Selasa, 15 Mei 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pastikan tiada yang tolak tawaran ke IPTA kerana kemiskinan

Posted: 15 May 2012 01:20 AM PDT


Bermula hujung bulan Mei 2012 ini hingga ke bulan Julai 2012 adalah merupakan pendaftaran pelajar ke IPTA dan Politeknik. Bukan mudah untuk mendapat tempat di IPTA dan Politeknik memandangkan hanya terdapat 20 IPTA di negara ini dengan ratusan ribu permohonan ke IPTA saban tahun memandangkan yuran pengajiannya yang jauh lebih rendah berbanding dengan IPTS.

Namun masih kedengaran ada para pelajar yang menolak tawaran ke IPTA dan Politeknik bukan kerana mereka mendapat tawaran yang lebih baik, tetapi disebabkan oleh kesempitan hidup, keluarga tidak mampu untuk membuat pembayaran yuran pendaftaran dan lain-lain persiapan awal yang dianggarkan menelan belanja antara RM1000 ke RM2000 untuk setiap pelajar.

Sehubungan dengan itu Lajnah Kebajikan PAS Rembau menyeru kepada semua masyarakat agar lebih prihatin untuk mengenal pasti para pelajar yang menghadapi masalah sedemikian di kalangan sanak saudara, jiran tetangga serta ahli kariah.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada para pelajar yang mempunyai masalah yang disebutkan tadi di DUN Paroi, Chembong, Kota dan Rantau yang berada dalam kawasan parlimen Rembau bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Juga boleh menghubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.

Kem PLKN disita, barangan kem akan dilelong

Posted: 14 May 2012 10:57 PM PDT


Trainees in shock after NS camp sealed
15 May 2012

KUALA KANGSAR: A total of 258 National Service (NS) trainees from the Tangkas Kendiri camp in Sauk near here face an uncertain fate after several sections of the camp premises were sealed off yesterday by bailiffs from the Taiping High Court.

The camp operator, Tangkas Kendiri Sdn Bhd, had been given 14 days to settle its RM1.25 million debt to Concern Development Sdn Bhd. Failure to settle the debt will see a sizeable portion of infrastructure and furniture at the camp being auctioned.

Concern Development's lawyer Ghazali Mohd Ramli was present at the campsite yesterday, to serve the consent judgment for a writ of seizure and sale from the High Court.

Tangkas Kendiri had in 2009, hired contractor Concern Development to build infrastructure for the camp on land leased from a separate private entity. In its claim, Concern Development said it was owed RM1,248,911, inclusive of interest accrued until April 27.

It was learnt, the latest batch of trainees had entered the camp on May 2 and are expected to complete their full three-month stint at the camp-site.

Among the items sealed include lights, fans, mattresses, beds, cupboards, cabinets, chairs and tables.

However, the trainees and some 40 National Service staff, comprising the camp commandant, military personnel and coaches, have not been evacuated from the site.

When contacted, National Service Training Department (JLKN) director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil said the department was not involved in the company and its debt. It was only renting the premises from the camp operator.

"In the event the campsite is not available to provide National Service training, the trainees will be absorbed into other camps elsewhere.

"Parents will be notified well before, if there is a decision to relocate the trainees." he said.

He said it was the first such incident faced by JLKN.

Mana bantuan dijanjikan?

Posted: 14 May 2012 10:55 PM PDT

Mana bantuan dijanjikan?
15 Mei 2012

"Selepas kejadian ribut dua bulan lalu, kami sekeluarga terpaksa berpindah randah dan menumpang rumah saudara berikutan bumbung rumah yang rosak belum dibaik pulih," kata seorang mangsa ribut Kampung Air Taling, dekat sini, Hasan Mohamad, 44.

Hasan berkata, sebelum ini, pihak berkenaan ada berjanji untuk memberi bantuan baik pulih bumbung, namun sehingga kini masih tidak diterima.

Menurutnya, kejadian yang berlaku pada Mac lalu merosakkan sebahagian rumahnya termasuk perabot dan barang elektrik.

"Sebelum ini, saya memang menerima bantuan ihsan daripada pihak Kerajaan Negeri berjumlah RM1,000, tetapi bantuan baik pulih bumbung belum diterima walaupun ia diperlukan segera," katanya.

Hasan berkata, pihak berkaitan ada berjanji untuk memberi peruntukan sebanyak RM20,000 bagi bantuan baik pulih bumbung pada majlis penyampaian bantuan mangsa ribut di Balai Raya Dangi, baru-baru ini.

"Saya tunggu juga jika ada berita gembira berhubung perkara tersebut, namun sehingga kini belum ada jawapan.

"Saya tidak mahu menuding jari pada mana-mana pihak tetapi saya mengalami kesulitan berikutan terpaksa menumpang tidur di rumah saudara dan sering berpindah randah," katanya.

Hasan berkata, keadaan rumah yang kini diduduki seramai tujuh orang bersama isteri dan anak-anak tidak sempurna.

"Rumah tumpangan ini banyak rosak, bumbung rumah juga sudah bocor malah binatang berbisa seperti lipan sering memasuki rumah ini.

"Saya kasihan melihat isteri yang sudah sarat mengandung begitu juga dengan cucu saya yang baru berusia dua bulan terpaksa tidur dalam keadaan serba kekurangan. Sebelum ini, kami tumpang rumah lain tetapi tuan rumah meminta sewa RM300, kami tidak mampu dan terpaksa keluar dari situ lalu menumpang rumah saudara," katanya.

Hasan berkata, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan sementara di sekolah kebangsaan sekitar Dangi dan Johol tidak mampu membaiki sendiri kerosakan tersebut.

"Saya tidak mampu baiki sendiri bumbung yang rosak kerana pendapatan tidak seberapa. Tambahan pula, isteri seorang suri rumah dan tidak lama lagi kami akan menimang cahaya mata.

"Saya berharap sangat pihak berkaitan dapat menyegerakan baik pulih bumbung supaya kami sekeluarga dapat hidup selesa," katanya.

Katanya, selain bumbung, dinding rumahnya juga perlu ditukar kerana sudah reput dimakan anai-anai.

"Dulu, isteri pernah mohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin, namun tiada jawapan," katanya.

Sedut debu kilang simen

Posted: 14 May 2012 10:54 PM PDT


Sedut debu kilang simen
15 Mei 2012

SEREMBAN: Sudah lebih setahun penduduk di Taman Warisan Puteri Emerald Precint 5, Sikamat, di sini, terpaksa menyedut debu menyebabkan mereka diancam penyakit berikutan persekitaran kotor dan berhabuk yang berpunca dari kilang simen berhampiran.

Ketua Keselamatan Persatuan Penduduk taman berkenaan, Mohd Taufik Toh Abdullah berkata, setiap hari penduduk di taman itu bertemankan debu simen, biarpun pemilik kilang berjanji menghentikan operasi premis itu apabila taman perumahan berkenaan mula diduduki tahun lalu.

"Namun, hingga kini tiada tanda janji itu dilaksana. Debu dari kilang membancuh simen membina kepingan konkrit dinding rumah pasang siap itu menjejaskan kehidupan harian kami.

"Ini kerana ia menyebabkan rumah, kenderaan serta pakaian disidai di luar rumah kotor, malah kami terpaksa menutup pintu dan tingkap sepanjang masa bagi mengelak ia masuk rumah.

"Keadaan ini membimbangkan berikutan habuk dan debu simen itu menjejaskan kesihatan penduduk terutama kanak-kanak dan bayi," katanya.

Beliau berkata, berikutan itu, penduduk tidak dapat beriadah di kawasan berkenaan dan pergi jauh dari perumahan terbabit untuk bersenam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri, Datuk VS Mogan berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak pernah menerima permohonan pembinaan kilang itu yang beroperasi sejak dua tahun lalu.

"Siasatan mendapati kilang pembancuh simen terletak kira-kira 50 meter dari taman berkenaan hanya dipisahkan jalan masuk ke kawasan perumahan itu dan dibina tanpa kelulusan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

"Berikutan itu, JAS yang menjalankan kajian lanjut mendapati lokasi kilang itu tidak sesuai dan perlu dipindahkan ke kawasan jauh daripada penempatan penduduk dengan segera," katanya.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada MPS dan tindakan lanjut bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Tiada ulasan:

Nuffnang