Selasa, 26 April 2011

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


CEO SADA JELASKAN PERKARA SEBENAR ISU AIR DI UUM

Posted: 26 Apr 2011 02:00 AM PDT


ALOR SETAR, 25 April: "Mengenai air kita tidak boleh buat kenyataan berlandas kepada persepsi tanpa membuat perkiraan yang betul. Saya ingin maklumkan bahawa semasa isu air di Universiti Utara Malaysia (UUM) disensasikan pihak media, Syarikat Air Darul Aman (SADA) bukanlah duduk pada tahap tidak membuat apa-apa."

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif SADA Dato' Azdmi Din pada sidang media di pejabatnya.

Terangnya, untuk menampung air kepada 33,037 jiwa warga universiti berkenaan Kerajaan Negeri telahpun membina loji yang berkapisti 50 juta meter padu sehari. Semua saluran paip yang melibatkan bekalan ke institusi itu sepanjang 35 kilometer telahpun siap 100 peratus bersama tiga kolam takungan yang hanya menunggu bekalan elektrik dari Tenaga Nasional tiga minggu lagi iaitu pada 15 Mei ini.

"Saya telah dimaklumkan oleh pihak TNB yang bekalan elektrik akan siap 15 haribulan depan. Kerja-kerja kabel berkaitan sedang giat dijalankan di rumah pam Sebatin. Sekarang bekalan elektrik ini belum siap kerja-kerja pemasangan kabel sedang giat dijalankan. Begitu juga dengan rumah pam di Bukit Kayu Hitam akan siap serentak pada tarikh yang sama," katanya.

Menurut beliau, sekarang SADA membekalkan 10 juta liter air sehari ke UUM dan jumlah ini adalah mencukupi bagi kegunaan 33,037 warga UUM.

"Pegguna yang seramai itu sepatutnya kita hanya bekal 8 juta liter sehari, namun disebabkan berlaku pembaziran air yang banyak iaitu 462,00 gelen air sehari di UUM menyebabkan bekalan air tidak cukup," katanya.

Menurutnya lagi, kini fokus diberikan kepada loji di Padang Sanai yang berkapasiti 50 juta liter padu sehari sudah berjalan membekalkan air sekitar Padang Terap dan Padang Sanai dengan kapasiti sebanyak 5 juta padu sehari dan 10 juta liter padu ke Durian Burung.

Katanya, untuk percubaan sistem agihan ke UUM hanya mempunyai masa tiga minggu sahaja lagi dan selepas ini Kerajaan Negeri berharap isu ini boleh ditutup.

"(Itu hanya) selesai di pihak Kerajaan Negeri dan SADA. Tapi saya tak tahu pihak UUM. Dalam loji kapsiti 50 juta padu sehari ini sebahagian besar akan salurkan ke UUM sebanyak 30 juta liter padu sehari dan 5 juta liter padu akan salurkan ke Bukit Kayu Hitam," katanya.

Katanya, sebagai sahabat kepada Naib Canselor UUM Prof Dato' Dr Mohamed Mustafa Ishak, beliau bersyukur sekiranya infrastruktur dalaman mengenai bekalan adalah sempurna seperti yang didakwa.

"Tapi sekiranya terdapat keadaan paip dan tangki tidak berada dalam tahap sepatutnya untuk membekal air kepada warganya, apabila bekalan air berkapasiti 30 juta liter padu disalurkan akan menyebabkan saluran paip meletup-letup," katanya dengan ketawa.

Sambungnya lagi, selepas loji Padang Sanai beroperasi nanti SADA mampu membekal sehingga 20 hingga 30 juta liter padu air.

"Saya jawab cara professional bukan persepsi. Tahun lepas kita dah masuk masa pentadbiran lama dulu Dr Nordin Kardi sebagai NCnya. Bersama SPAN, kita tengok banyak benda perlu dibuat kajian di UUM. Nanti dia marah saya pula. Termasuk untuk menambah kapasiti loji takungan," ujarnya.

Dato' Azdmi bimbang, apabila bekalan air ditingkatkan nanti, termasuk bagi memenuhi kehendak NRW (air yang hilang akibat kebocoran) akan mengakibatkan sistem paip dalaman akan pecah akibat tidak dapat menampung tekanan.

Beliau berkata demikian berdasarkan pengalaman loji air di Lubuk Buntar yang membekalkan air di Bandar Baharu.

"Sepatutnya loji lama (Lubuk Buntar) dinaiktaraf bukan membina loji yang baru. Kapasiti loji baru terlalu tinggi tidak seimbang dengan jumlah pengguna dan akibatnya tiap bulan SADA terpaksa perbaiki paip yang pecah dan meletup akibat tekanan tinggi," katanya.

Oleh itu, katanya, demi kebaikan semua pihak beliau memohon kebenaran dari pihak UUM untuk benarkan Pasukan Teknikal Sada masuk ke UUM tapi sekiranya UUM mahu lantik konsultan sendiri terserahlah.

Katanya, perkhidmatan yang SADA tawarkan adalah percuma tapi kalau lantik konsultan lain perlu perlukan kos. "Sekiranya UUM mahu berjimat kos itu boleh beli bantal cantik untuk tidur dengan selesa," ujarnya.

ALOR SETAR, 25 April: "Mengenai air kita tidak boleh buat kenyataan berlandas kepada persepsi tanpa membuat perkiraan yang betul. Saya ingin maklumkan bahawa semasa isu air di Universiti Utara Malaysia (UUM) disensasikan pihak media, Syarikat Air Darul Aman (SADA) bukanlah duduk pada tahap tidak membuat apa-apa."

Terakhir Dikemaskini (Selasa, 26 April 2011 12:19)

Lupakan jer la hasrat tu...BN oii!!!!

Posted: 25 Apr 2011 08:41 PM PDT

 -SinarHarian Utara

Isu UUM: Populasi pelajar bertambah punca air UUM tidak cukup - Sinar Harian

Posted: 25 Apr 2011 08:00 AM PDT






ALOR SETAR - Bilangan populasi pelajar meningkat hampir sekali ganda dan kegagalan pengurusan Universiti Utara Malaysia(UUM) menaik taraf kemudahan infrastruktur dikenal pasti punca bekalan air universiti itu bermasalah.




Seorang jurutera perunding yang terlibat dalam pembinaan rekabentuk infrastruktur di UUM sekitar tahun 1989 berkata, objektif pembinaan universiti itu pada awalnya untuk menampung kapasiti pelajar tidak melebihi 18,000 orang, bagaimanapun peningkatan bilangan pelajar sehingga hampir 30,000 orang menyebabkan sistem bekalan air sedia ada gagal menampung keperluan mereka.




Beliau yang enggan dikenali berkata, UUM kini menggunakan lebih kurang 350,000 gelen air sehari untuk menampung keperluan pelajar dan kakitangan universiti, walhal jumlah itu sebenarnya kurang separuh daripada kapasiti ideal air yang diperlukan iaitu lebih kurang 750,000 gelen air sehari.




"Selain itu, kegagalan UUM menaik taraf sistem perpaipan, menambah kapasiti tangki air(reservoir), menambah rumah pam,menukar saiz paip penghantaran dan paip retrikulasi(perhubungan) kepada saiz lebih besar supaya mendapat tekanan air sekata dilihat penyumbang utama kepada permasalahan, bukan semata-mata berpunca Syarikat Air Darul Aman(Sada).




"Tindakan menyalahkan Sada tidak wajar kerana masalah bekalan air UUM berpunca daripada kelemahan sendiri dan ianya bukan sahaja dialami universiti itu sahaja, malah turut meliputi sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam(IPTA) di negara ini,"katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.




Jurutera perunding itu berkata, sebelum pembinaan Loji Air Padang Sanai, Padang Terap, UUM terpaksa mendapatkan bekalan air daripada Loji Air Bukit Pinang dan mengalami masalah tekanan air rendah memandangkan ianya disalurkan dari kawasan rendah(Bukit Pinang) ke kawasan tinggi(Sintok).




Menurutnya, pembinaan loji air itu pada asalnya bertujuan mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan Changlun dan Sintok, bagaimanapun ianya masih tidak mencapai objektif di UUM kerana sistem bekalan air dan perpaipan lama membataskan kuantiti bekalan air diterima.




"Peningkatan bilangan populasi pelajar sepatutnya seiring dengan peningkatan kemudahan asas dan infrastruktur universiti itu demi keselesaan penghuninya.




"Dalam isu bekalan air di UUM, apabila kemudahan infrastruktur tidak dinaik taraf, saiz paip bekalan air sedia ada tidak cukup dan memerlukan paip bekalan air lebih besar untuk sesuai dengan tekanan air lebih tinggi. Tiada guna Sada meningkatkan penyaluran bekalan air ke UUM sekiranya kemudahan infrastruktur di takuk lama,"katanya.




Menurutnya, UUM bukan sahaja perlu menaik taraf sistem bekalan air, malah perlu meningkatkan kualiti sistem bekalan kuasa, telekomunikasi, perparitan dan pengurusan sisa kumbahan memandangkan penambahan lebih daripada 10 blok bangunan di universiti itu memberi kesan langsung kepada kesemua infrastruktur tersebut.




"Berdasarkan perkiraan saintifik yang dibuat, anggaran RM50 hingga RM70 juta diperlukan UUM untuk menaiktarafkan sistem bekalan air di seluruh kawasan universiti, termasuk kos penyelenggaraan, menambah paip saliran, reservoir dan rumah pam baru memandangkan jumlah sedia tidak mencukupi.




"Manakala, anggaran keseluruhan sebanyak RM150 juta diperlukan untuk membiayai kos menaik taraf keseluruhan kemudahan infrastruktur terbabit untuk memastikan UUM selamat dan selesa diduduki,"katanya.




Beliau turut memberi amaran UUM bakal berdepan dengan masalah bekalan air yang lebih buruk pada masa akan datang sekiranya usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur universiti dipandang sepi oleh pengurusannya.




"Hampir keseluruhan paip saliran air yang digunakan di UUM diperbuat daripada paip asbestos yang kurang tahan lama manakala reservoir yang sedia ada pula hanya mampu menampung separuh daripada kuantiti sebenar air diperlukan.




"Saya minta pengurusan UUM memandang serius perkara ini kerana ianya melibatkan keselesaan pelajar dan kakitangan, lebih-lebih lagi universiti itu dalam usaha menarik pelajar luar negara melanjutkan pelajaran ke sana,"katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang