Khamis, 3 Mei 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


KELUARGA NAYATI BAYAR WANG TEBUSAN

Posted: 03 May 2012 05:33 AM PDT

Nayati (tengah) berbaju hijau.
KUALA LUMPUR, 3 Mei — Pihak polis hari ini mengesahkan keluarga Nayati Shamelin Moodliar kanak-kanak yang diculik 27 April lalu, telah membuat sejumlah bayaran wang tebusan kepada penculik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, bayaran wang tebusan tersebut telah dibuat di Cheras, namun beliau tidak mendedahkan jumlah bayaran tersebut.

"Pihak keluarga membuat keputusan untuk membayar wang tebusan.

"Bayaran itu telah dibuat di satu kawasan di Cheras," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Pilis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.

Nayati telah ditemui jam 7.30 pagi tadi kawasan Rehat dan Rawat hentian Sungai Buloh  selepas enam hari diculik.

Menurut Mohmad, Nayati dikatakan telah menghubungi keluarganya menggunakan telefon bimbit yang ditinggalkan penculik bagi menghubungi keluarganya.

"Polis masih akan meneruskan siasatan bagi menangkap penjenayah, dan kes ini akan disiasat di bawah Akta Culik 1961, yang sekiranya didapati bersalah, akan dijatuhkan hukuman mati.

"Buat masa ini, pihak polis masih lagi belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes ini," tambah Mohmad lagi.

Keluarga Nayati dalam kenyataan sebelum ini berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan memberikan sokongan kepada mereka sejak beberapa minggu lalu selepas kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu diculik dari perkarangan sekolahnya di sini.

Sham dan Janice Moodliar, yang gembira dengan penemuan anak mereka berkata anaknya itu berada dalam keadaan selamat walaupun trauma dengan insiden tersebut.

"Kami bersyukur kerana Nayati selamat kembali ke pangkuan kami walaupun kejadian itu pasti memberikan kesan trauma kepadanya, namun begitu, dia dalam keadaan yang baik sekarang ini.

"Kami tidak dapat melahirkan betapa kami berbangga dengannya yang terpaksa mengharungi kejadian berkenaan.

"Kami telah menerima sokongan daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur dan juga dari seluruh dunia.

"Kami tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata untuk mengucapkan tanda terima kasih kami, tapi kami tidak akan lupa jasa baik yang telah diberikan kepada keluarga kami," kata Moodliars dalam satu kenyataan yang dikeluarkan akhbar The Star Online hari ini.

Nayati ditemui di Rawang pada 7.30 pagi hari ini dan disatukan semula dengan keluarganya.

Keluarga berasal dari Belanda itu berkata mereka akan terus menetap di sini walaupun insiden penculikan ke atas anak mereka itu.

Kenyataan tersebut turut menyatakan Moodliars turut bersyukur dan terkejut dengan sokongan padu, termasuk dari luar negara, walaupun mereka tidak pernah bertemu sebelum ini, menghulurkan bantuan dalam bentuk masa, bantuan teknikal, dan juga kadangkala wang ringgit tanpa mengharapkan balasan.

Keluarga itu turut berterima kasih kepada pihak polis atas bantuan dan pengorbanan mereka atas kepulangan Nayati.

"Mereka bersungguh-sungguh untuk memastikan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini terhadapnya," katanya.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Belanda, dan duta mereka Paul Bekkers untuk sokongan moral dan bantuan teknikal yang dihulurkan kedutaan terbabit.(malaysianinsider)

Pendakwa Perancis dakwa Najib minta AS$1b untuk Perimekar

Posted: 03 May 2012 12:48 AM PDT

Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.(malaysiakini)

Tiada ulasan:

Nuffnang