Selasa, 7 Ogos 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pakatan Siap Sedia, Jangka PRU13 September

Posted: 07 Aug 2012 01:48 AM PDT

Harakah

Pakatan Rakyat hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan pada September akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata isu pilihanraya turut dibincangkan pada pada mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, dan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan menggunakan kesempatan hari Merdeka ini untuk mengumumkannya.

“Saya yakin Umno-Barisan Nasional akan mengambil kesempatan pada hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan imej mereka,” jelasnya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini.

“Kita berkeyakinan ia akan diadakan pada September nanti dan paling lewat adalah pada bulan November. Segala perancangan telah kita aturkan sebaik mungkin,” sambung beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menyatakan Umno-Barisan Nasional akan terus menggunakan skrip lama dengan memburuk-burukkan DAP dengan tanggapan negetif.

“Skrip lama akan terus digunakan, memburukkan DAP dengan pandangan-pandangan negetif bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu.

“Mereka berharap tindakan tersebut akan memberi kesan undi kepada PAS dan PKR kerana pengundi Melayu akan beralih kepada mereka,” jelasnya.

Menurutnya lagi, selain Umno dengan skrip lama, rakan mereka MCA juga akan menakut-nakutkan pengundi Cina dengan isu Hudud akan tidak menyokong Pakatan dan seterusnya memberikan gambaran yang buruk kepada PAS.

“Bagi mengatasi tomahan yang tidak berasas ini, kita diperingkat Pakatan telah merangka strategi untuk menangkis tomahan tersebut.

“Apa yang kita harapkan nanti rakyat akan tertumpu kepada agenda yang kita akan bawakan untuk kebaikan seluruh rakyat negara ini,” sambungnya lagi.

Katanya lagi, Pakatan akan terus menfokuskan kepada rakyat tentang agenda besar yang telah dipersetujui bersama di dalam dasar Pakatan Rakyat.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR.

Pendegaran Saman Fitnah Dato Seri Anwar Ibrahim Terhadap Khairy Pada 25 Januari 2013

Posted: 07 Aug 2012 01:36 AM PDT

Malaysiakini

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menetapkan tiga hari mulai 15 Januari tahun depan untuk perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak.

Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan demikian di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam S Prakash mewakili Anwar dan Sarah Abishegam mewakili Khairy.

Prakash memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan memanggil tiga orang saksi.

Anwar memfailkan saman itu pada 7 September 2007 yang mendakwa Khairy, ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, memfitnahnya pada Ogos 2007 dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak.

Anwar mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu disiarkan media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007.

Dato Seri Anwar Ibrahim Akan Umum Logo Dan Tema Merdeka Khamis Ini

Posted: 07 Aug 2012 01:26 AM PDT

Harakah

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan logo dan tema Hari Kemerdekaan bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat pada Khamis ini.

Keputusan pemilihan logo akan diputuskan pada Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada Khamis sebelum pengumuman itu dibuat.

Namun bagi Negeri Kelantan dan Kedah telah diputuskan menggunakan tema berlainan setelah perkara tersebut diputuskan lebih awal pada mesyuarat kerajaan negeri masing-masing.

“Kita telah memutuskan apa logo yang sesuai kita gunakan, namun perkara tersebut akan diputuskan pada mesyuarat pimpinan Pakatan pada Khamis ini.

“Namun untuk tema telah kita putuskan sebelum ini, pengumuman tentang logo itu akan dilakukan sendiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis ini,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Lagu Merdeka

Menurutnya lagi, selain tema dan logo, lagu sambutan hari Kemerdekaan versi Pakatan Rakayat juga telah dicipta oleh komposer terkenal, namun ia juga turut akan diumumkan nanti.

“Pakatan turut menyediakan sebuah lagu bagi sambutan hari Kemerdekaan dan ia telah cipta oleh komposer terkenal.

“Bagaimana bentuk lagu dan komposer akan kita maklumkan nanti,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyatakan pemilihan tema ini terpaksa dilakukan apabila melihat ketidak bertanggungjawaban kerajaan yang menjadikan tema Kemerdekaan milik mereka.

“Kita ubah kerana melihat sikap tidak tanggungjawab kerajaan yang menjadikan tema tersebut milik mereka,” katanya.

Sebelum itu, kerajaan Umno-Barisan Nasional telah memilih tema ‘Janji Ditepati’ namun ia dikritik pelbagai pihak sebagai tema kempen politik mereka.

Bagi menjadikan tema tesebut lebih umum untuk semua rakyat, Pakatan Rakyat telah memutuskan menggunakan tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’, manakala bagi Negeri Kelantan telah memilih ‘Menerajui Perubahan’, dan Kedah pula dengan tema ‘Terus Berbakti’.

Yusuf Qardhawi: Islam Tiada Makna Jika Rakyat Ditindas, Hasil Negara Dibolot

Posted: 06 Aug 2012 08:27 PM PDT

Keadilandaily

Tidak bermakna Islam itu jika tiada huriyyah (kebebasan) dan rakyat ditindas pemerintah, kata Sheikh Yusuf al-Qardhawi.

Demikian Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pesanan ulama tersohor itu berdasarkan buku terbarunya berjudul 'Kebangkitan Rakyat' yang ditulis selepas kejatuhan regim Hosni Mubarak.

Memetik kandungan buku itu, Anwar berkata, tanda negara tiada kebebasan apabila pihak yang berkuasa berbuat sesuka hati termasuk mengaut hasil kekayaan negara.

"Kata Yusuf Qardhawi, inilah yang menyebabkan malapetaka di negara-negara Islam.

"Kalau kita nak (mengamalkan) Islam, bagaimana kita boleh tidak menghormati rakyat di bawah?" soalnya ketika memberi tazkirah di Surau P 20, Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam, semalam.

Beliau mengambil contoh masyarakat Kadazandusun di Sabah yang marah apabila tanah mereka dirampas pihak berkuasa.

"(Justeru) jangan jadi bodoh dan diperbodohkan. Rakyat mesti ada maruah," tegas Ketua Pembangkang itu di hadapan 100 jemaah yang hadir.

Pada 4 Ogos lalu, Anwar melancarkan edisi bahasa Melayu buku itu yang diberi nama 'Yusuf al-Qardhawi & Kebangkitan Rakyat' terjemahan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Surau Al-Mujahiddin, Bandar Baru Bangi.

Turut diadakan, sesi diskusi buku dengan barisan ahli panel seperti Presiden Wadah Pencerdasan Umat (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil, Ustaz Mohd Naim Mohd Nor dan Anwar sendiri yang merupakan bekas presiden Abim.

Tiada ulasan:

Nuffnang