Khamis, 3 Mei 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pakatan’s Free Education Move Stymied by BN

Posted: 02 May 2012 03:00 AM PDT

PETALING JAYA: PKR today claimed that lopsided agreements signed by Barisan Nasional with contractors is hindering PKR from providing free or subsidised education in opposition-held states.

Party strategic director, Rafizi Ramli, cited Kolej University Islam Selangor (KUIS) where he claimed that as a result of the rent concession signed with contractors, the institute had to spend more than half of its expenditure on rent alone.

Students, too, bore the burnt of this as their fees remained high, claimed Rafizi.

"The contractor was awarded a 33-year lease at an annual rate of RM15.4 million when the cost (to build the hostel and student centre) is only RM97 million. This means the contractors will get RM508 million (over the years)… a 524% profit here," Rafizi told the press.

"The reasonable rent rate is half of the RM6 million which they are paying now. KUIS is tied up paying high rent to the contractors. Therefore it cannot lower its fees let alone provide free education."

The Islamic university falls under the purview of Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). According to documents procured from MAIS, rent payment is the second highest expenditure of the institute.

In 2010, KUIS paid RM15,406, 390 for rent. Expenses for its academic staff top the list of expenditure.

Rafizi said that the contractor for the hostel was Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) owned by current Permatang assemblyman, Sulaiman Abdul Razak, who is also an Umno member.

Rafizi claimed that Sulaiman was (former Selangor menteri besar) Khir Toyo's crony.

"Khir was a witness for RRSB when they signed the loan agreements (worth RM125.8 million) with banks on Aug 3, 2007, to fund the project," he said.

Rafizi added that RRSB was merely the middle party in the deal as another company, Bina Puri Holdings Bhd, was the one that implemented the project.

"Before Umno members point their finger at PKR, I challenge the Umno leadership to retract Sulaiman's contract so that the hostel rent will be fair to KUIS students," he said.

The issue of funding higher education has been highlighted recently following a protest by 300 students who demanded that the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) loan scheme be scrapped.

Following this, Rafizi said that PKR will set up a special fund to aid students with their daily expenses should the party take over Putrajaya.

He added this special fund was included in the party's five-point framework to implement a free education policy and to replace the current PTPTN scheme.

Source: FreeMalaysiaToday

Selangor Sediakan Garis Panduan Untuk Bina Rumah Ibadat Bukan Islam

Posted: 02 May 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM, 2 MEI : Kerajaan Selangor sedang menkaji beberapa langkah agar rumah ibadat bukan Islam dapat disediakan dengan lebih teratur.

Langkah-langkah ini termasuk garis panduan bagi rumah ibadat di dalam rumah kedai dan pusat komersil, dan peruntukan tanah di dalam skim perumahan kawasan bandar.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata berikutan perkembangan pesat di kawasan bandar serta pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat, berlaku kekurangan tapak untuk mendirikan rumah ibadat bukan Islam di lokasi yang sesuai.

Berikutan itu, tambahnya, banyak pertubuhan agama bukan Islam termasuk persatuan Buddha menggunakan rumah kedai sebagai pusat keagamaan mereka.

"Kerajaan Negeri meneliti secara terperinci prosedur untuk pusat-pusat keagamaan sedia ada yang diwujudkan di kawasan perdagangan akibat kekurangan tanah di kawasan bandar.

"Garis panduan ini untuk diguna pakai bagi permohonan baru bagi menggunakan premis komersil sebagai pusat keagamaan bukan Islam," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam ucapan sempena majlis sambutan Hari Wesak 2012 Negeri Selangor di sini semalam.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut; Speaker Dewan Selangor, Datuk Teng Chang Kim dan Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah.

Satu lagi langkah bagi menangani kekurangan tanah untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam adalah garis panduan sedia ada yang mewajibkan setiap skim rumah 100 ekar ke atas harus diperuntukkan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.

"Kerajaan Negeri sedar garis panduan ini masih ada ruang untuk menambahbaikan kerana pada masa ini sekiranya pembangunan dipohon kurang 100 ekar maka pihak pemaju tidak tertakluk pada kriteria peruntukan tanah untuk rumah ibadat bukan Islam.

"Jika keadaan ini wujud, kita akan kenakan pihak pemaju perlu membayar sejumlah caruman berdasarkan jumlah rumah yang dibeli masyarakat bukan Islam dan ia boleh diamsukkan dalam tabung Rumah Ibadat bukan Islam," katanya.

Abdul Khalid berkata, sejak 2008 Kerajaan Negeri telah menyumbang sekitar RM4 juta setiap tahun kepada rumah ibadat bukan Islam dan peruntukan itu dinaikkan menjadi RM6 juta bagi tahun ini.

Di dalam ucapannya Ean Yong berkata ini adalah kali kedua Selangor menyambut Hari Wesak dan ia merupakan negeri pertama di Malaysia yang menyambut perayaan tersebut secara rasmi.

Dalam tempoh empat tahun Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Negeri, katanya, kerjasama dan hubungan yang terjalin bersama pertubuhan penganut Buddha semakin erat dan kukuh.


Sumber: Selangorku

Selangor Mahu 'Klausa Keluar' Tol SUKE

Posted: 02 May 2012 02:00 AM PDT

Kerajaan Selangor hari ini mencadangkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya memasukkan klausa keluar (exit clause) dalam perjanjian konsesi Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi membolehkan perjanjian konsesi ditamatkan apabila syarikat mencapai sasaran keuntungan lebih awal.

"Apabila ini berlaku kutipan tol harus diberhentikan dan lebuh raya berkenaan perlu dikembalikan kepada pengurusan kerajaan," katanya.

Khalid berkata, klausa itu mesti dimasukkan dalam semua perjanjian konsesi lebuhraya bertol,berkaitan dengan keuntungan pembinaan dan pulangan ekuiti kerana kerajaan persekutuan bertindak menaja jamin SUKE.

Dalam kenyataannya hari ini, Khalid mengingatkan tentang pengamalan sebelum ini apabila syarikat konsesi terus dibenarkan mengutip tol walaupun syarikat konsesi telah pun mengaut keuntungan.

"Penswastaan lebuh raya tidak boleh dibuat semata-mata memberi keuntungan mudah kepada syarikat konsesi di atas kos perbelanjaan rakyat," katanya sambil menekankan mereka menentang penuh urus tadbir yang "berat sebelah" dan membebankan rakyat.

Bagaimanapun, setelah mendengar penerangan cadangan pembinaan SUKE, kerajaan negeri secara prinsipnya bersetuju dengan projek infrastruktur itu kerana ia akan membawa impak positif kepada pembangunan ekonomi negeri.


Sumber: Malaysiakini

Tempoh Daftar TAWAS Dilanjutkan Sehingga Akhir Tahun

Posted: 01 May 2012 03:30 AM PDT

SELAYANG, 1 MEI : Ibu bapa yang belum mendaftar anak mereka untuk program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) masih boleh berbuat demikian sehingga akhir tahun ini.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata Kerajaan Selangor telah melanjutkan tempoh pendafataran kerana permintaan yang tinggi untuk program itu.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sesungguhnya mahu seluruh rakyat Selangor terlibat dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan sejak empat tahun lalu.

"Bagi ibu bapa yang terlepas mendaftar anak mereka yang lahir pada Mac 2008 dan selepas masih boleh mendaftar dalam Tawas hingga akhir tahun ini.

"Mereka boleh mendaftar dalam program ini tetapi tempohnya lebih singkat. Kalau bonus dia akan terima kurang.

"Kalau lahir 2008 dan daftar sekarang maka kita akan tolak empat tahun. Tempoh 17 tahun itu akan jadi 13 tahun sahaja," katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja di Hospital Selayang di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Tawas kini mencatatkan pendaftaran melebihi 70,000 peserta dan ia terus meningkatkan setiap bulan.

Bagi memberi lebih manfaaat kepada peserta Tawas, Kerajaan Negeri juga memperkenalkan program Jom Shopping Tawas bermula bulan lalu sama sepertimana Jom Shopping bagi warga emas.


Sumber: Selangorku

Pusat Perlu Bina Lebih Banyak Hospital Di Selangor

Posted: 01 May 2012 03:00 AM PDT

SELAYANG, 1 MEI : Seiring dengan pertambahan penduduk, Kerajaan Pusat diminta memberi kepada kerajaan negeri membina lebih banyak hospital di Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, Selangor adalah salah satu negeri tumpuan di negara ini dengan kehadiran penduduk dari negeri lain dan luar yang bertambah dengan pesat ketika ini.

Berikutan itu, pertambahan pesakit yang ditempatkan di hospital di negeri ini juga mencatatkan pertambahan hingga menyebabkan beberapa hospital mengalami kesesakan.

"Pertambahan penduduk kini pesat di Selangor. Sekarang dah lebih 5.3 juta orang dan pembinaan Hospital Shah Alam pula tergendala. Kita berharap Kementerian Kesihatan dapat bekerjasama dalam perkara ini.

"Kebanyakan hospital di Selangor kini menghadapi masalah pesakit yang ramai. Kita minta sekurang-kurangnya tambahan tiga lagi hospital di Selangor," katanya.

Beliau yang juga Adun Sri Andalas berkata, berdasarkan maklumat diterima, tiada perancangan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bagi pembinaan hospital di Selangor walaupun kerajaan negeri bekerjasama dengan menyediakan lokasi bagi tujuan itu.

Menurutnya, kelahiran di Selangor adalah tinggi termasuk kehadiran orang luar yang bekerja dan melanjutkan pelajaran.

"Kebanyakan hospital di Selangor kini mencapai tahap maksima dengan pesakit yang ramai. Kalau kita tunggu lagi dan tiada tambahan hospital keadaan akan semakin sukar.  Contoh macam Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang yang kalau dilihat sudah tidak boleh mengambil pesakit lagi," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri mencadangkan beberapa kawasan di negeri itu seperti di Tanjong Karang dan Kuala Langat manakala usaha menaiktaraf hospital seperti di Banting juga boleh dijalankan.


Sumber: Selangorku

Bantuan Pekerjaan Untuk Belia Masyarakat Ladang

Posted: 01 May 2012 02:00 AM PDT

BESTARI JAYA,1 MEI : Ketua Komuniti Masyarakat Ladang-ladang di negeri ini diseru agar mengemaskini data berkenaan belia masyarakat India yang tidak mempunyai pekerjaan agar pelan tindakan susulan dapat diambil bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ianya adalah bagi menempatkan belia-belia masyarakat India yang tidak mempunyai pekerjaan diberi latihan teknikal yang bersesuaian di institusi kemahiran yang ada.

"Kita mahu semua belia di kawasan ladang-ladang yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap akan diusahakan pembangunan kerjaya mereka.
"Mereka akan ditempatkan ke institusi kemahiran yang tertentu bagi meningkatkan tahap kemahiran mereka supaya mereka mendapat pekerjaan yang lebih baik," kata Abdul Khalid semasa Program Pesta Hari Pekerja bagi Pekerja-Pekerja Ladang di Daerah Kuala Selangor.

Program itu adalah anjuran Exco Pekerja Ladang Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Permatang.

Turut hadir dalam majlis itu, Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin , Dr A. Xavier Jayakumar, dan Penyelaras DUN Permatang, Yahya Sahri.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga sudah melancarkan Program Mikrokredit Untuk Wanita-Wanita Ladang bagi membangunkan ekonomi keluarga  dengan mempunyai sumber pendapatan yang lebih baik.

"Tujuan program itu adalah untuk memberikan sokongan kewangan kepada keluarga wanita ladang bagi meningkatkan pendapatan mereka," katanya.

Menurut Abdul Khalid sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor,sebanyak RM4 juta diperuntukkan kepada pembangunan Sekolah-Sekolah Tamil di mana hal itu tidak diberi perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

" Sudah lebih daripada RM16 juta telah diperuntukkan dan juga dalam kerajaan negeri sentiasa mencari jalan sekolah-sekolah Tamil yang berpotensi agar dapat diperbesarkan atau dibuat disatu kawasan yang lebih membangun dan sesuai," katanya.

Dalam majlis itu juga seramai kira-kira 80 orang pekerja ladang warga emas daripada daerah Kuala Selangor diraikan dan beri penghargaan atas pengorbanan dan jasa mereka.

Sementara itu, Dr Xavier berkata masyarakat warga India khususnya pekerja ladang diseru agar meneruskan sokongan terhadap kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat yang membela kebajikan pekerja ladang di negeri ini.

"Untuk terus menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri Selangor dalam agenda Selangorku untuk terus meningkatkan pembangunan ekonomi dan membasmi kemiskinan serta menaiktaraf kebajikan penduduk ladang yang tidak mampu dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional," katanya.


Sumber: Selangorku

Tuntutan di Hari Buruh: Gaji minimum RM1,500

Posted: 01 May 2012 01:30 AM PDT

Seramai kira-kira 700 orang menyertai perarakan di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini dalam perhimpunan tahunan Hari Buruh dengan mesej utama – gaji minimum yang diumumkan perdana menteri semalam tidak memadai.

Kumpulan itu mendesak supaya kadar gaji minimum ditetapkan pada kadar RM1,500 – bukan hanya RM900 di semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawah.

Kumpulan berpakaian merah itu berarak dalam suasaran meriah sambil memukul gendang dan melaung slogan untuk menuntut "gaji minimum RM1,500."

Selain itu, kumpulan itu juga menyuarakan tuntutan mengadakan pilihan raya bersih dan adil, menghentikan diskriminasi ke atas pekerja wanita dan eksploitasi ke atas pekerja asing.

Turut disuarakan ialah tuntutan untuk pendidikan percuma dan supaya kerajaan mengawal harga barang keperluan.

Sebanyak 14 tuntutan itu dinyatakan dalam risalah dinamakan Deklarasi 1 Mei 2012 yang diedarkan kepada orang ramai semasa perarakan itu.

Deklarasi itu disokong 58 NGO dan parti politik termasuk Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube), PKR, PSM dan Dewan Pehimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Bagaimanapun, presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Khalid Atan yang ditemui di perhimpunan itu berkata, dasar yang diumumkan kerajaan itu memadai buat masa ini.

Katanya jumlah itu bukanlah sesuatu yang akan dikekalkan buat selama-lamanya tetapi akan disemak semula setiap dua tahun.


Sumber: Malaysiakini

May Day! May Day! Najib Out to Hoodwink Workers On Minimum Wage!

Posted: 01 May 2012 01:00 AM PDT

Najib's workers day announcement on minimum wage was a cunning election announcement to make the workers happy and not to make the employers worried.

The workers were promised minimum wage which they are not going to see perhaps for the next one year or more and the employers get leeway not to implement this one year or so. In short it was a hollow announcement – a win win for Najib and a lose lose for workers.

Firstly the minimum wage announced for Peninsular has been set at RM900 while for East Malaysia; Sabah and Sarawak and Labuan, it was set at RM800. The poverty line of Peninsular is RM 764 whereas in Sabah it is RM 1048 and Sarawak RM912. How can then, the Peninsular get a higher minimum wage compared to East Malaysia. This is not only discrimination but sheer illogic. It seems the implementation of the minimum wage is not to overcome income disparity but rather widen the gap between Peninsular and East Malaysia.

Secondly, the amount announced by the Government is also way below the minimum wage proposed by JERIT and PSM which is RM1,500. We have previously argued why RM 1,500 is reasonable and affordable. We have also proposed that the Government give subsidies to SME companies to help them pay the workers a minimum wage. PSM has also argued that the Malaysian economy will be able to absorb a minimum wage of RM 1,500 and it will boast the economy when workers have higher purchasing power.

The third most alarming feature of this announcement is that there is no actual time set to implement this minimum wage policy. With Najib's constant flip flopping, we would never see the daylight for this policy. Firstly Najib talks about that the rates will take effect six months from the date the Minimum Wage Order is gazetted, which we do not know when. Next, small enterprises are given another 6 months (1 year) to give them the space and opportunity. He then goes on to give the bosses all the excuses they need for implementing by saying  "The Government is providing a flexible implementation mechanism so those who are really unable to implement the minimum wage can appeal for an extension." This means it is going to take such a long time before we actually see the implementation of the minimum wage in practice. This is delaying tactics.

For the record, In January last year, the Labour Department director-general Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohammed announced that more than 100,000 security guards nationwide were expected to get a RM700 minimum wage by the end of January 2011. This is yet to be implemented and there does not seem to be any enforcement. Therefore, workers and MTUC who welcomed this new announcement can dream on that it will be implemented soon.

The fourth worrying aspect of this popular announcement was Najib's statement that the Government is also prepared a mechanism where some allowances or fixed cash payments are allowed to be absorbed in the calculation for minimum wage. This proposal seems to be in line with the wishes of the bosses who wanted to absorb some benefits into the minimum wage package.

At the end of the day, the Najib Government's game plan is to delay the implementation of the minimum wage without taking away the feel good factor. Najib hopes the feel good factor will be able to carry him forward. As long as workers do not have their pockets and stomach full, all this desire of implementing a minimum wage is just a satire for the election.

Until and unless this minimum wage is implemented immediately, PSM would like to call this a bluff. The struggle for a decent wage and quality life for the working class will continue.

Najib, you can hoodwink people some time but not all the time. May the workers really feel good some day. Happy Workers Day!

Released by,
S.Arutchelvan
Secretary General

1 May 2012

Tiada ulasan:

Nuffnang