Rabu, 8 Ogos 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Blog MTD PAS DUN Senaling, Negeri Sembilan

Posted: 07 Aug 2012 11:00 PM PDT

Kurangkan SB untuk bantu CID banteras jenayah

Posted: 07 Aug 2012 08:38 PM PDT

8 Ogos 8 2012 - Bagi mengurangkan kadar jenayah, pihak polis dicadangkan supaya membuat serapan tugas-tugas bahagian tertentu, termasuk anggota Cawangan Khas (SB) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Bahagian Siasatan Jenayah (CID).

Ini kerana, kata bekas pengarah CID Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, beban tugas CID bertambah sehingga boleh mengganggu fokus pegawainya sedangkan SB dan FRU tidak memerlukan tugas yang rumit.

"Itulah pihak yang bertanggungjawab kena buat redeploymnet (penugasan semula). Kalau CID  (macam) sekarang, nampaknya tidak boleh tangani kerana siasatan terlalu banyak.

"Jadi kenapa tidak kita serapkan alihkan sebahagian daripada apa yang kamu sebut tadi, (antaranya) unit ketenteraman awam, FRU, pasukan lapangan dan polis marin (ke bahagian CID).

"Ini kerana, (sebelum ini) mereka tidak membuat tugas yang memerlukan buka fail, banyak urusan tulis-menulis (dan) fokus kepada follow through investigation," katanya ketika diminta mengulas statistik penempatan polis terkini.

Menurut statistik 2011, sebanyak 5,050 ditempatkan ke SB, lebih 32,656  di bahagian keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam (termasuk FRU) dan hanya 9,346 untuk bahagian siasatan jenayah.

Hal demikian dipertikaikan oleh pembangkang yang menganggap agihan tersebut tidak seimbang dan kurang berkesan untuk mengurangkan kadar jenayah yang didakwa membimbangkan.

Dulu perlu CID dua kali ganda

Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Fauzi yang juga bekas ketua polis Selangor berkata,  tugas CID bukan senang dan mengambil masa yang panjang.

Malah, Fauzi berkata, pegawai CID juga berdepan pelbagai proses siasatan, antaranya mencari maklumat, mengesahkannya, merekod keterangan dan membawa saksi ke mahkamah sebelum menutup sesuatu kes.

"Setiap hari fail baru dibuka. Memang dalam CID, isu utama dalam polis ini adalah jenayah. Kalau kamu boleh berjaya, bukan sahaja selesai kes, tapi kamu boleh cegah statistik daripada kejadian itu meningkat.

"Rakyat akan membuat satu persepsi bahawa polis berkesan (dan) berjaya (melaksanakan tugas)," katanya lagi.

Tegas Fauzi, pengalamannya pada 2005 dan 2006 semasa masih mengetuai jabatan mendapati, pihak polis memerlukan pertambahan dua kali ganda bagi menyiasat kes jenayah.

"Sekarang saya tidak berani (komen), hampir tujuh tahun tinggal dunia ini," katanya.

Keperluan SB di suasana kurang perkauman

Mengulas dakwaan SB memberi fokus terhadap gerak kerja pembangkang dalam politik sehingga dianggap senjata kepada BN, Fauzi mengakui tugas mereka "menguruskan risikan dan maklumat".

"Kita kena hargai tugas polis. Memang polis Cawangan Khas, mereka melakukan intelligent procurement banyak kepada unsur-unsur politik dan ketenteraman awam," katanya.

Bagaimanapun, Fauzi mempersoalkan keperluan jumlah SB sedia ada memandangkan suasana masyarakat sekarang telah berubah berbanding zaman komunis yang lebih "perkauman".

"Kita kena akur, dulu lebih serius dan mengancam. Tapi sekarang, rakyat sekarang ini banyak berubah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebarang penyusunan semula bagaimanapun memerlukan fakta yang jelas terlebih dahulu.

"Kecuali kita ada fakta yang jelas, kita boleh hujah balik, kita boleh bagi syor, OK, kamu boleh kurangkan (anggota SB) 15 peratus, atau 20 peratus, atau 50 peratus.

"Kita tidak tahu. Jadi apa yang kita boleh gesa, pihak pengurusan polis sendiri lebih arif dan lebih tahu, adakah suasana sekarang memerlukan sedemikian," katanya dalam wawancara panjang di rumahnya di Shah Alam.

Ramainya yang memerlukan bantuan di sekeliling kita

Posted: 07 Aug 2012 03:35 AM PDT

Dari Facebook Mutiara Ns - Program JUR (Jejak Ukhuwah Ramadhan) pada Sabtu (4 Ogos 2012) lalu oleh pimpinan DMPKR di DUN Paroi. Ramainya "ibu tinggal" yang memerlukan bantuan. Antaranya seorang ibu tinggal di Taman Satria, Senawang yangg menderita penyakit kanser payudara.

Sasaran bantuan sumbangan untuk satu keluarga ialah RM 50. Kepada yang ingin menaja dan menyumbang bolehlah menghubungi Bendahari DMPKR Pn Fauziah, 0137779328 atau bank in ke Akaun Bank Islam : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, BANK ISLAM No. Akaun: 05-012-01-006165-3

PKR Dakwa MUST Hadapi Masalah Pengurusan Serius

Posted: 07 Aug 2012 01:58 AM PDT

7 Ogos, 2012

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa sebuah institusi pengajian tinggi swasta, Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) mengalami masalah pengurusan hingga mengakibatkan kebajikan dan masa depan pelajar serta tenaga pengajarnya tidak dilindungi dan terumbang-ambing.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa MUST mengalami masalah pengurusan yang serius kerana hanya mencatat sekitar 200 orang mahasiswa yang berdaftar sedangkan sasaran yang ditetapkan adalah 5000 mahasiswa.

"Kami turut difahamkan bahawa kemasukan pertama mahasiswa peringkat asasi pada 2008 terdiri daripada dua orang mahasiswa manakala kemasukan pertama peringkat sarjana muda pada 2009 kini tinggal empat orang pelajar sahaja.

"Kami dimaklumkan bahawa ramai pensyarah dibayar gaji lambat dan kini enggan mengajar sehingga menerima gaji mereka. Bukan itu sahaja, pengambilan staf baru dibuat dengan memberikan kontrak tiga bulan sahaja," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Selasa.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia mendakwa mahasiswa MUST dijanjikan penginapan percuma namun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tetap mengenakan yuran penginapan terhadap pelajar.

"MUST juga dilaporkan melambatkan pembayaran kepada ejen penginapan dan pendaftaran sehingga 18 bulan hingga menyebabkan mahasiswa dipindahkan daripada satu tempat penginapan ke tempat penginapan yang lain.

"Selepas setahun ditubuhkan MUST masih terumbang ambing. Pemindahan kampus yang dijanjikan belum lagi berjalan.

"Lebih menyedihkan lagi, selepas bertemu dengan sekumpulan mahasiswa dan pensyarah MUST mereka membangkitkan persoalan tentang kebajikan dan masa depan mereka yang dirasakan tidak dilindungi oleh pihak universiti," katanya.

Justeru, PKR menuntut penjelasan penuh dan memuaskan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan MUST memandangkan sebanyak RM100 juta wang rakyat sudah dilaburkan dalam MUST serta nasib mahasiswa dan pensyarah di universiti berkenaan.

"Kita sangat sedih apabila kerjasama dengan universiti terkemuka Amerika Syarikat, Massachusetts Institute of Technology (MIT) dengan beberapa institusi seperti Singapore-MIT Alliance (SMA) antara MIT, National Universiti of Singapore dan Nanyang Technological University dan Masdar Institute of Science and Technology di Emiriah Arab Bersatu lebih berjaya.

"Ironisnya, SMA muncul apabila rombongan MIT datang ke Malaysia untuk menandatangani perjanjian dengan MUST dan singgah di Singapura. Namun SMA telah mencatat satu demi satu kejayaan sementara MUST terus terumbang ambing," katanya.

MUST sebuah universiti swasta premier ditubuhkan pada 2000 oleh Yayasan MUST Ehsan.

Universiti ini menerima geran kerajaan RM100 juta dari tahun 2001 hingga 2006.




Malaysia University of Science and Technology
Unit GL33 (Ground Floor), Block C
Kelana Square, 17, Jalan SS7/26
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

In 1995, the Prime Minister and his delegation made a working visit to MIT and endorsed the conceptualisation of establishing a university based on the MIT model in Malaysia. An agreement was then signed in January 1997 to establish MUST.

In July 1997, the MUST Ehsan Foundation received a formal invitation to set up the university. In 1999, the Malaysian Cabinet approved a RM100 million conditional grant to MUST and in July 2000, MUST was registered as a private university.

In 2002 MUST admitted its first intake of 46 students into 3 Masters level programmes - MSc in Information Technology, MSc in Biotechnology and MSc in Transportation and Logistics. MUST will offer more programmes within the next 5 years including Materials Science and Engineering (2003), Construction Engineering and Management (2003), Chemical Engineering, Systems Design and Operation, Advanced Manufacturing, Energy and Environmental Engineering and Geotechnical Engineering.          

Tiada ulasan:

Nuffnang