Selasa, 26 April 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


REMAJA PATUT DIPERSALAHKAN ATAU PEMIMPIN YANG MEMBUAT DASAR tidak BERKESAN UNTUK REMAJA?!!

Posted: 26 Apr 2011 08:16 AM PDT

Siapa yang menentukan acuan mana yang digunakan untuk membentuk remaja?

Apabila negara dilanda krisis keruntuhan akhlak, semua pihak meneropong remaja. Seolah-olah masalah dadah, rempit, masalah juvana, ponteng sekolah, kes buang anak,vandalisme dan seribu satu macam lagi masalah gejala sosial berpunca dan berkisar sekeliling perangai dan tindak tanduk mereka sahaja.
      Ini persepsi kebanyakan remaja. Persepsi ini mencetus perasaan tidak puas hati di kalangan mereka yang memang pun sudah mempunyai ciri yang suka memberontak. Apabila kumpulan mereka dihentam, dikutuk dan dikritik bertalu-talu samada di corong radio, di kaca television mahupun terpapar saban hari di media cetak, gejolak perasaan malu bercampur marah akan meledak dan menyumbang kepada tindakan memberontak dan menatijah kerosakan harta benda kerana gangguan perasaan serta pengambilan dadah dan menghidu gam.
     Majoriti remaja boleh mengawal kemahuan dan mengendalikan perasaan.Segelintir bermasalah besar menempuh hidup, lebih-lebih lagi yang berada dalam keluarga yang dilanda krisis..Iklim sekolah yang sekular dan terus menekan jiwa remaja diantara faktor penting yang mendorong seseorang bertindak diluar fitrahnya sebagai insan. Ketandusan input spiritual melumpuh daya tahan kepada serangan hawa nafsu yang menolaknya kepada tindak tanduk yang merugikan dirinya dan mendedahkannya kepada risiko bahaya akan datang bukan sahaja sekadar balasan di dunia tetapi akhirat. Rembesan hormone pertumbuhan(growth hormone) seiring dengan hormon seks yang memuncak diperingkat remaja akan mengakibatkan kadar perlakuan berkaitan dengan seks semakin sukar untuk dibendung.  
   Justeru, para pembuat dasar daripada kerajaan, pimpinan masyarakat, institusi pendidikan seperti sekolah, university dan pusat latihan kemahiran belia termasuk PLKN serta media massa, peniaga,ibubapa, PIBG, keluarga dan jiran tetangga, NGO memainkan peranan penting berkolaborasi secara sinergistik untuk melahirkan suasana kondusif yang boleh membantu remaja membangun secara positif dan memungkinkan mereka menjadi modal insan berkualiti yang produktif dan bukan insan liabiliti yang merugikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat amnya..
  Pihak pemerintah sebagai pentadbir harus merancangkan pelan strategik untuk membangunkan remaja berpotensi menjadi pemimpin pelapis bagi mempastikan pembangunan lestari yang mendapat restu Ilahi insyaallah. Rakyat pula harus memainkan peranan untuk memilih pemimpin rabbani yang bertunjangkan kejayaan ukhrawi dan mengemudikan ummat untuk mencapai kejayaan duniawi. Barulah konsep insan sebagai khalifah seperti yang disebutkan dalam surah Al BAQARAH AYAT 30 menjadi kenyataan.Inilah sebahagian tuntutan kepada manusia supaya khusyu' tunduk kepada arah perintah Ilahi agar 'good governance' boleh dilaksanakan.Justeru lengkap dan  syumulnya Islam hingga menerangkan konsep urustadbir yang baik dalam Al Quran itu sendiri.






Rasuah: betul bersungguhkah nak basmi? PM demi PM dah cakap...bikin??

Posted: 26 Apr 2011 06:41 AM PDT

Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sedar tentang  bahaya rasuah boleh menjejaskan pendapatan negara. Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi. Kerisauan beliau mengenai perkara ini dinyatakan  ketika  majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pekan.



Ucapan Datuk Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya nasihat berjimat ketika kaya bukan waktu miskin. Sama juga dengan nasihat Datuk Seri Najib. Jangan bercakap tentang bahaya rasuah ketika kantung negara makin kosong dan projek pun semakin kontang.

Kesan rasuah boleh merbahaya keselamatan negara kerana sempadan akan terbolos, dadah terlepas masuk, maklumat negara tergadai, projek terbengkalai kerana beri pada mereka yang tidak wibawa, kos meningkat, pendapatan negara berkurangan dan banyak lagi bahayanya.

Kerajaan Barisan Nasional gagal untuk membasmi rasuah kerana ia parti yang hidup dengan rasuah samaada pemilihan parti atau pilihanraya umum.

PAS merasa pelik, apabila kerajaan hendak memerangi rasuah, yang diburu ialah pegawai-pegawai kerajaan. Baru-baru ini 60 orang pegawai kastam Diraja Malaysia  yang diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin politik yang berskala jerung tidak diburu. Selalunya yang menjadi mangsa ialah ikan bilis dari kalangan pegawai kerajaan sahaja. Isu wang PPRT RM32 juta, yang ditangkap ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sedangkan  Menterinya Datuk Anuar Musa entah ke mana. Begitu juga yang ditangkap ialah Setiausaha Politik Datuk Mohd Nor Yaakob yang memiliki wang tunai RM2 juta.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

SOALAN CEPU EMAS: Rumah kediaman manakah yang tak siap-siap?!

Posted: 26 Apr 2011 05:32 AM PDT

Kediaman PM dan TPM tidak pernah siap
Subky Latif   
KETIKA saya ke Putrajaya tersesat ke satu jalan mati. Si hujung jalan mati di tebing sungai tersergam sebuah mini istana. Ia rupanya kediaman Timbalan Perdana Menteri.
Ia bukan jalan masuk ke kediaman Tan Sri Muhyidin Yassin itu. Jalan itu sempit. Untuk pusing ke belakang pun sulit. Ia sesuai bagi penghuninya lari kalau dia diburu dari jalan masuk yang sebenar.
Mengikut orang-orang di Putrajaya, Tan Sri Muhyiddin tidak tetap bermalam di situ dan dia belum betul pindah ke situ walau pun sudah lebih dua tahun jadi Timbalan Perdana Menteri.
Saya diberitahu, mini istana itu sedang direnovasi. Mungkin itu yang menyebabkan TPM tidak menetap tetap di situ.
Kononnya sebaik sahaja dia pindah ke situ, dia mengubah suainya.
Rumah itu dibina untuk Timbalan Perdana Menteri ketika penjawatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana malamnya sama banyak dalam dan luar negeri dan di dalam negeri pun dia ada rumah sendiri, maka kurang sangat dia bermalam di situ.
Bila Tun Abdullah Badawi menjadi tuan baru bangunan itu, dia dikatakan membuat ubah suai. Apabila dia pindah ke kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Najib pun menjadi penghuninya.
Cita rasa pasangan suami isteri itu biasanya lebih tinggi dari penghuni sebelumnya. Lebih banyak ubah suai dilakukan.
(Kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana)
Tidak diketahui besar mana belanja renovasi itu.
Tiba giliran Muhyiddin Yassin menjadi penghuninya, dia mengesahkan rumah itu tidak pernah siap. Sedang direnovasi lagi.
Jika 50 tahun Barisan Nasional memerintah, jika gaya hidup demikian diteruskan, berapa puluh lagi mini istana itu akan menghadapi ubah suai. Ia mungkin kekal menjadi bangunan yang tidak pernah siap.
Abdul Khalid Samad, Anggota Parlimen Shah Alam berceramah di Taman Melewar, Gombak. Dia menyebut satu peruntukan dalam bajet negara yang dibentang Najib ialah mengubah suai kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana sebanyak RM65 juta.
Wau! Banyaknya!
Wang sebesar itu boleh membina sebuah kediaman yang kecil sedikit dari kediaman Perdana Menteri yang ada itu. Kalau dibina di tanah di luar Putrajaya bagi banglo sejuta ringgit sebuah, boleh dapat  65 buah.
Apa lagi kurangnya kediaman Perdana Menteri yang ada itu?
Adakah ia satu contoh mendahulukan rakyat? Atau ia mendahulukan Perdana Menteri dan anak-anaknya selama menjadi Perdana Menteri?
Adalah betul ia bukan rumah Najib dan Rosmah. Ia kediaman Perdana Menteri dan bagi sesiapa saja yang menjadi Perdana Menteri selepas ini.
Orang tidak tahu akan keperluan renovasi sehingga RM65 juta itu. Tetapi yang dapat dikhayalkan itu tuntutan yang dibuat oleh Puteri Gunung Ledang apabila Raja Melaka meminangnya.
Raja Melaka pun tak sanggup menunaikannya padahal baginda adalah raja. Ertinya dalam kediaman Najib itu ada ruh dan impian Puteri Gunung Ledang. Ia satu kehidupan kayangan yang fantasi. Impian Puteri Gunung Ledang itu satu kisah dongeng. Tetapi fantasi pasangan Najib ialah satu transformasi dongeng?
Biasanya peruntukan RM65 juta itu tidak dibelanjakan mengikut nilai peruntukan itu. Ia boleh memberi komisyen hingga 30 peratus. Barisan Nasional terkenal dengan keberanian menggandakan peruntukan sesuatu projek, hingga yang sepatutnya murah menjadi mahal tang-tang-tang.
Ia satu cara untuk menghalalkan lintah darat mengaut duit negara.
Tunku Abdul Rahman Putra dulu anak Sultan. Sebagai Perdana Menteri dia tinggal di bangunan yang dinama Residensi di tengah Jabatan Perdana Menteri. Bangunan lama yang digunakan oleh Orang Putih dulu. Kerajaan ketika itu membina kediaman Perdana Menteri yang dinamakan Seri Taman di belakang Masjid Negara. Bila siapa Tunku enggan pindah. Rumah itu pun didiami oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Razak
Tunku itu anak Raja. Tetapi agaknya kerana berjiwa rakyat, dia memilih kediaman yang  sederhana. Tetapi anak rakyat yang menjadi Perdana Menteri, mungkin berjiwa raja, maka memilih gaya hidup dan impian bangsawan.
Amat tidak sedap mendengar cerita kediaman Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri yang tidak pernah siap ini. Ia cerita yang berkembang dalam masyarakat. Ia boleh memburukkan imej pimpinan negara.
Cerita yang saya dengar mungkin lagi memburukkan Perdana Menteri dan timbalannya. Maka wajar Perdana Menteri atas nama Menteri Kewangan membuat penjelasan supaya orang tidak bersangka tidak baik kepada pemimpin negara.
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2986:kediaman-pm-dan-tpm-tidak-pernah-siap&catid=61:subky-latif&Itemid=303

Tiada ulasan:

Nuffnang