:: cina islam | 2011 :: |
- Pekerja KTMB temui 10 jari manusia berhampiran Stesen Kuang
- 'Dengar suara minta tolong di lokasi guru hilang'
- Zionis salahkan Palestin
- Sebuah Kilang Hangus Dalam Kebakaran Di Jalan Klang Lama
- Awas pencurian wang melalui LHDNM
- Keunikan Ahli Syurga
- Wan Azizah terima cacian kerana bela suami
- Pertempuran Askar Thai, Kemboja Ujian Getir Buat Mekasnisme Dua Hala
- Iban Serbu Pejabat SUPP Tuntut 'Habuan'
- Umno jemput DAP masuk BN?
- Keputusan dakwaan liwat 16 Mei
- Timur Tripoli dibedil lagi
- Barca Bukan Pilihan
- Sistem Tol Baru Jangan Bebankan Pengguna
- Karnival Futsal Teluk Kepayang Meriah
- SAM Gesa Kerajaan Batalkan Kilang Lynas
- AC MIZAL BARU MASUK UMNO SUDAH BELAJAR MEMFITNAH?
- Badi Jerman Hantui MU
- Thai Mahu Runding
- Man City Tewaskan Blackburn 1-0
- "Semua Salah Saya"
- Nyaris Maut Terkena 'Hujan Asid'
- Cubaan NATO Bunuh Gaddafi
- Dua Penunjuk Perasaan ditembak Mati di Yemen
- Tentera Syria Bedil Selatan Daraa, 25 Terbunuh
Pekerja KTMB temui 10 jari manusia berhampiran Stesen Kuang Posted: 26 Apr 2011 02:00 AM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Kuang, dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Rahim Abdullah berkata, Sharudin Manaf dilaporkan menemui jari-jari tersebut dalam sebuah beg plastik berwarna putih kira-kira pukul 10 pagi. Menurutnya, turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik tersebut, katanya. "Cap jari itu akan dirujuk segera ke Sistem Cap Jari Automatik Malaysia (MAFIS) untuk mengenalpasti butir-butir mangsa," katanya perlakuan jenayah itu dipercayai dilakukan kurang dari tempoh 24 jam. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan jari tersebut agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama |
'Dengar suara minta tolong di lokasi guru hilang' Posted: 26 Apr 2011 01:45 AM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - TAIPING: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang dikerah mengesan guru Sekolah Menengah King Edward VII, Abdullah Zubair Ismail, 27, yang dilaporkan hilang selepas mendaki Bukit Larut di sini, pagi kelmarin, mendengar suara orang meminta tolong namun tidak menemui sesiapapun di lokasi suara itu kedengaran. Empat belas anggota SAR yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping menyertai operasi itu bermula jam 10 pagi semalam, namun tidak menemuinya sehingga jam 6 petang semalam. Mangsa yang berasal dari Alor Setar, Kedah dan sudah setahun setengah mengajar di sekolah itu dikatakan mendaki bukit peranginan berkenaan bersendirian kira-kira jam 10 pagi kelmarin tetapi tidak pulang selepas itu. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata kehilangan Abdullah Zubair dilaporkan rakannya selepas gagal menghubungi telefon bimbit mangsa sebelum ke kaki Bukit Larut pagi semalam dan terkejut menemui kereta mangsa masih berada di tempat letak kenderaan di situ. "Selepas menyedari kemungkinan sesuatu perkara buruk berlaku, rakan mangsa memaklumkan kejadian itu kepada polis. Berikutan laporan itu satu pasukan SAR ditubuhkan untuk mengesan mangsa. "Ketika melakukan operasi, mereka mendengar suara mangsa meminta tolong di lokasi tertentu tetapi apabila tiba ke lokasi itu, mangsa tiada di situ. Jika keadaan ini berterusan kita kena ambil ikhtiar lain untuk menyelamatkannya," katanya pada sidang media di sini, semalam. Yusuf berkata, pihaknya juga akan menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) bagi mengesan mangsa dan tidak menolak kemungkinan meminta bantuan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika mangsa masih gagal ditemui hari ini. Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung mangsa diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di talian 05-8080222. Berita Harian/- |
Posted: 26 Apr 2011 01:30 AM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyalahkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang memerintah Tebing Barat berhubung pembunuhan seorang lelaki Israel, kelmarin. Ben-Joseph Livnat, 25, ditembak mati oleh polis Palestin selepas cuba memasuki kawasan Makam Yusuf di Nablus yang berada di bawah kawalan Palestin tanpa kebenaran dan bertindak ganas dengan cuba melanggar sekatan pos keselamatan. Di sebalik pencerobohan itu, Netanyahu tetap menyalahkan Palestin dan menuntut PA mengambil tindakan tegas terhadap anggota keselamatan yang melepaskan tembakan ke arah mangsa. Terdahulu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak turut mengeluarkan kenyataan sama dan mendakwa tiada alasan bagi polis Palestin untuk menembak Livnat walaupun terbukti mangsa cuba menceroboh. Lawatan rakyat Israel sebanyak dua kali sebulan ke makam itu, iaitu salah satu lokasi suci bagi penganut Yahudi, sebelum ini dilakukan dengan iringan tentera Zionis tanpa sebarang insiden buruk sejak empat tahun lalu. Sinar Harian/- |
Sebuah Kilang Hangus Dalam Kebakaran Di Jalan Klang Lama Posted: 26 Apr 2011 01:00 AM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 26 APRIL : Sebuah kilang membuat plaster siling rumah dan perabot musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Jalan Klang Lama di sini, lewat petang semalam. Komando Operasi Ibu Pejabat Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Sulaiman Tan Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 7.47 petang dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian mendapati kilang tersebut sudah terbakar hampir keseluruhannya. Beliau berkata seramai 60 anggota dengan 10 kekuatan jentera dari enam balai bomba termasuk dari balai Hang Tuah, Lembah Pantai, Taman Tun Dr Ismail, Taman Desa, Bukit Jalil dan Pudu bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut. "Jentera yang tiba banyak tapi kita sukar untuk memadam kebakaran kerana kurang sumber air akibat terdapat pili bomba yang tidak berfungsi," katanya. Bagaimanapun pihaknya berjaya memadamkan api selepas mengambil masa selama dua. Jelasnya lagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta kerugian yang dialami masih dalam siasatan. Sinar Harian/- |
Awas pencurian wang melalui LHDNM Posted: 26 Apr 2011 12:40 AM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 26 April: Seluruh anggota masyarakat di negara ini dinasihatkan berhati-hati dengan e-mel (HASIL refund-payment@hasil.gov.my) ketika melayari internet, apabila ia telah dikesan sengaja diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri wang orang ramai, terutama wang pembayar cukai. E-mel yang masih muncul sekali-sekala ketika orang ramai melayari internet itu mengatakan para pembayar cukai layak diberikan bayaran balik sejumlah RM700. Mereka lalu diminta klik kepada http//62.23.69.2/hasil.gov.my/index.php.htm yang mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka. Seorang pelayar internet yang juga pembaca Harakahdaily, Mohd Zamri Hassan, 45, dari Kuala Lumpur menegaskan, pihak LHDNM sememangnya telah pun membuat penafian mengeluarkan e-mel tersebut menerusi surat edarannya sejak 14 Mac 2010 lalu untuk mengelakkan orang ramai terus tertipu. Menurut beliau, surat edaran tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi Korporat LHDNM, Mazlan Wan Chik yang menjelaskan tentang pengesahan LHDNM bahawa e-mel tersebut adalah palsu. "Sebaliknya, ia merupakan aktiviti phising oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini. Sehubungan itu, menurut beliau, LHDNM turut menasihatkan orang ramai yang menerima e-mel tersebut agar tidak membukanya serta menghapuskannya serta dilarang memberikan sebarang maklumbalas terhadap arahan yang terkandung di dalamnya. Unit Keselamatan ICT, Jabatan Teknologi Maklumat, LHDNM, katanya dilaporkan telah bertindak pantas dengan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, apabila mengesan aktiviti tersebut dan laman tersebut juga telah dipintas dan ditutup. "Menerusi surat edaran tersebut turut dijelaskan bahawa kewujudan e-mel tersebut adalah cubaan kali ketiga dari pihak tidak bertanggungjawab untuk menipu pembayar cukai. Jadi, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati supaya tidak tertipu apabila menerima e-mel tersebut dan e-mel sepertinya," tegasnya. Sebaliknya, para pembayar cukai sendiri perlu sedar bahawa setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijamin selamat dalam simpanan LHDNM. Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan perkara itu bolehlah berhubung dengan Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mel callcentre@hasil.gov.my. Namun Mohd Zamri hairan, walaupun tindakan tegas dan pantas dikatakan telah diambil oleh pihak LHDNM dan pihak bertanggungjawab yang lain, beliau dan beberapa orang rakannya masih lagi terkesan e-mel tersebut yang muncul sekali-sekala ketika mereka melayari internet. "Saya sendiri mujurlah tidak tertipu kerana cepat dimaklumkan oleh rakan saya mengenai perkara itu yang turut forward surat atau e-mel edaran LHDNM itu kepada saya," katanya. Oleh itu, beliau berharap agar pihak-pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan lebih berkesan ke arah mengatasinya agar e-mel tersebut dan yang sepertinya tidak lagi bermaharajalela mengambil kesempatan menipu orang ramai menerusi perkembangan internet atau dunia tanpa sempadan. Aziz Muda |
Posted: 26 Apr 2011 12:40 AM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Hadith: DARI Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda: "sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus. "Para sahabat bertanya:"Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:"Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka." Riwayat Muslim |
Wan Azizah terima cacian kerana bela suami Posted: 26 Apr 2011 12:30 AM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SEREMBAN – Tindakan membela Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dicerca dan dikeji menerusi panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan tweeter daripada kenalan serta orang ramai. Presiden PKR itu mengakui menerima pelbagai bentuk cacian selepas dia bertindak mempertahankan suaminya dalam isu kontroversi rakaman video seks. Malah, katanya, ada di antara mereka turut melemparkan perkataan tidak sepatutnya, kononnya beliau mahu menegakkan benang basah. "Saya dapat SMS, kata saya muka tak malu. Mereka kata saya tak cakap benar, nak tutup aib Anwar. Saya memang tahu itu bukan Anwar. Saya bercakap perkara yang benar," katanya. Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mereka yang menghantar kata-kata kesat itu sengaja mahu melemahkan semangatnya agar mempercayai lelaki dalam video berkenaan adalah Anwar. "Kenapa mereka perlu psikologi saya dengan mengatakan bermacam-macam agar saya percaya lelaki dalam video itu Anwar. Saya tidak mudah melatah," katanya semasa berceramah di Taman Setia Bukti, Paroi, di sini malam kelmarin. Wan Azizah berkata, pada mulanya dia hampir percaya apabila kali pertama melihat lelaki dalam video seks tersebut mirip suaminya tetapi mengubah pendirian kerana terdapat banyak perbezaan. "Bila saya tengok video itu, saya terkejut lelaki dalam video itu wajahnya mirip Anwar. Tapi bila melihat perutnya, saya lagi terkejut dan yakin itu bukan Anwar," katanya. Beliau percaya, isu liwat, video seks, dan pelbagai fitnah dilemparkan kepada Anwar hanya bertujuan untuk menjatuhkan dan menenggelamkan suaminya itu dari dunia politik. Sinar Harian/- |
Pertempuran Askar Thai, Kemboja Ujian Getir Buat Mekasnisme Dua Hala Posted: 26 Apr 2011 12:00 AM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - BANGKOK 26 APRIL : Pertempuran antara askar Thailand dan Kemboja yang masuk hari keempat di sempadan megara itu merupakan ujian getir bagi menilai kejayaan mekanisme dua hala bagi menghentikan pertumpahan darah. Bangkok sentiasa mendesak bahawa pertikaian sempadan boleh diselesaikan menerusi mekanisme dua hala tanpa campur tangan pihak ketiga termasuk ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Di sebalik itu, Phnom Penh percaya penyelesaian terbaik terhadap pertikaian itu adalah menerusi bantuan pihak ketiga kerana Kemboja tidak lagi meletakkan harapan tinggi kepada mekanisme dua hala yang terjalin antara kedua-dua negara itu. Berikutan penangguhan lawatan Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Natelegawa ke Phnom Penh dan Bangkok hari ini, selaku negara itu menjadi Pengerusi ASEAN, usaha untuk penyelesaian segera menerusi mekanisme multilateral masih belum jelas. Pemangku jurucakap kerajaan Thailand, Dr Panitan Wattanayagorn berkata Menteri Luar Indonesia itu menangguhkan mesyuarat dengan rakan sejawat kerana beliau mahu mengkaji butiran mengenai beberapa perkara tertentu terlebih dahulu. Bagaimanapun, Dr Panitan tidak mendedahkan butiran tersebut. Kajian itu dipercayai berhubung terma rujukan bagi pemerhati Indonesia yang ditempatkan di kawasan pertikaian sempadan dalam memantau gencatan senjata berkekalan. Penghantaran pemerhati Indonesia adalah salah satu perkara yang dipersetujui semasa Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Luar ASEAN di Jakarta pada 22 Febuari lalu susulan pertempuran antara tentera Thailand dan Kemboja pada awal Februari yang mengorbankan 10 nyawa bagi kedua-dua pihak. Selepas mesyuarat itu, Phnom Penh telah memberi persetujuan kepada penempatan pemerhati Indonesia tetapi pendirian Bangkok masih samar. Pada haikatnya, Bangkok telah meletakkan beberapa syarat antaranya pemerhati tersebut tidak harus ditempatkan di kawasan pertikaian, tidak perlu memakai seragam dan bersenjata dan hanya dianggap sebahagian daripada petugas kedutaan Indonesia. Semalam, Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya membayangkan mesyuarat dua hala paling awal antara Bangkok dan Phnom Penh boleh diadakan dalam masa empat atau lima hari lagi. Pertempuran terbaru di kawasan sempadan berdekatan wilayah Surin di Thailand, telah meragut nyawa lima askar Thailand dan lebih 20 lain cedera. Tv Selangor/- |
Iban Serbu Pejabat SUPP Tuntut 'Habuan' Posted: 25 Apr 2011 11:30 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SIBU 26 APRIL : Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya. Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya. Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan. Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya. supp alleged money politic 250411 01SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan. Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang.-Malaysiakini |
Posted: 25 Apr 2011 09:30 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 26 April: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN). Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia. Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya. Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA. Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan. Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini. Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu. Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya. Harakahdaily |
Keputusan dakwaan liwat 16 Mei Posted: 25 Apr 2011 09:00 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 26 April: Pihak pendakwaan selesai menggulung penghujahannya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini yang membicarakan kes kontroversial liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malaysiakini melaporkan, selepas mendengar hujah daripada Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan hujah balas daripada peguambela Karpal Singh dan Sankara Nair, Hakim Zabidin kemudiannya menetapkan 16 Mei ini untuk memberikan keputusannya. Ia sama ada Anwar perlu membela dirinya ataupun beliau akan membuang kes berkenaan. Sementara itu, kaedah ujian yang diajalankan ke atas sampel DNA 'Lelaki Y' yang kemudiannya disepadankan dengan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak mengikut piawaian antarabangsa, kata peguam Anwar, Sankara Nair. Ini kerana, menurut Sankara, kaedah ujian yang dijalankan ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon diragui apabila sela masa yang diambil lebih kurang 97 jam, lapor portal Keadilan Daily. "Kaedah yang digunakan mereka untuk menjalankan ujian ke atas sampel DNA meragukan. Jarak masa di antara saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira mengambil sampel dari Hospital Kuala Lumpur dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia adalah kira-kira 43 jam. "Jika diambil kira secara keseluruhan, selang masa di antara masa dan tarikh sperma berada di dalam dubur pengadu sehinggalah ia dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia, ia memakan masa selama kira-kira 97 jam (54 jam campur 43 jam)," kata Sankara. Tambahnya lagi, tiada bukti bahawa peralatan yang digunakan dalam ujian DNA diselenggara dengan baik. Beliau juga membangkitkan kemungkinan bukti dalam kes Fitnah II itu dipinda kerana pegawai penyiasat, Jude Pereira sudah membuka paket plastik mengandungi calitan putik kapas dari hospital dan membungkusnya semula. Mengulas lanjut, Sankara berkata sepanjang perbicaraan berlangsung, pendakwa juga gagal membuktikan Saiful berada dalam kondominum yang didakwa tempat kejadian berlaku. "Tiada bukti ditunjukkan Saiful memasuki bilik berkenaan mahu pun kondominium itu. "Tiada sesiapa melihat Saiful masuk ke kondominium itu. Malah, pemilik kondominium itu, Hasanuddin tidak melihatnya di kondominium itu," kata Sankara. Kata Sankara, berdasarkan rakaman CCTV, pendakwa hanya menunjukkan Saiful keluar dan masuk dari lif kondominium itu – satu perkara yang sememangnya sudah dirancang dari awal lagi. "Pendakwa perlu membuktikan Saiful sememangnya berada dalam kondominium itu. "Dia hanya menunjukkan dirinya di kamera kerana ia sudah dirancang. (Dia tahu) Anwar berada di kondominium itu dan dia hanya perlu menunjukkan dirinya di kamera. "Malah, Saiful sendiri tidak pernah diminta secara khusus oleh Anwar untuk datang ke kondominium itu pada hari berkenaan," kata Sankara. Lebih meragukan, Saiful sendiri mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke kondominium itu pada hari kejadian didakwa berlaku, kata Sankara. Harakahdaily |
Posted: 25 Apr 2011 08:40 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - TRIPOLI: Lima letupan kuat kedengaran di bahagian timur Tripoli, ibu negara Libya lewat malam tadi namun setakat ini kawasan sebenar sasaran belum dikenal pasti. "Kami dengar tiga letupan kuat dan dapat lihat api dan asap tebal berhampiran kawasan kami," kata saksi, Ain Zara yang tinggal di timur Tripoli. Dua lagi letupan juga menggegarkan kawasan sama beberapa minit kemudian, kata seorang lagi saksi. Susulan itu, stesen televisyen Al-Jamahiriya berkata, serangan udara NATO itu mensasarkan kawasan penempatan awam dan tentera di Daerah Ain Zara di Bir Al-Ghanam, kira-kira 50 kilometer di barat daya Tripoli. Pejabat Presiden Libya, Muammar Gaddafi diserang NATO awal semalam dan sehingga awal hari ini pesawat pengebom tentera Bersekutu dilihat masih berlegar-legar di ruang udara Tripoli. - AFP |
Posted: 25 Apr 2011 08:20 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - LONDON: Selepas kerap dilabel sebagai pasukan terbaik dunia musim ini, Barcelona akan melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara menentang musuh tradisi Real Madrid sebagai pasukan underdog. Madrid menewaskan Barcelona, 1-0 di final Piala Raja Sepanyol, Rabu lalu dan memperoleh jaringan lewat permainan ketika seri 1-1 pada pertemuan liga kedua-dua pasukan hujung minggu lalu. Jurulatih Madrid, Jose Mourinho tampil dengan taktikal lebih baik berbanding rakan sejawat di Barca, Pep Guardiola hasil pengalamannya bersama Inter Milan dari Itali yang menewaskan pasukan itu di separuh akhir musim lalu. "Tidak ramai yakin kami akan menang tapi kami akan berusaha melakukannya," kata Guardiola. Pasukannya ketika ini lapan mata di depan Madrid di puncak La Liga. "Kini terbukti Madrid pasukan yang lebih baik berbanding kami." Separuh akhir kedua menemukan Schalke 04 dari Jerman dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United di Jerman awal pagi Rabu. Apakah Schalke, pasukan yang penuh kejutan musim mampu meneruskannya ketika berdepan United. "Kami adalah pasukan pilihan tapi ia langsung tidak membuktikan kami boleh menang," kata kapten United, Nemanja Vidic. Pertemuan dua kuasa bola sepak Sepanyol di Santiago Bernabeu adalah pertembungan ketiga kedua-dua pasukan dalam tempoh 12 hari, dengan perlawanan keempat clasico iaitu perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara berlangsung pada 3 Mei. Barcelona, juara tiga kali Liga Juara-Juara seperti juga United, menjadi pilihan merebut gelaran selepas kedua-dua pasukan mempamerkan prestasi sensasi dengan jentera serangan yang mantap. - AP |
Sistem Tol Baru Jangan Bebankan Pengguna Posted: 25 Apr 2011 08:00 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor mengumumkan bahawa Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) akan dilaksanakan di semua plaza tol secara berperingkat mulai tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2015. Menurutnya, sistem ini bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan akan menggantikan sistem plaza tol sedia ada. Rakyat sudah tentunya mengalu-alukan sebarang usaha bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Walau bagaimanapun, rakyat juga pasti tidak mahu terbeban dengan perbelanjaan tambahan ekoran pelaksanaan sistem ini. Oleh itu, saya menyarankan supaya kerajaan memberikan penjelasan lanjut mengenai sistem MLFF ini, terutamanya dari segi tag yang perlu digunakan bagi memastikan sistem ini dapat diimplementasikan. Kita tidak mahu semua pengguna lebuhraya akhirnya akan diwajibkan membeli tag tertentu. Jika tag tidak dibeli, maka mereka tidak boleh menggunakan lebuhraya. Pengguna seharusnya tetap diberikan pilihan bagi membayar secara tunai dan bukannya diwajibkan membeli tag tertentu, yang mana mereka terpaksa membayar harga yang tinggi bagi tag itu, selain terpaksa membayar bagi perbelanjaan tol mereka secara prabayar. H/daily |
Karnival Futsal Teluk Kepayang Meriah Posted: 25 Apr 2011 07:50 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - 25 April 2011 - Pakatan Rakyat Parlimen Parit telah berjaya mengadakan sebuah program khas bersama rakyat iaitu "Karnival Futsal Teluk Kepayang." Program yang berlangsung daripada pagi sehingga malam itu merekodkan sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat. Sebanyak 7 pasukan futsal telah berentap untuk merebut gelaran juara. Ustaz Syah Hakimi menyampaikan hadiah kepada anak muda yang memenangi pertandingan futsal. Hampir kesemua peserta pertandingan ini adalah dari kalangan anak-anak muda tempatan yang gigih bersaing dari pagi sehingga ke petang tanpa mengira penat dan lelah. Majlis itu telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit, Ustaz Mohd Syah Hakimi Syah Alami. Para peserta kelihatan begitu bersemangat dalam perlawanan, memandangkan kejohanan ini menawarkan hadiah-hadiah yang cukup lumayan kepada para pemenang iaitu RM700 (Johan), RM500 (Naib Johan) dan RM200 (Tempat Ke-3). Selain itu, para penonton juga tidak ketinggalan untuk menerima pelbagai jenis hadiah cabutan bertuah, termasuklah hadiah paling eksklusif berupa sebuah kamera digital berjenama. Ustaz Syah Hakimi memberikan semangat dan motivasi kepada anak muda dan orang ramai yang hadir. Ketika membuat ucapan perasmian penutup, Ustaz Syah Hakimi menjelaskan bahawa kekuatan sebenar bagi seorang yang bergelar pemuda Islam terletak pada solat subuh berjemaah di masjid. Beliau berharap agar kehebatan fizikal para peserta ini dapat bergerak seiring dengan kehebatan tarbiah dan ibadah seperti solat subuh. Kejayaan penganjuran majlis seperti ini yang yang dapat mengumpulkan ratusan orang ramai juga dilihat sebagai satu kekuatan Pakatan Rakyat Parlimen Parit dan menunjukkan bukti penerimaan dan sokongan rakyat khususnya di Parlimen Parit kepada Pakatan Rakyat. Seluruh warga urusetia dan orang ramai begitu gembira dengan penganjuran program seumpama ini dan berharap agar ia dapat diadakan lagi di masa hadapan. Antara hadirin yang turut serta pada majlis perasmian penutup. SU DPP Parit |
SAM Gesa Kerajaan Batalkan Kilang Lynas Posted: 25 Apr 2011 07:40 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 26 April: Sahabat Alam Malaysia (SAM) gusar bahawa kajian akan datang mengenai loji Lynas adalah dalih untuk cuba mengalih perhatian orang ramai. "Kenapa tidak batalkan sahaja projek ini sekarang? Kenapa kita memerlukan operasi yang tidak selamat kepada alam sekitar dan kesihatan manusia?" soal presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau turut mempersoalkan apakah pelaburan asing wajar diutamakan berbanding kesihatan dan penerimaan awam. Seharusnya, kata beliau keselamatan dan kesihatan orang ramai dan alam sekitar yang diutamakan mengatasi keuntungan komersial. Beliau merujuk kepada kenyataan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa satu panel bebas akan ditubuhkan segera untuk menjalankan kajian ke atas aspek keselamatan dan kesihatan loji lantanida (nadir bumi) yang dicadangkan Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng berhampiran Kuantan, Pahang. Berikutan itu, Lynas telah mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat itu yakin bahawa penelitian selama satu bulan terhadap cadangan lojinya di Gebeng akan mengesahkan bahawa ia selamat dan tidak akan membahayakan komuniti atau pekerja Lynas. Mohamed Idris menambah, orang ramai dan komuniti di Kuantan dan Gebeng mempunyai hak untuk mengetahui siapakah pakar yang akan menjalankan kajian tersebut. "Kita perlu memastikan objektiviti dan kecekapan pakar berhubung radiasi paras rendah dan kesannya," ujarnya. Menurutnya, penemuan kajian itu juga seharusnya diumumkan kepada orang ramai supaya ia boleh disahkan dan terbuka kepada ulasan awam. Tambahnya, pengalaman SAM dalam mengendalikan isu kilang nadir bumi di Bukit Merah, Perak yang berkontroversi menunjukkan pakar yang dilantik oleh kerajaan dan syarikat menyatakan bahawa semua langkah keselamatan telah diambil. Bagaimanapun, katanya pakar yang dilantik oleh komuniti mendapati ia tidak selamat dan merekodkan bacaan radiasi yang tinggi. Di Malaysia, jelasnya Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 Perlindungan Radiasi (Peraturan Standard Keselamatan Asas) 1988 menetapkan had dos tahunan bagi pendedahan kepada radiasi adalah 1 milliSievert (mSv) untuk orang ramai dan 50 mSv bagi pekerja. Beliau menjelaskan, ia mestilah ditekankan bahawa had yang dibenarkan ini seharusnya tidak digunakan untuk maksud "had selamat". Menurutnya, orang ramai sudahpun terdedah kepada radiasi ion dan radiasi semulajadi dan tidak memerlukan dos radiasi tambahan. Tegasnya, perlu diingatkan bahawa tidak terdapat paras "selamat" untuk radiasi memandangkan kesannya kepada kesihatan, di mana sahaja terdapat dos radiasi maka terdapat risiko biologi. "Kerajaan cuai dalam menangani isu radiasi di Bukit Merah. Lebih malang lagi komuniti masih menderita kematian dan kesakitan akibat sikap kerajaan yang tidak peduli dan korporat yang bersikap tidak acuh. "Kami tidak mahu apa yang terjadi di Bukit Merah berulang kembali," ujarnya. Sehubungan itu, tegasnya SAM menggesa kerajaan supaya membatalkan kilang Lynas di Gebeng. H/daily |
AC MIZAL BARU MASUK UMNO SUDAH BELAJAR MEMFITNAH? Posted: 25 Apr 2011 07:30 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - APA kita mahu kisah `tokeh gelang' atau Pelakun dan Pengacara AC Mizal mahu sertai Umno kerana dengan wataknya yang masih kekal sekarang tidak mungkin beliau boleh bersama PAS. Apatah lagi dengar khabarnya bisnes gelang beliau sudah lingkup dan riuh rendah suatu ketika bahawa AC menjual gelang tipu. Samada AC mahu masuk Umno untuk menyambung rezekinya atau sememangnya jiwa beliau jiwa sekular, itu pun kita tidak kisah. Tetapi, apabila AC mendakwa bahawa pernah ditawarkan menyertai parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi maka tembelang AC kita boleh faham. Ertinya, AC setaraf juga dengan Presiden KIMMA yang juga dilaporkan pernah memberitahu ditawarkan jutaan ringgit sekiranya menyertai parti pembangkang. Nasib Baik Tak Masuk PAS.... Malaysiakini menyebut, " Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi. Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan (Malaysiakini). Pelik juga, banyak sangatkah duit pembangkang untuk membeli mamak penebar roti canai KIMMA dengan artis seperti AC ini? Tidak pula disebut parti mana yang banyak sangat duit mahu membeli mereka berdua. Apa sangatlah pengaruh AC sehingga pembangkang sanggup keluar duit derma orang ramai untuk membelinya. Cuba tanya bekas pelakun dan pencipta lagu Bob Lokman berapa juta dia dapat? Silap-silap Bob Lokman akan kata semenjak beliau menyertai PAS, duit poket beliau yang banyak dikorbankan untuk membantu perjuangan Islam di negara ini. AC bersama isterinya Amylia menyerahkan borang memasuki Umno di dalam program Jom Masuk Umno di Ipoh kelmarin. Kenyataan kununnya beliau ditawarkan oleh pembangkang dengan jawatan tinggi adalah satu kenyataan membodek secara murahan. Apa jawatan tinggi yang pembangkang mahu tawarkan kepada artis seperti AC ini? Presiden? Ketua AMK atau Ketua Pemuda PAS? Jika mahu cari makan tidak salah, tapi jangan sampai buat cerita karut yang menunjukkan diri sendiri itu teramat bodoh. Jangan perasan diri itu hebat sangat sampai parti pembangkang sanggup beli. Sudah berapa ramai artis yang telah menyertai Pembangkang tetapi tidak seorang pun yang sanggup merendahkan darjatnya seperti yang telah dilakukan oleh AC. Populariti beliau di dalam seni hiburan sekarang pun sudah merosot, mungkin itulah sebabnya beliau mahu cipta populariti sebodoh itu. Di dalam keadaan sekarang, dengan tingkah laku beliau sebagai artis kini memang wajar beliau berada di dalam Umno kerana program maksiat dengan Umno mana boleh dipisahkan. Bukankah anjing sahaja yang suka makan bangkai? Oleh: WFAUZDIN NS |
Posted: 25 Apr 2011 07:20 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - GELSENKIRCHEN: Jika Manchester United mahu mara ke final Liga Juara-Juara ketiga dalam tempoh empat tahun, mereka mesti mengatasi dua perkara iaitu pasukan yang penuh dengan kejutan, Schalke 04 dan mengatasi rekod buruk menentang kelab Jerman. United berkunjung ke Schalke untuk separuh akhir pertama awal pagi esok dengan harapan mara ke final di Wembley, 43 tahun selepas menewaskan Benfica di gelanggang sama untuk menjadi pasukan Inggeris pertama muncul juara di Eropah. Walaupun Schalke mengejutkan juara bertahan, Inter Milan dengan keputusan agregat 7-3 di suku akhir, tiada apa yang merugikan mereka menjelang kunjungan United ke Veltins Arena itu. Ia adalah penampilan pertama kelab Gelsenkirchen itu sebagai empat kelab terakhir pada kejohanan utama Eropah namun mereka boleh mengambil kesempatan sejarah United yang berhempas pulas apabila bertemu lawan dari Jerman. Selain kemenangan menewaskan Bayern Munich pada final 1999 untuk muncul juara, anak-anak buah Sir Alex Ferguson gagal memenangi empat daripada dua pertarungan timbal balik menentang kelab Jerman. Bayern mengatasi United pada suku akhir 2001 dan 2010 namun perbandingan lebih jelas adalah kekalahan separuh akhir kepada Borussia Dortmund pada 1997 dan Bayer Leverkusen pada 2002. Pada kedua-dua aksi itu, United diramal bakal mara namun tewas agregat 2-0 kepada Dortmund yang muncul juara dan tersingkir dengan peraturan gol tempat lawan ketika menentang Leverkusen lima tahun kemudian. Ferguson pastinya sedar persamaan itu dan berwaspada dengan mentaliti barisan pemain Schalke ketika menyingkirkan penyandang juara, Inter dengan keputusan 5-2 pada suku akhir pertama. "Kelab Jerman mempunyai semangat dan keazaman tinggi dan ia bakal berulang pada malam Selasa (awal pagi esok)," kata Ferguson. "Kami hadir pada perlawanan ini dengan skuad yang lebih berpengalaman dan rekod di gelanggang lawan beberapa tahun ini sangat hebat." AFP |
Posted: 25 Apr 2011 07:00 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - PHANOM DONG RAK (Thailand): Tentera Thai dan Kemboja bertempur lagi semalam, hari keempat berturut-turut yang menyaksikan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan menyebabkan hampir 50,000 penduduk berpindah ke pusat perlindungan sementara. Bunyi tembakan dan letupan kedengaran di kawasan berhampiran dua kuil Hindu abad ke-12 di sempadan kedua-dua negara. Dalam pada itu, Thailand menggesa supaya kerajaan Kemboja berunding secara bersemuka dengannya dalam menyelesaikan perbalahan bersenjata itu. Gesaan itu dibuat selepas Menteri Luar Indonesia yang juga Pengerusi Asean Marty Natalegawa, membatalkan lawatan ke kedua-dua negara. Marty sebelum ini menjadi orang tengah dalam mendamaikan kedua-dua pihak pada 22 Februari lalu dengan cadangan menghantar pemerhati tentera Indonesia ke kawasan sempadan kedua-dua negara. Thailand menolak kehadiran pemerhati antarabangsa tetapi Menteri Luarnya, Kasit Piromnya semalam membayangkan ia mungkin mengubah pendirian. Pertempuran berhampiran dua kuil itu menyusuli pertempuran empat hari Februari lalu yang menyebabkan 11 orang terbunuh berhampiran Preah Vihear, kira-kira 150 kilometer ke timur. Pertempuran terbaru tertumpu di kawasan berhampiran Kuil Ta Moan and Ta Krabey, berdekatan kawasan hutan yang penuh dengan periuk api dan dituntut oleh kedua-dua negara. Kementerian Pertahanan Kemboja berkata semalam, pengeboman tentera Thai menyebabkan kuil terbabit rosak. Kira-kira 17,000 penduduk di sebelah sempadan Kemboja dipindahkan sementara sebuah sekolah dan 10 rumah musnah. Jurucakap kerajaan Kemboja, Phay Siphan berkata, beberapa warga Thai ditahan atas dakwaan mengintip. AP |
Man City Tewaskan Blackburn 1-0 Posted: 25 Apr 2011 06:41 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - LONDON: Manchester City mengukuhkan kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris apabila menang tipis 1-0 ke atas Blackburn Rovers, awal pagi tadi. Gol tunggal City di tempat lawan itu dijaringkan pemain antarabangsa Bosnia yang baru dibeli, Edin Dzeko pada minit ke-75, iaitu tiga minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian. Dzeko yang dibeli dengan harga 27 juta Euro dari kelab Jerman, Wolfsburg menjaringkan gol sulungnya untuk City sejak perpindahannya Januari lalu. |
Posted: 25 Apr 2011 06:20 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - BOLTON: Arsene Wenger mengaku bertanggungjawab atas kegagalan Arsenal musim ini selepas harapan mereka merebut kejuaraan semakin sukar berikutan kekalahan kepada Bolton. Wenger berkata, harapan pasukannya untuk menamatkan kemarau trofi enam musim berturut-turut mula tipis selepas kekalahan 2-1 di Stadium Reebok, semalam. Keputusan itu menyebabkan Arsenal ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester United dengan saingan musim ini berbaki empat perlawanan. Walaupun anak buah Wenger yang akan melayan kunjungan United di Stadium Emirates, Ahad ini masih berpeluang menamatkan cabaran di tangga teratas namun ia memerlukan keajaiban untuk mereka memintas skuad kendalian Sir Alex Ferguson. Wenger secara terbuka menerima hakikat kegagalan selepas gol jaringan saat akhir Tamir Cohen membantu Bolton mencipta kemenangan dramatik sekali gus menamatkan pemburuan Arsenal musim ini. Pengurus dari Perancis itu berkata, pasukannya yang menduduki tangga ketiga kurang matang dan berpengalaman. Namun beliau mengaku bertanggung jawab atas satu lagi kegagalan musim ini. "Peluang kami merangkul kejuaraan kini tipis tapi kami harus terus berjuang," kata Wenger. "Ia sungguh mengecewakan apabila hanya mendapat dua mata daripada sembilan mata, tapi itulah hakikat yang terpaksa kami terima. "Saya berasa semua pemain menunjukkan sikap yang bagus sepanjang musim namun mereka tidak boleh dipersalahkan. Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, mereka boleh menyalahkan saya atas kegagalan ini. Saya yang membentuk pasukan, memilih pemain dan bagi saya, mereka menunjukkan persembahan terbaik sepanjang musim," katanya. Kali terakhir Arsenal merangkul kejuaraan pada 2005 apabila mereka memenangi Piala FA. "Ya, ia pencapaian yang tidak memuaskan. Di atas kertas saingan tampak mudah tapi kami banyak kali gagal mengambil peluang dan ia sangat mengecewakan. "Kami memiliki potensi tapi berada dalam bidang di mana anda perlu mengambil peluang dan menjadi realistik. Kami masih kekurangan sesuatu seperti kematangan dan pengalaman dalam situasi penting. Apabila tidak menang, anda akan mempersoalkan kemampuan tapi jika sesuatu tidak bagus berlaku kepada pasukan, anda tidak boleh buat begitu. "Saya yakin pasukan kami bagus. Kami kurang stabil di bahagian pertahanan. Kami melepaskan enam gol minggu ini dan anda tidak boleh melepaskan enam gol dalam tiga perlawanan pada April dan memenangi kejuaraan. Pertahanan kami sangat rapuh," jelas Wenger. AFP |
Nyaris Maut Terkena 'Hujan Asid' Posted: 25 Apr 2011 06:00 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - MARANG - Seorang kakitangan sebuah syarikat penyelenggaraan nyaris maut selepas terkena 'hujan asid' menyebabkan jaket, baju serta seluar dalam yang dipakainya hancur dalam kejadian di sebuah kilang baru-baru ini. Insiden berlaku apabila paip asid untuk pemprosesan produk di kilang tersebut bocor ketika kerja-kerja menguji ketahanan paip berkenaan dilakukan oleh Mohd. Riza Jaafar, 35, bersama dua lagi rakannya. WAN KOMSAH WAN AHMAD mengelap tubuh suaminya, Mohd. Riza yang cedera selepas menjadi mangsa kebocoran asid ketika bekerja di sebuah kilang kimia di Kemaman Menurut Mohd. Riza, kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi pada 17 Mac itu berlaku ketika dia baru hendak memulakan kerja di sebuah kilang bahan kimia di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman. Katanya, secara tiba-tiba paip saluran asid di situ pecah dan terus mengenainya menyebabkan dia segera menyelamatkan diri. "Apabila saya sampai bawah saya dapati saya sudah berbogel sebab semua pakaian saya sudah hancur dan yang tinggal hanya topi keselamatan, cermin mata dan kasut. "Selepas itu saya terus mencari paip air dan mandi sebab tidak tahan sakit," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung dekat sini semalam. |
Posted: 25 Apr 2011 05:45 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - TRIPOLI - Bom-bom yang digugurkan jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memusnahkan pejabat Muammar Gaddafi (gambar kecil) di kediaman pemimpin Libya itu di sini semalam selepas tentera pemberontak terus mara untuk menggempur tentera Gaddafi di bandar Misrata. Beberapa letupan kuat menggegarkan bandar raya ini sejurus selepas tengah malam apabila pesawat-pesawat NATO terbang melintasi ibu kota Libya itu. Seorang pegawai Libya yang mengiringi sekumpulan wartawan di halaman kediaman pejabat Gaddafi menyatakan, 45 orang cedera dengan 15 parah dalam serangan tersebut. Pegawai berkenaan berkata, beliau tidak tahu sama ada terdapat mangsa yang maut atau cedera di bawah timbunan runtuhan berkenaan. "Serangan itu satu percubaan untuk membunuh Gaddafi," katanya. Anak lelaki pemimpin Libya itu, Saif Al-Islam menyifatkan pengeboman oleh NATO tersebut sebagai perbuatan pengecut. "Serangan pengecut ini ke atas pejabat Gaddafi mungkin menakutkan kanak-kanak tetapi kami tidak akan meninggalkan medan perang ini dan kami tidak takut," katanya. Terdahulu pada petang Jumaat lepas, jet-jet NATO telah menyerang daerah Al-Aziziyah yang menempatkan pekarangan istana Gaddafi. Sementara itu di Misrata yang terletak 215 kilometer ke timur bandar ini, askar-askar pemberontak mencatat kemenangan besar dalam pertempuran sengit di sebatang jalan utama di bandar berkenaan kelmarin. Kemenangan pemberontak dicapai selepas 50 hari penduduk Misrata menjadi sasaran serangan meriam dan peluru penembak tepat Gaddafi. "Saya dan keluarga terpaksa bersembunyi selama 50 hari untuk mengelakkan diri daripada tembakan penembak tepat," kata seorang penduduk Misrata, Muftah Emeitiq, 45, yang gembira dengan kemaraan pemberontak di bandar itu. Pergolakan di Libya bermula sejak 15 Februari lalu apabila penduduk bandar Benghazi berhimpun menuntut lebih banyak kebebasan hak asasi. Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi pertempuran melibatkan kumpulan pemberontak dengan tentera Gaddafi. Tentera Barat diketuai Amerika Syarikat kemudian melakukan serangan bagi menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya selepas dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Serangan itu kemudian diambil alih oleh NATO bagi mengelak tentera Gaddafi melakukan serangan ke atas orang awam. Agensi |
Dua Penunjuk Perasaan ditembak Mati di Yemen Posted: 25 Apr 2011 05:31 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SANAA 26 April - Pihak keselamatan dan penyokong setia Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh menembak mati dua penunjuk perasaan di dua tempat demonstrasi berasingan semalam, kata saksi dan pasukan perubatan kepada AFP. "Pasukan keselamatan menembak mati penunjuk perasaan dan mencederakan 30 yang lain yang terkena gas pemedih mata, manakala lapan yang lain terkena peluru hidup," kata sumber. Di tenggara wilayah Al-Baida, saksi berkata, seorang penunjuk perasaan yang dikenali sebagai Salem Abdullah terbunuh apabila penyokong bersenjata pro-kerajaan telah melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang berkumpul untuk mengadakan demonstrasi. Di selatan ibu negara, Taez, polis dan pasukan bersenjata berpakaian awam melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata. "Seramai 50 penunjuk perasan, 25 cedera akibat terkena peluru hidup manakala 250 yang lain mengalami masalah pernafasan," kata saksi AFP. |
Tentera Syria Bedil Selatan Daraa, 25 Terbunuh Posted: 25 Apr 2011 05:15 PM PDT 22 Jamadilawal 1432H. [MOD] - NICOSIA 26 April - Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila ribuan askar Syria dengan sokongan kenderaan perisai menggunakan artileri berat untuk membedil kedudukan penunjuk perasaan di selatan bandar Daraa, kata seorang aktivis kepada AFP melalui telefon. "Masih ada tubuh manusia yang bergelimpangan di atas jalan. Mereka turut menyerang menggunakan mesingan," kata seorang militan, Abdullah Abazid. Tambahnya, kereta kebal turut mengambil posisi di tengah bandar itu manakala penembak tepat ditempatkan di bumbung bangunan. "Tentera mula memasuki rumah-rumah dan mereka akan menembak sesiapa yang keluar dari rumah pada waktu perintah berkurung. "Malah mereka turut menembak tangki air di atas bumbung rumah untuk menyekat bekalan air kepada orang ramai," katanya. AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan