Selasa, 7 Ogos 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


MTD PAS Chembong Agih Sumbangan Ramadhan

Posted: 06 Aug 2012 11:46 PM PDT

7 Ogos 2012

Rembau - Majlis Tindakan Dun Chembong (MTD Chembong) mengagihkan kira-kira 200 sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan sempena bulan Ramadhan secara berperingkat mengikut Unit Peti Undi (UPU) di dalam dun Chembong.

Pengarah MTD PAS Chembong, Ust Nazri Yusof berkata, program berkenaan adalah sebahagian usaha Pas dalam memastikan golongan kurang berkemampuan supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.

Sumbangan tersebut diagihkan mengikut 12 UPU yang berada di dalam DUN Chembong bermula daripada UPU Pekan Rembau, Batu Hampar dan Mampong bermula pada 4 Ogos yang sendiri turut serta memberi sumbangan ialah Dr. Rosly Bin Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Sembilan.

Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Sembilan, Dr Rosly Yaakob berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban, sekaligus memberi keceriaan kepada penghuni, selain membuktikan masyarakat prihatin terhadap kesukaran hidup yang mereka hadapi.

Aliff tak boleh tutup mulut

Posted: 06 Aug 2012 08:14 PM PDT

7 Ogos 2012

SEREMBAN – "Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan saya sebaik mendengar tangisan Aliff yang menjerit kesakitan kerana badannya melecur akibat terkena air mendidih di dalam periuk nasi," kata Hamidah Mohamad, 40

Kejadian berlaku Disember tahun lalu nyaris meragut nyawa anak bongsunya, Aliff Fezwan Azman, 2.

Menceritakan detik hitam itu, Hamidah berkata, dia tidak menyedari bagaimana kejadian itu berlaku namun anak sulungnya yang ketika itu berusia 2 tahun ternampak Aliff menarik kabel periuk nasi elektrik yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.

"Saya sedang memasak di dapur ketika itu dan kedua-dua anak saya bermain di ruang tamu.

"Tiba-tiba saya mendengar tangisan Aliff yang lain daripada biasa menyebabkan saya bergegas ke ruang tamu tapi bagai tercabut nyawa saya apabila melihat dia menggelupur kesakitan akibat terkena air nasi yang sedang mendidih," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Casurina di sini, selepas menerima kunjungan dan sumbangan daripada Tabung Kebajikan Dewan Undangan Negeri (Dun) Paroi.

Sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani.

Hamidah berkata, kejadian itu menyebabkan pipi, telinga, dagu, badan dan tangan Aliff melecur teruk sehingga menggelupas.

"Walaupun sudah beberapa bulan berlalu namun kesannya sampai sekarang. Dia sukar mengunyah dan makan.

"Paling menyedihkan, dia juga tidak boleh menutup mulut dan sering menangis kerana kulitnya berasa panas serta gatal," katanya.

Menurutnya, dia perlu berulang alik dua minggu sekali ke Hospital Tuanku Ja'afar dan dua bulan sekali ke Hospital Kuala Lumpur untuk  rawatan susulan.

"Doktor maklumkan keadaannya boleh pulih dengan melakukan pembedahan betulkan semula kulitnya tetapi perlu ambil kira tahap kesihatan dan parut kecederaan sebelum pembedahan boleh dilakukan ketika usianya 4 tahun," katanya.

Untung orang di DUN Sikamat dan di DUN Paroi

Posted: 06 Aug 2012 07:28 PM PDT

Untung betul orang di DUN Sikamat dan DUN Paroi. Orang di DUN Paroi dah dapat Klinik Kesihatan di Senawang. Orang di DUN Sikamat pula akan dapat Klinik Kesihatan juga. Cuma orang di DUN Chembong, DUN Kota dan DUN Rantau masih menantikan bangunan Hospital Rembau. PM pun dah 2 kali melawat di DUN Sikamat dan 1 kali berbuka puasa di DUN Paroi.

************
CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT
               
Taraf dan Jenis Syarikat : T1 Bumiputra PKK Kelas A Kepala II Sub Kepala 2a

Maklumat Ringkas Tender CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT, SEREMBAN (IBS SEPENUHNYA)(E-TENDERING)YANG MERANGKUMI:
1)Klinik Kesihatan 3
2)Dewan Serbaguna
3)Blok Sokongan(Store)
4)Pondok Pengawal
5)Rumah Sampah
6)Rumah Pam
7)Blok TNB (Double Chamber)
8)Garaj Van Dan Bas-4 Bay
9)Garaj Ambulan-3 Bay,1unit Store/Bilik Pemandu

Tarikh dan Waktu Lawatan : 09:30AM, 13 December 2011


Projek RMK 9 sedang dalam pembinaan pada tahun 2008 ini adalah 3 projek Klinik Kesihatan KK3 Lukut, KK2 Senawang dan KK2 Seremban 2, Projek bawah 5 juta Kuarters KK serting Hilir Kuarters 1D KK Gemas, tambahan Bangunan KKIA KK Seremban dan N/T Pergigian Jalan Za'aba serta SCN HTJ.  Manakala 2 projek telah ditender oleh JKR masih belum masuk tapak Pejabat JKNNS dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah.  1 projek sambungan daripada RMK8 iaitu Pusat Harian dan Haemodialysis, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban telah melewati jadual lebih satu tahun sehingga Kontraktor Utama telah ditamatkan perkhidmatannya. 

Sukan sepanjang tahun bebankan sekolah, pelajar

Posted: 06 Aug 2012 05:02 PM PDT

7 Ogos 2012
KE mana hala tuju pendidikan negara?

Persoalan ini ada kaitan dengan kecelaruan sistem pendidikan yang sehingga kini masih dalam kajian khususnya yang melibatkan Dialog Pendidikan Nasional bagi mengumpul pandangan orang ramai bagi memantapkan sistem pendidikan negara.
Terpanggil dengan keadaan semasa yang berlaku di sekolah sekarang, sebagai guru dan waris saya ingin mengemukakan isu yang kini membelenggu pengurusan sekolah. Ia banyak berkaitan dengan dasar 1 Sukan 1 Murid dan Sukan Sepanjang Tahun khususnya di sekolah menengah seluruh negara.
Menyedari kepentingan sukan dan permainan yang menjadi minat dan kesukaan pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengorak langkah melaksanakan dasar tersebut.

Ia amat baik dalam usaha penggabungan nilai JERI yang cuba diterapkan secara bersepadu dalam aktiviti ini.

Perlu diakui bukan semua murid yang berminat itu adalah murid berbakat dan berpotensi. Ada yang sekadar suka-suka dan langsung tidak serius kerana menyedari kelemahan dan ketidakmampuan mereka.

Keadaan ini boleh diumpamakan dengan ungkapan, 'kita boleh membawa kuda ke pinggir air, tetapi kita tidak boleh memaksa kuda untuk minum air'.

GURU WARIS
Ipoh Perak

IFTAR AMAL UNTUK PALESTIN

Posted: 06 Aug 2012 03:46 AM PDT

Peluang sedekah jariah, untuk saudara kita di Gaza.
Tarikh: 12 Ogos 2012 (Ahad) di Klana Resort Hotel, Seremban.
Objektif: Membeli sistem penapis air dan inkubator bayi di Gaza
Pakej Individu: RM100
Pakej Kumpulan: Dari RM3,000

Hubungi : Us. Isfahmi: 013-6391003 / Tn. Hj. Omar: 019-6699630 / Fauzi: 013-4201245

Anjuran bersama : AMAN Palestin, ISMA dan PEMBINA cawangan N.Sembilan

Maklumat lanjut di

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

[url=http://casinoonlinebonussverige.com ]online casino bonus [/url]the local discords to soften and lose themselves in the general unison. http://sverigeonlinecasino.net/ online casino zar currency casino online and honor, and a tinker I shall die.

Nuffnang