N50 Dun Sri Muda |
- 300 Orang Desak Tol Batu Tiga-Sungai Rasau Dihapuskan
- Ibu Bapa DUN Seri Muda dan Sri Andalas Ucap Terima Kasih
- 75 Waris Terima Bantuan SMUE Di DUN Sri Muda, Kota Raja
300 Orang Desak Tol Batu Tiga-Sungai Rasau Dihapuskan Posted: 13 May 2012 03:34 AM PDT 488 views SHAH ALAM 13 MEI : Hampir 300 rakyat berkumpul di Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini bagi menyertai demonstrasi mendesak Kerajaan Pusat menghapuskan kedua-dua tol terbabit. Demonstrasi aman anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor itu mencuri tumpuan pengguna lebuh raya itu apabila mereka membunyikan hon sebagai tanda sokongan dan mengambil pelekat kereta dengan slogan 'Hapuskan Tol Demi Rakyat'. Peserta demonstrasi juga membawa kain rentang bertulis 'Hapuskan Tol Baru Betul', 'Hapuskan Tol Demi Rakyat' selain laungan 'Hidup Rakyat', 'Hapuskan tol', 'Undi Pakatan Rakyat Tak Bayar Tol', dan 'Undi BN Bayar Tol'. "Kami dapat simpulkan kehadiran rakyat berbilang kaum pada hari ini sebagai gerakan rakyat secara bersepadu untuk bersama-sama mendesak Kerajaan Pusat berhenti dari terus membebankan rakyat. "Sedangkan pulangan modal yang sepatutunya mereka perolehi sudahpun mereka dapatkan lama dulu," jelas Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Atkin. Turut hadir Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei dan Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri dan MP Shah Alam Khalid Samad di Tol Batu Tiga di sini. Sementara di plaza tol Sg Rasau, pemimpin Pakatan Selangor dan kira-kira 100 individu turut mengadakan sebuah lagi demonstrasi bagi tujuan yang sama. Kumpulan itu turut dipimpin Exco Selangor Ronnie Liu dan Dr. Yaakob Sapari, Kapar MP S. Manikavasagam dan ADUN Kota Alam Shah M. Manoharan. Khalid berkata kedua-dua tol tersebut sepatutnya sudah lama dihapuskan. "Laluan ini memang sudah lama wujud dan mereka (syarikat konsesi) sekadar melebarkannya daripada dua ke enam lorong. "Pengguna pula terus dikenakan bayaran sehingga ke hari ini selepas kira-kira dua puluh tahun kutipan tol dimulakan. "Mengambil kira kenderaan yang semakin banyak, sehari sahaja PLUS (Projek Lebuhraya Usahasama Berhad) mampu mengutip ratusan ribu. Bayangkanlah untuk beberapa tahun ini, memang inilah paling mengarut sekali," jelasnya sewaktu ditemubual TVSelangor. Salah seorang peserta demonstrasi mencuri tumpuan apabila beliau mengangkat palang di satu lorong plaza tol Batu Tiga menyebabkan beberapa kenderaan melepasinya tanpa perlu membuat bayaran. Bagaimanapun, Dr Xavier yang berada di situ segera mengarahkan palang tersebut diturunkan dan beliau berjanji untuk membayar ganti rugi yang ditanggung pihak PLUS. |
Ibu Bapa DUN Seri Muda dan Sri Andalas Ucap Terima Kasih Posted: 12 May 2012 03:41 AM PDT – May 12, 2012 KLANG, 12 MEI : Bekerja sendiri dan mempunyai tanggungan anak yang ramai, Mohd Noh Atam, 43, bantuan RM100 kepada anaknya memberi faedah yang cukup besar kepada diri serta keluarganya. Penerima 'Bonus Selangorku' ini ternyata gembira kerana kerajaan negeri prihatin dan peka terhadap beban yang ditanggung rakyat dengan menyediakan pelbagai program bermanfaat. "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya dapat membeli barang-barang keperluan anak memandangkan pendapatan saya tidak menentu," katanya yang tinggal di Jalan Kebun, Klang. Beliau dan hampir 145 penerima 'Bonus Selangorku' dibawah Fasa Ketiga Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) menerima baucer RM100 untuk membeli barang keperluan anak di Pasaraya Econsave, Kampung Jawa hari ini. Skim TAWAS bermula tiga tahun lalu dan kerajaan negeri memperuntukkan RM7.5 juta di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk diagihkan kepada semua rakyat. Dibawah TAWAS, Kerajaan Selangor menghadiahkan tabung simpanan RM100 bagi anak yang baru lahir di negeri ini dan apabila berusia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan tersebut. Seorang lagi penerima, Zulhisham Mohd Ramli, 45, berkata Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran baru ini terbukti lebih baik kerana dengan peningkatan simpanan negeri dan rakyat turut mendapat faedahnya. "Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana hasil negeri yang banyak dipulangkan semula kepada rakyat untuk menikmatinya," katanya ketika ditemui disini hari ini. Bonus Selangorku merupakan satu lagi usaha kerajaan negeri berkongsi hasil negeri untuk rakyat, pemberian bonus ini sebagai ganjaran kepada anak-anak yang didaftarkan oleh ibu bapa masing-masing dalam skim TAWAS sejak dilahirkan selepas Mac 2008. Turut menemankan peserta ialah Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud |
75 Waris Terima Bantuan SMUE Di DUN Sri Muda, Kota Raja Posted: 12 May 2012 03:38 AM PDT 277 views KLANG, 12 MEI : Skim Mesra Usia Emas (SMUE) hari ini menyampaikan bantuan RM1,500 kepada 75 waris warga emas bagi DUN Sri Muda, Parlimen Kota Raja. Rata-rata waris yang hadir ditemui ternyata gembira dan mengucapkan terima kasih di atas usaha kerajaan negeri. Menurut Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, SMUE ini adalah skim khairat kematian sebagai usaha menghargai warga emas tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka. "Tujuan SMUE ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan beberapa perkara seperti proses pengurusan jenazah serta pengkebumian dan membantu melangsaikan hutang si mati," katanya ketika memberi ucapan di Majlis Penyampaian Bayaran Manfaat SMUE Fasa Kedua di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) Jalan Kebun hari ini. Katanya, SMUE bertujuan memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bemilai RM2,500 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang mendaftar secara rasmi dengan urus setia SMUE. Sejumlah RM1,500 seorang akan diberi selepas kematian, manakala RM1,000 akan diberikan setelah selesai proses pengebumian dan waris boleh menuntut di Pejabat Khidmat DUN di setiap kawasan. SMUE dilancarkan pada Ogos 2008 dan merupakan salah satu daripada tujuh agenda dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang kini sudah memasuki Fasa Kedua. Selain itu, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang turut hadir berkata, kerajaan negeri ingin mengembalikan hasil yang diperolehi oleh negeri kembali kepada rakyatnya. Shuhaimi turut menasihati waris si mati supaya menggunakan wang yang diperolehi daripada SMUE itu untuk kebajikan dan manfaat kepada si mati serta tidak sesekali menyalahgunakan wang berkenaan. Sehubungan itu, semua warga emas yang belum menikmatinya hendaklah mendaftar dengan berpandukan kepada syarat-syarat seperti mesti berumur 60 tahun dan ke atas, lahir dan sedang menetap di Selangor, bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan