia akan diadakan pada September nanti dan paling lewat adalah pada bulan November. Segala perancangan telah kita aturkan sebaik mungkin," sambung beliau lagi. Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menyatakan Umno-Barisan Nasional akan terus menggunakan skrip lama dengan memburuk-burukkan DAP dengan tanggapan negetif. "Skrip lama akan terus digunakan, memburukkan DAP dengan pandangan-pandangan negetif bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu. "Mereka berharap tindakan tersebut akan memberi kesan undi kepada PAS dan PKR kerana pengundi Melayu akan beralih kepada mereka," jelasnya. Menurutnya lagi, selain Umno dengan skrip lama, rakan mereka MCA juga akan menakut-nakutkan pengundi Cina dengan isu Hudud akan tidak menyokong Pakatan dan seterusnya memberikan gambaran yang buruk kepada PAS. "Bagi mengatasi tomahan yang tidak berasas ini, kita diperingkat Pakatan telah merangka strategi untuk menangkis tomahan tersebut. "Apa yang kita harapkan nanti rakyat akan tertumpu kepada agenda yang kita akan bawakan untuk kebaikan seluruh rakyat negara ini," sambungnya lagi. Katanya lagi, Pakatan akan terus menfokuskan kepada rakyat tentang agenda besar yang telah dipersetujui bersama di dalam dasar Pakatan Rakyat. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR. harakahdaily/- |
Posted: 07 Aug 2012 12:50 AM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - Sahabatku, Rasulullah bersabda, "Tiada yang bisa dilihat lebih indah oleh orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan." (HR. al-Hakim). Cinta itu berintikan kerelaan untuk memberi, berbagi dan membahagiakan. Itu tidak terjadi jika ego masih nomor satu, kita mencintai karena ingin menguasai. Meredam dan menata ego adalah keharusan agar mampu mencintai setulus hati. "Ada tujuh golongan yang mendapatkan perlindungan Allah, tiada perlindungan kecuali dariNya -Disebutkan salahsatunya- dua orang yang saling mencintai karena Allah dan dia berpisah karena Allah." (HR. Bukhari). Sahabatku, cinta karena Allah, cinta karena akhlaknya yang baik, rindu bertemu dengannya karena Allah, jika orang yang kita cintai ahli ibadah maka kita juga menjadi ahli ibadah. jika pasangan kita orang yang sangat peduli dan mencintai dunia anak-anak maka kita pun peduli dan mencintai dunia anak-anak. Jika pasangan kita orang yang peduli dengan penderitaan sesama, kita juga menjadi orang yang peduli dengan penderitaan sesama. Inilah ekpresi cinta karena Allah. Bersyukurlah bila anda memiliki rasa cinta itu karena Allah. bukan menodai cinta, menodai hati, menodai pikiran dan menodai tubuh dengan kemaksiatan. Kemaksiatan kenikmatan yang mengakibatkan penderitaan, perasaan berdosa dihadapan Allah akan terus membayangi hidup. Hindarilah berpacaran. Keindahan cinta karena Allah hanya terwujud dengan ikatan suci pernikahan. Bila memang mencintainya karena Allah. Maka segeralah menikah! Sahabatku, yuk..aminkan doa ini untuk mendapatkan jodoh yg terbaik dari sisi Allah.'Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah' Artinya. "Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yg terbaik dari sisiMu, pasangan yg juga menjadi sahabat kami dlm urusan agama, urusan dunia & akhirat." posted by :agussyafii |
Bangunan runtuh dalam masa enam saat Posted: 07 Aug 2012 12:48 AM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - BANGUNAN Rangkaian Radio runtuh dnegan menggunakan bahan letupan di Christchurch kelmarin. CHRISTCHURCH, New Zealand - Sebuah bangunan Rangkaian Radio setinggi 14 tingkat yang rosak kerana gempa bumi yang berlaku pada 2011 diruntuhkan di sini kelmarin. Bangunan itu diruntuhkan dengan menggunakan 63 kilogram bahan letupan dalam tempoh hanya enam saat. Seorang pesakit kanser berusia enam tahun, Jayden Halliwell diberi penghormatan menekan butang untuk meletupkan bangunan tersebut. Ratusan orang menyaksikan letupan itu. - Agensi |
Posted: 07 Aug 2012 12:37 AM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - JENGKA 1 - Keadaan dua bonggol di pintu masuk Felda Jengka 1 boleh membahayakan keselamatan pengguna yang melalui jalan itu kerana bukan sahaja garisan kuningnya pudar, malah tiada papan tanda amaran. Sinar Harian dimaklumkan, penduduk di situ sering terlepas pandang setiap kali melalui dua bonggol itu terutama pada waktu malam. Malah difahamkan ada pengguna jalan itu nyaris mengalami kemalangan kerana tidak nampak kedua-dua bonggol tersebut. Justeru, penduduk Felda Jengka 1 memohon pihak berkaitan menyediakan papan tanda amaran dan mengecat semula garisan kuning di kawasan bonggol terbabit. sinar harian/- |
‘Rakan sekelas saya adalah penjenayah perang’ Posted: 07 Aug 2012 12:30 AM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - (Bashar al-Assad yang dipanggil 'Donkey' oleh jurulatihnya tiba-tiba berubah menjadi penjenayah perang) CHICAGO: Ini adalah kisah tentang seorang pelajar perubatan yang menuntut di University of Damascus, sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka Syria pada tahun 80-an. Ketika dalam salah satu senaman latihan fizikal, pelajar tersebut telah menimbulkan kemarahan jurulatihnya, dan jurulatih tersebut menghinanya dengan panggilan "anak keldai". Namun, jurulatih yang telah merah padam mukanya mula menyedari siapa yang baru dimarahinya, dan lekas-lekas meminta maaf. Pelajar tersebut adalah Bashar al-Assad, anak kedua dan pewaris utama presiden Syria ketika itu, Presiden Hafez al-Assad. Tetapi, Bashar Assad "tidak terasa hati" dengan hinaan jurulatihnya. Sedang Dr Zaher Sahloul mengingat kembali kejadian yang melibatkan rakan sekelasnya selama enam tahun itu, pakar sakit paru-paru Chicago itu terfikir bagaimana "seorang yang begitu biasa dan merendah diri" berubah menjadi dalang kepada pertumpahan darah yang berlaku di Syria, yang telah membunuh lebih dari 17,000 orang, mengikut kiraan United Nations. "Kamu tidak akan pernah terlintas bagaimana seorang yang pernah menjadi rakan sekelas kamu di fakulti perubatan, akan mampu melakukan jenayah perang sebegini terhadap manusia," ujar Sahloul, yang berasal dari Homs, Amerika dan merupakan presiden untuk Persatuan Perubatan warga Amerika berbangsa Syria (Syrian American Medical Society). Era gelap yang baru Bagi Sahloul dan rakan-rakan warga Amerika berketurunan Syria yang menyambut Ramadhan, bulan suci pada tahun ini menandakan bermulanya era gelap yang baru dalam komuniti kecil mereka, yang kebanyakannya mempunyai rakan-rakan dan ahli keluarga yang ditangkap dalam 17 bulan pemberontakan bersenjata. Doa mereka dari perlindungan untuk ibubapa mereka yang memilih untuk terus menetap di kota Homs yang tandus angkara bom, hinggalah kepada pengusiran rejim Assad dari Damaskus, mencerminkan kesakitan sebuah bangsa yang terluka, di mana seorang presiden menyerang rakyatnya sendiri. "Ia amat sulit untuk meraikan kedatangan bulan Ramadham, kerana menyedari ahli keluarga kita berhadapan dengan ancaman pembunuhan pada setiap masa," ujar Sahloul. "Apa yang berlaku sekarang adalah krisis kemanusiaan yang amat serius." Dua minggu lalu, Sahloul kembali dari misi perubatan yang ke-empat untuk kem pelarian rakyat Syria di Kilis, Turki. Di sana, Sahloul bekerja bersama 45 doktor sukarela warga Amerika berketurunan Syria bergilir di beberapa kem pelarian, walaupun ramai ahli keluarganya yang terkorban dalam taufan keganasan yang melanda Syria. Kawasan Chicago adalah tempat tinggal untuk sekurang-kurangnya lapan bekas rakan sekelas Bashar al-Assad. Selain Sahloul, Dr Hassan Alzein, seorang pakar pediatrik, adalah salah seorang dari 800 rakan sekelas Bashar. Seperti Sahloul, Alzein mengganggap Bashar dulunya sebagai seorang yang biasa sahaja. "Kami cuba menjauhkan diri darinya," ujar Alzein. "Ayah dia adalah seorang diktator yang kejam dan kami selalu mengingatkan satu sama lain, jika kami rapat dengan Bashar, lama-kelamaan kami akan dijadikan target oleh rejim." Seorang penduduk Chicago yang pernah rapat dengan Bashar al-Assad adalah Maher Basatneh, seorang yang berasal dari Damaskus. Tokoh perniagaan Chicago ini berkata dia mula berkawan dengan Presiden Syria itu ketika mereka masih remaja, di sebuah kem terjun udara. "Dia seorang yang peramah," ungkap Basatneh berkenaan Bashar al-Assad. "Dia makan bersama dengan kami semua dan kami berbual dengannya seperti rakan biasa. Dia tidak tahu apa-apa berkenaan politik." Basatneh dan Assad menjadi teman rapat dan mereka selalu meluangkan masa di kediaman Assad. Di sana, Basatneh berkata, beliau selalu menyaksikan Maher al-Assad mencemuh abangnya, Bashar al-Assad, dengan memanggilnya "bodoh". Kemudian, Basatneh melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan bersama Assad, yang menyokongnya sebagai ketua Majlis Pelajar. Tetapi Basatneh, yang kemudiannya keluar dari fakulti perubatan, tidak percaya bahawa Assad mempunyai keupayaan untuk memimpin Syria, dan dia menyifatkan Bashar sebagai remaja yang mempunyai perangai pelik yang menjengkelkan. "Saya telah mengenali lelaki ini untuk bertahun lamanya, dan jawatan presiden bukanlah untuk dirinya," ujar Basatneh, sambil menambah bahawa beliau tidak akan mempertaruhkan nyawanya dengan melantik Assad menjadi doktornya. Basatneh mendakwa bahawa Assad bukanlah seorang pelajar perubatan yang serius, dan hanya mendapat ijazah kedoktoran kerana dia adalah anak kepada presiden. Kematian abang Bashar, Bassel al-Assad, yang telah dipersiapkan untuk menjadi presiden, dan selepas itu kematian bapa Bashar, Hafez al-Assad, telah memaksa Bashar mengambil tugas kepemimpinan yang beliau sendiri tidak bersedia untuk memikulnya, jelas Basatneh, dan menambah bahawa krisis Syria adalah kesan langsung kegagalan kepemimpinan Bashar al-Assad. Menghitung hari Sahloul berkata dia sendiri tidak pernah terlintas bahawa bekas rakan sekelasnya itu akan menjadi seorang presiden, dan pemerintahan Bashar al-Assad sebenanrya hanya menghitung hari untuk jatuh. Walaupun mereka tidak rapat, dia selalu melihat Assar di Univesity of Damaskus dari tahun 1982 hingga 1988. "Beliau bukanlah seorang yang sombong," kata Sahloul. "Tetapi, dari apa yang saya lihat, beliau bukanlah seorang yang pintar ataupun terhormat." "Saya fikir beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang presiden yang tidak bagus bila berhadapan dengan krisis, sama ada krisis di Iraq, atau di Lebanon selepas pembunuhan (bekas Perdana Menteri Lebanon, Rafiq) al-Hariri," ujar Sahloul. "Keputusan-keputusan beliau sangat teruk dan kerana itulah akibat-akibatnya amat teruk." Sahloul mengimbas kembali bahawa, selepas bekas rakan sekelasnya menjawat jawatan presiden, dia bersama rakan-rakan doktornya warga Amerika berketurunan Syria, berpeluang bertemu Assad di satu persidangan di Damaskus. Ketika beramah mesra, Sahloul teringat Assad ada menyebut bahawa tentang keinginannya untuk menjadi seorang doktor dan bukannya seorang presiden. Dalam pertemuan yang sama, Sahloul bertanya kepada Assad tentang kesediaan Syria untuk menerima pakai sistem demokrasi. Assad menjawab tidak, dengan memberikan budaya berpuak-puak dan politik sektarian Syria sebagai alasan utama penolakannya. Sekarang, setelah Assad enggan untuk mengiktiraf permintaan rakyat untuk pemerintahan yang lebih demokratik, peristiwa itu mungkin kembali menghantui dirinya. Namun, Sahloul memberi amaran bahawa, rejim Assad sanggup untuk jatuh bersama-sama dengan seluruh rakyat Syria. "Rejim itu masih kuat," ujar Sahloul. "Pihak tentera masih berpihak kepada rejim dan ia akan mengakibatkan banyak kemusnahan dan kacau bilau sebelum rejim ini runtuh." "Sudah pasti rejim ini akan berakhir," kata Sahloul. "Tiada siapa di Syria yang akan membiarkan rejim ini terus memerintah. Rakyat telah tidak takut lagi, amat mustahil untuk Bashar al-Assad terus memerintah Syria." "Ia bukannya soal berapa kebarangkalian ia berlaku, ia adalah soal bila ia berlaku," ujar Sahloul. harakahdaily/- |
CIJ lancar Hari Internet Blackout Posted: 07 Aug 2012 12:23 AM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia hari ini mengumumkan hasratnya untuk melancarkan Hari Internet Blackout pada 14 Ogos 2012. Ia merupakan sebahagian daripada kempen menentang Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 2012 yang diwartakan pada 31 Julai lalu. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet. Hari Internet Blackout ini mengambil contoh usaha yang dilakukan aktivis-aktivis di Amerika Syarikat dan New Zealand untuk memperjuangkan kebebasan berinternet di negara masing-masing. Untuk tempoh 24 jam, para pengguna Internet yang berkunjung ke laman-laman web yang mengambil bahagian akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut. CIJ menyeru para pengguna Internet di Malaysia untuk menyertai kempen ini dengan memaparkan paparan yang direka khas tersebut pada laman web serta blog mereka. Pengguna Facebook dan juga Twitter juga digalakkan menukar gambar profil dan avatar dengan warna hitam atau gambar yang boleh dimuat turun melalui CIJ. Pegawai Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas, Masjaliza Hamzah berkata objektif pelaksanaan kempen tersebut ialah untuk menggesa Kerajaan untuk menarik semula pindaan terbabit yang dipercayai telah diluluskan secara tergesa-gesa di parlimen empat bulan lalu. Sebelum ini, pemerhati media tersebut telah melancarkan e-petisyen untuk menggesa pihak Kerajaan menarik semula Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 kerana pindaan tersebut dikatakan mengancam kebebasan berinternet dan mengandaikan kesalahan di pihak tertuduh tanpa dibuktikan kesalahannya terlebih dahulu. Petisyen yang ditandatangani oleh lebih daripada 3300 pengguna Internet tersebut kemudiannya diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew di parlimen. CIJ juga telah menganjurkan forum terbuka bertajuk 'Seksyen 114A: Pencegahan Jenayah atau Tapisan Internet?' untuk membincangkan kesan-kesan pindaan terbabit. Pindaan kedua terhadap Akta Keterangan itu telah menarik perhatian ramai pihak termasuk para peguam dan juga pemilik restoran yang menyedia kemudahan Wi-Fi. Seksyen 114A bukan sahaja mengandaikan kesalahan di pihak tertuduh, bahkan juga menjadikan individu-individu yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan Internet seperti ruang forum, blog dan pengehosan web bertanggungjawab terhadap segala bahan yang terkandung dalam perkhidmatan mereka. Di bawah pindaan terbaru ini, seseorang pengguna Internet yang akaun atau komputernya digodam dianggap bertanggungjawab terhadap segala bahan yang dimuat naik atau turun oleh penggodam. Kempen untuk Hari Internet Blackout ini telah menerima sambutan yang positif daripada kalangan pengguna Internet. Laman-laman web popular seperti laman jual beli lelong.com.my, komuniti forum cari.com.my, dan portal hiburan gua.com.my telah menyatakan hasrat untuk menyertai kempen ini. Selain itu, laman berita seperti Malaysiakini, Harakahdaily, Free Malaysia Today, The Nut Graph dan Digital News Asia turut sama menunjukkan minat. Blogger seperti Niki Cheong dan Nat Tan juga akan turut serta dalam kempen ini. Pengguna Internet yang ingin mengambil bahagian boleh menghubungi CIJ melalui emel cijmalaysia@gmail.com atau telefon di talian 03-4024 9840. Untuk keterangan lanjut sila berkunjung ke blog rasmi kempen di www.stop114a.wordpress.com atau laman Facebook di https://www.facebook.com/evidenceamendmentact. |
TPM Pertahankan Rakyat Atau Rozali? – MB Posted: 06 Aug 2012 11:54 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - Kerajaan Selangor memberi kata dua kepada kerajaan Persekutuan sama ada mahu menjaga kroni atau rakyat dalam isu air yang dijadikan modal Umno Barisan Nasional (BN) memburukkan negeri Pakatan Rakyat (PR). Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, usaha kerajaan untuk melaksanakan penyusunan semula industri air Selangor adalah sejajar dengan peraturan yang termaktub dalam Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA). "Kalau Timbalan Perdana Menteri (TPM), Muhyiddin Yassin ingin rakyat Selangor mendapat kebaikan daripada penyusunan semula air, dia mesti meninggalkan rakannya iaitu Tan Sri Rozali dari Puncak Niaga. "Ini pilihan yang ada kepada kerajaan Persekutuan. Sama ada bersama Pengerusi Puncak Niaga ataupun memilih bersama rakyat Selangor," katanya kepada Keadilan Daily pada majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Holiday Villa, Subang Jumaat lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok menegaskan, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor, Muhyiddin pasti jelas mengenai penyusunan semula yang dipersetujui sejak 2008 antara kerajaan Pusat dan Syabas. "Maklumat-maklumat itu kita dah ada. Saya sudah siap menyediakan surat kepada Timbalan Perdana Menteri untuk menunjukan proses perbincangan mengenai perkara ini. "Saya rasa jawatankuasa yang baru ditubuhkan dan dipengerusikan Muhyiddin bersama Menteri Air (Peter Chin) dan Noh Omar tahu proses-proses ini," katanya. -KD |
55 tahun merdeka, ISA masih menjajah Posted: 06 Aug 2012 11:52 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - Pelbagai isu berlaku bersempena dengan bulan kemerdekaan ini. Bermula dengan slogan Janji Ditepati yang dikritik hebat, kini logo dan lagu tema kemerdekaan ke 55 juga mengalami respon negatif daripada masyarakat umum. Keadaan ini menunjukkan Barisan Nasional seperti terlalu terdesak dalam menagih sokongan rakyat. Sifat desprado ini hanya menimbulkan rasa jelek yang merosakkan mood rakyat untuk merayakan sambutan kemerdekaan. Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi sesebuah parti untuk menggunakan hari bersejarah milik seluruh rakyat demi menjaga kepentingan politik tertentu. Jika soal logo dan lagu pun tidak berjaya ditangani dengan baik, maka tidak hairan isu ISA masih tidak selesai. Sudah hampir setahun sejak ISA diumumkan mansuh oleh Perdana Menteri, namun masih ada 42 orang tahanan ISA terkurung diceruk Kem Tahanan Kamunting. Apalah erti Hari Merdeka bagi mereka. Sejak 2010 mereka disumbat ke dalam Neraka ISA dan diperlakukan seperti binatang. Dapat dibayangkan betapa jeleknya perasaan kesemua tahanan ISA dengan slogan slogan seperti Janji Ditepati mahupun Satu Malaysia. Sejak 2010, pelbagai slogan melintasi ruang udara Kem Tahanan, namun mereka masih dikurung tanpa diperlakukan dengan sewajarnya sebagai seorang manusia. Ditahan dengan pertuduhan atas angin, tahanan ISA ini terus dikurung tanpa diberi peluang untuk membela diri di Mahkamah. Kerajaan terus mempertahankan tindakan ini dengan mengatakan mereka bertindak berasaskan maklumat risikan. Namun tidak ada siapa yang berhak mencabar keabsahan maklumat risikan ini selain daripada Menteri Dalam Negeri. Oleh itu jika Menteri menganggap maklumat itu betul, maka tahanan akan dikurung bertahun lamanya di Kem Tahanan Kamunting. Apakah ISA menyelesaikan masalah? Tidak sama sekali. Bahkan ISA hanya menjadi medan mengasah dendam antara rakyat dan kerajaan. Individu yang ditahan bukan sahaja dihukum tanpa bicara, tetapi turut diseksa dengan pelbagai jenis penderaan fizikal dan mental. Sami Hammood, seorang tahanan warga Iraq, diperlakukan bagai binatang semasa dalam tempoh 60 hari pertama di bawah ISA. Dibelasah, dibogelkan, dilumur cili kisar seluruh badan, bahkan cili turut disumbat ke bahagian sulit, apakah ini kaedah yang dikatakan akan menyelesaikan masalah? Mustawan Ahbab seorang pemuda Indonesia yang telah lama tinggal di Malaysia, bahkan dia juga merupakan graduan lepasan universiti tempatan. Ogos 2010 menjadi sejarah hitam buat seluruh keluarga Mustawan apabila dia ditangkap dihadapan anak dan isterinya. Lebih pilu apabila peristiwa itu berlaku selepas keluarga itu baru selesai bersahur pada hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa. Rumahnya digeledah sehingga bakul pakaian yang hendak dibasuh juga diselongkar. Anak kecil Mustawan yang berumur setahun lebih merangkak dan duduk di atas riba bapanya sewaktu bapanya itu dipaksa duduk bersila atas lantai dalam keadaan kepala diserkup dengan kain hitam. Polis memberitahu Isteri Mustawan bahawa suaminya akan dibebaskan dalam masa seminggu. Dalam keadaan kebingungan Isteri Mustawan hanya mampu percaya kata-kata Polis itu. Namun hakikatnya, Oktober ini genap 2 tahun Mustawan dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Seorang lagi tahanan ISA, Radzali Kassan terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah 8 hari tidak mengambil makanan dan minuman. Tidak cukup dengan itu, Radzali diterajang, ditampar bahkan diludah di muka oleh pegawai Kem Tahanan kerana enggan berhenti daripada mogok lapar. Semasa Radzali ditahan, Isterinya diminta untuk memberi kerjasama dengan tidak berhubung dengan mana-mana NGO ataupun Media, dengan itu suaminya akan dijaga dengan baik dan akan dibebaskan awal. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Walaupun isterinya akur pada arahan Polis, Radzali Kassan tetap dibelasah semasa berada dalam tahanan dan hanya akan dibebaskan pada Mac 2013 berdasarkan perintah tahanan. Selain Mustawan, Radzali dan Sammy, masih ada 39 orang lagi tahanan ISA yang semestinya memiliki cerita tersendiri mengenai kezaliman yang telah mereka alami. Kesemua penyeksaan yang mereka alami ini bukanlah cerita baru. Tetapi merupakan sambungan kepada episod kezaliman yang pernah dilalui oleh bekas tahanan ISA yang lalu. Saya kira, ISA hanya menjadi medan yang menyemarakkan dendam antara rakyat dan pemerintah. Laungan seperti tranformasi, Janji ditepati, demokrasi dan sebagainya hanya menaikkan rasa jelek rakyat terhadap pemimpin yang menyembunyikan kezaliman disebalik slogan. Apalah makna kemerdekaan bagi mangsa akta zalim ISA? Dapat saya bayangkan betapa membaranya kemarahan para isteri, dan anak-anak tahanan mendengar laungan Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos dalam keadaan suami atau ayah mereka masih tidak bebas daripada penjajahan akta zalim ISA. Penulis merupakan Penyelaras Hak Untuk Dibicarakan, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), juga merupakan Sekretariat kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) |
Masalah air di Pahang tak selesai, Najib jamin Kelantan? Posted: 06 Aug 2012 11:48 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - Kata Najib ketika melawat Kelantan, Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan masalah air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di Kelantan hingga membebankan rakyat yang selama ini memberi mandat kepada Pas untuk memerintah sejak 1990 tambahnya lagi.. Dengan bongkaknya beliau menambah "Tidak usah bercakap soal lain, kalau masalah air pun tidak boleh diselesaikan. Saya beri jaminan dalam tempoh terdekat ini boleh diselesaikan oleh kerajaan BN. Kalau diikutkan kata Najib itu.. beliau sendiri yang tak perlu bercakap tentang soal lain.. Ini kerana sejak empat tahun yang lalu, beberapa kawasan kampung di sekitar Temerlohm Pahang negeri yang dikuasai oleh UMNO/BN sendiri berhadapan masalah bekalan air paip yang kritikal. Paling terjejas, Kampung Lebak Seberang dan Kampung Paya Badak, dengan kebanyakan penduduknya masyarakat orang asli. Isunya ialah kebelakangan ini, mereka amat sukar untuk meredah hutan mencari bekalan air bersih kerana perigi dan telaga dicemari racun tanaman. Ikuti laporan Puspavathy Ramaloo dalam segmen Aduan Rakyat TV3.. Penduduk di perkampungan orang asli ini menerima bekalan air paip pada 2006. Semuanya berjalan lancar dan bekalan air paip nyata memudahkan kehidupan mereka yang sebelum ini hanya bergantung kepada air hujan dan telaga buatan sendiri. Namun sejak tiga tahun lalu bekalan air paip di kampung mereka sering kali terputus. Ada kalanya melarat sehingga tiga bulan. YUSNIZAL MAHTIAR/ PENDUDUK.. Rosaknya kita tak tahu, dia cakap cuci tangkilah, baiki tangkilah kita tak tahu. Apa masalah dia . Kalau Tok Batin pergi tanya dia bagi surat kata akan datang check. Datang check je gitu je buat tidak jugak. Sumber air semulajadi dari perigi atau telaga juga bukan semudah yang disangka untuk diperolehi. Penduduk mengadu ia tercemar dengan racun tanaman yang digunakan di ladang berdekatan. KHAIRI MADAN/ PENDUDUK. Memang tercemar sebab sana racun, sini racun baja memang tercemar. Tapi apa boleh buat dah nasib kami terpaksa minum, dah beracun pun kami minum. HASHIMAH MANG/ PENDUDUK. Masa ini orang asli hidup serba moden, keperluan asas dah ada. Jadi tak naklah susah-susah. Biar majulah. Kami juga merakamkan kekecewaan penduduk beragama Islam yang tinggal di Kampung Paya Badak serta Kampung Lebak Seberang. Persiapan menyambut hari lebaran terganggu dan menyusahkan penduduk. JAMALUDDIN SHAMSUDDIN/ PENDUDUK. At least JBA hantar wakil tahu apa problem. Sampai tak boleh selesai. Kita pun hairan. Orang dah pergi bulan, pergi dasar laut, takkan masalah air JBA tak boleh selesaikan. Depan tu ada sungai itu yang kita sangat kecewa. Ketika tinjauan dibuat sehari sebelum umat Islam menyambut Aidil fitri, penduduk Kampung Lebak Sebarang dan Kampung Paya Badak bersyukur bekalan air paip sudah mula pulih. Apabila Jabatan Bekalan Air Pahang, dihubungi, kami dimaklumkan masalah bekalan air paip yang dihadapi penduduk di kampung terbabit disebabkan Loji Air Lubuk Kawah yang tidak dapat menampung kapasiti air diperlukan penduduk terutamanya sejak Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh memulakan operasi. Justeru, operasi Loji Air Seberang Temerloh yang masih belum siap sepenuhnya dimulakan pada kadar 40 peratus kapasiti iaitu dua juta gelen sehari bagi menampung keperluan penduduk. Apabila siap sepenuhnya loji ini dapat beroperasi pada kapasiti 5 juta gelen sehari. Dan sebentar tadi penduduk di kampung terbabit ketika dihubungi mengesahkan sudah mula menerima semula bekalan air paip tanpa henti sehingga hari ini. Aduan Rakyat juga pernah menyiarkan kesukaran hidup penduduk di gugusan Bera terutamanya di Felda Purun dan Felda Mayam Triang Pahang akibat masalah bekalan air paip yang kritikal. S elepas lebih setahun, tinjauan di Felda terbabit mendapati masih ada masalah bekalan air paip terutama ketika menjelang Aidil fitri baru-baru ini. Ketika tinjauan ini dibuat, sebahagian penduduk masih menerima bekalan air paip. Manakala beberapa kawasan terletak di atas bukit bekalan air sudah terputus. Bagimanapun bekalan air yang berterusan sebelum itu, kolah dan tangki air sudah penuh diisi air. Justeru masalah bekalan air yang tidak begitu menentu tidak menjejaskan keceriaan sambutan hari raya oleh penduduk Felda ini yang pada satu masa dulu pernah mengadu anak-anak tidak mahu pulang ke rumah kerana ketiadaan bekalan air paip. MOHAMAD NOOR/PENEROKA. Sekarang ni ok, siang-siang lagi dah balik semua. Dia tengok air ada terus balik. Makcik betul-betul bersyukur kerana anak-anak semua balik termasuk yang duduk jauh, suka sangat. Jabatan Bekalan Air Pahang mengesahkan, masalah bekalan air untuk jangka pendek berjaya diselesaikan dengan pemasangan 'inline booster pump' di Loji Sungai Bera. Bagaimanapun gangguan masih berlaku ketika sambutan hari raya baru-baru ini disebabkan peningkatan penggunaan air sekali ganda menjelang musim perayaan. Masalah dijangka selesai apabila kerja-kerja mengubahsuai sistem perpaipan dan menaik taraf pam siap sepenuhnya menjelang 2012. HARAKAHDAILY/- |
Posted: 06 Aug 2012 11:45 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA ROMPIN - Seorang pemandu lori tanah terbunuh, manakala seorang lagi rakannya cedera parah selepas dipanah petir di dalam sebuah rumah pekerja ladang di Ladang Sungai Merbau, Ladang Yayasan Pahang, Kampung Pianggu, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Mohd Nazrun Othman, 26, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya, Mohd Ikhwan Mohamad, 19, yang cedera pula terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing. Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Asisten Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai bersama empat lagi rakannya berada di dalam rumah berkenaan. "Difahamkan mangsa bersama empat lagi rakannya ketika itu sedang berborak kosong dalam rumah terbabit sewaktu hujan lebat, bagaimanapun, mangsa tiba-tiba rebah akibat panahanpetir yang menyambar kepala mangsa," katanya. Zainul Mujahidin berkata, mangsa yang tinggal di Jalan Tempua, Felda Selendang dikejarkan ke Klinik Kesihatan Endau dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kesan terbakar serta lubang halus di bahagian kepala. Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadazam Shah untuk bedah siasat dan sudah dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Selendang 1. Beliau berkata, seorang lagi rakan mangsa yang masih cedera, kini dirawat di Hospital Mersing, sementara dua lagi rakan mereka yang juga pemandu lori masih belum dikenal pasti identiti mereka pula dirawat sebagai pesakit luar. "Hanya seorang saja rakan mangsa yang terkena serpihan petir, manakala dua lagi tidak mengalami kecederaan kerana pada waktu itu, Mohd Ikhwan berhampiran dengan mangsa," katanya. sinar harian/- |
'Anugerah' RM100,000 untuk Chong Wei dari P Pinang Posted: 06 Aug 2012 11:42 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa bintang badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mungkin dianugerahkan RM100,000 daripada tabung negeri. Bercakap dalam satu sidang akhbar awal pagi ini, Lim berkata beliau akan mengesyorkan kepada Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang (PBA) supaya Chong Wei diiktiraf kerana menjadi rakyat Malaysia yang pertama memenangi dua pingat perak di Sukan Olimpik. "PBA biasanya (memberikan) anugerah (kepada) olahragawan dan olahragawati cemerlang," kata Lim. malaysiakini/- |
PAS Kota Samarahan Mendesak Penyelesaian Masalah Tapak Pelupusan Sampah Posted: 06 Aug 2012 11:37 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - Kota Samarahan - PAS Kota Samarahan telah membuat tinjauan khusus ke tempat pelupusan sampah daerah Kota Samarahan yang menjadi masalah kepada masyarakat sekitar kawasan ini. Tempat pelupusan sampah ini di bawah tanggungjawab dan seliaan pihak berkuasa tempatan, Majlis Daerah Samarahan. Dari tinjauan yang dilakukan, tempat ini tidak diselenggara dan diurus dengan baik, yang menyebabkan bau busuk dan sampah sarap terbiar begitu sahaja. Tambah memburukkan lagi keadaan, kawasan ini berdekatan dengan penempatan penduduk tempatan. Antara kampung yang berdekatan ialah Kampung Plaie, Kampung Sungai Batu, Kampung Rembus, Kampung Jegoi dan Kampung Baru. Menurut penduduk kampong Sungai Batu yang ditemui, masalah bau (akibat tidak diurus drngan baik) ini akan bertambah buruk apabila waktu hujan dan mereka telah menanggung masalah ini sejak 20 tahun yang lalu. Menurut Abang Ahmad Kerdee (Penasihat Undang-undang PAS Sarawak), yang ditemui ketika tinjauan ini dijalankan menyatakan kekecewaan beliau mengenai pengurusan pusat pelupusan sampah ini yang begitu teruk. Bukan itu sahaja, aktiviti pembakaran terbuka di pusat pelupusan sampah ini memburukkan lagi keadaan. Penduduk sekitar berharap agar PAS Kawasan Kota Samarahan dapat membawa permasalahan ini ke pihak berkuasa tempatan. Agar penderitaan mereka selama 20 tahun akan berakhir. Abang Ahmad Kerdee ditemui selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada penduduk di Kampung Baru, yang terdiri dari golongan fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas. Harapan beliau agar sumbangan ikhlas ini dapat mengurangkan bebanan rakyat dalam bulan Ramadan ini. Tambahan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi. Beberapa penduduk kampong yang ditemui menyatakan kesyukuran dan mengakui bahawa PAS merupakan parti yang telus dan benar-benar bersifat rakyat, sekaligus menepati slogan yang dibawa PAS iaitu Negara Berkebajikan. Selain itu, menurut salah seorang penduduk kampong yang mahu dikenali sebagi Abon, meminta kepada PAS agar mengajukan kepada kerajaan Barisan Nasional tentang agihan BR1M. Katanya "kalau benar kerajaan Barisan Nasional bersifat membela rakyat, kenapa tidak bantuan ini diberikan setiap tahun. Adakah ini ada kaiatan dengan pilihanraya? Sedangkan Kerajaan Barisan Nasional sudah memerintah lebih 50 tahun." pas miri/- |
Posted: 06 Aug 2012 11:33 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - RAUB – Dua lelaki maut dalam dua kemalangan berasingan sekitar jam 9.30 malam hingga jam 9.40 malam di Jalan Raub – Bentong, kelmarin. Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian kemalangan pertama membabitkan motosikal, kereta dan pacuan empat roda di Kilometer 355 dekat Taman Raub Jaya 3. Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan mangsa, S Thajahiralan, 49, mati di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan. "Mangsa yang menetap di Taman Medan Indah dalam perjalanan dari arah Bentong ke Bandar Raub. "Setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta dari arah Raub cuba memotong kenderaan pacuan empat roda di hadapannya, tetapi bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa yang berada di laluan bertentangan," katanya. Wan Mohd Samsudin berkata, akibat pertembungan itu, mangsa tercampak ke kanan jalan sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda terbabit. Katanya, selepas 10 minit, berlaku pula kemalangan kedua di Kilometer 363 dekat persimpangan Lurah Bilut membabitkan dua kereta. "Pertembungan itu mengakibatkan mangsa, Mohamad Razalli Khalid, 65, meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan mendapati mangsa yang menetap di Shah Alam, Selangor dalam perjalanan dari arah Raub. "Setibanya di tempat kejadian, sebuah kenderaan dari arah bertentangan cuba memotong kenderaan lain, tetapi berada pada jarak dekat lalu bertembung dengan kereta dipandu mangsa," katanya. Beliau berkata, jarak kedua-dua kemalangan hanya lebih kurang 8 kilometer hingga mengakibatkan kesesakan lalu-lintas sepanjang tempoh kejadian. Menurutnya, kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. sinar harian/- |
Terdesak Sangat Sampai Klon Twitter Anwar Posted: 06 Aug 2012 09:22 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - Account twitter DS @anwaribrahim di klon .... hmmm terdesak sangat sampai klon-klon account org lain.....sampai ada menteri yang hampir terkena tipu...kuikuikui "Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi. Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR). Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim. -PR Supporter |
Tiga Dihukum Denda Tampal Poster Hina Guan Eng & Ambiga Posted: 06 Aug 2012 09:18 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - Hukuman tampal poster menghina KUALA LUMPUR: Tiga sahabat didenda masing-masing RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah atas tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga, Februari lalu. Majistret Zulkpli Abdullah memutuskan demikian terhadap kerani hospital, Muhammad Nizam Ali, 24, pemandu, Hamzah Mahmood, 32 dan juruteknik, Shahir Saarani, 30, selepas mereka menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah, semalam. Ketiga-tiga tertuduh turut berdepan dengan hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda. Bagaimanapun dua lagi tertuduh, juruteknik, Mohd Norizam Che Othman, 31 dan peniaga, Mohd Jamil Jamaluddin, 36, masih mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama. Mengikut pertuduhan, semua mereka bersama lima lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan sedemikian di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 3.40 pagi, pada 4 Februari 2012. Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -hm |
Posted: 06 Aug 2012 09:16 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - SEORANG askar Israel semalam memeriksa sebuah kenderaan berperisai yang digunakan para militan Islam dekat pos sempadan Kerem Shalom. KAHERAH - Tentera Mesir semalam berjanji akan membalas dendam kematian 16 pengawal sempadan dalam satu serangan di sebuah pos kawalan dekat sempadan Israel pada hari sebelumnya, menurut satu kenyataan oleh agensi berita rasmi MENA. Para pengawal sempadan itu mati selepas sekumpulan miltan Islam melancarkan serangan. Kejadian itu berlaku di pos sempadan Kerem Shalom. "Kami bersumpah dengan nama Tuhan kami akan membalas kematian mereka. "Rakyat Mesir tidak perlu menunggu lama untuk melihat tindak balas kami ke atas serangan pengganas ini," kata kenyataan Majlis Agung Angkatan Bersenjata (SCAF). "Sesiapa yang mengadakan hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang menyerang tentera kami di Semenanjung Sinai sejak beberapa bulan lalu akan membayar dengan harga yang tinggi sama ada mereka berada di dalam atau luar Mesir," tambah kenyataan tersebut. Presiden Mohamed Morsi (gambar kecil) sebelum ini turut berikrar lewat kelmarin untuk meningkatkan kawalan keselamatan dan mengambil alih kawalan di Semenanjung Sinai. Kumpulan penyerang militan Islam itu melintas masuk ke Israel dengan menaiki sebuah kenderaan berperisai selepas melakukan serangan tersebut. Israel kemudian menyatakan, lima orang lelaki bersenjata dibunuh dalam serangan melibatkan beberapa buah kereta kebal dan helikopter rejim Zionis. Di bawah perjanjian damai 1979 dengan Israel, Mesir dibenarkan menempatkan pasukan tentera dalam jumlah yang terhad di Sinai. Jurucakap tentera Israel, Yoav Mordechai memberitahu Radio Tentera semalam bahawa para militan Islam itu merupakan anggota kumpulan jihad global yang berpangkalan di Sinai. Sinai menjadi pangkalan para militan global kerana kelemahan Mesir mengawal semenanjung tersebut. - Agensi |
MB: SYABAS akui tiada krisis air di S'gor Posted: 06 Aug 2012 09:07 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini. Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdul Khalid berkata pegawai tersebut mempersetujui demikian dalam satu taklimat kepada satu jawatankuasa menyemak yang bari dibentuk kerajaan negeri. Abdul Khalid berkata, laporan awal jawatankuasa itu menyatakan bahawa 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD), lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan SYABAS setiap hari. "Ya (mereka bersetuju dengan jumlah tersebut). Mereka berada di dalam bilik dalam mesyuarat yang sama. "Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat) – orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan ketua pegawai eksekutif Ruslan Hassan. Semua profesional tertinggi hadir," katanya yang merujuk dengan sinis kepada pengerusi eksekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail. SYABAS pada Julai lalu mencadangkan catuan air dijalankan di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan alasan rizab air di negeri itu berada di tahap kritikal. Kerajaan Selangor kemudiannya mendakwa syarikat tersebut cuba "mencipta" krisis dan menggunakan kuasanya untuk mengambil alih pengurusan SYABAS. Abdul Khalid bagaimanapun mengakui bahawa beberapa kawasan di Selangor berdepan dengan gangguan air – yang dikaitkannya dengan kelemahan SYABAS dalam kapsiti membekalkan air. "Tempat seperti Cheras dan Petaling Jaya, disebabkan sifat bangunan tersebut, air terpaksa dipam tapi jika anda tidak mencapai kapasiti yang sangat tinggi maka akan berlaku kekurangan bekalan," katanya. Tambahnya, perkara itu bermaksud paip lencongan diperlukan untuk membawa air tambahan ke kawasan berkenaan. Abdul Khalid juga mengakui bahawa "krisis" tersebut menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat dari segi politik. "Tentulah ia mempunyai sedikit impak apabila anda melihat seorang wanita tua terpaksa membawa sebaldi air yang menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak sensitif kepada keperluan rakyat, tapi saya akan selesaikan bahagian itu," katanya. malaysiakini/- |
80 rumah dilanda banjir kilat waktu sahur Posted: 06 Aug 2012 09:03 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - MUAR - "Makcik menggigil kesejukan apabila rumah dinaiki air banjir," kata Morsidah Abd Rashid, 77, salah seorang penghuni daripada 80 rumah penduduk di Taman Jaya, Bakri, yang dinaiki air banjir kilat berikutan hujan lebat lebih tiga jam melanda kawasan berkenaan, semalam. Menurutnya, dia menyedari rumahnya dinaiki air pada jam 3.30 pagi, sewaktu bangun dari tidur untuk masak hidangan bersahur. Jelasnya, ketika itu hujan sangat lebat, dia tergerak hati melihat luar rumah melalui tingkap dan terkejut apabila mendapati air telah memenuhi ruang beranda rumah. "Setengah jam kemudian, air mulai melimpah masuk ke dalam rumah sehingga mencecah ketinggian 0.25 meter," katanya kepada Sinar Harian. Morsidah yang juga ibu tunggal berkata, dia tinggal berseorangan di rumah sejak 30 tahun lalu dan terpaksa menyelamatkan beberapa barangan elektrik yang mula ditenggelami air sendirian. Menurutnya, jika ikutkan keadaan fizikal memang tidak kuat, tetapi dia memaksa diri memunggah barangan di rumahnya perlahan-lahan. "Habis semua almari, perabot dan pakaian rosak terkena air banjir," katanya sambil menahan sebak. Morsidah berkata, masalah banjir kilat kerap berlaku di kawasan berkenaan sejak sebuah perumahan baru dibuka beberapa tahun lalu dan didakwa berpunca daripada masalah sistem perparitan yang tidak sistematik. Menurutnya, dia sangat sedih dengan keadaan ini, terutamanya apabila mengenangkan Aidilfitri bakal menjelang kurang daripada 14 hari lagi. "Saya berharap pihak berkaitan dapat memandang serius masalah ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya segera kerana ia membebankan penduduk terutamanya dalam kalangan warga emas," katanya. Seorang lagi penduduk, Rabuah Bonari, 53, berkata, dia yang sudah lali dengan masalah tersebut tetap menaruh harapan agar masalah itu diatasi segera. Menurutnya, air banjir yang memasuki rumah akan mengambil masa selama satu hari untuk surut, tetapi jika hujan masih tidak berhenti, keadaan banjir mungkin menjadi lebih teruk. "Banjir kilat kali ini antara yang terburuk sejak 32 tahun menetap di perumahan ini," katanya yang pernah kerugian hampir RM5,000 berikutan masalah sama yang ber- laku sebelum ini. sinar harian/- |
Lee Chong Wei Oh Lee Chong Wei Posted: 06 Aug 2012 08:50 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - Sewaktu singgah di rumah anak di Putrajaya sekembali dari Kelantan untuk menghadiri upacara perkebumian seorang sepupu yang meninggal Subuh semalam sempat juga saya menyilau mata ke skin tv yang sedang menayangkan siaran langsung perlawanan bandminton antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan dari China. Semua anak-anak termasuk menantu saya menyokong Chong Wei atas semangat kenegerawaan dan simpati kepada Malaysia yang kosong mendapat emas. Lee Chong Wei diganggu? Saya tidak pasti apakah cucu saya Muhammad Khalif Ummar yang kini sedang kepenatan dan rajin berlaih merangkak dan cuba bangun sendiri juga bersama mereka yang lain? Rakan saya dan isteri dan anaknya juga yang ada sama bersorak setiap kali Chong Wei berjaya menambah mata. Berlainan dengan saya. Saya agak pesimis sedikit terhadap apa yang ada. Terus terang saya kata, saya tidak mesra dengan kemenangan bakal dicatat Chong Wei malam tadi. Bukan saya dengki kerana dia akan mendapat jongkong emas bernilai RM4 juta, tetapi ada sebab-sebab tertentu yang tidak wajar saya kata sekiranya dia menang. Dari awal-awal lagi atau tepatnya sejak penampilan pemain ini dalam dunia badminton dan meneliti perkembangan dan kemenangannya, menjadikan saya tertanya-tanya. Dia selalu menang kalau bermain secara individu tetapi permainan berpasukan untuk negara dia sering kalah. Mungkin ini nasib dan takdir, dan kejaguhannya tidak boleh membantu membakar semangat rakan-rakan lain demi negara. Mungkin itu anggapan saya ini salah. Berkaitan dengan perlawanan semalam, saya tidak senang kalau dia menang kerana kemenangan itu akan dipolitikkan. Ini bukan Chong Wei yang salah tetapi manusia politik yang berada di sekelilingnya menjadi penoda kepada niat sucinya dan profelismenya sebagai seorang atlit. Sudah pasti kalau Chong Wei menang semalam dia akan dijadikan modal dalam dunia politik. Berani saya katakan tentu wajah dan aksinya akan ada di dalam manifesto parti politik yang Chong Wei mangangkat jongkong emas atau berpelukan dengan Rosmah Mansor. Ini pasti akan terjadi. Justeru kerana meramalkan kejahatan politik yang bakal dilakukan ke atas beliau inilah maka saya senang bila Malaysia tidak akan mendapat pingat emas. Bagi saya adalah keji kalau kejayaan seseorang untuk negara kemudian diambil kesempatan oleh parti politik untuk membuktikan kejayaan seseorang itu kononnya disebabkan mereka. Pemisahan antara parti dengan kerajaan tidak berlaku di Malaysia. Kejayaan individu di dalam negara ini sering diagungkan sebagai kejayaan parti politik. Bagi saya sikap mengeksploitasi kejayaan individu atau negara ini sebagai kejayaan parti politik adalah salah dan sesuatu yang keji serta perlu dihindarkan. Dari sinilah baru sukan dapat dijadikan alat perpaduan dan kekuatan negara. Begitu juga saya lihat pemburuan pingat dilakukan Chong Wei itu sebenarnya sudah dinodai dengan tawaran jongkong emas. Di dalam minda Chong Wei yang terdampar bukan lagi pingat emas tetapi jongkong emas. Kerana secara relatifnya nilai jongkong dengan pingat itu jauh berbeza. Melainkan seseoranag itu tulen bersemangat negarawan... dia akan meletakkan pingat dan nama negara lebih dari segala-galanya dalam dirinya. Bahkah ganjaran atas kejayaan itu kelak dia akan kembalikan kepada negara. Apakah kalau Chong Wei menang diberi jongkong emas, dia akan kembalikan wang itu kepada negara untuk memajukan dunia sukan? Chong Wei boleh jawab dan sekiranya tidak, ini bermakna ganjaran itu adalah untuknya maka kalau dia berjuang ketika itu bukan lagi untuk maruah negara tetapi untuk dirinya. Penawaran untuk memberi jongkong emas oleh syarikat berkenaan...atau lain-lain tawaran dalam situasi begitu kepada saya adalah pembunuh semangat dan jiwa negara yang ada kepada Choing Wei. Tawaran demikian juga sedikit sebanyak mengganggu minda dan konsentrak Chong Wei untuk meraih kejayaan. Natijahnya dia seakan hilang fokus dan menangis sebelum bola terakhir jatuh ke gelanggangnya. Apapun tahniah juga buat Chong Wei setidak-tidaknya perlawanan malam tadi mengingatkaqn kepada sesetengah dunia bahawa negara bernama Malaysia wujud di dunia ini. Chong Wei adalah duta besar Malaysia ke dunia sukan. [wm.kl.3:32 pm 06/08/12] harakahdaily/- |
Kenderaan robotik mendarat di Marikh Posted: 06 Aug 2012 08:38 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - MODEL kenderaan robotik Curiosity. PASADENA, California - Kenderaan robotik, Curiosity mendarat di kawah gergasi Gale di planet Marikh semalam dalam misi meneroka permukaan planet berkenaan. Pasukan penyelidik dan jurutera Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bersorak kelmarin apabila kenderaan itu memasuki atmosfera planet itu. "Kita selamat mendarat di permukaan Marikh," kata jurutera NASA, Allen Chen. Selepas mendarat, kenderaan itu menghantar gambar dari dalam kawah tersebut di planet Marikh ke pejabat NASA. Dijana kuasa nuklear, Curiosity yang bersaiz sebesar sebuah kereta dilengkapi pelbagai peralatan saintifik, kamera dan stesen cuaca. Kenderaan itu turut memiliki gerudi, sebuah tangan robotik, pancaran laser, alat pengukur radiasi dan makmal kimia mini. Curiosity akan melakukan penerokaan selama dua tahun di permukaan Marikh. Misi tersebut antara lain bertujuan untuk memastikan sama ada Marikh memiliki bahan asas bagi menyokong kehidupan seperti karbon, nitrogen, fosforus, sulfur dan oksigen. Pembinaan dan penghantaran Curiosity ke planet merah berkenaan menelan belanja sekitar AS$2.5 bilion (RM7.76 bilion). Walaupun kos itu amat tinggi, beberapa penyelidik NASA memberitahu, perbelanjaan besar tersebut berbaloi sekiranya Curiosity dapat melakukan pelbagai penemuan saintifik. Kenderaan tersebut dihantar ke Marikh dengan menggunakan sebuah roket yang mengambil masa perjalanan lebih lapan bulan sejauh 566 juta kilometer (km). - Agensi |
Pencemaran Sungai Juaseh bimbangkan penduduk Posted: 06 Aug 2012 08:36 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - SEGAMAT: Pencemaran air Sungai Juaseh yang terletak di Dun Kemelah di Parlimen Sekijang di sini cukup membimbangkan penduduk. Difahamkan, sisa buangan berpunca dari kilang sawit yang berdekatan dan dibimbangi bakal menjejaskan kesihatan penduduk kampung sekiranya dibiarkan berterusan tanpa perhatian dan tindakan pihak yang bertanggungjawab. Menurut penduduk, apabila hari hujan, air sungai akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan berwarna hitam. Lebih- lebih lagi ,terdapat sisa pelupusan sampah yang tidak diuruskan dengan baik, berdekatan dengan sungai tersebut. Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Pemanis, Parlimen Sekijang, Normala Sudirman berkata, isu pencemaran air di Sungai Juaseh ini cukup membimbangkan penduduk kampung kerana akan menyebabkan kesihatan mereka terjejas. "Kita menerima aduan bahawa kemungkinan berlaku pembuangan sisa hasil kilang yang tidak mengikut sistem jadual berskala yang betul dari kilang sawit yang berdekatan," katanya kepada Harakahdaily. "Ini bukan soal untuk menyuluh kelemahan sesiapa tetapi ini soal kebajikan penduduk. Matlamat kami adalah untuk membantu rakyat dengan menyalurkan aduan ini dan mengemukakan bukti bergambar untuk kesejahteraan semua," katanya yang juga bekas calon Pilihan Raya Kecil Dun Tenang. Katanya, pihaknya bersama penduduk juga akan mengadakan sidang media dan menghantar memorandum kepada pihak bertanggungjawab. Menurutnya lagi, beliau juga tidak akan teragak- agak untuk mendedahkan nama kilang yang menyebabkan pencemaran air sungai ini berlaku, jika masalah ini dibiarkan berlarutan tanpa tindakan yang sewajarnya. "Kita tidak mahu berlaku seperti isu Gas Ammonia di Sg. Gatom Labis beberapa tahun dahulu yang akhirnya menyebabkan penduduk kampung menjadi mangsa dan terpaksa berpindah kerana sesak nafas hingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tahap kesihatan mereka berada di tahap yang kritikal," katanya. harakahdaily/- |
Negeri Pakatan guna tema alternatif Merdeka Posted: 06 Aug 2012 08:34 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan bahawa tiga negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat - Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan - akan menggunakan tema alternatif mereka 'Sebangsa Senegara, Sejiwa' untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Bagaimanapun, sebuah lagi negeri Pakatan - Kedah - akan menggunakan tema yang berbeza, iaitu '55 Tahun Merdeka Terus Berbakti'. Sinar Harian melaporkan Salahuddin berkata, jawatankuasa Pakatan mengenai tema Merdeka telah membuat keputusan tiga hari lalu untuk menggunakan tema alternatif tersebut. Anggota exco publisiti Kedah, Abd Ghani Ahmad sebelum ini berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco baru-baru ini. Pakatan memutuskan untuk menggunakan tema alternatif selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim enggan menukar tema 'Janji Ditepati' yang juga merupakan tema kempen politik BN. Tema alternatif telah dipilih oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said daripada 250 penyertaan yang diterima daripada orang ramai. malaysiakini/- |
Posted: 06 Aug 2012 08:25 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - BUKIT MERTAJAM: "Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum dan tidak buka (pasang) penyaman udara. "Kami semakin hairan apabila suami saya dihalau dan dituduh sebagai hantu ketika cuba masuk ke bilik itu awal malam tadi (kelmarin)," kata ibu saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dipercayai akibat ditindih beramai-ramai. Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak Indah, di sini, kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun itu, Chuah Wan Xuan dipercayai mengalami sesak nafas apabila ditindih tujuh ahli keluarganya iaitu ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia. Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu. Menurut ibu saudara mangsa yang tidak mahu dikenali itu, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami pergi ke rumah adik iparnya itu setiap petang untuk makan malam bersama. metro/- |
Simpati Dana Ramadhan jejaki insan istimewa Posted: 06 Aug 2012 08:20 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - SUBANG: Melihat kekurangan golongan orang kurang upaya (OKU), Robiah Sayuti, 56, dan Jasni Selamat, 30an mengalami kecacatan fizikal akibat demam panas waktu kecil. Simpati memandang golongan ini, Dana Ramadan Dewan Muslimat PAS Pusat dan Jabatan Pengarang Harakah akan terus menjejaki insan-insan istemewa sepanjang bulan Ramadan. Robiah merupakan ibu tunggal yang mengalami buta sejak kecil. Namun beliau tidak menjadikan alasan untuk terus menagih simpati daripada orang ramai. Ibu tunggal ini merupakan wanita cekal dan istiqamah dalam perjuangan PAS. (Gambar: Siti Zailah mengedarkan bubur lambuk sebelum berbuka puasa.) Setiap kali PAS Cawangan Paya Jaras menganjurkan program beliau akan menginfak air. Beliau antara wanita yang istiqamah dalam usrah. Walaupun Jasni mengalami kecacatan fizikal dan sedikit terencat akal, ketaatan menjalani perintah Allah tidak pernah dilupakan. Wajah yang periang dan peramah, mudah tersenyum menjadikan ramai orang menyukainya. Jasni tetap menunaikan solat fardu dan mengamalkan puasa sunat. Surah Al-Ma'un ayat 1-7 Allah berfirman maksudnya: "Tahukah kamu orang yang mendustakan agama itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak memberi makan orang miskin, maka celakalah bagi orang-orang yang sholeh yaitu orang-orang yang lalai dari sholatnya, orang-orang yang berbuat riya dan enggan menolong dengan barang berguna". Berpandukan ayat ini, Dewan Muslimat PAS Pusat bersama Jabatan Pengarang Harakah telah menganjurkan berbuka puasa serta menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal dan orang susah di DUN Paya Jaras. Lajnah Kebajikan PAS Selangor serta Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras turut memberi kerjasama menyediakan tempat dan memberi sumbangan. Dalam majlis rengkas dan santai itu, Pesuruhjaya PAS, Dr Abdul Rani Osman turut melancarkan Semarak Kasih, Lajnah Kebajikan PAS Selangor. Dalam ucapan, beliau mengingatkan supaya umat Islam menjadikan ramadan sebagai bulan mendidik menjadi insan yang baik. "Bulan ini perlu dihayati sebagai bulan penuh kemuliaan untuk mendapatkan peluang yang disediakan Allah. Puasa merupakan medan latihan yang memutuskan jiwa dan nafsu daripada melakukan perkara biasa," katanya. Sementara itu, Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, puasa ibarat perisai dan puasa yang sempurna bukan sahaja mengukuhkan silaturahim tetapi menjadi benteng azab neraka. "Kita kena jaga hubungan dengan Allah kerana matlamat ramadan untuk mencapai keredaan Allah. Ramadan perlu banyak menghulurkan sedekah terutama golongan miskin dan anak yatim," katanya. Zailah berjanji akan bekerjasama dengan Jabatan Pengarang Harakah serta DUN fokus untuk ditawan pada PRU nanti menjejaki insan-insan istemewa supaya mereka turut menikmati keceriaan bulan ramadan. Penyelaras DUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman bersyukur dengan kesudian Jabatan Pengarang Harakah diketuai Ahmad Lutfi Othman yang menjadikan DUN Paya Jaras tempat pertama menanjurkan berbuka puasa. "Saya berterima kasih dengan Ahmad Lutfi yang dalam keadaan uzur tetapi masih mampu menaja jamuan berbuka puasa bersama DMPP," katanya. Siti Zailah bersama Mohd Khairuddin dan Mariam Abd Rashid turut mengagihkan bubur lambuk, air mineral dan kurma kepada ibu-ibu tunggal dan orang susah sambil bertanya khabar. Beliau turut melancarkan air mineral Amal Malaysia. Majlis berbuka puasa dan sumbangan itu ditutup dengan solat maghrib berjemaah. Memandangkan ramai lagi ibu-ibu tunggal, OKU dan anak-anak yatim yang perlu diberi sumbangan, DMPP dan Jabatan Pengarang Harakah mengalu-alukan sumbangan ke Dana Ramadan nombor akaun Maybank 564025400533 atau hubungi Nadia 013-3767312. harakahdaily/- |
Warga Myanmar maut dipercayai dibunuh rakan Posted: 06 Aug 2012 08:17 PM PDT 18 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR — Seorang pekerja kedai membaiki pendingin hawa warga Myanmar maut dipercayai dibunuh rakan senegara di tempat kerjanya di Batu 5 Jalan Ampang, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa berumur 30-an itu dipercayai dilibas di leher dari belakang ketika sedang membaiki penyaman udara kira-kira pukul 6.10 petang. "Menurut saksi, mangsa yang ketika itu sedang melakukan kerja didatangi seorang lelaki dipercayai warga Myanmar, berkulit gelap, berumur lingkungan 30-an. Suspek yang datang dari belakang terus melibas ke arah leher mangsa. "Mangsa yang ketika itu sedang membongkok terus rebah, tidak sedarkan diri dan dipercayai meninggal dunia selepas itu," katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini. Amiruddin berkata suspek kemudian berlari ke arah belakang sebuah klinik lalu membuang senjata yang digunakan ke dalam longkang berhampiran dan menghilangkan diri. "Polis yang tiba di lokasi kejadian menemui sebilah parang panjang dalam longkang di belakang klinik berkenaan," katanya. Beliau berkata, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimiliki sebuah bank berdekatan tempat kejadian. Amiruddin berkata, polis juga akan menemubual dua rakan sekerja mangsa yang juga warga Myanmar, seorang pemilik kedai cuci kereta berusia 23 tahun dan seorang pemilik kedai kereta terpakai berusia 51 tahun, dipercayai saksi kejadian bagi membantu siasatan. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan