Khamis, 3 Mei 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


SJKT Kampar : Satu Lagi Sekolah Setinggan Di Perak

Posted: 03 May 2012 01:30 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Amat menyedihkan apabila mengetahui bahawa sebuah lagi sekolah Tamil di Perak masih wujud sebagai sekolah setinggan. SJKT Kampar ditubuhkan 47 tahun yang lalu. Kini sekolah tersebut memiliki lebih kurang 250 orang murid. Sekolah ini terletak di belakang bangunan Majlis Daerah Kampar. Lokasi sekolah ini adalah sangat strategik kerana berhampiran dengan rumah-rumah kediaman dan pekan Kampar.

SJKT Kampar merupakan sebuah sekolah bantuan penuh. Walau bagaimanapun saya mentakrifkan sekolah ini sebagai sekolah setinggan. Ini adalah kerana tapak tanah bangunan sekolah itu masih belum digazetkan oleh kerajaan negeri. Dalam kata lain, SJKT Kampar hanya menumpang atas tanah kerajaan negeri yang masih belum digazetkan.
Saya cukup hairan kenapa perkara seperti ini boleh berlaku.

Sebuah sekolah bantuan penuh yang tidak dibantu sepenuhnya oleh kerajaan. Perkara asas untuk sebuah sekolah ialah tapak tanah untuk mendirikan bangunannya. SJKT Kampar tidak memiliki tanah tetapi sudah memiliki bangunan yang besar. Saya tidak tahu untuk menyalahkan siapa dalam hal ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat India yang mengambil sikap tidak peduli ? atau, pihak sekolah dan ibubapa yang tidak mahu mengambil inisiatif untuk mendesak kerajaan? Yang pasti, kerajaan negeri Perak tidak prihatin terhadap sekolah-sekolah Tamil.

Apa guna memberi sumbangan wang kepada sekolah-sekolah Tamil sedangkan masalah asas seperti ini tidak diselesaikan oleh kerajaan negeri. Jika tapak tanah sekolah tidak digazetkan, maka sekolah itu berada dalam keadaan yang bahaya. Kita tidak tahu apa akan berlaku dalam 50 tahun akan datang.

Mungkin ada pihak yang akan mengambil usaha untuk menutup sekolah Tamil itu. Tanah itu mungkin akan dijual kepada pemaju atau pihak lain. Ini akan meletakkan sekolah itu dalam keadaan yang genting ketika itu. Untuk mengelakkan perkara-perkara seperti itu berlaku, kerajaan negeri harus menggazetkan tanah itu dengan segera.
Saya telah melawat SJKT Kampar hari ini

bersama-sama dengan YB Chen Fook Chye, ADUN kawasan Keranji. Kami telah bertemu dengan beberapa orang ibubapa yang merungut tentang status tapak tanah sekolah itu. Mereka merasakan bahawa pihak sekolah dan kerajaan negeri harus mengambil perhatian yang serius terhadap perkara yang dibangkitkan.

Sebagai penyelesaian untuk masalah ini Kerajaan harus mengazetkan tapak tanah SJKT Kampar dalam tempoh 1 bulan. Jangan sekadar memberi janji pilihanraya semata-mata untuk meraih undi masyarakat India.

Kenyataan Media YB V.Sivakumar/-

Peneroka Felda Serah Memo Kepada SUHAKAM

Posted: 03 May 2012 01:23 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,3 MEI : Bukan sahaja ladang dipenuhi semak samun dan hutan belentara,malah pokok kelapa sawit yang ditanam tidak memenuhi spesifikasi sehingga membantutkan pengeluran hasil yang bermutu. Masalah itu ditambah apabila setiap peneroka dilonggokkan bebanan hutang sehingga RM150,000.00 seorang yang perlu dijelaskan.

Geram dan tidak berpuas hati dengan rungutan serta aduan yang telah diadukan selama ini , seramai 40 peneroka Felda Bukit Rokan Utara,Gemencheh, Negeri Sembilan yang mewakili 105 peneroka bertindak menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) terhadap kegagalan pengurusan Felda dalam mengurus dan menyelenggara ladang kelapa sawit milik peneroka itu.

Menurut Penyelaras Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Bukit Rokan Utara, Zainol Harin berkata, para peneroka tidak berpuas hati terhadap jumlah tanggungan hutang yang amat membebankan dan menuntut kajian semula terhadap jumlah hutang yang ditanggung,pemulihan semula ladang serta bayaran gantirugi.

" Kami telah kerap kali mengadu masalah kami kepada pihak pentadbiran Felda Wilayah Raja Alias dan Pejabat Felda Bukit Rokan Utara sejak 2004 melalui beberapa perjumpaan dan perbincangan namun sehingga kini tiada penyelesaian.

"Akibat daripada itu , jumlah hutang kami kian bertambah sehingga ada yang mencecah melebihi RM150,000.00 sementara ladang kelapa sawit kami tidak mengeluarkan hasil mengikut jumlah yang sepatutnya malah terdapat antaranya langsung tidak mengeluarkan hasil," kata beliau semasa membuat aduan kepada pihak SUHAKAM di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail di sini semalam.

Tambah Zainol lagi,sejak penanaman kelapa sawit itu dijalankan,pihak pengurusan Felda Bukit Rokan Utara telah cuai dalam mengurus dan menyelenggara ladang dengan baik melalui pihak-pihak yang dilantik sehingga menyebabkan hasil tidak dapat dikeluarkan dari kebanyakkan ladang mengikut jangkamasa dan jumlah yang sepatutnya.

" Mengikut perjanjian pemulihan ladang pada 2004,pihak Felda bersetuju untuk memberi pinjaman dalam bentuk bantuan Sara Hidup kepada peneroka terlibat maksima sehingga 36 bulan tetapi malangnya perkara itu tidak berlaku," katanya.

Beliau mengharapkan agar SUHAKAM dapat membantu masalah peneroka terhadap kajian semula jumlah bebanan hutang pinjaman bantuan sara hidup yang ditanggung serta pelupusan sebahagian hutang tersebut mengikut tempoh persetujuan perjanjian ladang yang telah ditetapkan.

"Kami berharap agar kesengsaraan kami dalam menanggung bebanan hutan akibat kecuaian dan kegagalan pihak pengurusan Felda mendapat perhatian serius," tegas Zainol.

Pesuruhjaya SUHAKAM, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pihak SUHAKAM akan menjalankan siasatan berkenaan perkara berkenaan yang melibatkan hak warga Felda serta mengesorkan agar siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan bagi mengenalpasti salah laku dalam pengurusan Felda itu.

" Ini satu yang tidak adil apabila kos setiap tahun dilonggokkan dan bertambah ke atas peneroka ia disebabkan oleh pihak pengurusan, dan peneroka di bebani dengan hutang," katanya.

Dalam majlis itu, Sha'ani menerima memorandum bagi pihak SUHAKAM yang diserahkan oleh wakil peneroka Zainol Harin bersama Timbalan Setiausaha Agung PKR,T.Kumar di sini.

Menurut peneroka Felda,Hajjah Munah Hasan,69, yang ditemui berkata beban hutang yang ditanggungnya amat berat memandangkan beliau adalah ibu tunggal dan hanya mengharapkan hasil daripada ladang untuk menyara kehidupan.

" Nak bayar dengan apa ?, hutang semakin bertambah,setiap bulan makcik hanya menerima hasil antara RM 400 – RM500 sebulan, jadi saya harap pihak yang berwajib ambillah tindakan sesuatu bagi mengatasi masalah ini," katanya.

FELDA Bukit Rokan Utara telah dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1969 dan mula didiami pada tahun 1972.

Ia terletak di antara Felda Bukit Rokan di sebelah timur dan Felda Bukit Rokan Barat di sebelah barat.

selangorku/-

219 mangsa banjir di Taiping dipindahkan di 3 pusat pemindahan

Posted: 03 May 2012 01:23 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH: Seramai 219 orang daripada 22 keluarga di daerah Taiping dipindahkan susulan tiga kampung dinaiki air sedalam satu meter selepas hujan lebat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata kesemua mangsa mula dipindahkan pada jam 8.20 malam tadi di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Orang Ramai Sungai Nibong, Sekolah Kebangsan Temerluk, Trong dan Dewan Orang Ramai Kampung Jawa, Padang Gajah.

Tiga kampung yang terbabit ialah Kampung Baru, Kampung Masjid dan Kampung Simpang Temerluk, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, hujan lebat bermula petang semalam menyebabkan air di Sungai Bemban dan Sungai Temerluk yang berhampiran kampung terbabit melimpah.

Operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis, RELA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - BERNAMA

Pendakwa Perancis dakwa Najib minta AS$1b untuk Perimekar

Posted: 03 May 2012 01:19 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.

malaysiakini/-

Media: Suhakam tak boleh terima kekasaran polis

Posted: 03 May 2012 12:13 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Penggunaan kekasaran yang tak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan Bersih 3.0 dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Hasmy Agam (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) amat kecewa dan bimbang dengan pelbagai insiden yang dilaporkan berlaku semasa perhimpunan awam pada 28 April 2012, termasuk laporan pasukan pemantaunya, khususnya dakwaan pengendalian yang terlalu kasar dan secara sembarangan oleh pihak polis dalam menyuraikan orang ramai.

Suruhanjaya juga terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika; sesetengah daripada mereka dikasari sementara dua wartawan dilaporkan ditahan, di samping peralatan mereka dimusnah dan dirampas oleh pihak penguatkuasa.

Suruhanjaya juga mengambil maklum dengan penuh kebimbangan keadaan di mana kelakuan dan tingkah laku peserta perhimpunan yang tidak dapat dikawal dan menjadi huru hara.

Namun begitu, penggunaan kekasaran yang tak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali di mana mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam secara professional lebih-lebih lagi sekiranya diperlukan untuk mengendali dan memudahkan perhimpunan awam.

Suruhanjaya, dalam Laporan Tahunan serta laporan Siasatan Awam berkenaan penggunaan kekerasan yang melampau oleh pihak polis semasa perhimpunan awam, telah berulang kali menyeru pihak berkuasa, agar menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

Tambahan pula, Prinsip Asas Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang juga menyediakan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang haruslah, seboleh mungkin, menggunakan cara yang tanpa kekerasan sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan kekasaran.

Walaupun Suruhanjaya telah beberapa kesempatan menawarkan diri sebagai mediator antara polis dan penganjur perhimpunan agar satu persetujuan secara konsensus antara dua pihak sebelum perhimpunan dapat dicapai, namun, tawaran tersebut telah ditolak.

Suruhanjaya juga telah beberapa kali menyeru pihak berkuasa untuk membenar dan memudahkan orang ramai untuk berhimpun secara aman. Ia juga telah menggesa agar polis memudahkan orang ramai untuk melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman dan mengeluarkan pandangan tanpa membahayakan hak orang lain untuk menjalankan kehidupan dan hal ehwal harian dengan gangguan minima.

Peserta di perhimpunan yang seumpama di beberapa tempat lain seperti Georgetown, Kuantan, Johor Bahru, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu telah dibenarkan untuk berhimpun dan bersurai secara aman, teratur dan bertanggungjawab tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku merupakan satu testimoni kepada kebolehlaksanaan langkah-langkah tersebut.

Suruhanjaya ingin mengulangi pendiriannya bahawa ia mengakui keamanan dan kestabilan adalah yang paling utama dan bahawa ketenteraman awam perlu dikekalkan pada setiap masa, namun ianya juga berpendapat bahawa perhimpunan awam menyediakan ruang untuk orang ramai melahirkan perasaan mereka mengenai isu yang menjadi kebimbangan.

Hak-hak tersebut adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 20(1) Perisytiharan hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) serta Akta Perhimpunan Aman 2011 dan juga Perkara 19 UDHR mengenai kebebasan mengeluarkan pendapat.

Walau bagaimanapun, dalam usaha ke arah demokrasi yang berfungsi sepenuhnya, Suruhanjaya telah berulangkali menggesa semua pihak untuk melaksanakan hak mereka secara bertanggungjawab dalam memastikan keamanan dan keselamatan semua yang terlibat dilindungi dan yang lebih penting hak orang lain yang terlibat secara tidak langsung juga mesti dihormati dan dilindungi.

Buat ketika ini, Suruhanjaya menyeru orang ramai, pihak media serta pihak berkuasa yang berkaitan yang telah menyaksikan sebarang pelakuan atau insiden mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa perhimpunan 28 April 2012 untuk mengemukakan maklumat, dokumen lain dan bukti yang berkaitan kepada Suruhanjaya untuk siasatan.

Sementara itu, Suruhanjaya akan membincangkan perkara ini, menganalisa bukti yang terkumpul dan mengkaji laporan pemantuan perhimpunan tersebut secara terperinci dalam mesyuaratnya yang akan datang bagi mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

Untuk sebarang pertanyaan serta pengemukaan maklumat dan dokumen, sila hubungi:

Kumpulan Aduan, Inkuiri dan Pemantauan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
Tingkat 11, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-2612 5600; Faks: 03-2612 5694/5620
Emel: _ HYPERLINK "mailto: complaints@suhakam.org.my" _complaints@suhakam.org.my_ / _ HYPERLINK "mailto: humanrights@suhakam.org.my" _humanrights@suhakam.org.my_

Harakah Daily

Fitnah anti Islam: Senator Australia nak saman NST

Posted: 03 May 2012 12:11 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Senator Nick Xenophon dari Australia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar Malaysia yang memaparkan beliau seolah-olah anti-Islam.

Daam satu kenyataannya yang disiarkan oleh News.com.au, beliau melahirkan rasa terkejut dengan serangan itu.

Nick Xenophon bersama-sama dengan pemerhati antarabangsa berada di Malaysia baru-baru ini termasuk semasa hari perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.

Beliau, dalam misi menjadi pemerhati politik, telah membuat kenyataan menyesali apa yang berlaku dalam perhimpunan itu.

Senator bebas Australia itu berkata, "Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi)."

Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media perdana terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.

"Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia," kata Xenophon.

Ekoran itu, media tradisional milik Umno dan BN menyerang peribadi beliau termasuk melebelkan beliau sebagai anti Islam dan pejuang hak gay.

NST misalnya melaporkan Nick Xenophon anti Islam semasa berucap dalam Parlimen Australia padahal katanya dalam ucapan itu beliau menggunakan perkataan 'Scientology' dan bukannya Islam.

"Laporan itu palsu sepenuhnya," kata beliau dan akan meminta nasihat undang-undang mengenainya.

"Ia satu fitnah dan saya akan ambil tindakan," katanya.

"Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah," kata Xenophon sebagaimana dilaporkan oleh media Autralia itu.

Harakah Daily

Lucah: Azmin tuntut Utusan bayar RM100 juta

Posted: 03 May 2012 12:09 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini menuntut Utusan Malaysia membayar RM100 juta kerana menyiarkan gambar lucah palsu.

Azmin melalui peguamcaranya Tetuan Edwin Lim suren & Soh mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Berhad Melayu (Malaysia) yang memiliki akhbar Utusan Malaysia dan menuntut editornya menarik balik tuduhan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di muka depan Utusan Malaysia.

"Memandangkan seriusnya aib dan edaran akhbar di seluruh negara, Azmin Ali telah menuntut sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.

"Azmin Ali telah memulakan prosiding undang-undang ini untuk menjustifikasi nama dan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik, dan untuk mempertahankan hak orang ramai kepada kewartawanan yang adil dan bersih," kata Naib Presiden PKR, N Surendran dalam satu kenyataan.

Katanya, dakwaan-dakwaan tersebut dan gambar-gambar yang direka, bermotifkan politik dan rendahnya etika kewartawanan.

Tambahnya, imej yang bersifat lucah yang mengaitkan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak telah telah disiarkan pada muka hadapan Utusan Malaysia 2 Mei, semalam.

Harakah Daily

Hanya 'duit' selamatkan Umno dari 'bungkus'

Posted: 03 May 2012 12:08 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BAHRU: Hanya 'duit' talian hayat akhir Umno bagi meneruskan hayat politiknya di negara ini setelah kehabisan modal untuk memancangi rakyat.

Anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, jika diukur dari pretasi, kedudukan parti itu semakin teruk pada kacamata rakyat.

"Kalau tak ada duit, menipu, lama dah Umno 'bungkus' di Malaysia ni," katanya yang juga Adun Bukit Panau.

Menurut Fatah lagi, Umno hanya pandai 'mengula-gulakan rakyat' dengan kebendaan apa lagi bila semakin hampir dengan pilihanraya.

Sehubungan itu, beliau berharap Badan Bukan Kerajaan (NGO), menerangankan senario yang berlaku sekarang kepada rakyat agar mereka lebih memahami situasi yang sebenar.

"NGO kena jelaskan suasana yang berlaku kepada rakyat agar mereka memahami keadaan semasa khususnya megenai penyelewangan pilihanraya," ujarnya.

Katanya lagi, badan ngo harus menjadi sebagai pendorong dan pengerak massa dalam melakukan perubahan.

Beliau berkata demikin sewaktu Majlis Makan Malam Bersama Badan NgO Negeri Kelantan, di sini, malam tadi.

Turut sama dalam majlis berkenaan, Pengerusi Gabungan NGO Kelantan, Dr Abdul Halim Yusof.

Harakah Daily

Pembeli rumah Sg Sering ditawar pinjaman

Posted: 03 May 2012 12:06 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Pembeli-pembeli Rumah Kos Rendah Projek Sungai Sering, Hulu Kelang yang belum lagi mendapat sebarang pinjaman bank adalah diminta hadir di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama di Pandan Indah pada hari Ahad, 13 Mei di antara jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan MPAJ telah mendapat persetujuan beberapa buah bank bagi pembeli-pembeli tersebut membuat permohonan pinjaman bank.

Katanya, pembeli-pembeli yang telah ditolak permohonan mereka sebelum ini juga diminta hadir agar satu penyelesaian dapat dikenalpasti.

"Pembeli-pembeli yang telah menerima notis pembatalan tawaran membeli rumah kos rendah dari pemaju juga perlu hadir," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, program hari tersebut adalah tarikh akhir bagi mereka yang mempunyai masalah dengan bank atau sebarang masalah-masalah lain untuk mengemukakannya kepada Kerajaan Negeri dan pemaju.

"Mereka yang masih belum mendapat pinjaman bank dan tidak hadir pada hari tersebut berkemungkinan besar akan kehilangan hak membeli rumah di projek tersebut," ujarnya yang juga Adun Chempaka.

Harakah Daily

Sabah kaya: Mahathir baru terjaga dari tidur?

Posted: 03 May 2012 12:04 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA KINABALU, 3 Mei: Dewan Pemuda PAS Sabah menyelar sikap bermuka-muka bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan kekayaan negeri Sabah yang disembunyikan faktanya tanpa memikirkan tanggungjawab dan rasa hormatnya terhadap rakyat di negeri ini.

Ketuanya, Lahirul Latigu dengan sinis mengatakan bekas Perdana Menteri itu 'baru terjaga dari tidur' dengan bersandarkan kenyataan kajian daripada Petronas yang menunjukkan Sabah akan menjadi sebuah negeri terkaya tidak lama lagi.

"Beliau (Dr. Mahathir) ni sudah lama jadi Perdana Menteri. Kenapa semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulunya, beliau langsung tidak melihat negeri Sabah ini?

"Apakah beliau baru terjaga dari tidur, tiba-tiba bermimpi dan dikejutkan dengan penemuan dan kajian… baru beliau bingkas menyatakan kekayaan negeri Sabah?" soal Lahirul.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir yang ketika menyampaikan syarahan mengenai Pembangunan Sosio-Politik Sabah dalam Konteks Malaysia di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 1 Mei lalu berkata kajian Petronas telah menunjukkan Sabah tidak lama lagi akan menjadi negeri terkaya daripada segi sumber aslinya.

Menurut Bekas Perdana Menteri itu juga, beliau turut mencadangkan sebuah Fakulti Kejuruteraan Petroleum ditubuhkan di UMS berikutan kemunculan industri minyak dan gas di negeri ini.

Lahirul berkata, kenyataan Tun Dr. Mahathir tersebut tidak jelas dan hanya bersifat mengaburi mata rakyat Sabah.

"Apa yang disebut dan dinyatakan oleh beliau, secara kasarnya nampak kabur dan kurang jelas. Sebagai seorang yang pernah berkuasa dahulunya, dan tahu selok belok Sabah… beliau sepatutnya memberikan kepada rakyat dan negeri ini satu benda yang besar dan tidak bersifat kosmetik yang hanya menunggu pilihanraya.

"Apa yang lebih besar itu ialah, beliau memberikan serta memulangkan semula kuasa yang ada pada rakyat di negeri ini untuk mentadbir dan mengurus hasil buminya. Bukankah itu juga termasuk dalam Perjanjian Malaysia 1963," jelas Lahirul.

Menurut Lahirul, kekayaan Sabah yang terbit dari hasil bumi dan dasar laut telah sepatutnya meletakkan Sabah sebuah negeri terkaya di Malaysia sejak tahun 1976 dan bukannya tidak lama lagi yang tidak diketahui bila tarikh dan tahunnya.

"Sabah ini sepatutnya sudah jadi negeri kaya dan terkaya di Malaysia sejak dulu tahun 1976 lagi.

"Bukannya sekarang dan tidak lama lagi seperti mana yang disebutkan oleh Dr. Mahathir. Kalau begitu, berikan kepada rakyat Sabah bila Sabah akan jadi negeri terkaya? Adakah tahun hadapan… atau dua tahun lagi, atau entah bila tahun itu?" ujar beliau.

Katanya, kemiskinan yang berlaku dan kekurangan yang ada pada negeri ini juga secara jelas telah disebabkan oleh pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tempang dan rosak.

"Sabah ini jatuh dalam kemiskinan, terpinggirnya rakyat daripada arus pemodenan, hilangnya taring dan kuasa wakil rakyat… ini adalah punca kerakusan sistem pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional," katanya.

Harakah Daily

Medunjanin dipenjara seumur hidup

Posted: 02 May 2012 09:15 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

NEW YORK - Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), kelahiran Bosnia disabit kesalahan berkomplot menyelaras pengeboman berani mati di laluan kereta api bawah tanah New York, yang juga dianggap sebagai ancaman keganasan terbesar negara sejak insiden serangan 11 September 2001.

Menurut juri persekutuan, Adis Medunjanin, 28, didapati bersalah dalam sembilan pertuduhan termasuk bersekongkol melakukan serangan berani mati di AS, menerima latihan ketenteraan daripada kumpulan Al-Qaeda dan berkomplot untuk membunuh askar-askar AS di Afghanistan.

Bagi semua pertuduhan yang dibacakan, Medunjanin berhadapan hukuman penjara seumur hidup.

Rakan sekongkolnya, Najibullah Zazi ditahan polis pada September 2009, sehari sebelum Medunjanin dan rakan ketiga, Zarein Ahmedzay melancarkan serangan.

Bagaimana pun, Ahmedzay dan Zazi, mengaku bersalah merancang serangan bersama Medunjanin dan sudi untuk bekerjasama dengan kerajaan AS mengenai pertuduhan mereka.

sinar harian/-

Klip seks: Azmin wajar saman blogger

Posted: 02 May 2012 09:02 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BATU PAHAT – Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali diminta membuat laporan polis atau menyaman pengendali blog yang menyiarkan beberapa keping aksi seks yang didakwa miripnya bagi menghapuskan kesangsian rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Azmin perlu mengambil tindakan itu jika yakin tidak bersalah dan biar membenarkan pihak polis membuat siasatan.

"Beliau perlu buat begitu kerana beliau sudah membuat penafian individu di dalam gambar berkenaan bukan dirinya.

"Saya berharap pengendali blog berkenaan turut bertanggungjawab dan membuat laporan polis supaya penyiasatan mengenai kesahihannya dapat dibuktikan," katanya selepas merasmikan majlis pendaftaran Pelajar Tingakatan Satu Sekolah Menengah (SM) Sains Batu Pahat di sini, semalam.

Beliau berkata demikina ketika mengulas mengenai beberapa keping gambar seorang lelaki didakwa menyerupai Azmin tersebar di internet dan blog, termasuk adegan lelaki tersebut dengan wanita di dalam tandas.

Mohd Puad berkata, pihak berkuasa termasuk Peguam Negara perlu mengambil tindakan segera apabila laporan polis sudah dibuat bagi memastikan pemimpin ini bersih dari segi moral dan akhlak.

"Pembangkang jangan hanya pandai tuduh kerajaan tidak bersih atau telus, tetapi dalam masa sama ada pemimpin mereka mempunyai skandal dan moral yang boleh dipertikaikan," katanya.

Sebelum ini, Azmin menafikan lelaki dikatakan menyerupainya yang bersama seorang wanita di dalam tandas yang disebarkan di internet baru-baru ini adalah dirinya.

sinar harian/-

Derita setahun dikurung

Posted: 02 May 2012 08:47 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun bukan saja dikurung sejak setahun lalu, malah turut dipukul dengan tali pinggang dan kayu oleh bapanya sehingga menyebabkan kecederaan serius di kepala dan badan.

Penderitaan kanak-kanak itu yang didera di sebuah rumah di Taman Desa, di sini, berakhir kelmarin apabila sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat daripada penduduk.

Sumber berkata, dalam serbuan jam 1 pagi itu, bapa kanak-kanak terbabit yang berusia 30-an ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, laporan polis mengenai penderaan ke atas kanak-kanak itu dibuat wakil penduduk di kawasan berkenaan yang sudah beberapa kali menegur dan memberi peringatan kepada bapa mangsa supaya menghentikan perlakuannya yang tidak bertimbang rasa itu.

"Mangsa tinggal bersama suspek selepas lelaki itu berpisah dengan isterinya lebih dua tahun lalu. Suspek mendiami rumah berkenaan sejak setahun lalu bersama beberapa rakannya.

metro/-

Bomba terima 2 laporan kejadian tanah runtuh

Posted: 02 May 2012 08:30 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR — Dua kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Taman Tasik Permai, Ampang dan Taman Supreme, Cheras kira-kira pukul 3 petang semalam berikutan hujan lebat di Lembah Klang.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kejadian pertama berlaku di sebuah rumah terletak di tebing bukit di Taman Supreme Cheras di mana tebing bukit itu runtuh dan memasuki bahagian dapur rumah mangsa.

Walau bagaimanapun penghuni rumah itu berjaya menyelamatkan diri, katanya kepada Bernama di sini semalam.

Sementara itu, satu lagi tanah runtuh berlaku di Kampung Tasik Permai 22, Ampang di mana tanah bukit di hadapan tiga buah rumah papan runtuh dan menghalang laluan di hadapan rumah terbabit, kata jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor.

Berikutan insiden itu, sebatang pokok dan tiang elektrik turut tumbang, katanya dan menambah tiang elektrik yang tumbang itu telah menghempap salah sebuah rumah tersebut, katanya.

Beliau berkata hujan lebat itu juga telah menyebabkan kawasan tersebut dinaiki air paras pinggang.

— BERNAMA

Nayati Shamelin ditemui selamat di Rawang

Posted: 02 May 2012 08:20 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini.

Nayati Shamelin ditemui di Rawang jam 7.30 pagi tadi.

Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata:

"Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik."

Keluarganya juga berkata akan mengadakan satu sidang media khas esok.

sinar harian/-

Kafe siber judi diserbu

Posted: 02 May 2012 08:04 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KAJANG – Dua premis kafe siber di Taman Tun Perak, Balakong diserbu Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) baru-baru ini hasil rondaan dan aduan orang awam.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKj, Rajani Rajimin berkata, serbuan yang diketuainya bersama 10 anggota penguatkuasa dibuat selepas mendapat maklumat bahawa premis tersebut disyaki menjalankan aktiviti perjudian secara atas talian.

Menurutnya, hasil serbuan mendapati premis tersebut beroperasi tanpa kebenaran pihak MPKj dan pemiliknya dikompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pusat Siber dan Kafe Siber (MPKj) 2007.

"Kedua-dua premis dikompaun maksimum RM1,000 dan 19 unit komputer dan 19 unit pemproses pusat (CPU) disita hasil serbuan tersebut.

"Kedua-duanya juga diarahkan tutup serta merta dan kita akan terus memantau operasi ke atas mana-mana premis terlibat bagi memastikan pengusahanya mematuhi peraturan ditetapkan MPKj," katanya.

Rajani berkata, pihaknya kesal kerana pengusaha kafe siber itu yang beroperasi tanpa lesen, malah turut menerima aduan daripada orang awam.

"Kita akan terus memantau dan sekiranya pemilik masih meneruskan operasi, tindakan saman akan diambil," katanya.

Sinar Harian

City yakin bergelar juara

Posted: 02 May 2012 08:02 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MANCHESTER City optimis memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris selepas berjaya membenam musuh seteru mereka, Manchester United 1-0 kelmarin.

Menyifatkan perlawanan kelmarin sebagai halangan psikologi yang berjaya ditempuhi, pemain tengah City, David Silva mengakui kemenangan tersebut memberikan pasukannya keyakinan bagi merebut gelaran juara dalam baki dua perlawanan lagi.

"Kami sudah bersedia untuk memenangi perlawanan akan datang. Tidak perlu fikir tentang United lagi, kami sudah kalahkan mereka dalam dua perlawanan berturut-turut (Stadium Old Trafford dan Etihad)," katanya yang tetap mengakui kehebatan pasukan kendalian Sir Alex Ferguson itu.

Kali terakhir memenangi gelaran juara pada 44 tahun yang lalu, City yang kini berada ditangga teratas liga dilihat perlu memenangi perlawanan menentang Newcastle United (Ahad) dan Queens Park Rangers (13 Mei) bagi merealisasikan impian keemasan mereka.

Sinar Harian

UPP tetap berjaya kesan aktiviti seludup minyak subsidi

Posted: 02 May 2012 08:00 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BUKIT KAYU HITAM - Penggunaan kereta lama berusia lebih 20 tahun antara taktik baru digunakan oleh penyeludup minyak bersubsidi untuk kenderaan, bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa.

Terbaru, Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di sini berjaya mengesan modus operandi itu selepas kejayaan menahan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi membawa muatan 700 liter diesel dalam dua tangki yang telah diubahsuai.

Komander UPP Kedah, Abd Latif Abd Rahman berkata, kenderaan yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun itu ditahan berhampiran persimpangan lampu isyarat dekat pintu sempadan di sini pada jam 8.10 pagi kelmarin.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati dua tangki dalam bonet belakang dan di tempat duduk penumpang belakang telah diubahsuai untuk mengisi diesel.

"Susulan penahanan itu, kereta dan minyak diesel bernilai RM6,260 dirampas," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, tanggapan penyeludup bahawa kenderaan lama tidak ditahan untuk pemeriksaan UPP adalah salah kerana setiap kenderaan yang melalui kawasan sempadan tidak terlepas untuk diperiksa pihak berkuasa.

Sementara itu, menurutnya hasil pemantauan yang dilakukan sejak Ahad lalu hingga kelmarin, empat kenderaan lain turut ditahan masing-masing sebuah treler, lori dan dua kereta berisi petrol dan diesel subsidi yang cuba diseludup ke negara jiran dengan keseluruhan nilai RM67,166.

Menurutnya, sebuah treler yang bernombor pendaftaran Thailand ditahan berhampiran pintu sempadan menuju ke negara jiran dengan muatan diesel sebanyak 520 liter pada jam 7.40 malam Isnin lalu.

"Hasil pemeriksaan mendapati satu tangki tambahan terdapat di belakang kepala lori dan pemandu kenderaan itu merupakan seorang lelaki warga Thailand berusia 40 tahun," katanya.

Abd Latif berkata, bagi kes lain, sebuah lori membawa 3,000 liter diesel diisi dalam sebuah tangki tamba-han yang diletakkan dalam bahagian kenderaan itu pula ditahan di Changlun ketika dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam.

Menurutnya, seorang pemandu lori berusia 45 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.

"Sementara itu masing-masing dua kereta termasuk sebuah daripadanya yang berpendaftaran Thailand cuba menyeludup 700 liter petrol yang dimuatkan dalam tangki tambahan di bonet kenderaan.

"Kenderaan Thailand itu ditahan pada jam 10.20 pagi kelmarin di tempat pemeriksaan UPP berhampiran pintu sempadan dan pemandu be-rusia 37 tahun ditahan.

"Manakala sebuah lagi kereta ditahan di persimpangan lampu isyarat berdekatan kawasan perindustrian di sini pada jam 10 pagi Ahad lalu," katanya.

Sinar Harian

Harley Davidson yang hilang ketika tsunami di Jepun ditemui terdampar di Kanada

Posted: 02 May 2012 08:00 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TOKYO: Sebuah motosikal Harley Davidson yang hilang apabila tsunami melanda Jepun tahun lalu, ditemui di sebuah pulau di Kanada, kira-kira 6,400 kilometer dari tempat asalnya.

Motosikal yang sudah berkarat itu ditemui dalam kontena besar berwarna putih, tempat pemiliknya, Ikuo Yokoyama menyimpannya.

Yokoyama dijejaki menerusi nombor plat motosikal itu, lapor Fuji TV.

"Tidak salah lagi ia milik saya. Ia sungguh menakjubkan," kata Yokoyama kepada Nippon TV apabila ditunjukkan gambar motosikal itu.

Tiga anggota keluarganya mati dalam bencana itu yang melanda Mac 2011 dan dia kini tinggal di penempatan sementara di Miyagi.

Motosikal itu adalah antara barangan pertama hilang akibat tsunami yang tiba di pantai barat Amerika Utara.

Mac lalu, seorang lelaki Alaska menemui bola sepak dan kemudian, sebiji bola tampar.

Pemilik mereka dikesan minggu lalu menerusi nama yang terdapat pada bola itu. Warga Kanada, Peter Mark yang menemui motosikal itu memberitahu Fuji TV, dia tidak percaya barangan seperti itu akan menyeberang Lautan Pasifik.

Menurut laporan, dia menemuinya pada 18 April di Pulau Graham, di luar pantai British Columbia.

"Ia sudah berkarat teruk," kata Mark.

Apabila melihat nombor plat Jepun itu, dia terbayang kemungkinan motosikal itu hanyut dari Jepun akibat tsunami dan menghubungi stesen televisyen tempatan.

Fuji TV melaporkan, motosikal itu akan dihantar semula ke Jepun dan kedai yang menjualnya kepada Yokoyama akan membantu menguruskannya. - Agensi

Sekumpulan remaja terkejut temui rangka manusia dalam bangunan terbengkalai

Posted: 02 May 2012 07:57 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SUNGAI PETANI - Hasil maklumat orang awam, polis menemui rangka manusia bersama tengkorak di sebuah bangu-nan usang dua tingkat yang terbengkalai lebih 20 tahun lalu di Jalan Butterworth Sungai Petani dekat Padang Temusu, petang semalam.

Rangka itu ditemui penduduk di tingkat atas bangunan berkenaan di sebuah bilik kecil dalam bangunan separa siap itu kira-kira 4.30 petang.

Turut ditemui berdekatan lokasi penemuan itu ialah sebuah tong dalam keadaan tertangkup, tali yang diikat di sebatang kayu, kasut dan pakaian yang dipercayai milik mangsa.

Berdasarkan tinjauan juga mendapati, tali yang disangkut di kayu yang dijadikan alang itu turut terselit beberapa helai rambut dipercayai milik si mati.

Difahamkan, rangka itu berkemungki-nan telah lama berada di kawasan itu dalam tempoh melebihi beberapa bulan.

Menurut maklumat awal, beberapa remaja berada di bangunan itu terkejut apabila ternampak rangka dan tengkorak manusia sebelum memaklumkan pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti identiti si mati dan punca kejadian.

Beliau juga tidak menolak kemungki-nan akan membuat semakan berhubung kes kehilangan yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Sinar Harian

Murid hilang ditemui selamat

Posted: 02 May 2012 07:54 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH - "Syukur anak kami selamat," luah Zahar Ahmad, 37, bapa kepada Muhammad Norman Zahar yang dilaporkan hilang, Ahad lalu.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan, pulang ke rumah rakan sekolahnya itu di Kampung Manjoi, di sini tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada ibu dan bapanya.

Akibat insiden tersebut, emosi ibu kanak-kanak tersebut, Sharifah Mustafa, 35, turut terganggu kerana mefikirkan nasib anaknya itu.

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan St Michael itu dilaporkan hilang selepas selesai program perkhemahan badan beruniform anjuran sekolahnya pada hari yang sama.

Zahar berkata, dia dan isteri sangat gembira apabila dimaklumkan anaknya berada dalam keadaan selamat selepas empat hari berjauhan.

"Mula-mula kami bimbang jika kemungkinan dia diculik. Lantas dengan segera kami memaklumkan kepada saudara mara dan rakan-rakan mengenai perkara tersebut.

"Lebih mengejutkan apabila salah seorang saudara saya memberitahu dia terserempak dengan anak saya dalam sebuah kereta dua hari lalu.

"Kerana takut anak saya diapa-apakan, saya segera membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada malam kejadian," katanya ketika ditemui dirumahnya, semalam.

Menurutnya, dia mengenali rakan sekolah anaknya itu kerana sering melihat mereka berdua bersama terutama ketika mengambilnya dari sekolah setiap hari.

Tambahnya, dia sekeluarga juga membuat keputusan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga rakan anaknya itu memandangkan anaknya sudah ditemui dalam keadaan selamat.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Muhammad Norman hilang selepas selesai menghadiri perkhemahan pasukan beruniform sekolahnya pada 29 April lalu.

Sinar Harian

Pesara polis cedera dalam kes samun

Posted: 02 May 2012 07:52 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH - "Saya dihentak dengan topi keledar berkali-kali oleh kumpulan lelaki terbabit sehingga tidak sedarkan diri," cerita Chuah Wee Keong, 59, mangsa serangan sekumpulan empat lelaki yang terbabit dalam kes samun di Taman Desa Rishah, di sini, Ahad lalu.

Wee Keong seorang pesara polis sejak 2008 berkata, ketika kejadian dia terdengar keadaan riuh rendah di luar rumah menyebabkan dia cuba melihat apa yang berlaku.

"Mula-mula saya fikir ada sekumpulan lelaki mabuk mengganggu jiran. Oleh itu, saya membawa tukul besi sebagai alat untuk mempertahankan diri bagi mengelakkan perkara tidak diingini terjadi.

"Malangnya, tukul besi dirampas dan saya turut diserang mereka tanpa belas kasihan," katanya ketika ditemui di HRPB, semalam.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan meluangkan masa selama setengah jam melawat mangsa di hospital berkenaan.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, dia amat mengagumi sikap berani bekas Koperal tersebut yang bertindak untuk membantu orang awam sewaktu dalam kesusahan.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

"Setakat ini motif sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Sinar Harian

Suu Kyi angkat sumpah di parlimen

Posted: 02 May 2012 07:50 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SUU KYI (tengah) tiba untuk menghadiri sesi parlimen di Dewan Rendah Myanmar di Naypyitaw semalam. - AGENSI

NAYPYITAW, Myanmar - Ketua pembangkang Aung San Suu Kyi mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen Myanmar semalam.

Suu Kyi menjadi wakil rakyat buat kali pertama sejak beliau berjuang menentang pemerintahan autokratik di Myanmar hampir suku abad lalu.

Kehadiran pemimpin pembangkang berusia 66 tahun itu ke dalam parlimen itu menandakan bermulanya era politik baharu di Myanmar.

Perkembangan tersebut mencetuskan situasi tegang antara parti pimpinan Suu Kyi dan pentadbiran reformis pimpinan Presiden Thein Sein yang mewarisi kuasa daripada tentera Myanmar pada tahun lalu.

Parti Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD) yang dianggotai Suu Kyi menguasai 43 daripada 644 kerusi Parlimen untuk mencabar parti pemerintah.

Terdapat juga kebimbangan bahawa kehadiran sebilangan wakil rakyat NLD di Parlimen dijadikan alasan bahawa demokrasi telah bertapak di Myanmar walaupun tanpa pembaharuan sebenar.

Upacara mengangkat sumpah berkenaan berlangsung di ibu negara Myanmar, di sini.

Dengan memakai bunga ros putih di rambutnya, Suu Kyi berdiri bersama beberapa puluh wakil rakyat NLD ketika speaker meminta mereka membaca lafaz angkat sumpah sebagai anggota Parlimen.

Pencapaian Suu Kyi menandakan perubahan besar selepas beliau dikenakan tahanan rumah sejak dua dekad lalu sebelum dibebaskan hujung 2010.

Suu Kyi dan anggota-anggota NLD sebelum ini enggan menyertai parlimen apabila sesi terbaharu bermula pada 23 April lalu kerana membantah penggunaan ayat "menjaga perlembagaan negara".

Mereka sebaliknya mahu perkataan 'menjaga' ditukar kepada 'menghormati' dan berikrar akan menukar perlembagaan Myanmar yang digubal oleh junta tentera.

Namun, pada Isnin lalu, Suu Kyi tiba-tiba menukar pendirian dengan berkata: "Politik melibatkan tolak ansur.

"Kita bukan berputus asa tetapi akur kepada aspirasi rakyat". - AGENSI

Yuran KUIS Tinggi Kerana Penyelewengan UMNO-BN Dahulu

Posted: 02 May 2012 07:40 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Yuran pengajian di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) tinggi adalah disebabkan penyelewengan dilakukan oleh kerajaan Umno-BN dahulu dibawah pimpinan Dr Mohamed Khir Toyo.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan, Khir Toyo memberi kontrak kepada syarikat Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi keperluan 6,000 pelajar KUIS dengan nilai RM125.8 juta.

"RRSB disokong sepenuhnya oleh kerajaan Selangor di bawah Umno dan Datuk Seri Khir Toyo menjadi saksi pemeteraian perjanjian pinjaman pada 3 Ogos 2007 untuk membiayai pembinaan asrama pelajar KUIS ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini

Walaubagaimanapun, RRSB hanya menjadi orang tengah dengan memberi kontrak ini kepada Bina Puri Holdings Bhd dengan nilai RM96.1 juta sahaja.

Katanya, RRSB ini dikuasai oleh Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak yang memiliki 51% pegangan saham manakala isterinya memiliki 6% dan selebihnya dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd.

Selain itu, Khir Toyo juga menetapkan RRSB diberi konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS dengan kadar sewa RM15.4 juta setahun.

Malah, sepanjang tempoh ini, RRSB akan mendapat durian runtuh sebanyak RM508 juta walaupun kesemua urusan hanyalah 'atas angin' dan mendapat keuntungan sebanyak 524%.

Sehubungan itu, konsesi sewa asrama ini membebankan pengurusan KUIS dan anggaran sewa yang sepatutnya hanya separuh dari jumlah asal iaitu RM6 juta setahun.

"Oleh kerana terikat dengan konsesi sewa asrama yang berat sebelah dan dimeterai semata-mata untuk menguntungkan pimpinan Umno, maka sehingga kini KUIS tidak dapat menurunkan yuran apatah lagi menanggung yuran secara percuma," katanya lagi.

Sebelum ini, Umno-BN mendesak kerajaan Selangor supaya memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyatnya.

Pada prinsipnya juga, kerajaan negeri tidak wajar menanggung yuran selagi penyelewengan dan rasuah ini tidak ditamatkan serta merta kerana hanya akan mengkayakan pemimpin Umno-BN.

Rafizi turut mencabar pimpinan Umno-BN mengarahkan Sulaiman Abdul Razak menarik diri dari konsesi itu secara sukarela agar kadar sewa asrama lebih adil dan tidak menindas pelajar KUIS.

selangorku/-

Gadis menangis terjun sungai

Posted: 02 May 2012 07:34 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

OPERASI...usaha mencari remaja terbabit di Sungai Johor berhampiran Kompleks Pasar Awam Kota Tinggi.

KOTA TINGGI: "Saya terkejut melihat gadis itu terjun dan saya menjerit memintanya kembali ke tebing sungai.

"Namun, tidak lama kemudian, saya dan beberapa penduduk melihatnya terkapai-kapai dan tenggelam timbul sebelum hilang dari pemandangan," kata pekerja pasar raya, Osman Abdullah, 54, semalam.

Osman berkata, kejadian itu berlaku jam 2.35 petang di Sungai Johor apabila dia yang berehat di sebuah astaka di situ terlihat seorang gadis berkulit cerah berjalan di air cetek sungai berkenaan seorang diri.

Menurutnya, pada awalnya dia dan beberapa penduduk menyangka gadis itu mahu mandi sungai, namun terkejut melihatnya terus berjalan di air cetek.

"Saya difahamkan beberapa penduduk melihat gadis itu menangis berlari ke sungai sebelum terjun di situ.

"Namun, air surut ketika itu, gadis yang berbaju berwarna putih dan berseluar pendek berjalan di air cetek sebelum hilang," katanya yang menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Sementara itu, seorang lelaki mengesyaki mangsa yang hilang di sungai itu anak perempuannya berusia 16 tahun tampil ke tempat kejadian bersama isterinya.

Lelaki itu, Liew Yoon Seng, 40, berkata anak perempuannya, Lee Man Ling yang belajar di tingkatan tiga didapati menghilangkan diri dari rumah.

Menurutnya, anak perempuannya itu juga gagal hadir ke sekolah, semalam.

"Saya bimbang dengan keselamatan anak sekiranya mangsa yang dikatakan terjun itu Man Ling.

"Kami berdoa supaya dia selamat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Mahazan Che Aik mengesahkan kejadian terbabit.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan gerakan mengesan mangsa dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat petang semalam.

Menurutnya, bagaimanapun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mangsa terjun ke sungai terbabit mahu pun terdapat apa-apa unsur jenayah.

"Kami akan terus menjalankan usaha mengesan mangsa," katanya ketika dihubungi, semalam.

mtfro/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

korea dating http://loveepicentre.com/articles.php free dating in johnson city tn

Tanpa Nama berkata...

dating coworkers http://loveepicentre.com/advice/ fender serial number dating service
rules of dating after a divorce [url=http://loveepicentre.com/map/]dating a pisces man[/url] perfectmatch dating
dating buisy with kids [url=http://loveepicentre.com/taketour/]roseville dating[/url] profile stian dating [url=http://loveepicentre.com/user/awardpromo/]awardpromo[/url] shoes carbon dating

Nuffnang