Khamis, 3 Mei 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


21 tahun hidup tanpa kad pengenalan

Posted: 02 May 2012 09:16 PM PDT


21 tahun hidup tanpa kad pengenalan
3 Mei 2012

SEREMBAN – 'Permohonan anda ditolak kerana tidak berjaya membuktikan bahawa anda pernah memegang kad pengenalan seawal tahun 1980-an'.

Itulah alasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung permohonan Zuhaimi Arangkali, 57, yang kehilangan MyKad lebih 21 tahun lalu.

Zuhaimi berkata, alasan JPN itu tidak munasabah kerana dia telah melampirkan semua dokumen berkaitan semasa membuat permohonan kad pengenalan yang baru.

Menurutnya yang tinggal di Taman Mawar, dia mempunyai beberapa akaun bank termasuk buku akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk menyimpan duit simpanan.

"Jika saya orang luar, tidak mungkin saya dapat membuka buku akaun simpanan ini, malah wang gaji saya setiap bulan dipotong oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Peliknya, apabila semua dokumen dan bukti diserahkan kepada JPN di Putrajaya, mereka tetap beri jawapan yang sama," katanya, semalam.

Menurutnya, yang menjadi tanda tanyanya apabila nombor kad pengenalan lamanya dimasukkan ke dalam laman web JPN, semua maklumat mengenai dirinya tertera di paparan laman web tersebut.

"Mengapa pula boleh timbul isu saya tidak pernah memegang kad pengenalan sebelum ini," katanya.

Hadir sama, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus dan Pengarah Biro Perhubungan dan Pengaduan Awam AMK negeri, Ramlan Roes.

Zuhaimi berkata, segala urusan hariannya terganggu sejak MyKadnya hilang pada 1991.

Menurutnya, segala urusan pengeluaran wang terpaksa dilakukan dengan menggunakan cap jari.

"Saya berharap JPN dapat memberi alasan dan sebab kukuh penolakan permohonan saya untuk mendapatkan semula kad pengenalan.

"Disebabkan masalah ini, saya tidak dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan saya tidak mahu ketinggalan pada PRU13," katanya.


Ceramah Perdana 9 Mei 2012 di Kepis, Kuala Pilah

Posted: 02 May 2012 08:03 PM PDT


CERAMAH PERDANA
Saham FELDA, Siapa Untung, Siapa Rugi?
Tarikh : 9 Mei 2012 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Felda Kepis, Kuala Pilah, N.Sembilan (rumah Damin)
Bersama :
Mazlan Aliman
Tunku Harmy Tunku Hanan
Aiman Athirah

Semua dijemput hadir . Untuk maklumat lanjut hubungi Damin 013-6280845

Polis perlu selesaikan segara kes budak diculik dekat sekolah

Posted: 02 May 2012 06:04 PM PDT


Kanak-kanak berusia 12 tahun warga Belanda yang diculik siang hari berhampiran sebuah sekolah di Kuala Lumpur bukan sahaja menggemparkan rakyat Malaysia, malah menggemparkan seluruh dunia. Kes tersebut ketika ini menjadi perhatian dunia. Kecekapan PDRM menangani kes culik ini sedang diperhatikan masyarakat dunia.

Kanak-Kanak Warga Belanda Diculik
28 April 2012

KUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, dilarikan dua lelaki tidak dikenali menaiki Proton Gen2 berwarna hitam ketika menuju ke sekolahnya di Sekolah Antarabangsa Mont Kiara (MKIS) di sini, Jumaat.

Dalam kejadian 7.35 pagi itu, Nayati dihampiri dua lelaki terbabit sebelum dipaksa masuk ke dalam kereta berkenaan.

Menurut saksi, kedua-dua lelaki itu menarik Nayati ketika dia berjalan menghampiri sekolahnya sebelum melarikan kanak-kanak tersebut.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis, sekolah di talian 03-2093-8604 atau 013-681-6085.

 
'No updates on Nayati's whereabouts'
May 2 2012 at 04:33pm
By John Grafilo
REUTERS

A Malaysian businessman and a Malaysia-based news portal have offered a combined reward of 60 000 ringgit (20 000 dollars) for information that could lead to the rescue of Nayati Shamelin Moodliar.

Moodliar was apparently seized by two men on Friday while walking to Mont' Kiara International School, near his home in Kuala Lumpur. He was then dragged to a waiting a black car, police said.

"We do not have any updates on Nayati's whereabouts," the boy's family posted late Wednesday on a Facebook account set up especially.

"Kindly do continue to send all information/suggestions to our email."

The victim's parents are originally from South Africa, but now hold Dutch citizenship.

The police have not provided any recent updates on their investigation.

More than 20 000 people have expressed their support to the Moodliar family through the Facebook account.- Sapa-dpa

Apakah PTPTN beri untung besar kepada Kolej Swasta, IPTS?

Posted: 02 May 2012 02:24 AM PDT


KPM Jangan Diskriminasi Graduan Pendidikan Kolej Swasta
Aduan Rakyat, 2 Mei 2012

Amat kecewa kami para graduan Pendidikan Kolej Swasta melihat keyataan media berulang daripada YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI Merangkap MENTERI PELAJARAN MENGENAI Mengenai ISU PENEMPATAN GRADUAN PENDIDIKAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM di dalam laman web Kementerian Pendidikan Malaysia baru baru ini untuk kali ketiga sejak 2010.

Bahawa " Bagi graduan IPTS, urusan temuduga dan pengambilan tidak dilaksanakan pada masa ini kerana KPM memberi keutamaan kepada graduan IPTA yang mana pengambilan mereka mengikuti bidang pendidikan yang telah diunjurkan lebih awal oleh KPM kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Graduan IPG pula diberi keutamaan disebabkan latihan mereka dalam bidang pendidikan adalah tajaan KPM. "

Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran secara jelasnya telah mendiskriminasi para graduan kursus pendidikan dari kolej swasta dengan tidak menberi mereka langsung perluang untuk ditemuduga untuk menjadi guru tetap sejak 2010.

Walaupun sebelum ini ramai diantara mereka graduan swasta contoh nya dari Unitar / UniRazak berjaya ditemuduga telah diterima sebagai Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan sedang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan.

Graduan berkenaan sama ada daripada kolej swasta atau institusi kerajaan yang diberikan LAN (Lembaga Akreditasi Negara ), harus diberi peluang sama jika memiliki potensi yang baik.


By: TJ UniTAR / UniRazak

Tiada ulasan:

Nuffnang