Rabu, 8 Ogos 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Cadang Guna Semula loji Jelutong Untuk Tingkat Kapasiti Air

Posted: 07 Aug 2012 10:30 PM PDT

SHAH ALAM, 8 OGOS : Kerajaan Negeri  mempertimbangkan cadangan menggunakan semula Loji Air Bukit Jelutong sebagai langkah alternatif untuk meningkatkan kapasiti air untuk kegunaan pengguna di Selangor.

Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) Nor Azmi Dir0n menjelaskan, jika loji ini kembali beroperasi, dijangkakan mampu menghasilkan 50 juta liter air sehari.

"Loji Air Bukit Jelutong tidak digunakan sejak tahun 1995. Jika digunakan ia mampu menjana air sehingga 50 juta liter sehari. Dahulunya loji ini ditutup kerana mempunyai kadar racun yang tinggi. Maka kita sedang mengkaji dan mencari langkah terbaik agar loji ini dapat beroperasi semula," katanya dalam reaksi ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Penyelaras DUN Permatang, Yahya Saari.

Selain itu, Kerajaan Negeri merancang untuk menggunakan teknologi membran dan menerokai sumber air bawah tanah yang boleh digunakan untuk meningkatkan penjanaan air di loji terawat sedia ada.

Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyatakan Kerajaan Negeri sedang mengkaji untuk membelanjakan antara RM200 juta hingga RM300 juta untuk meningkatkan kemampuan rawatan air dengan menggunakan teknologi membran.

Berhubung persediaan penggunaan air menjelang musim perayaan, Nor Azmi memaklumkan, pihaknya akan memantau Standard Operation Prosedur (SOP) yang disediakan bnagi mengelakkan sebarang gangguan yang tidak diingini.

"Berdasarkan rekod dan pengalaman perayaan yang lepas, penggunaan air berkurangan sehingga 20 peratus memandangkan ramai pengguna pulang ke kampung ditambah dengan cuti panjang," katanya ketika taklimat isu air dan hutang Talam di SACC di sini.

Sumber: Selangorku

UPEN Sahkan Selangor Mampu Hasilkan Air Terawat

Posted: 07 Aug 2012 10:15 PM PDT

SHAH ALAM 8 OGOS : Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) mengesahkan Selangor mampu menghasilkan air terawat yang mencukupi untuk kegunaan penduduk di Lembah Klang.

Timbalan Pengarahnya, Nor Azmi Diron berkata Jawatankuasa Pemantauan Air yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri bagi mencari penyelesaian krisis air mendapati, 34 loji yang sedia ada mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 4,807 juta liter sehari (JLH).

Katanya, jumlah pengeluaran air itu mengatasi jumlah penggunaan air penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu sebanyak 2,944 JLH.

Azmi menjelaskan jumlah pengeluaran air terawat itu juga berlebihan kerana Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) hanya mengagihkan air sebanyak 4,371 hingga 4,411 JLH sahaja.

"Manakala kadar pengeluaran air yang tidak terhasil (NRW) oleh Syabas sebanyak 1,389 JLH atau 32 peratus.

"Jumlah NRW ini adalah air yang tidak sampai kepada pengguna. Jadi Syabas gagal memenuhi tanggung jawab untuk membekalkan air terawat yang secukupnya kepada pengguna seperti yang dipersetujui dalam Penjanjian Penswastaan Air 2004," katanya dalam taklimat isu air  dan hutang Talam di Shah Alam Convention Centre, di sini.

Beliau berkata dua daripada loji terawat iaitu Loji Langat dan Semenyih mampu mengeluarkan lebih 20 peratus air terawat kerana reka bentuknya sejak 20 tahun lalu.

"Manakala ada juga loji yang hanya mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 800 JLH iaitu Sungai Selangor fasa 3 kerana reka bentuknya," katanya.

Justeru,  catuan air yang dicadangkan oleh Syabas kepada kerajaan adalah tidak tepat dan merupakan pendirian yang tidak boleh diterima.

Jawatankuasa Pemantauan Air itu dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan dianggotai oleh pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri, Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor.

Sumber: Selangorku

Bekalan Air Terawat Cukup, Tidak Payah Catuan

Posted: 07 Aug 2012 10:00 PM PDT

SHAH ALAM, 8 OGOS : Kerajaan Selangor membantah sebarang bentuk cadangan catuan air di negeri ini kerana kapasiti air terawat sedia ada mencukupi bagi menampung kegunaan di Lembah Klang.

Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) Nor Azmi Diron berkata, surat bantahan telah dikemukakan kepada semua pihak termasuk Kerajaan Pusat, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Katanya, Kerajaan Selangor juga sedang menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Balakong, Cheras dan Sri kembangan.

"Ada antara mereka yang tidak mendapat bekalan air sehingga 11 hari. Kita amat bersimpati dengan kadaan itu.

"Kita mengambil langkah segera dengan menghantar tanker melalui Pihak Berkuasa tempatan berhampiran selain Syabas," katanya dalam sesi Taklimat Isu Air dan Hutang Talam Corporation.

Pada sesi taklimat tersebut Azmi menjelaskan, pihaknya membuat beberapa perubahan di dalam sistem agihan supaya lebih banyak air dapat disalurkan kepada kwasan-kawasan tersebut.

"Bila kita semak pelan agihan, ada ruang untuk kita bawa lebih banyak air dari Sungai Labu dengan diskong oleh Sungai Semenyih bagi kawasan Cheras.

"Sebab itu 2-3 hari ini masalah di Cheras dapat kita selesaikan," katanya.

Sebelum ini, Syabas mendesak Kerajaan Pusat supaya mengadakan catuan air di Selangor kerana mendakwa tidak cukup bekalan air terawat.

Bagaimanapun tindakan ini dibantah oleh Kerajaan Selangor yang mendakwa Syabas tidak agihkan bekalan dengan cermat.

Sumber: Selangorku

Tiada ulasan:

Nuffnang