Direct Free Kick |
- SYABAS DIGESA SAMBUNG BEKALAN AIR DI TAMAN PANDAN UTAMA 2.
- KERASNYA HATI......
- Majlis penuhuhan JMB dan ramah mesra YB bersama Iskandar A. Samad di Flat Taman Nirwana 13 Mei 2012.
SYABAS DIGESA SAMBUNG BEKALAN AIR DI TAMAN PANDAN UTAMA 2. Posted: 15 May 2012 08:11 AM PDT SHAH ALAM, 12 MEI 2012 : Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) digesa agar menyambung semula bekalan air dengan segera di Taman Pandan Utama 2 kerana tindakan itu menyusahkan penduduk, tegas Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Samad. "Syabas tidak sepatutnya memperalatkan mereka (penduduk) untuk memberi tekanan ke atas pemaju," kata Iskandar dalam kenyataan medianya. Jelas Iskandar, Syabas memotong bekalan air ke rumah-rumah kedai di Taman Pandan Utama 2 pada 8 Mei yang lalu. Ia disebabkan pemaju taman tersebut masih belum lagi membina tangki air utama untuk taman itu. Sebagai jaminan pemaju akan membina tangki air itu, Syabas menetapkan pemaju perlu menyediakan Bank Guarantee(jaminan bank) bernilai RM1.7 juta. "Dengan itu, penduduk taman tersebut boleh mendapat bekalan air terus dari Syabas dan Pemaju pula perlu membina tangki air utama itu dalam masa setahun. Tambah Iskandar, walaubagaimanapun pemaju gagal menyediakan Bank Guarantee itu dalam masa yang ditetapkan. Maka Syabas telah memotong bekalan air ke taman itu. "Dalam hal ini, penduduk tidak bersalah. Menurut mereka (penduduk), bil-bil air telah mereka bayar. Syabas telah menghukum penduduk di atas kesalahan pemaju. "Syabas sepatutnya mengambil tindakan ke atas pemaju seperti mengheret mereka (pemaju) ke mahkamah," kata Iskandar. Menurut Iskandar, bekalan air tidak perlu dipotong kerana penduduk tetap akan membayar air yang mereka gunakan. "Saya menggesa Syabas menyambung semula bekalan air dengan segera dan berhenti menyiksa orang tua, orang sakit dan kanak-kanak di taman itu. Syabas tidak sepatutnya memperalatkan mereka untuk memberi tekanan ke atas pemaju," ujarnya - Mohd. Ezli Mazhut, Media Selangorku. |
Posted: 14 May 2012 04:50 PM PDT Di kesejukan pagi sedang bersiap hendak pergi ke kerja, berhenti sejenak memikirkan nasib penduduk Taman Pandan Utama. Air yang dipotong Syabas masih belum disambung. Walaupun berkali-kali Syabas dihubungi tetapi mereka tetap enggan. Walaupun telah dicadangkan bekalan dibuka beberapa jam setiap hari untuk memberi peluang kepada penduduk untuk menyimpan air tetapi mereka tetap enggan. Kerasnya hati manusia. Bagaimanakah kanak-kanak pagi ini? Mungkin terpaksa ke sekolah tanpa mandi. Bagaimanakah orang-orang tua. Mungkin terbongkok-bongkok mengangkat air. Bagaimanakah OKU? Mungkin terpaksa merangkak mencari air. Yang sedihnya ini bukan salah mereka. Syabas bermasalah dengan pemaju tetapi penduduk menjadi mangsa. Kenapa Syabas takut mengambil tindakan ke atas pemaju? Akhirnya rakyat menjadi mangsa. 15 Mei 2012 |
Majlis penuhuhan JMB dan ramah mesra YB bersama Iskandar A. Samad di Flat Taman Nirwana 13 Mei 2012. Posted: 14 May 2012 04:08 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan