Selasa, 7 Ogos 2012

.

.


Terima Gaji RM400 Ribu, Rozali Ponteng Taklimat Penting

Posted: 07 Aug 2012 05:39 AM PDT




SHAH ALAM 6 OGOS: Meskipun menerima bayaran RM400 ribu sebulan, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail gagal menjalankan tanggungjawab apabila gagal hadir dalam satu taklimat penting kepada jawatankuasa menyemak dibentuk Kerajaan Negeri.
Kegagalan Rozali untuk hadir dalam taklimat penting yang diadakan baru-baru ini bagi mendapatkan gambaran sebenar akan perkembangan terkini status bekalan air Selangor mengundang kekecewaan Ahli Parlimen Utara, Tony Phua.
Memetik dari satu laporan wawancara eksklusif Malaysiakini bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, taklimat tersebut dihadiri oleh semua pegawai profesional tertinggi Syabas.
Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat), orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ruslan Hassan.
"Semua profesional tertinggi hadir," kata Abdul Khalid merujuk dengan sinis kepada Rozali, dipetik dari Malaysiakini.
Menurut laporan itu juga, pegawai dari Syabas sendiri turut mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.
Sebaliknya menurut Abdul Khalid, 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD) iaitu  lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan Syabas setiap hari.
Tony berkata, penolakan jemputan itu jelas mencerminkan sikap  Rozali dan Ruslan yang tidak ikhlas untuk menyelesaikan isu air Selangor.
"Kami tak kira politik, yang penting nak selesaikan isu demi masyarakat negeri Selangor.
"Tetapi malangnya Muhyiddin tak hadir dan Rozali yang terima gaji RM400,000 sebulan pun tak hadir.
"Tetapi Muhyiddin tolak jemputan ini dan ini jelas Muhyiddin tidak ingin menyelesaikan isu air Selangor, tetapi lebih berminat bermain politik dengannya," kata Tony  ketika dihubungi TVS hari ini.
Tony turut menganggap tindakan Rozali tidak hadir dalam taklimat itu bertujuan untuk melindungi kepentingan diri sendiri dengan memastikan beliau terus diberi kuasa menerajui Syabas.
"Tindakan mereka ini sengaja menafikan hak rakyat untuk menikmati perkhidmatan air bersih pada kadar berpatutan semata-mata mahu menawarkan kontrak besar dan lumayan kepada kroni termasuk projek Langat 2," katanya lagi.

Source: http://www.selangorku.com/?p=12654&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=terima-gaji-rm400-ribu-rozali-ponteng-taklimat-penting

4 cendekiawan Yaman kunjungi Presiden PAS

Posted: 07 Aug 2012 02:43 AM PDT




[Gambar dari kiri; Dr. Ahmad Hassan, Dr. Amin al-Muqbil, Dr. Mutahhar  Ahmad dan Yasser Abduh Saleh. Paling kanan Presiden PAS, melayani para tetamu dari negara Yaman itu]
MARANG: Empat cendekiawan dari negara Yaman mengunjungi Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya, di Rusila dekat sini petang Sabtu 4 Ogos bersamaan 15 Ramadhan.

Mereka adalah As-Syeikh Dr. Amin Ali Muqbil al-Masyri, As-Syeikh Dr. Ahmad Hassan Soleh al-Faqeh, As-Syeikh Dr. Mutahhar Ahmad Muhammad Mahmud dan Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb dari dua buah universiti terkemuka negara Yaman.

Dr. Amin Ali adalah Dekan Kuliah Syari'ah Universiti Al-Iman yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang Fiqh Perbandingan.

Dr. Ahmad Hassan adalah Pembantu Timbalan Rektor (Presiden) Universiti Al-Iman Shu'un 'Ilmi yang mempunyai Ijazah kedotoran dalam bidangTafsir

Manakala Dr. Mutahhar Ahmad merupakan Ketua Lembaga Akademik Universiti Al-Iman yang mempunyai kepakaran dalam bidang Hadith dan Syeikh Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb memiliki Master dalam bidang Fiqh Islami.

Buletinonline di maklumkan para ulama Yaman tersebut menziarahi Ustaz Hadi dalam rangka lawatan kerja mereka ke negara ini di bawah anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Yaman.

Mereka yang telah berada di tanah air sejak pertengahan Julai sebelum ini menyampaikan beberapa kuliah di Masjid Wilayah Persekutuan dan Universiti Islam Antarabangsa.

Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan oleh ke empat-empat ulamak Yaman tersebut dalam program Dawrah dan Ziyarah 2012 bermula 17 hingga 27 Julai lalu ialah kuliah hadith dan syarah kitab Matan al-Arba'in,  Siyasah Syar'iyah; Syura, Demokrasi & Oligarki serta Adab pemerintah Ahlus Sunnah terhadap rakyat.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12274-4-cendekiawan-yaman-kunjungi-presiden-pas

10 Perkara Najib Sekat Untuk Kelantan Termasuk Sekat Umno Untuk Menang

Posted: 06 Aug 2012 11:35 PM PDT

ANALISA 

Kata Ha Najib Razak kerajaan UBN tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan. Betulkah? Katanya juga dia sendiri tidak pernah ambil satu tong pun minyak di Kelantan. Betulkah?  Menurutnya lagi kerajaan UBN adil berdasarkan prinsip Islam. Benarkah?

Saya setuju dengan kata-kata dan semua penjelasan Najib itu. Tetapi soalnya apakah ia benar dan betul?  Memang beliau tidak pernah dan tidak pun boleh menafikan segala hak-hak rakyat Kelantan sebagai rakyat negeri yang berpayung di bawah kerajaan Persekutuan. Semua hak dan kepentingan serta tanggungjawab kerajaan Persekutuan telah dicatat dan semua orang mengetahuinya.

Najib si Sekat
Tetapi masalahnya Najib tidak melaksanakan segala janji dan hak-hak itu. Beliau tidak nafi apa yang dicatat dan ditulis ataupun apa-apa yang dipersetujuukan Sultan Kelantan semasa hendak bersama kerajaan Persekutuan dulu. Tetapi hakikatnya Najib atau kerajaan UBN tidak memberi apa yang sepatutnya. Dalam kata lain Najib dan kerajaan UBN telah menodai perjanjian itu.

Penoda kepada perjanjian dan persetiaan adalah munafik. Sebagai orang Islam yang mengakui mengamalkan maqasid Islam secara wasatiyah apakah Najib mengetahui akan kesalahan dosa dan hukuman bakal diterima atas segala kemungkaran itu?

Kalau pergi ke mahkamah atas tuduhan Najib menafi hak rakyat Kelamtan itu Najib akan didapati bersalah. Kerana dia memperakui semuanya tetapi tidak bersedia mengimplementasikannya. Sebaliknya apa yang berlaku Najib menyekat apa-apa yang patut diterima oleh rakyat Kelantan itu. Kalau Najib dikatakan zalim bukan soal dia tidak memperakui apa yang ditulis itu, tetapi kezalimnya kerana tidak memberi.

Dalam konteks ini boleh dianalis begini, Najib tidak salah berjanji, yang salahnya ia tidak menunai janji. Tidak menunaikan janji adalah munafik. Antara sifat bukan orang mukmin ialah munafik.

Banyak perkara kalau hendak dibilang Najib tidak memberti atau menyekat hak-hak rakyat Kelantan.

1. Pemberian menuruti gran perkapital Persekutuan kepada Kelantan tidak adil atau dilewat-lewatkan. Ini namannya sekat.
2. Halang para pelabur asing untuk melabur di Kelangtan dalam bidang industeri sedarhana dan berat terutamanya. Ini dinamakan sekat.
3. Penarikan balik pembinaan lebuh raya dari Kota Bharu - Kuala Krai walaupun sudah dikeluarkna surat niat. Ini dinamakan sekat.
4. Tidak membesarkan lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa walaupun airport itu layak menjadi pintu masuk pelancung ke Kelantan secara direct. Ini dinamakan sekat.
5. Ketidakadilan dalam memberi bantuan kepada rakyat. Ini dinamakan sekat.
6. Tidak memberi kebenaran Kelantan melaksanakan hukum hudud menerusi surat amaran dan ugutan oleh Mahathir Mohamad. Ini dinamakan sekat.
7. Membawa lari pendaratan gas dari Kelantan menerusi Songkla ke Gurun Kedah. Ini dinamakan sekat.
8. Tidak memberi royalti minyak sebanyak 5%. Ini dinamakan sekat.
9. Cuba mendaratakan gas yang baru dijumpai di Pekan. Ini juga dinamakan sekat.
10. Tidak mengubah sepadan pilihan raya di Kelantan walaupun selepas 20 tahun. Ini juiga dinamakan sekat.

Itulah sekurang-kurang 10 perkara yang tidak boleh dinafikan Najib tetapi disekat. Saya tidak fikir sekatan ini tidak menjejaskan peluang Umno untuk memerintah Kelantan sebab rakyat akan membuat pertimbangan atas semua ini akhirnya akan menghalang niat Umno.

Dalam kata lain tindakan lapok, zalim Najib ini turut menyumbangkan kesulitan Umno untuk memerintah Kelantan. Kesimpulannya Najib juga turut sekat Umno dari memerintah Kelantan. [wm.kl.4:36 pm 06/08/12]

Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/08/10-perkara-najib-sekat-untuk-kelantan.html

Tiada ulasan:

Nuffnang