Rabu, 8 Ogos 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ZIARAH RAMADHAN ADUN CHANGKAT JONG DI ULU BERNAM

Posted: 08 Aug 2012 07:22 AM PDT


TELUK INTAN, 7 Ogos - Walaupun kedudukannya melebihi 50 km, namun ia tidak menghalang bagi misi Ziarah Ramadhan ADUN Changkat Jong untuk bertandang ke Ulu Bernam yang terletak di bawah DUN kawasan Changkat Jong.

Selain daripada YB Anuar Sudin, rombongan turut diserta oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk, Ustaz Ismail Che Nik, Timbalan YDP Sdr. Rahmat Maliki, Setiausaha PAS Kawasan Sdr. Farid al Jarumi dan AJK kawasan, Sdr. Aamir. Turut sama serta ialah Ketua PAS Cawangan Sg. Samak Sdr. Saifudin Abdul Hamid dan AJKnya Sdr. Miswan Suratman.
Majlis tahlil.


Sesampainya di sana, rombongan terus bertandang di Masjid Ulu Bernam untuk bersama-sama berbuka puasa. Selepas solat Maghrib, YB Anuar telah menyampaikan 20 hamper barangan harian untuk disumbangkan kepada penduduk di sana.
Seorang penduduk menerima sumbangan daripada YB Anuar.

YB Anuar berbual dengan penduduk.

Kemudian, rombongan Ziarah Ramadhan meneruskan perjalanan balik dan sempat singgah di Masjid Kg. Sungai Samak untuk menunaikan solat Isya dan solat sunat Tarawih. Selepas itu, sebelum berangkat balik, rombongan mengambil peluang beramah mesra dengan para jemaah masjid.
Bersama jemaah Masjid Sg. Samak.

Berehat setelah mengerjakan solat tarawih.

Menyantuni golongan muda.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang