Selasa, 26 April 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Menteri Besar Lawat Tapak Cadangan Laluan LRT

Posted: 25 Apr 2011 03:50 AM PDT

Menteri Besar Lawat Tapak Cadangan Laluan LRT



by Abdul Khalid Ibrahim on Monday, April 25, 2011 at 5:47pm

Kerajaan Selangor menyokong penuh projek penyambungan sistem aliran ringan (LRT) bagi meningkatkan mutu perhidmatan pengangkutan awam yang akan merancakkan pembangunan ekonomi negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak menyeluruh telah memperlahankan atau membantutkan pembangunan di kawasan tertentu dan senario ini tidak sihat kepada pembangunan ekonomi negeri.

Bagaimanapun beliau menegaskan, setiap projek pembangunan yang dirancangkan perlulah mengambil kira kepentingan rakyat dan kesannya kepada kehidupan rakyat sekitar kawasan projek.

"Kerajaan Selangor menyokong usaha-usaha kerajaan Pusat ini tetapi kita juga perlu mengambil kira keluhan dan bantahan penduduk yang terlibat dengan projek ini," katanya selepas mengadakan lawatan ke beberapa tapak yang dimasukkan sebagai laluan LRT.

Pada lawatan itu, Menteri Besar dibawa melawat sekitar Shah Alam oleh Persatuan Penduduk Taman Subang Alam yang membantah cadangan laluan LRT antara Kelana Jaya dan Shah Alam.

Antara yang dilawati ialah sebuah rumah di Taman Subang Alam yang mendakwa rumahnya dalam bahaya kerana laluan LRT yang dicadangkan berdekatan dengan tasik sekali gus menyebabkan paras air tasik lebih tinggi.

Penduduk taman itu juga membawa Menteri Besar melawat ke laluan alternatif yang didakwa mereka lebih sesuai dijadikan sebagai laluan LRT.

Tan Sri Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor akan mengajukan bantahan penduduk itu kepada syarikat Prasarana Negara Berhad sebelum membuat keputusan muktamad.

Dalam lawatan itu, Menteri Besar diiringi Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Mat Shafie dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Posted: 25 Apr 2011 02:56 AM PDT

Sebutan semula hasutan ADUN Sri Muda 20 Jun
Apr 25, 11 2:46pm
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 20 Jun ini bagi sebutan semula kes hasutan yang melibatkan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas dipohon oleh peguambela Shuhaimi, Nizam Bashir dalam proseding hari ini.

Shuhaimi, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari lepas atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut di laman blognya pada 30 Disember 2010.

Dia didakwa menerbitkan artikel bertajuk "pandangan saya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959" di laman blognya http://srimuda.blogspot.com yang mengandungi ayat-ayat yang menghasut di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Nizam meminta tarikh sebutan baru itu sementara menunggu perjalanan kes permohonan Shuhaimi untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya di bawah Akta Hasutan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menetapkan 31 Mei ini bagi pengurusan kes itu dan pihak pembelaan memerlukan masa untuk menyediakan pembelaan mereka.

Shuhaimi, yang merupakan Adun daripada Parti Keadilan Rakyat itu memfailkan notis usul bagi mengenepikan pertuduhan terhadapnya di bawah Akta Hasutan itu pada 1 April lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini atas alasan Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana bercanggah dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak pendakwaan pada proseding hari ini diwakili Timbalan Pendakwaraya Siti Syakimah Ibrahim.

- Bernama

Posted: 25 Apr 2011 02:44 AM PDT

April 25, 2011 15:03 PM

Sri Muda Assemblyman's Sedition Case Set For Mention June 20

SHAH ALAM, April 25 (Bernama) -- The Sessions Court here Monday set June 20 for mention of a sedition case involving Sri Muda Assemblyman Shuhaimi Shafiei.

Judge Slamat Yahya set the date following an application by Shuhami's lawyer, Nizam Bashir.

Shuhaimi, 43, had pleaded not guilty last Feb 7 to a charge with publishing a seditious article in his blog, http://srimuda.blogspot.com on Dec 30, last year.

The offence was allegedly committed at Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning, here.

He can be jailed up to three years or fined up to RM5,000 if found guilty under Section 4 of the Sedition Act 1948.

Nizam had applied for a new date pending an application to the High Court by Shuhaimi to strike out the charge.

He said the High Court had set May 31 for case management and that the defence would need time to prepare.

Last April 1, Shuhaimi filed a notice seeking to strike out the charge against him on the grounds that the Sedition Act 1948 contravened Article 10 of the Federal Constitution.

Deputy public prosecutor Siti Syakimah Ibrahim appeared for the prosecution at today's proceeding.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Nuffnang